Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

KESAN-KESAN PLURALISME DI MALAYSIA

Seperti yang telah dijelaskan, pluralisme merupakan suatu fahaman yang


menyeleweng daripada asas agama Islam, sebagai umat islam, penelitian implikasi terhadap
sesuatu perkara itu adalah perlu supaya bukan sahaja dapat melihat pluralism daripada
pemahaman mata kasar, akan tetapi memahami dan meneliti kesannya secara khusus dalam
konteks individu, masyarakat Islam dan agama.

a) INDIVIDU

Pertama, kesan pluralisme boleh dikesan pada individu itu sendiri aqidahnya mulai
berubah sedikit demi sedikit. Aqidah dapat didefinasikan secara ringkas sebagai suatu
kepercayaan (Al-Qur’an: al-Baqarah: 63, 84). Menurut Islam, aqidah bererti kepercayaan
seorang umat Islam yang teguh terhadap Allah S.W.T. Seseorang Islam itu terjalin dengan
suatu ikatan yang disebut ‘murtabid’ iaitu aqidah yang teguh dan kuat (Prof. Madya Dr
Adnan Abd Rashid, 2013). Salah satu bukti keteguhan aqidah seseorang Islam yang
dinyatakan di dalam Al-quran boleh dilihat di dalam surah Al-kahfi ayat 14, “Dan Kami
teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan
langit dan bumi; kami tidak menyeru tuhan selain Dia. Sungguh, kalau kami berbuat
demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.”

Erti surah Al-Kahfi ini merupakan salah satu bukti tentang sahihnya ikatan yang
disebut ‘murtabid’ yang ada pada seseorang Islam, muslim dan muslimin di muka bumi ini
(Shafik, S. S. A., & Bakar, N. S. A., 2009). Pluralisme agama ini mampu meruntuhkan
aqidah inidividu umat Islam yang murni secara langsung dan tidak langsung. Hal ini
demikian kerana, melalui kepercayaan pluralisme ini ia sebenarnya telah membuka jalan
kepada kekufuran dan kesyirikan.

Apabila individu muslim atau muslimin ini telah terpesong aqidahnya, maka jati diri
keagaamaan atau yang disebut akhlak juga akan runtuh dan tergadai. Hal ini menjurus kepada
keruntuhan iman dan seterusnya boleh mengakibatkan seseorang itu murtad yakni keluar
daripada agama Islam. Ini kerana menurut Islam, akhlak itu seharusnya berlandaskan
keimanan seseorang. Menurut buku ‘Al Islam’ penulisan oleh Hasbi Ash Shiddieyq,
hubungan aqidah dan akhlak ini hampir setaraf atau boleh juga disebut sedarjat mengikut
pandangannya berdasarkan Al-quran. Maka, amatlah penting bagi seseorang Islam kerana
aqidah merupakan asas, dasar dan landasan bagi semua perbuatan. (Alnida Azty, Fitriah,

Document shared on www.docsity.com


Downloaded by: zafri-nordin (didiq.zafri17@gmail.com)
Lufita Sari Sitorus, Muhammad Sidik, Muhammad Arizki, Mohd. Najmi Adlani Siregar, Nur
Aisyah Siregar, Rahayu Budianti, Sodri & Ira Suryani, 2008).

Di era globalisasi ini, walaupun umat Islam zaman kini sedar bahawa terdapat banyak
kelemahan yang perlu diatasi untuk mengukuhkan kemurnian aqidah, namun tidak banyak
usaha yang dilakukan untuk menyekat kepercayaan yang menyelewang daripada agama Islam
seperti pluralisme ini sendiri. Hal ini kerana terdapatnya pihak-pihak atasan yang mengambil
mudah isu ini dan mengabaikannya.

Walaubagaimanapun, pluralisme ini boleh dikatakan seperti suatu fahaman moden


dengan imej Islam yang datang secara halus. Akibatnya, nilai-nilai murni yang diajarkan di
dalam agama Islam seperti bertolak ansur dan hormat menghormati antara satu sama lain
akan terhakis di dalam diri seseorang Islam itu disebabkan fahaman pluralisme yang
mencampur adukan pelbagai agama dalam satu fahaman.

b) MASYARAKAT

Fahaman pluralisme ini juga boleh menyebabkan keutuhan masyarat yang beragama
terjejas dengan erti kata lain, fahaman pluralisme ini dapat memecahbelahkan kaum
masyarakat . Hal ini demikian kerana, dengan wujudnya fahaman pluralisme, krisis dua pihak
akan berlaku. Masyarakat yang berpegang teguh dengan fahaman Islam dan masyarakat yang
mulai termakan dengan fahaman pluralisme itu sendiri.

Apabila wujud dua pihak berlainan fahaman seperti ini, perbalahan dan pergaduhan
akan berlaku kerana tidak sependapat. Malahan mungkin akan berlakunya pertumpahan darah
kerana pendapat yang berbeza. Perpecahan dan perbalahan antara masyarakat menjadi antara
salah satu punca kemunduran umat sejagat. Selain itu, fahaman pluralisme yang tidak
mempunyai pemahaman yang tetap dan hanya menggunakan pandangan daripada pelbagai
agama ini boleh meruntuhkan insitusi kekeluargaan dalam kalangan masyarakat.

Hal ini kerana, fahaman pluralisme ini membawa budaya-budaya barat dan luar dan
disebarkan kepada anak-anak muda. Anak-anak muda kini mudah terpengaruh dengan anasir-
anasir luar dan sanggup mempertahankan pendapat mereka yang salah itu walaupun perlu
menderhakai ibu bapa mereka sendiri. Budaya-budaya luar yang dimaksudkan berunsurkan
hedonistik. Hedonistik didefinasikan sebagai satu perilaku ‘sub-budaya’ yang berunsurkan
negatif dan bertentangan dengan adat ketimuran serta yang diajar dalam agama (Sidek Baba,
2006).

Document shared on www.docsity.com


Downloaded by: zafri-nordin (didiq.zafri17@gmail.com)
Budaya hedonistik ini boleh diklasifikasikan seperti, skinhead, punk black metal dan
sebagainya. Budaya-budaya negatif lain seperti seks bebas juga tergolong dalam budaya
hedonistik ini (Rahman, W. R. A., & Norazlan, N. E., 2016).Seks bebas atau zina ini
memberi kesan buruk kepada sesiapa sahaja yang mencubanya. Contohnya, seseorang yang
melakukan seks bebas boleh dijangkiti penyakit HIV, gonorrhoea dan penyakit kelamin yang
lain (Abdullah, S., Ghani, S. A., & Sipon, S., 2014).

Oleh itu, Allah S.W.T telah menegaskan dan melarang umat Islam untuk mendekati
zina kerana zina ini membawa penyakit kepada manusia. Allah S.W.T berfirman, dalam
surah Al-Isra ayat 32, yang bermaksud, “Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu
sungguh suatu perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk.”Budaya-budaya seperti ini
merupakan budaya yang tidak diajar oleh agama Islam dan kebanyakkannya bercanggah
dengan Islam. Apabila anak-anak muda diperkenalkan dengan budaya seperti ini, sifat ingin
mencuba hadir dan menyebabkan mereka terjelumus dalam kancah budaya barat yang
diterapkan dalam fahaman pluralisme. Perkara seperti ini melenyapkan dan meruntuhkan
nilai-nilai baik yang diterapkan dalam agama Islam (AM bin Ismail, & AM binti Daud, Z.,
2015).

c) AGAMA

Fahaman pluralisme ini menjadi salah satu punca panduan kehidupan manusia yang
meliputi pelbagai aspek dalam agama Islam pudar seterusnya dihapuskan serta merta.
Kesannya, ia menyebabkan agama Islam yang suci ini berubah menjadi sebuah agama
kepercayaan sahaja. Fahaman ini menjurus ke arah mensia-siakan perjuangan agama dan
perutusan kitab-kitab suci yang telah secara susah payah disebarkan oleh para rasul-rasul A.S
pada zaman terdahulu dengan menentang golongan kuffur. Seterusnya mengakibatkan hak
asasi manusia untuk menganut dan mempercayai agama masing-masing juga dihapuskan.
Ideologi penyebaran fahaman pluralisme adalah untuk membolehkan pertukaran agama
berlaku tidak kira apa pun agama yang dianuti seseorang itu. (Musa, N. A., & Shah, H. A. R.,
2020).

Mengikut penulisan di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


pada tahun 2019, permohonanan pindaan Perkara 121 (1a) telah dibuat oleh pihak tertentu
berkaitan kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah yang dianggap mengancam hak
kebebasan beragama. Pihak ini bersungguh-sungguh mendapatkan sokongan daripada orang
ramai agar pindaan Perkara 121 (1a) dilakukan. Hal ini adalah untuk membuktikan tafsiran

Document shared on www.docsity.com


Downloaded by: zafri-nordin (didiq.zafri17@gmail.com)
mereka tentang isu kebebasan beragama dengan beranggapan bahawa semua orang bebas
dan layak menukar agama tanpa mengira apa-apa agama termasuk agama Islam. Pindaan di
bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang dimaksudkan ialah “Tiap-tiap orang
adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan tertakluk kepada fasal (4)
mengembangkan ugamanya" (Khambali, K. M., & Haled, M. H. M., 2008).

Ini bermaksud mereka mahu isu penentuan agama tidak lagi diputuskan oleh
Mahkamah Syariah malah memohon supaya Mahkamah Sivil yang mengambil alih isu
tersebut. Kumpulan ini memperjuangkankan tafsiran kebebasan agama berdasarkan Artikel
18 Deklarasi Hak Asasi Sejagat 1948 (Universal Declarations of Human Rights, 1948) yang
menyatakan bahawa 'Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion;
this right includes freedom to change his religion or belief ” (Jalil, F., & Halim, R., 2014).

Secara ringkasnya Artikel 18 ini menyatakan bahawa semua orang mempunyai hak
serta kebebasan dalam berfikir, bersuara serta beragama dan hak kebebasan menukar agama
atau kepercayaan. (Ismail, A. M., & Mujani, W. K., 2020).Seperti yang diketahui bahawa
hukum menukar agama yakni murtad itu berdosa besar dan tidak diampuni oleh Allah S.W.T
melainkan mereka bertaubat (Ibn Smith, A. R., 2012). Umat Islam yang murtad perlu
dijatuhkan hukuman hudud. Seperti dalam hadis Rasullullah S.A.W, yang membawa maksud,
“Barangsiapa yang menukar agamanya, bunuhlah dia.”

Murtad secara ringkasnya bererti kembali manakala dari segi istilah bererti kembali
daripada agama Islam ke agama lain dengan niat, perkataan atau perbuatan (Nasri, M. S., &
Shiddeq, M. S., 2016). Seorang Islam jatuh murtad apabila dia menyekutukan Allah S.W.T
melalui iktikad, ucapan atau perbuatan. Mereka juga jatuh murtad apabila mengingkari
rukun-rukun dalam agama Islam yang diketahui jelas dan sahih atau seseorang yang
mengiktikadkan tidak wajib berhukum dengan hukum yang diperintahkan atau diturunkan
oleh Allah S.W.T. (Mutawali, M., 2020). Keadaan seperti ini merupakan salah satu ciri dalam
fahaman pluralisme.

ANALISA DAN PERBINCANGAN: CADANGAN MENGHENTIKAN ISU


IDEOLOGI PLURALISME DI MALAYSIA

Berdasarkan perbincangan tentang isu,cabaran dan kesan pluralisme dapat


disimpulkan bahawa faham pluralisme ini memberi impak yang negatif kepada ibu bapa,

Document shared on www.docsity.com


Downloaded by: zafri-nordin (didiq.zafri17@gmail.com)
komuniti masyarakat, anak-anak remaja, aqidah dan syariah Islam. Fahaman pluralisme jika
dilihat dari perspektif berbeza boleh dianggap sebagai serangan pemikiran dari barat secara
halus untuk melupuhkan institusi dan pertahanan agama Islam. Ia juga terbukti meruntuhkan
jati diri serta keimanan umat Islam. Oleh itu, sebagai umat Islam, wajiblah untuk berusaha
menangani isu ini daripada terus menular. Antara cadangan yang boleh dilakukan ialah,
memperkasakan lagi bidang pendidikan. Bidang pendidikan adalah salah satu bidang yang
hampir semua masyarakat Islam ketahui. Melalui pendidikan, ilmu asas iaitu ilmu agama
dapat diperkasa. Ilmu asas ini merupakan pegangan utama pelajar-pelajar muslim.Ianya
adalah penting untuk menguasai ilmu asas ini agar asas agama dalam diri sesorang Islam itu
teguh dan dapat mengelakkan diri daripada mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar
seperti fahaman pluralisme ini.

Seterusnya, ibu bapa hendaklah memantau kegiatan keagamaan anak masing-masing


secara langsung atau tidak langsung. Ibu bapa juga hendaklah mengambil tahu akan
perubahan anak-anak yang sedang membesar. Hal ini demikian kerana, anak-anak yang
sedang meningkat dewasa amat mudah terpengaruh. Peranan ibu bapa amatlah penting
supaya dapat membendung anak-anak daripada terjebak dengan fahaman pluralisme ini.
Pastikan anak-anak sentiasa berada dalam landasan agama yang benar, mengambil tahu
dengan siapa mereka berkawan dan bagaimana keadaan sekeliling kenalan-kenalan mereka.
Ibu bapa juga perlu sentiasa memberikan nasihat berbentuk didikan agama. Dengan berbuat
demikian, anak-anak pasti tidak akan terjerumus ke kancah kesesatan kerana ibu bapa telah
mendidik mereka tentang bahayanya fahaman plularisme ini.

Akhir sekali, media massa harus digunakan untuk menyebarkan kepada orang awam
tentang fahaman pluralisme yang menyelewang daripada fahaman ahlul Sunnah waljamaah.
Hal ini supaya dapat mendedahkan kepada semua orang bagaimana rupa bentuk pemikiran
faham pluralisme ini yang boleh merosakkan aqidah seorang Islam secara halus. Penggunaan
iklan di televisyen, radio dan media sosial memainkan peranan penting dalam menyebarkan
kesalahan ideologi ini. Penyiaran forum dan perbincangan oleh ahli-ahli agama seperti ustaz
dan ustazah serta pendakwah tentang salahnya fahaman pluralisme juga perlu
diperbanyakkan supaya dapat menjadi sumber rujuk masyarakat Islam yang lain selain
daripada merujuk Al-quran dan hadis.

Document shared on www.docsity.com


Downloaded by: zafri-nordin (didiq.zafri17@gmail.com)

You might also like