PENENTUANPUASADANHARIRAYA

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)

Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

PENENTUAN PUASA DAN HARI RAYA:


MENYOROT PANDANGAN DR. YUSUF AL-QARADAWI DARIPADA
PERSPEKTIF ILMU FALAK

Masiri Kaamin1, (Mahmod Abd Hakim Mohamad2, Azizul Rahman Abd Aziz3, Rosdi Abd
Rahman4, Amir Khan Suwandi5, Mohd Jahaya Kesot6)
Pusat Pengajian Diploma
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
1
masiri@uthm.edu.my

ABSTRAK

Asas penentuan awal puasa dan hari raya merujuk kepada nas syarak. Ulama dan ahli falak
membahagikan penentuan tarikh penting ini kepada tiga kaedah iaitu kaedah rukyah, kaedah hisab dan
menggenapkan 30 hari puasa (istikmal). Masing-masing mempunyai hujah dan nas syarak dalam
pemilihan kaedah tersebut sehingga menyebabkan wujud perbezaan amalan dan cara yang digunakan oleh
umat Islam di dunia. Justeru ketidakseragaman kaedah penetapan puasa dan hari raya menyebabkan
berlaku selisih sehingga tiga hari bagi sesetengah negara. Sedangkan umat Islam menghisab dan
merukyah anak bulan yang sama, cumanya pada kedudukan yang berbeza di atas bumi ini. Dr Yusof al-
Qaradawi telah mengulas isu bagi menyelesaikan perselisihan yang berlaku ketika menjelang dua tarikh
penting ini. Beliau lebih cenderung kepada menggunakan kaedah hisab falak berdasarkan kaedah fiqh,
”matlamat yang tetap dan wasilah yang boleh berubah”. Matlamat yang tetap adalah penentuan
Ramadhan sementara wasilah yang berubah adalah persaksian anak bulan dengan menggunakan mata.
Jika terdapat cara yang lebih baik daripada persaksian mata, maka wasilah itu boleh diterima. Kiraan
falak di zaman ini lebih tepat daripada persaksian mata. Oleh itu makalah ini bertujuan untuk menyorot
pandangan Dr Yusuf al-Qardawi dalam menangani isu ini daripada perspektif ilmu falak. Penulisan ini
merangkumi penerangan terhadap pendekatan ilmu falak dalam menentukan tarikh yang melibatkan
peredaran bulan dan matahari serta posisi pencerap di bumi.

Keywords: ilmu falak; hisab; rukyah; puasa; fiqh.

PENDAHULUAN

Penentuan tarikh permulaan puasa dan hari raya menjadi isu yang sering diperbincangkan oleh alim
ulama dan ahli Astronomi Islam. Isu ini masih menjadi perdebatan sama ada penentuan awal bulan ini
berdasarkan hisab(kiraan) atau rukyah(cerapan). Masing-masing mempunyai hujah dan nas syarak dalam
pemilihan kaedah tersebut yang menyebabkan wujud perbezaan amalan dan cara yang digunakan oleh
umat Islam di dunia.(Masiri Kaamin, 2003). Khalid Shaukat (2013a) telah menyenaraikan enam kaedah
penentuan puasa dan hari raya yang dipraktikkan oleh umat Islam diseluruh dunia dengan merujuk
kepada hisab dan rukyah sebagai asas penetapannya (Lampiran 1). Lantas disebabkan ketidakseragaman
kaedah penetapan puasa dan hari raya menyebabkan berlaku seliseh sehingga tiga hari umat Islam
menyambutnya di seluruh dunia (Khalid Shaukat, 2013b).

Perkara ini disedari oleh sebilangan ulama dan para sarjana Islam yang prihatin dengan kemelut
ketidak seragaman ini, termasuk seorang ulama kontemporari iaitu Dr Yusuf Al-Qaradawi. Al-
Qaradawi terkenal sebagai seorang pemikir Islam yang sangat disegani lantaran kemantapan
ilmunya. (Abdul Karim & Mohamad Safiri, 2007) Sumbangan beliau kepada dunia Islam hari ini
melayakkan dinobat sebagai tokoh tajdid dan mujaddid kontemporari, yang tidak pernah
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

mengenal penat dan lelah untuk berterusan membentuk pemikiran Islam secara menyeluruh dan
holistik. (Zulkifli Hasan, 2013). Beliau menjadi rujukan kepada umat Islam di seluruh dunia,
baik yang berada di negara Islam mahupun daripada luar negara Islam. Antara sumbangan besar
beliau adalah dalam lapangan fiqh dan fatwa. Metod fatwanya mengambil pendekatan sederhana
dan memudahkan umat Islam dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku di kalangan mereka.
Dalam lapangan fiqh, beliau merujuk secara langsung kepada al-Quran dan al-Sunnah serta
mengambil manfaat daripada pandangan para sahabat, ijtihad para ulama terdahulu dan analisa
yang dibuat oleh ulama-ulama terdahulu dan masa kini. Beliau memilih pandangan yang lebih
menepati roh al-Quran dan al-Sunnah, lebih memudahkan umat Islam dan lebih sesuai dengan
keadaan zaman tanpa sedikit pun ada sikap jumud dan terlalu longgar. (Basri Ibrahim, 2010)
Hingga kini, lebih daripada 120 buah buku telah dihasilkan dalam pelbagai bidang seperti
aqidah, sumber hukum Islam iaitu Al-Quran dan al-Sunnah, usul al-fiqh, bidang ibadat, hal
ehwal wanita dan kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi dan kewangan, perubatan, politik dan
pemerintahan walaupun beliau teramat sibuk dengan jadual harian.
Dalam konteks makalah ini, ulasan dan kupasan mengenai kaedah penentuan awal puasa dan hari
raya merujuk kepada buku Al-Qaradawi berjudul Fiqh Puasa (Fiqhus Syiam) dan Bagaimana
Berinteraksi Dengan Al-Sunnah (Kayfa Nata’amalu Ma’a ‘l-Sunnah al-Nabawiyyah).
Seterusnya penjelasan beliau dinukilkan lagi di dalam buku Fatwa Masakini (Fatwa Mu’asirah).
Ini menggambarkan keprihatinan Al-Qaradawi dalam melihat isu yang melanda umat Islam kini

PANDANGAN AL-QARADAWI MENGENAI PENENTUAN PUASA DAN HARI RAYA

Al-Qaradawi ketika membahaskan kaedah menentukan permulaan puasa dan hari raya telah
merujuk kepada hadis berikut:

“Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan dan berbukalah (berhari raya) sekiranya
melihat anak bulan. Sekiranya mendung, maka sempurnakanlah 30 hari Syaaban.” (hadis
riwayat Abu Hurairah)

Janganlah kamu berpuasa sebelum melihat hilal, dan jangan kamu berbuka (hari raya)
sebelum melihat hilal. Jika mendung menyelimuti kamu, maka perkirakan hilal itu.” (hadis
riwayat Ibnu Umar)

Dari hadis tersebut Al-Qaradawi telah menetapkan untuk menentukan awal Ramadhan dan
Syawal dengan tiga cara iaitu; pertama; merukyah hilal, kedua;menyempurnakan bulan Syaaban
menjadi 30 hari (istikmal) apabila hilal tidak kelihatan dan ketiga; mentakdirkan hilal iaitu
menggunakan kaedah hisab (pengiraan astronomi). (Yusuf Al-Qaradawi, 1995a)

Dalam kitab yang lain, Yusuf Al-Qaradawi (1996) melihat isu penetapan puasa dan hari raya
sebagai panduan asas di dalam memahami sunnah iaitu: membezakan di antara matlamat yang
tetap dan wasilah yang berubah-ubah. Al-Qaradawi melihat hadis di atas mempunyai matlamat
yang jelas iaitu suruhan berpuasa sepanjang bulan Ramadhan. Sementara penentuan awal hulan
(Ramadan) serta tamatnya (Syawal) adalah menggunakan cara (wasilah) yang termampu
dilakukan oleh semua orang yang tidak mendatangkan kepayahan di dalam urusan agama.
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Justeru itu rukyah menggunakan pandangan mata adalah cara yang mudah pada zaman
Rasulullah kerana ummat ketika itu adalah ummi. Jika menggunakan kaedah hisab falak,
sedangkan ummat pada ketika itu ummi dan tidak tahu mengira, nescaya mereka akan
menghadapi kesusahan dalam menguruskan urusan mereka sedangkan Allah menghendaki
kemudahan kepada ummat dan bukannya kesusahan.

Tetapi sebaliknya sekiranya didapati ada cara lain yang lebih canggih untuk merealisasikan
matlamat hadis; jauh daripada sebarang kebarangkalaian untuk silap, salah dan dusta dalam
menentukan permulaan bulan, dan cara tersebut menjadi mudah dan tidak menyusahkan, juga
bukan cara yang sukar untuk dicapai serta bukan di luar kemampuan manusia, setelah terdapat
para saintis, pakar falak dan ahli fizik yang cukup mahir diperingkat antarabangsa berlaku hari
ini, maka Al-Qaradawi menegaskan mengapa kita mesti membekukan satu wasilah (cara)
sedangkan ia bukanlah yang menjadi matlamat kita dengan melupakan matlamat yang diharap-
harapkan dari hadis?

Sebab itulah Al-Qaradawi menegaskan menggunakan cara hisab yang diyakini benar bagi
mengetahui masuk sesuatu bulan adalah merupakan perkara yang wajib diterima sebagai Qiyas
Awlawi, dengan erti kata, bahawa al-Sunnah yang telah disyariatkan cara yang lebih rendah,
kerana itu masih mengandungi syak dan kemungkinan, iaitu cara rukyah tidak sekali-kali
menolak cara yang lebih tinggi dan lebih sempurna untuk mencapai maksud. Cara ini juga
menjauhkan umat daripada perbezaan yang amat sangat bagi menentukan permulaan berpuasa
dan dua hari raya. Cara ini juga membawa kepada persamaan dari sudut ibadat dan menunaikan
syiar yang berkaitan dengan agama serta berhubung rapat dengan kehidupan dan kerohanian.
Cara itu ialah dengan menggunakan hisab yang diyakini benarnya. Dengan cara ini dapat
menghindarkan perbezaan sehingga tiga hari di antara sebuah negara dengan negara yang lain
tentang tarikh permulaan puasa dan hari raya

Penegasan penggunaan kaedah hisab falak turut dinukilkan oleh Al-Qaradawi dengan
menyatakan: “Apa yang ditentukan oleh ilmu falak moden yang beroperasi melalui penglihatan
dan ujikaji, yang menggunakan peralatan moden sains dan teknologi sehingga menusia mampu
untuk sampai ke bulan dan melancarkan stesen-stesen angkasa lepas ke planet-planet lain yang
lebih jauh, di mana kebarangkalian untuk silap didalam membuat pengiraan ialah dalam nisbah
1:100,000 sesaat. Justeru itu adalah suatu yang teramat mudah baginya untuk memberitahu kita
tentang kelahiran anak bulan serta kemungkinan untuk kelihatan di mana sahaja, lengkap
dengan minit bahkan saatnya sekali, jika kita mahu.” (Yusuf Al-Qaradawi, 1995b)
Selain dari Al-Qaradawi, Zulfiqar Ali Shah (2009) telah menyenaraikan ulama menyokong
menggunakan hisab falak seperti Dr Muhammad Mustafa al-Maraghi, (1935-1945), Shaikh
Ahmad M. Shakir (1891-1957), Shaikh Mustafa al-Zarqa (1901-1999), Shaikh Ali al-Tantawi
(1908 - 1999), Dr Sharaf al-Quda, dan lain-lain lagi. Mereka tampil dengan hujah dan nas syarak
yang menyetujui kaedah hisab dipraktikkan. Syamsul Anwar (2010) mengutarakan pendapat
Rasyid Rida, az-Zarqa dan juga al-Qaradawi yang menyatakan bahwa rukyah itu bukan
sebahagian dari ibadah itu sendiri dan bukan tujuan syariah, melainkan hanya cara (wasilah) saja.
Oleh karena itu apabila telah menemukan wasilah yang lebih tepat, maka harus menggunakan
cara yang lebih tepat tersebut. Secara khusus al-Qaradawi menegaskan, mengapa kita terus
jumud bertahan dengan cara yang tidak menjadi tujuan syariah sendiri.
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Mohd Saiful Anwar et. al. (2013) telah membuat dua kesimpulan hasil dari perbahasan
pandangan fiqh al-Qaradawi mengenai masalah penentuan puasa dan hari raya yang merujuk
kepada kriteria kenampakan hilal dengan menyatakan, pertama, penggunaan hisab lebih
mencapai tujuan untuk menentukan kenampakan anak bulan. Kedua, hisab perlu dijadikan
kaedah penafian dalam laporan kenampakan anak bulan. Jika laporan kenampakan tidak
memenuhi pertimbangan hisab, maka laporan tersebut adalah tertolak kerana hisab bersifat qat’i
sedangkan rukyah pula bersifat zanni. Zanni tidak dapat menandingi qat’i.

PANDANGAN AL QARADAWI DARI PERSPEKTIF ILMU FALAK

Al-Qaradawi lebih cenderung menggunakan kaedah hisab dalam menentukan kedua-dua tarikh
penting ini kerana beliau melihat ketidak seragaman dan kekecohan yang timbul darinya dan
jalan penyelesaian ke arahnya adalah mempraktikkan hisab sesuai dengan kemajuan pesat bidang
sains dan teknologi. Kaedah rukyah dan hisab masing-masing termasuk bidang ilmu falak.
Rukyah menggunakan peralatan moden sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi bagi
menggantikan rukyah dengan mata kasar. Hisab pula menggunakan kaedah matematik sehingga
menghasilkan perisian astronomi yang memudahkan menentukan kedudukan hilal dan matahari
ketika terbenam matahari.

Dari satu sudut pandang yang lain pula manfaat dari Sains dan teknologi membantu dalam
merukyah hilal. Mohammaddin Abdul Niri et. al (2012) menyatakan penggunaan sains dan
teknologi dalam hitungan astronomi dan penggunaan alatan moden ketika rukyah hilal adalah
untuk memperbaiki dan mengukuhkan kaedah tradisi menentukan kenampakan hilal yang
berasaskan rukyah dan untuk menangani keraguan dan kemungkinan berlaku kesilapan pada
kaedah rukyah .
Walau bagaimana pun hingga kini penyelidikan sains dan teknologi dalam bidang astronomi
masih belum mampu merekacipta satu kaedah dan peralatan yang mampu merukyah hilal di atas
ufuk pada ketinggian yang minima ketika terbenam matahari kerana faktor cuaca dan
persekitaran yang tidak memungkinkan hilal dirukyah. Oleh sebab itu ketika kaedah hisab
digunakan perlu menggunapakai kriteria imkanur rukyah (keboleh nampakan hilal) berdasarkan
kajian panjang rukyah setempat. Oleh itu dalam lampiran 1, negara-negara yang menggunakan
hisab sebagai penentu awal Ramadan dan Syawal telah menetapkan kriteria kebolehnampakan
hilal yang berlainan antara sesebuah negara kerana kesan langsung dari pengalaman hisab dan
rukyah di negara mereka.

Perkembangan Sains Teknologi Dalam Bidang Astronomi

Ramai ilmuan Islam silam dalam bidang Astronomi telah menyumbang kepada penyelidikan
bidang ini sesuai dengan perkembangan sains dan teknologi waktu itu. Baharrudin Zainal (2008)
telah memaparkan perkembangan prinsip-prinsip astronomi dalam tamadun Islam dan kesannya
di alam Melayu. Ternyata sumbangan ahli-ahli astronomi Islam telah memberi kesan langsung
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

kepada bidang ilmu falak. Hingga kini penyelidikan bidang ini semakin perkembang. Nurul
Laila (2011) menyatakan kemajuan di bidang astronomi ketika ini telah memasuki era moden
yang memungkinkan untuk menentukan posisi objek di langit dengan ketelitian tinggi, termasuk
didalamnya penentuan posisi bumi, bulan dan matahari. Perkembangan astronomi moden ini
dapat dimanfaatkan untuk membantu menentukan awal bulan Islam, yang masih merupakan
permasalahan yang dihadapi umat Islam. Seiring dengan kemajuan di bidang astronomi,
perkembangan teknologi komputer telah mencapai kemajuan yang menakjubkan. Kemajuan di
bidang komputer ini juga dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan pengaturcaraan komputer
untuk membantu menentukan awal bulan Islam. Pengaturcaraan ini ditulis dengan bahasa
pengaturcaraan yang mampu mengimplementasikan rumus/model dalam bidang astronomi
moden. Untuk dapat menghasilkan program komputer yang baik diperlukan algoritma yang baik
pula, sehingga program tersebut menghasilkan perhitungan yang tepat dan cepat. (Khafid, 2003).
Banyak perisian komputer telah dihasilkan dan boleh dimuat turun dari internet seperti Moon
Calculator dan Accurate Times yang telah dihasilkan untuk menentukan puasa dan hari raya.
Perisian astronomi ciptaan saintis barat telah dihasilkan untuk membantu hisab dan hilal dan
fenomena astronomi lain dengan ketepatan yang tinggi seperti Starry Night Pro, Stellarium, Star
Calc dan sabagainya

Omer Abdullah(2005), telah mengutarakan pendapat Khalid Shaukat yang mengatakan dalam era semasa
kemajuan sains dan teknologi, tiga dekad selepas manusia mendarat di bulan, sesetengah umat Islam
masih mengelakkan penggunaan pengetahuan saintifik untuk membuat kalendar Islam dan mendapatkan
lebih dengan perpecahan dan perlu menunggu sehingga tengah malam bagi pengesahan penglihatan
bulan. Khalid Shaukat menekankan, hari ini, umat Islam mempunyai kepakaran dan capaian kepada
teknologi untuk memahami pengiraan bila dan di mana penglihatan berlaku. Mencatatkan data
menunjukkan bagaimana sains penglihatan bulan berbanding dengan pemerhatian sebenar. Keputusan
menunjukkan kaedah hisab dan rukyah telah dipadankan setiap bulan sejak tahun 1993. Hasilnya hisab
dan rukyah adalah dua perkara yang berbeza untuk kalendar Islam.

Penggunaan Hisab Dalam Menentukan Waktu Solat Dan Arah Kiblat

Penggunaan hisab bukan sahaja ketika menentukan permulaan puasa dan hari raya, bahkan ianya telah
diamalkan untuk menentukan waktu ibadah lain seperti permulaan masuknya waktu solat, waktu berbuka
puasa dan imsak, menentukan arah kiblat. Penentuan arah kiblat melalui pengiraan ketika matahari betul-
betul berada di atas kaabah (istiwa) setiap tahun pada 28 Mei, 5.16 petang dan 16 Julai, 5.28 petang,
kerana pada ketika matahari istiwa di atas kaabah akan menyebabkan semua bayang-bayang matahari
akan mengarah ke kiblat. (Baharrudin Zainal, 2004). Sementara itu Tono Saksono(2007) telah
menukilkan pandangan Ibn al-Arabi yang bersetuju dengan penggunaan hisab apabila menyatakan selama
ini penggunaan hisab telah diterima pakai dalam menentukan waktu solat dengan ketepatan yang tinggi
dan mempertikaian mengapa hisab hilal tidak dilakukan dengan kaedah yang sama. Perkara ini
dipersetujui oleh Maskufa, MA (2009) yang turut mengakui hisab sebagai kaedah untuk menentukan
waktu solat dan juga penentuan arah kiblat yang telah disepakati dan diterima pakai tanpa sebarang
konflik

Hisab Dan Rukyah Cakerawala Untuk Menentukan Kedudukan Di Bumi


Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Hampir kesemua penulisan dalam bidang Astronomi Lapangan (Field Astronomy) atau Astronomi-
Kedudukan (Positional Astronomy) oleh ilmuan tempatan seperti Abdul Hamid Tahir (1990), Wan
Abdul Aziz Wan Mohd Akib (1996) dan Mohamad Saupi Che Awang (1995) menekankan kaedah hisab
dan diikuti rukyah badan cakerawala seperti bintang, matahari dan bulan adalah untuk menentukan
kedudukan di bumi. Masiri Kaamin et. al (2010) menambah penentuan kedudukan yang melibatkan hisab
dan rukyah cakerawala adalah menentukan nilai latitud, longitud, azimut dan waktu. Ianya penting bagi
menyemak nilai-nilai kedudukan sedia ada dan dibandingkan dengan nilai yang dicerap ke atas
cakerawala. Sementara dalam Ilmu Falak , kedudukan jasad cakerawala seperti bulan dan matahari dikira
untuk disahkan kedudukannya ketika cerapan dilakukan bagi menentukan tarikh atau masa ibadah seperti
solat, arah kiblat, puasa dan hari raya.

Gerhana Matahari Dan Hisab (Hitungan) Anak Bulan (Hilal)

Khadijah Mohamad Nor (2010) menyatakan kejadian gerhana matahari mempunyai hubung kait
dengan penentuan takwim Hijrah atau kalendar Islam. Beliau memetik pandangan Dr.
Baharrudin Zainal, yang menyatakan geometri fasa bulan bermula dengan keadaan ijtimak, di
mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan. Sementara gerhana matahari pula
berlaku apabila ketika ijtimak, matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah. Dalam keadaan
lain ketika ijtimak, bulan tidak berada pada satah yang sama dengan garisan matahari-bulan.Oleh
itu, ijtimak yang berlaku berpadanan dengan gerhana matahari, membolehkan manusia
menyaksikan fenomena yang berangkai ini, iaitu ijtimak dan gerhana matahari. Selepas ijtimak,
bulan akan teranjak dari penjajarannya dengan garisan bumi-matahari sekali gus menandakan
bermulanya proses pembentukan anak bulan.
Data-data hisab gerhana matahari dengan merujuk kepada Fred Espenak (2009a), pihak
National Aeronautics and Space Administration (NASA) telah mengeluarkan data-data hisab
bagi tempoh yang panjang sehingga10000 tahun dalam bentuk katalog gerhana matahari dari
tahun 4000SM hingga 5999M dengan merekodkan 23740 kejadian gerhana matahari. Data
tersebut lengkap dengan jadual, rajah, peta dan simulasi laluan berlakunya gerhana matahari
bagi setiap kejadian. Ianya menjadi rujukan utama kepada ahli astronomi untuk mendapatkan
ketepatan hisab gerhana matahari. Perkara ini dapat dibuktikan apabila rukyah kejadian sebenar
gerhana matahari dan didapati ianya tepat sama dengan data-data hisab gerhana. Oleh itu
peristiwa gerhana matahari ini sebenarnya memberi peluang kepada ahli falak Islam untuk
menyemak ketepatan antara data-data hisab dan rukyah. Ini kerana ketika gerhana matahari yang
bersamaan dengan iktimak menjadi asas utama kepada kemunculan hilal yang akan dirukyah.
Jika data-data hisab ketika ijtimak adalah tepat sudah tentu ketepatan hilal yang di hisab dan
dirukyah ketika terbenam matahari pada hari penentuan puasa dan hari raya juga tidak boleh
disangsikan ketepatannya. Ini menggambarkan sains dan teknologi hari ini tidak menjadi
halangan untuk mengetahui keadaan sebenar pergerakan cakerawala bukan sahaja matahari
bahkan semua cakerawala di langit dengan merujuk kepada kedudukan di bumi.
Gerhana matahari boleh menyemak ketepatan kejadian masa lalu dan masa kini. Mohamad
Zakuwa dan Saadan.(2010) telah membuat kajian mengenai tarikh kematian Ibrahim, putera
Rasulullah SAW. Catatan masyhur menyatakan kematian berlaku pada 10 Rabiulawal 10 H, ada
juga catatan menyatakan kematian berlaku pada bulan Ramadhan dan Zulhijjah. Hasil kajian
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

yang telah dilakukan dengan menggunakan data hisab gerhana matahari yang dikeluarkan oleh
NASA, kajian menunjukkan gerhana pada Isnin 29 Syawal 10 Hijrah ( 27 Januari 632 Masihi)
adalah tarikh kewafatan Ibrahim, anak Rasulullah s.a.w. Tarikh kewafatan Ibrahim juga telah
direkodkan oleh Fred Espanak (2009b) bersamaan dengan gerhana matahari pada tarikh tersebut.
Dalam kajian lain, Qamar Uddin (2013 ) menyatakan kejadian gerhana matahari pada 3
November 2013 telah membuktikan takwim Ummul Qura yang diamalkan di Arab Saudi telah
salah. Ini bermakna kejadian gerhana matahari pada 3.46 petang waktu Arab Saudi boleh
menyemak ketepatan takwim qamari yang berkait rapat dengan penentuan awal bulan hijrah.
Sebelum itu Salman Shaikh (2001) menyatakan ketika berlaku gerhana matahari pada 5 Februari
2000, beliau telah membuktikan kesilapan telah berlaku kepada penetapan tarikh hari raya di
Arab Saudi dan Al-Qaradawi turut juga mengulas isu ini di dalam penulisan beliau itu.

Almanak Astronomi Membantu Hisab Falak

Kedudukan dan ketepatan bagi sesuatu posisi di bumi dibantu dengan hisab cakerawala di
langit dapat ditentukan menggunakan almanak. Terdapat pelbagai jenis almanak yang
diterbitkan secara tahunan atau berkala bergantung kepada kegunaan tertentu. Almanak
Astronomi (Astronomical Almanac) yang memenuhi fungsi membantu pengiraan astronomi
adalah jadual, buku, atau perisian komputer yang menyajikan maklumat tentang waktu kejadian
fenomena astronomi seperti waktu terbit/terbenam matahari dan bulan, fasa bulan, posisi
matahari, bulan, bintang dan planet-planet, gerhana, pergerakan jasad-jasad di langit. Nautical
Almanac pula adalah almanak yang menerangkan kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet
bagi membantu pelayar menentukan kedudukan kapal mereka semasa di laut. Sementara
Almanak Bintang Untuk Jurukur (Star Almanac For Land Surveyor) adalah almanak yang
mengandungi kedudukan Matahari dan bintang dalam bentuk yang mudah untuk juruukur tanah
mencerap cakerawala tersebut untuk menentukan kedudukan di bumi.(HM Nautical Almanac
Office, 2012)
Bagi negara kita, Almanak Falak diterbitkan secara usahasama di antara Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia dan Pejabat Almanak, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai. Perhitungannya adalah diasaskan terus kepada teori-teori asas
pergerakan planet dan tidak ada data yang diambil secara langsung dari mana-mana almanak
atau efemeris sedia ada. Tujuan utama Almanak Falak diterbitkan ialah untuk menyediakan
data-data yang diperlukan untuk hitungan-hitungan falak syarie seperti penentuan kalendar,
waktu-waktu solat serta imsak dan penyediaan data rukyah hilal (JAKIM, 2014).
Dalam konteks menentukan puasa dan hari raya, isu ini sebenarnya boleh diatasi dengan
memanfaatkan data kedudukan hilal yang tepat dari almanak astronomi muktahir (hasil
penyempurnaan almanak astronomi sepanjang sejarah perkembangannya). Ketepatan almanak
astronomi dalam penentuan ijtimak (new moon) kini telah tebukti melalui ketepatan pengiraan
waktu gerhana matahari yang tepat dapat mencegah terjadinya kesalahan mengenalpasti hilal.
Data-data dari almanak astronomi tentang kedudukan hilal sudah diterima secara meluas bagi
membantu merungkai masalah penetapan bulan Islam. (Chairul Zen S.,2010)
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

KESIMPULAN

Makalah ini telah mengulas isu ini dari perspektif ilmu falak berhubung pandangan Dr Yusuf Al-
Qaradawi yang cenderung menggunakan kaedah hisab sebagai jalan penyelesaian
ketidakseragaman kaedah menentukan puasa dan hari raya. Di dalam tulisannya dalam Fiqh
Muasirat (Fatwa Masakini), beliau telah menyimpulkan usaha ke arah kesatuan orang-orang
Islam di dalam puasa dan hari raya serta seluruh syiar yang lain adalah dituntut. Seandainya tidak
mampu sampai kepada kesatuan yang total di antara sesama negara di seluruh dunia, sekurang-
kurangnya hendaklah memelihara kesatuan juzie sesame muslim di dalam sesebuah Negara.
Justeru kesepakatan sama ada menggunakan kaedah rukyah atau hisab perlu dicapai agar tidak
berlaku perbezaan hari yang ketara. Ahli falak dan para alim ulama akan terus bermuzakarah dan
melakukan penyelidikan terkini bagi menghasilkan rumusan yang boleh diterima bersama oleh
negara-negara umat Islam di dunia.

RUJUKAN

Abdul Hamid Tahir (1990). Unsur-unsur Astronomi Praktik Untuk Kegunaan Ukur Tanah.
Universiti Teknologi Malaysia: Johor Bahru
Abdul Karim & Mohamad Safiri. (2007). Ketokohan Yusuf Al Qaradawi dan sumbangannya dalam
bidang hadis. Al-Bayan Journal of Al Quran & Al Hadith, Vol 5, Mei 2007, pg 129-152
Baharrudin Zainal. (2004). Ilmu Falak. Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur
Baharrudin Zainal (2008). Prinsip-prinsip astronomi dalam Tamadun Islam dan Melayu. Prosiding
Bengkel Pengislaman Ilmu 2008. ASASI, UKM 16 Ogos 2008
Basri Ibrahim. (2010). Perbezaan pendapat dalam perkara cabang fiqh: analisis terhadap
pandangan al-qaradawi. Shariah Journal, Vol. 18, No. 1 (2010) 191-228
Chairul Zen S.,(2010) Penentuan Awal Bulan Qomariah. Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://sumut.kemenag.go.id/file/file/TULISANISLAM2/rhgu1356332686.pdf
Fred Espenak. (2009a). Ten Millennium Catalog of Long Solar Eclipses. Retrieved Januari 29, 2014,
from http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEcatmax/SEcatmax.html
Fred Espenak. (2009b). Solar Eclipses of Historical Interest. Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://eclipse.gsfc.nasa.gov/SEhistory/SEhistory.html
HM Nautical Almanac Office(2012). Almanac Publication. Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://astro.ukho.gov.uk/nao/publicat/
JAKIM. (2014). Almanak. Retrieved Febuari 02, 2014, from http://www.islam.gov.my/e-falak/almanak-
0
Khadijah Mohamad Nor (2010) Gerhana matahari separa. Akhbar Kosmo 18/01/2010
Khafid, (2003). Algoritma astronomi moden dan penentuan awal bulan islam secara global. Posiding
Seminar dan Workshop Nasional: Aspek Astronomi Dalam Kalender Bulan Dan Kalender
Matahari. 13 Oktober 2003
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Khalid Shaukat. (2013a). Methods used by countires for determining the beginning of Islamic months.
Dicapai pada 27 Januari 2014, dari http://moonsighting.com/methods.html
Khalid Shaukat. (2013b). Moonsighting for Shawwal 1434. Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://moonsighting.com/1434shw.html
Masiri Kaamin.(2003). Hisab falak mutlak: alternatif kepada penentuan puasa dan hari raya. Jurnal Sains
& Teknologi, Vol. 1, Oktober 2003, 32-42
Masiri Kaamin et. al.(2010). Al-Quran Dan Astronomi Dalam Disiplin Ilmu Geomatik. Prosiding 2nd
International Seminar On Islamic Science and Technology, UTMSPACE & FIC, 20-21 Oktober
2010
Maskufa, MA. (2009). Ilmu Falaq. GP Press. Jakarta
Mohamad Saufi Che Awang. (1995). Prinsip-prinsip astronomi lapangan. Jabatan Geodesi dan Sains
Angkasa, Fakulti Ukur Dan Harta Tanah, UTM, Skudai, Johor
Mohamad Zakuwa dan Saadan.(2010). Penentuan tarikh kematian Ibrahim putera Rasulullah
s.a.w. daripada perspektif falak. Journal of Fiqh, No. 7 (2010) 185-200
Mohammaddin Abdul Niri et. al (2012). Kesan penggunaan hitungan astronomi dan alatan
moden dalam cerapan hilal di Malaysia: Satu penelitian. Journal of Fiqh, No 9 (2012)
45- 64
Mohd Saiful Anwar et. al. (2013). Kenampakan anak bulan di teluk kemang: analisis mengikut
pandangan fiqh oleh yusuf al-qaradawi dan perspektif astronomi. Shariah Journal, Vol. 21, No. 1
(2013) 63-74
Nurul Laila (2011).Algoritma astronomi moden dalam penentuan awal bulan qamariah. Jurnal
Hukum dan Syariah, Vol. 2, No. 2, Desember 2011, 92-99
Omer Abdullah. (2005). Moon sighting vs. Moon fighting. Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://www.islamicity.com/articles/articles.asp?ref=IC0310-2120&p=1
Qamar Uddin. (2013 ). Solar eclipse proves the inaccuracy of the Saudi Ummul Qura calendar.
Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://www.moonsighting.org.uk/docs/SolarEclipseAndUmmulQuraCalendar.pdf
Salman Shaikh, Dr. (2001), Hilal Sighting & Islamic Dates: Issues and Solution Insha'Allaah. Dicapai
pada 27 Januari 2014, dari http://www.hilalsighting.org/papers/salman.pdf
Syamsul Anwar. (2010). Sekali lagi mengapa menggunakan Dicapai pada 27 Januari 2014, dari
http://eprints.umm.ac.id/552/
Tono Saksono(2007). Mengkompromikan rukyat & hisab. PT. Amythas Publicita. Jakarta. 130
Wan Abdul Aziz Wan Mohad Akib.(1996). Astronomi Lanjutan. Universiti Teknologi Malaysia: Johor
Bahru
Yusuf Al-Qaradawi, Dr. (Penterjemah : Zaidi Jalil et. al). (1995b). Fatwa masa kini jilid 5 & 6. Pustaka
Salam, Kuala Lumpur
Yusuf Al-Qaradawi, Dr. ,(Penterjemah : Huda Moksin, Jawiah Dakir). (1996). Bagaimana
berinteraksi dengan al-sunnah. Budaya Ilmu Sdn Bhd. Petaling Jaya, Selangor
Yusuf Al-Qaradawi, Dr.(Penterjemah: Ma’ruf Abdul Jalil). (1995a) Fiqh puasa (fiqhush shiam).
Citra Islami Press, Jakarta.
Zulfiqar Ali Shah. (2009). The Astronomical Calculations and Ramadan
A Fiqhi Discourse. International Institute of Islamic Thought, USA
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Zulkifli Hasan.(2013). Yusuf al-Qaradawi dan Sumbangan Pemikirannya. Global Journal Al-
Thaqafah, Vol. 3 Isu 1, Jun 2013, 51

Lampiran 1: Kaedah penentuan puasa dan hari raya negara-negara di seluruh dunia

No. Kaedah Penentuan Puasa Negara


& Hari Raya
1 Rukyah Australia Bangladesh (Beberapa Kawasan Ikut Tempatan Rukyah) Brunei,
Kanada (Beberapa Kawasan Ikut Rukyah dari negara lain), Chile, Kepulauan Fiji,
Guyana, India, Indonesia (Beberapa kumpulan mengikuti Rukyah Tempatan),
Iran, Kenya, Libya, Malawi, Malaysia(menggabungkan dengan kaedah hisab),
Mauritius, Morocco, Mozambique, Niger, Oman, Pakistan, Arab Saudi (Hanya
untuk Ramadan, Syawal, dan Zulhijjah), Afrika Selatan, Sri Lanka, Tanzania,
Trinidad & Tobago, Amerika Syarikat (Sesetengah Ikut Rukyah Tempatan),
Zambia, Zimbabwe

2 Hisab (mengikut kriteria 1. Algeria


Hisab yang tersendiri)
2. Kanada - Majlis Fiqah Amerika Utara Persatuan / Islam Amerika Utara

3. China - Ikut MeccaCalendar.org

4. Mesir - Bulan Dilahirkan sebelum matahari terbenam & bulan set sekurang-
kurangnya 5 minit selepas matahari terbenam

5. Perancis (UOIF - Union des Organisasi Islamiques de France [Kesatuan


Pertubuhan Islam Perancis])

6. Indonesia - Beberapa kumpulan mengikut pengiraan: Umur hilal > 8 jam,


ketinggian> 2 °, jarak langkung> 3 °

7. Malaysia – Jika ketika rukyah, hilal tidak kelihatan akan mengikut hisab
berdasarkan kriteria kenampakan hilal iaitu: Umur hilal> 8 jam, ketinggian>
2 °, jarak lengkung > 3 °

8. Ireland (ECFR - Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan, Dublin,


Ireland: Ketinggian> 5 °, pemanjangan> 8 °

9. Luxembourg (ECFR - Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan, Dublin,


Ireland: Ketinggian> 5 °, jarak lengkung > 8 °)

10. Maldives - Pengumuman rasmi dari Kementerian Hal Ehwal Islam

11. Tunisia - Kriteria umur, ketinggian, matahari terbenam-bulan terbenam.

12. Turki - Pengiraan Kalendar Islam digunakan di Turki adalah berdasarkan


(sebahagiannya) pada keputusan Persidangan Menentukan permulaan Bulan
Lunar yang diadakan di Istanbul, pada 28 November 1978. Kriteria adalah
Ketinggian> 5 °, Jarak lengkung> 8 °

13. Amerika Syarikat -. Majlis Fiqh Amerika Utara / Persatuan Islam Amerika
Utara. Kriteria adalah bulan mesti dilahirkan sebelum terbenam matahari di
Makkah, dan bulan terbenam selepas matahari terbenam di Makkah. Kriteria
ini tidak diguna pakai untuk Hari Raya Haji kerana mengikut Arab Saudi.
3 Mengikut kaedah Arab Afghanistan, Albania, Armenia, Austria, Azerbaijan, Bahrian, Bangladesh
Saudi (Beberapa kawasan ikuti Arab), Belgium, Bolivia, Bosnia dan Herzegovina,
Prosiding Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)
Batu Pahat, Johor, 9 – 10 April 2014

Bulgaria, Chechnia, Denmark, Finland, Georgia, Hungary, Iceland, Iraq, Ireland,


Itali, Jordan, Kazakhstan, Kuwait, Kyrgizstan, Lebanon, Luxembourg,
Mauritania, Belanda, Norway, Palestin, Filipina, Qatar, Romania, Sepanyol,
Sudan, Sweden, Switzerland, Syria, Tajikistan, Taiwan, Tatarstan,
Turkmenistan, UAE, UK (Sesetengah Ikut Arab), Jawatankuasa Penyelarasan
Pusat Islam Utama dan Masjid-masjid di London], Uzbekistan, Yemen

4 Mengikut Kaedah Turki Cosovo, Croatia, Macedonia, Montenegro, Rusia, Serbia, Slovenia
5 Negara-negara yang 1. Kanada - Beberapa tempat mengikut pengumuman dari negara-negara lain
mengikuti Rukyah
Global (dari negara lain), 2. Bermuda - Pengumuman dari negara-negara lain
jika tidak dilihat di
3. New Zealand - Pengumuman dari Australia jika tidak dilihat di New
negara mereka Zealand

4. Suriname - Pengumuman dari Guyana jika tidak dilihat di Suriname

5. UK - Pengumuman dari negara-negara timur UK (contohnya, Maghribi,


Afrika Selatan)
6 Tiada kriteria tertentu. Nigeria
Keputusan berbeza-beza
dari tahun ke tahun

You might also like