Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PROTOKOL TEMU BUAL

Nama guru :
Jawatan :
Tarikh: Masa:

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan/tuan kerana sudi
meluangkan masa untuk ditemu bual bagi membantu saya untuk mendapatkan serba sedikit
maklumat tentang iklim dan sosiobudaya di Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun. Sebagai makluman
puan/tuan, segala maklumat yang akan direkodkan dan dirakam ini adalah sulit dan tidak akan
digunakan selain daripada kajian ini.

Senarai Soalan

Soalan Pengenalan

1. Bolehkah puan/tuan berkongsi serba sedikit tentang latar belakang kerjaya puan/tuan sepanjang
berkhidmat sebagai seorang guru?

2. Apakah yang puan/tuan faham tentang slogan “Kompetensi Guru Pemangkin Kemenjadian Murid”?

Soalan Transisi

1. Apakah pendapat puan/tuan tentang kepelbagaian sosiobudaya dalam pendidikan?

2. Adakah murid-murid di sekolah ini terdiri daripada golongan pendapatan isi rumah yang berbeza-
beza? Apakah taraf hidup majoriti murid di sekolah ini?

3. Adakah murid di sekolah ini memiliki perbezaan dari segi bangsa, adat resam atau kepercayaan?

4. Sekolah ini memiliki kelas murid berkeperluan khas, adakah sekolah ini memiliki kelas untuk murid
autisme? Jika ada, apakah bahasa yang sering digunakan oleh murid autisme ketika berinteraksi?

5. Apakah bahasa yang sering murid gunakan ketika berinteraksi sesama murid dan sesama guru?

Soalan kunci

1. Adakah penggunaan loghat negeri menjadi suatu gangguan dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Bahasa Melayu?

2. Adakah perbezaan taraf hidup murid di sekolah ini memberi impak keatas kemenjadian mereka?

Soalan penutup

1. Terima kasih atas kesudin puan/tuan untuk ditemubual dan terima kasih juga atas maklumat yang
diberikan. Adakah puan/tuan ingin menambah apa-apa lagi?

Disahkan oleh:

___________________

You might also like