Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 40

CABARAN BAHASA MELAYU DAN PENYELESAIAN

http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html
Pada era globalisasi dan modenisasi yang berpaksikan sains dan teknologi
ini, Bahasa Melayu menghadapi cabaran dan ranjau yang diibaratkan duri
dalam daging. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi
dan bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan
Negara iaitu perkara 152 yang menyatakan bahawa bahasa Melayu
merupakan Bahasa Kebangsaan. Jadi, pada abad ke-21, bahasa Melayu
yang diperkasakan dan dimartabatkan di tanah air ini terpaksa menghadapi
saingan dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa
global dan kerap digunakan di mana-mana sahaja secara antarabangsa.
Persaingan yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara ini ialah pengajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah
menengah. Oleh yang demikian, tumpuan kertas kerja ini ialah
membincangkan cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat,
cabaran bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa
Melayu dalam penggunaan bahasa Melayu. Jadi, pelbagai seminar atau
pembentangan telah dijalankan, kegusaran bahasa Melayu terus
membimbangkan pada setiap insan yang mencintai dan menghayati bahasa
Melayu. Melalui kertas kerja ini, perbincangan akan ditumpukan kepada
cabaran-cabaran yang dihadapi oleh bahasa Melayu dalam abad ke-21
supaya cabaran-cabaran tersebut tidak membantut perkembangan bahasa
Melayu pada masa akan datang. Justeru, cabaran- cabaran ini tidak akan
mengancam kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
pengantar pendidikan di Malaysia pada abad ke-21. Isu-isu akan
dibincangkan secara satu persatu supaya jelas tentang cabaran-cabaran
tersebut.

PENDAHULUAN 

Sebelum mengorak melangkah untuk membicarakan cabaran-cabaran


bahasa Melayu dalam abad ke-21, penulis ingin mengajak sekalian dahulu
berkenaan bahasa Melayu. Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam
Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia menegaskan
bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang keturunan
Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan
bahawa bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa
Kebangsaan ini hendaklah digunakan di dalam urusan rasmi dalam semua
bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan Bahasa
Kebangsaan tetap berjalan dengan lancar. Untuk memenuhi kehendak
tersebut, pada peringkat awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan
sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah atau menengah, khususnya
sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu.. Pada peringkat
yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa Kebangsaan ini sudah cukup
matang dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan
perpaduan rakyat dan memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah
Bahasa Malaysia telah digunakan. 

Manakala cabaran pula ialah sesuatu iaitu unsur, atau faktor yang
mencabar,menguji, kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu
organisasi. (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2005). Oleh itu cabaran bahasa
Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa
Melayu dalam menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad
ke-21 atau lebih dikenali sebagai era globalisasi merupakan satu zaman
yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa Melayu di negara
ini. 

Persoalannya, apakah cabaran bahasa Melayu mempunyai kemampuan


dalam abad ke-21. Adakah cabaran-cabaran itu menidakkan kedudukan
bahasa Melayu di negara ini? Oleh yang demikian, harapan kita terhadap
bahasa Melayu terlalu besar. 

Bahasa Melayu harus berupaya menggambarkan kelahiran fikiran, kreativiti


dan aktiviti besar bangsa Malaysia. Cabaran-cabaran bahasa Melayu dalam
abad ke-21, perlu ditangani dengan berhati-hati supaya bahasa Melayu
terus hidup dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa. 
Kajian ini akan membincangkan cabaran dalam memperkasa bahasa
Melayu sebagai bahasa rasmi dengan perbincangan tertumpu kepada
cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat, cabaran
bahasa Melayu terhadap sikap penutur cabaran bahasa Melayu dalam
penggunaannya. 

CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MENGHADAPI ABAD KE-21

Untuk memastikan kesinambungan kewujudannya dan kegemilangannya di


persada dunia dalam abad ke-21 , bahasa Melayu terpaksa menghadapi
pelbagai cabaran, sama ada dalam konteks nasional atau antarabangsa.
Cabaran-cabaran ini memperlihatkan bahawa bahasa Melayu pada suatu
ketika dahulu iaitu bahasa Melayu dalam sejarahnya telah membuktikan
bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman
Empayar Srivijaya pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi.
apabila bahasa Melayu menjadi lingua franca di rantau ini. Malahan bahasa
Melayu telah menjadi bahasa perdagangan dan bahasa perhubungan
antarabangsa. Kegemilangan bahasa Melayu telah menjadi kenyataan pada
masa itu apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa
persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan. 

Namun, permulaan abad ke-20 merupakan era penjajahan Barat ke atas


Kepulauan-kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah
Melayu dan utara Borneo,Belanda bagi kepulauan Sumatera, Jawa,selatan
Borneo,Sulawesi ,Meluku, Madura dan Bali, dan Sepanyol bagi kepulauan
Filipina.[Prof.Dr.Hashim Hj. Musa,2009].Keadaan yang sedemikian telah
menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulalah
kemerosotan kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini.
Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan bahasa
mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan terhadap
jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah
bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini. 

Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun pelaksanaan sepenuhnya


dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa Melayu
telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996
dan Akta IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu
cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003, penggunaan bahasa Inggeris
bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun, pejuang-
pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu
mendapat tempat di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan
Negara, Perkara 152. Akhirnya, tahun 2012 penggunaan bahasa Inggeris
dalam sains dan matematik dihapuskan. 
Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin
mendapat persaingan sengit atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Jadi,
dalam kertas kerja ini membincangkan empat cabaran yang bahasa Melayu
hadapi pada abad ke-21. 

Cabaran Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi 

Oleh yang demikian, pemerkasaan bermaksud menjadikan sesuatu itu


berwibawa, dominan, kuat, hebat, terkenal, berdaulat, dominan, dan
sebagainya.[Kamus Dewan Edisi Ke-4,2005] Justeru, pemerkasaan bahasa
Melayu bermaksud menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang hebat,
terkenal, berdaulat dan dominan di dunia ; hebat dari segi kandungan
ilmunya, keintelektualannya, keluasan penggunaannya, nilai ekonominya
dan keterbacaannya.[Prof,Dr, Hashim Hj.Musa,2009] Pada masa ini, sistem
pendidikan negara berpengantarkan bahasa Melayu seperti yang tercatat
dalam Perkara 152 Perlembagaan Negara iaitu bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Dalam abad ke-21, bahasa Melayu telah menghadapi cabaran
apabila pada tahun 2003, sains dan matematik dalam semua peringkat
diajar dalam bahasa Inggeris. Senario ini telah memberi impak kepada
kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Pejuang-
pejuang bahasa telah bersatu hati untuk mendaulatkan dan
memperkasakan bahasa Melayu, Seminar-seminar, pembentangan kertas
kerja dan sebagainya telah diadakan bukan sahaja di dalam negara malahan
di luar negara. Tidak cukup dengan itu, badan NGO dan bukan NGO turut
bersama-sama untuk memastikan bahasa Melayu perlu dikembalikan
dalam mata pelajaran sains dan matematik. 

Pada tahun 2010,, Tan Sri Muhiyidin Yasin,Timbalan Perdana Menteri telah
mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan
matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan
bahasa Melayu kembali dominan dan diperkasa. 

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi


kefahaman sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru,
ada yang menganggap bahawa orang Melayu atau negara ini tidak akan
maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai 
bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea
Selatan dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam
semua bidang. Pemerkasaan bahasa ibunda mereka, telah menjadikan
negara mereka maju malah lebih maju daripada negara barat. 

Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan


dan penegasan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa
kebangsaan. Maksudnya, masyarakat sudah sedar betapa pentingnya
bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu mempelajari dan
mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim[1993],
Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika
dilihat dari perspektif penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam
sistem pendidikan, dan dalam beberapa domain utama kehidupan sehari-
hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan kejayaan tersebut.
Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan
usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan
(mengekalkan atau menetapkan) sekali gus mempertingkatkan mutu
bahasa yang digunakan. Dalam kata lain, semua pihak perlu bekerjasama
untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar cabaran abad
ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem
pendidikan atau pentadbiran. 

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Kemajuan Teknologi Maklumat 


Pada masa ini, bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia
telah mendapat impak yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa
teknologi maklumat. Sedia maklum, bahasa teknologi maklumat yang
paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu
memberi kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi
maklumat. Oleh itu, kita seharusnya mempelajari bahasa teknologi
maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi maklumat
dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari
kerana ilmunya. Kita haruslah berfikiran positif dan memandang ke
hadapan. Semua negara mempelajari bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua
selain bahasa ibunda. negara Korea Selatan, dan Jepun merupakan sebuah
negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap
mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari. 

Menurut Kamal Shukri Abdullah Sani,[2007;50] bahawa Jepun tidak


berganjak daripada menggunakan bahasanya dari peringkat tadika
sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata
pelajaran. Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah
dan bukan di peringkat rendah. Peluang mempelajari bahasa lain seperti
Jerman, Sepanyol, Portugis, Rusia,Mandarin dan lain-lain turut disediakan
sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau
bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi
martabat dan maruahnya. 

Oleh yang demikian, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah


diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan yang pesat dalam bidang
mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi
maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia dan
sebagainya. Seterusnya kemunculan Internet telah meluaskan penggunaan
ICT dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan
diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik
dan video. 

Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar


kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini.
Apatah lagi, negara Malaysia yang menjadikan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi di negara ini. Adakah kita mampu menghadapi cabaran ini
dan menidakkan penggunaan teknologi maklumat dalam arus
pembangunan negara. Bagaimana dengan Jepun.? Negara mereka maju
dalam teknologi maklumat, namun bahasa ibunda tetap terjaga dan
terpelihara. Perkara ini perlu kita renung dan fikir bersama. 

Oleh yang demikian, penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan
liberalisasi bermakna penggunaan bahasa Inggeris menjadi semakin penting
dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT telah
menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama Internet dunia
di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan
perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang
semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan
persekitaran ini menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa
Melayu digunakan di dalam era ICT sebagai bahasa perantaraan alternatif
untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya? Mampukah penggiat-
penggiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,
perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu? 

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat perlu memperlihatkan sikap


terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang
pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris.
Perlu diakui bahawa bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ atau setahun jagung
dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding dengan bahasa
Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan
terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan
kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris. Dengan cara dan langkah
ini, kita percaya perkembangan bahasa Melayu akan terus bersemarak
seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi
maklumat dalam bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam
bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu. 

Secara langsung, bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan
terus meningkat dan berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj.
Musa, dalam buku Sosiolinguistik Lanjutan, [ 2009; 61]bahawa penguasaan
ilmu, sains dan teknologi yang tinggi, kemahiran dan kepakaran secara
meluas dalam kalangan rakyat jelata, merupakan faktor utama dalam
pembangunan Sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara
menyeluruh, yang menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan
kemajuan negara itu. Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan,
sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling
berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat jelata itu
sendiri. 

Oleh yang demikian, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu


hebat, bahasa Melayu perlu seiring dengan perkembangan teknologi
maklumat. Hal ini disebabkan, pelbagai maklumat yang terkandung dalam
pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam
bahasa Melayu ini, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan
bahasa Melayu, dan teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran
yang cukup penting canggih, cekap dan pantas untuk tujuan tersebut. Oleh
itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat,
sebaliknya ia patut bersepadunya dengannya. Dengan cara ini, bahasa
Melayu mampu mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan
maklumat pelbagai bidang dalam dunia serba teknikal ini. 

Cabaran Bahasa Melayu Terhadap Sikap Penuturnya 

Dalam abad ke-21, sikap penutur atau masyarakat amat penting dalam
penggunaan bahasa ibunda. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan
atau perasaan malu menebal dalam diri penutur kerana menggunakan
bahasa ibunda, sudah pasti bahasa ibunda akan terkubur. Oleh yang
demikian, bagi bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada
sikap yang dipegang oleh penuturnya. Jadi , abad ke-21 telah
memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur yang tidak mengambil
berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka
sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bercakap bahasa
Inggeris. Akibatnya, mereka yang tidak mahu menggunakannya telah
membentuk satu sikap tidak ‘kisah’ terhadap bahasa ibunda. Peristilahan
dan tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan
bahasa Melayu. Apabila disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih
suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitulah apabila ada seminar atau
pembentangan walaupun di dalam dewan ada seorang bukan rakyat
Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Justeru,
permasalahan ini iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu
ditangani secara berhati-hati pada abad ke-21 agar bahasa Melayu tidak
dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim dalam buku
Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan,
bahawa bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang
dipegang oleh penuturnya. Yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat
kepentingan dan kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa.
Jadi, yang tidak dapat dinafikan ialah hakikat kepentingannya dan
kesesuaian bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. 

Abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi
persaingan dengan bahasa Inggeris tetapi tidaklah keadaan ini menjadi satu
cabaran besar sehingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Oleh yang
demikian sikap rakyat Malaysia mesti yakin dengan keupayaan dan
kemampuan bahasa kebangsaan. Kita seharusnya berasa bangga dengan
bahasa Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap
bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi. Kemudian sesuaikan dengan
keadaan apabila hendak menggunakan bahasa Inggeris. Ironisnya, langkah
ini tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu tergugat oleh bahasa
Inggeris. 

Cabaran Bahasa Melayu Dalam Penggunaan Bahasa Melayu 

Belakangan ini, pada abad ke-21 beberapa gejala yang amat


membimbangkan berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu. Pengaruh
media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari segi
pertuturan,ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Kerosakan
penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan
remaja. Pada abad ke-21, sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada
golongan remaja dalam penggunaan bahasa Melayu. Senario ini cukup
membimbangkan dan jika tidak ditangani dengan segera, sudah pasti
keindahan bahasa Melayu tidak kedengaran atau berkumandang lagi. 

Berbalik kepada penggunaan bahasa Melayu, kebanyakan pengacara majlis


atau program di televisyen dan radio dalam pengendalian sesuatu program,
sudah menjadi kewajiban untuk mencampuradukkan bahasa mereka.
Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan, pengacara pada
peringkat awal menggunakan bahasa Melayu. Namun, perkara yang
sebaliknya telah berlaku iaitu dalam pertengahan program hingga akhir,
pengacara mencampuradukkan penyampaian bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan
penontonnya majoritinya berbangsa Melayu. 

Memang tidak dapat dinafikan, rakyat di negara kita mahir dalam dua
bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Terdapat pelbagai bentuk
dan cara dalam pertuturan mereka. Mengikut Nik Safiah Karim, [2004], ada
kalanya dua bahasa ini berselang-seli ,iaitu satu ayat dalam satu bahasa
diikuti oleh ayat dalam bahasa kedua. Sebagai contoh ialah “ Saya
mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should consult my
father.” Begitulah dengan penggunaan perkataan yang lain iaitu “ Dalam
hal ini you paling best.” “How are you today..harap OKlah.”Keadaan ini
sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program televisyen
pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu
memberi impak atau cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa
Melayu di negara ini. 

Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka


cukup membahayakan dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini
disebabkan kecanggihan teknologi maklumat pada abad ke-21 iaitu
penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan,
mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakulah kerancuan bahasa.
Menurut Prof Dr. Hashim Hj. Musa, kerancuan bahasa ialah penggunaan
bahasa yang tidak mengikut peraturannya sama ada dari segi sintaksis,
morfologi, fonologi, kosa kata, istilah dan sebagainya, yang mengakibatkan
kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa,
ejaan, sebutan, kosa kata dan istilah. Di sini , terdapat beberapa perkataan
yang sering disalahgunakan semasa menghantar sms. 
Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum
(assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon
(telefon) dan persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada
kata gantinama seperti sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga
dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler (bila), camner
(bagaimana) dan maner (mana). Kerancuan bahasa Melayu abad ke-21
merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan keteraturan,kehalusan
dan keintelektualan bahasa Melayu, kerana menjejas sistem dan
peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini
akan merosakkan martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan bahasa ilmu tinggi, yang
akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan sedikit demi sedikit
oleh pengguna bahasanya. 

KESIMPULAN

Mampukah bahasa Melayu menghadapi cabaran pada abad ke-21?


Daripada perbincangan di atas, kita telah membincangkan cabaran bahasa
Melayu sebelum dan selepas kemerdekaan secara ringkas.. Pada peringkat
ini, bahasa Melayu terus berkembang tanpa menghadapi masalah. Namun,
semasa penjajahan Inggeris perkembangan bahasa Melayu terus malap dan
tidak bermaya. Pejuang-pejuang bahasa yang mencintai bahasa, terus
berjuang untuk memartabatkan bahasa Melayu. Selepas kemerdekaan,
bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan
universiti. 

Walau bagaimanapun pada abad ke-21, bahasa Melayu mula dipersoalkan


dan ada pihak-pihak tertentu ingin mengembalikan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar di negara ini. Oleh yang demikian, cabaran-cabaran
seperti cabaran pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi,
cabaran bahasa Melayu dalam kemajuan teknologi maklumat , cabaran
bahasa Melayu terhadap sikap penuturnya dan cabaran bahasa Melayu
dalam penggunaan bahasa Melayu menjadi isu perbincangan dalam abad
ke-21. Cabaran-cabaran ini terpaksa dilalui secara berhati-hati agar
permasalahan yang sedikit akan memberi impak yang besar terhadap
bahasa Melayu. Pada masa ini, pengaruh bahasa Inggeris begitu kuat dan
dikenali sebagai bahasa antarabangsa.Untuk berhubung pada peringkat
antarabangsa, bahasa Inggeris menjadi keutamaan. 

Justeru, jalan terbaik untuk menghadapi cabaran ini ialah sikap kita
terhadap bahasa Melayu. Walaupun kita menghadapi pelbagai cabaran,
bahasa kedua perlu kita pelajari. Sebab saya berkata demikian, bahasa
Inggeris amat diperlukan untuk kita berhubung di peringkat antarabangsa.
Namun , tidaklah keadaan ini menjadi satu cabaran besar sehingga
menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa
pengantar dan bahasa berdaulat seperti yang tercatat dalam Perlembagaan
Negara. Paling penting rakyat Malaysia mempunyai sikap atau jati diri yang
betul terhadap bahasa kebangsaan. Seandainya rakyat Malaysia
mempunyai perasaan bangga terhadap bahasanya, jikalau rakyat Malaysia
tahu bila hendak menggunakan bahasa Inggeris dan bilakah pula keadaan
penggunaan bahasa kebangsaannya, maka tidak akan timbul persaingan
dan tidak akan timbul keadaan bahasa Melayu dalam dilema itu, kita mesti
mengetahui tempat penggunaannya supaya permasalahan tidak timbul. 

Dengan langkah yang sedemikian, nescaya permasalahan dan cabaran-


cabaran bahasa Melayu dalam abad ke-21 dapat diatasi. Paling penting,
masyarakat Malaysia perlu mempunyai sikap bangga diri terhadap bahasa
ibunda kerana pada suatu masa dahulu bahasa Melayu merupakan bahasa
yang telah diterima di peringkat antarabangsa iaitu zaman Empayar
Srivijaya. Pada hari ini, bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang
dianggarkan hampir 250 juta dan bahasa Melayu telah menjadi bahasa
rasmi untuk empat buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, dan
Singapura. Hal ini ditambah lagi bahawa bahasa Melayu pernah
berkumandang buat kali pertama di Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu
[PBB].Oleh itu, semangat dan jiwa seumpama ini perlu diikuti,dicontohi dan
diteladani oleh masyarakat Malaysia, pemimpin-pemimpin dan ilmuwan.
Saya percaya dengan langkah yang sedemikian, membolehkan bahasa
Melayu menongkah arus pada abad ke-21 dan martabat bahasa Melayu
akan kembali di landasan yang kita ingini.
Unsur-unsur ini tidak semestinya membina jati diri atau yang membina bangsa yang
dikehendaki kerana proses yang ada pada masa itu ialah yang sesuai dipanggil osmosis
di mana proses nilai kuat lagi berpengaruh menyedut nilai lemah yang kurang
berpengaruh. Salah satu yang bakal disedut melalui proses osmosis itu nanti ialah
menerusi pencabulan bahasa, kebudayaan dan cara hidup yang mencorakkan sifat
kemelayuan mereka. Pandangan yang cenderung ke arah fenomena ini mungkin akan
dipertikai tetapi pada amatan kebanyakan pemerhati ianya pasti berlaku.

Seperti yang telah disaksikan kebelakangan ini, kesan kemajuan global telah banyak
mengubah cara hidup lama. Satu-satunya yang baru ialah hidup dengan komputer dan
internet. Orang kini mengirim berita pantas melalui e-mail dan sms – dua istilah yang
sudah pun menjadi sebahagian perbendaharaan kata kita, dan sehubungan itu ramai
yang berurus niaga melalui internet. Perkataan terbaru sering memasuki
perbendaharaan kata kita, kadangkala tanpa perlu ditapis atau dihalusi terlebih dahulu.
Istilah Infotenmen, misalnya, yang menimbulkan kontroversi dalam penggunaan istilah
bahasa Melayu juga merupakan satu istilah baru yang dipertikaikan walaupun Menteri
Penerangan telah menghujahkan alasan-alasan penggunaannya di Parlimen. Hiburan,
berita dan maklumat, kebanyakannya disajikan oleh media sampai terus ke bilik tidur
dengan nisbah yang lebih ketara daripada yang disajikan secara tempatan. Alat-alat
canggih pengguna dipasarkan secara meluas lalu menggantikan peralatan lama. Bahasa
Melayu dituturkan separuh Melayu separuh Inggeris, di kalangan sektor swasta
pertuturan adalah lebih kurang 70% dalam bahasa Inggeris dan hanya 30% dalam
bahasa Melayu, itu pun adunan bahasanya dalam keadaan lintang-pukang seolah-olah
sekerat ular sekerat belut. Dan secara ketara, pendidikan negara mulai disalut dengan
kaedah-kaedah baru dengan perantaraan media baru iaitu bahasa Inggeris.
Nisbah perkataan baru yang di ceduk dari bahasa Inggeris lalu jadi sebahagian bahasa
rojak kita. Dunia siber sudah bertapak dalam hidup kita. Bersediakah kita
mempertahankan diri agar jati diri dan kesinambungan bina bangsa terjamin?
Sebenarnya soalan ini tidak akan dapat dijawab secara tepat dan kalau dijawab pun
ianya belum pasti akur kepada apa yang mungkin terjadi.

Dalam perkelilingan beginilah masyarakat Malaysia hidup di negara ini. Dan dalam
perkelilingan beginilah kita kembali memperkatakan nasib bahasa Melayu (BM). Cuma
kali ini ditambah sedikit dengan kaitannya dengan senario global. Sebenarnya
memperkatakan tentang bahasa Melayu hakikatnya ialah kita memperkatakan satu-
satunya aspek asas orang Melayu itu sendiri. Survival bahasa Melayu di peringkat yang
maju dan beridentiti lantas juga mencerminkan bangsa Melayu khasnya dan bangsa
Malaysia amnya. Cuma bangsa Malaysia adalah igauan politik yang hendak dicapai
tetapi Bangsa Melayu sudah ada dan nyata.
Kebelakangan ini sudah begitu banyak pihak memperkatakan tentang Bahasa Melayu.
Tetapi boleh dikatakan kesemuanya membuat rungutan atau dengusan yang negatif
tentang keadaan terumbang-ambing beberapa aspek bahasa Melayu itu. Dari tahun
1999 hingga 2003 terdapat secara rambang sekitar 94 rencana utama termasuk kertas-
kertas simposium dan konvensyen yang memperkatakan tentang bahasa Melayu dari
pelbagai sudut dan aspek. Tajuk-tajuk yang digemari ialah masalah bahasa rojak;
keupayaan bahasa Melayu dalam dunia moden, bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar dan bahasa ilmu, kemampuan bahasa Melayu sebagai lingua franca di
kepulauan Melayu, bahasa Melayu dalam konteks pembudayaan bahasa persuratan,
kelunturan bahasa Melayu dan pelbagai lagi tajuk pokok yang kesemuanya menyentuh
tentang pusaka perhubungan Melayu ini. Malangnya tiada satu pun di antara rencana-
rencana itu yang memuji atau memberi markah tinggi kepada usaha memperkasakan
bahasa Melayu. Sebenarnya usaha memperkasakan Bahasa Melayu semacam sudah
dilupai, seolah-olah seperti bidalan terpijak pergi terlanda pulang. Boleh juga dikatakan
bahawa piel atau sikap yang ada ialah sikap tangkap muat atau taking things for granted
dalam kiasan bahasa Inggerisnya.

Bahasa Melayu dalam era global adalah suatu tajuk yang sangat mencabar dan penuh
permasalahan. Ia berkait rapat dengan soal jati diri orang Melayu dan bangsa Malaysia
amnya. Ia juga suatu masalah pembudayaan yang amat berat dan rumit. Tajuk ini
walaupun pernah dibincangkan dalam beberapa polemik yang terdahulu lebih banyak
menimbulkan masalah daripada jawapan. Ini adalah kerana bahasa Melayu itu sendiri
sedang menghadapi cabaran dan rintangan yang hebat di dalam negara sendiri.
Bercakap pasal bahasa Melayu di era global semestinya memerlukan kita
membincangkan terlebih dahulu beberapa isu bahasa secara domestik. Jika tidak,
perbincangan kita semacam belum tegak sudah berlari.

Bahasa sebagai alat komunikasi antara manusia mempunyai berbagai-bagai fungsi. Ia


berfungsi mengungkapkan konsep, gambaran dan menjelmakan perbuatan. Ia berfungsi
menyampaikan kehendak mental. Ia berfungsi mengungkapkan perasaan, rasa hati dan
gerak hati. Pendeknya sesuatu yang bermain-main dalam fikiran kita dapat kita
ungkapkan melalui bahasa.

Dengan bunyi glottal atau vokal manusia melahirkan bunyi itu. Pengalaman begini
memakan masa dan merentas zaman. Perkataan baru sebelum diterima pakai sebagai
sebahagian bahasa sesuatu masyarakat itu mengalami ujian ‘penerimaan’ atau
‘penolakan’. Proses menerima atau menolak ini bergantung kepada sekuat mana jati diri
bangsa penuturnya. Jika lemah maka lebih banyaklah kata-kata yang diimport sekalipun
di dalam himpunan kata-kata bangsa sudah sedia ada kata-kata sendiri.
Sesuatu yang bermain-main dalam fikiran secara umumnya disebut bayangan dan
secara khususnya disebut sebagai citra dalam Bahasa Sanskrit dan atau imej dalam alih
Bahasa Inggeris. Citra atau imej muncul dalam bentuk simbol atau perkembangan.
Misalnya apabila kita berfikir tentang kuda, kita menuturkan sebagai kuda atau
menulisnya dalam istilah-kata "Kuda". Ertinya setelah membayangkan konsep "kuda"
dalam fikiran, kita jelmakan ianya dalam bentuk lisan atau tulisan sebagai kuda.

Bahasa (kata istilah dan konsepnya) cukup penting dalam mengungkapkan tahap-tahap
ilmu yang tertentu. Dalam hierarki mempelajari sesuatu ilmu, wujud empat tahap
keilmuan. Ilmu yang terbawah ialah ilmu empirikal (misalnya - ilmu sains dengan
berbagai-bagai cabang ilmunya), diikuti tahap yang paling tinggi iaitu ilmu rasional ( ilmu
falsafah dan ilmu pemikiran kreatif), ilmu laduni (intuitive knowledge) iaitu ilmu terus
daripada Allah dan ilmu tertinggi ialah ilmu makrifat yakni ilmu tentang Ilahi yang
merupakan ilmu yang tertinggi dalam hierarki ilmu.Setiap tahap ilmu mempunyai kata,
istilah dan konsepnya yang tersendiri. Misalnya bahasa yang di ungkapkan pada tahap
ilmu empirikal adalah bahasa saintifik. Bahasa saintifik membawa pengertian bahasa
yang logik yakni yang berfungsi dan bersifat tersendiri tetapi yang melibatkan erti tepat.
Dalam konteks inilah sayang sekali konsep tepat pengertian dan tepat penghasilan tidak
didalami sebelum kita mengaku kalah lalu bahasa Melayu tidak mampu menjadi wahana
sains dan matematik.

Isu-isu bahasa :
Pada amnya terdapat 7 isu pokok yang berkaitan bahasa Melayu dalam konteks bina
bangsa (nation building):i. Masalah penjiwaan bahasa Melayuii. Masalah bahasa rojakiii.
Masalah pemakaian dan keutamaan bahasa Melayuiv. Utiliti atau sifat perlu-guna
bahasa Melayuv. Unsur-unsur dan amalan yang merosakkan bahasa Melayuvi. Akta
Bahasa Kebangsaan 1963vii. Perubahan dasar bahasa ilmui.

Penjiwaan bahasa: Bagi tempoh tahun-tahun 1960’an Isu bahasa Melayu sebagai bahasa
Kebangsaan menjadi perkara hangat dan isu yang membakar semangat perjuangan
orang Melayu dan rakyat Malaysia. Bahasa Jiwa bangsa sesungguhnya sebahagian dari
jiwa nasionalisme orang Melayu. Begitu penting dan utama bahasa Melayu sehingga
UMNO sendiri menerapkannya ke dalam fasal 3 perlembagaannya tentang bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Sementelahan pula istilah Melayu itu sendiri
mengikut Perkara 160 Perlembagaan negara mewajibkan seseorang itu berbahasa
Melayu selain beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu sebelum layak
diiktiraf sebagai seorang Melayu. Kempen Bahasa Kebangsaan anjuran Dewan Bahasa
dan Pustaka di bawah pimpinan Tuan Syed Nasir Ismail masih diingati sebagai yang
terhebat dan berkesan.

Secara rambang keutuhan bahasa Melayu tidak banyak dipertikaikan sehingga 1986.
Bahasa Melayu itu sendiri mengalami edaran zaman dan evolusi. Sistem ejaan,
kerjasama penyeragaman Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia, penulisan novel, cerpen
dan penyemarakan bahasa menjadi amalan biasa sehingga apabila menjelang tahun
1985 penulisan novel, cerpen, sajak terus beroleh tempat di kalangan pembaca. Maktab
Perguruan Bahasa Lembah Pantai semenjak 1959 hingga awal 1980’an terus menjadi
kilang guru bahasa Melayu yang berkesan dan disegani. Kini ianya cuma jadi sejarah.
Penekanan kepada bahasa Melayu dari sudut perguruan khusus sudah kurang
mendapat perhatian.

Bila pengkhususan pengajaran bahasa berkeadaan sedemikian, maka hasil


penjiwaannya juga turut berkurangan. Sastera Melayu, penulisan kreatif Melayu, bahasa
Indah Melayu dan pada amnya pembudayaan bahasa Melayu turut merana. Bila jiwa
sudah lemah dalam sesuatu amalan, maka aspek praktisnya juga turut lemah. Lemahnya
penjiwaan adalah terasas kepada tuntutan perkelilingan. Lemah penjiwaan ini hanya
dapat diatasi dan diperkukuh semula jika hala tuju jiwa bangsa tadi bersedia memungut
yang cicir, mencari yang hilang. Jika polemik hanya tertumpu kepada hujah yang secara
asasnya tidak yakin kepada bahasa ibunda sendiri sebagai bahasa ilmu tentulah ubat
yang dicari tidak akan menyembuhkan penyakit. Penyakit lama akan hinggap kembali.
Kini orang Melayu tak pandai sangat berkata halus lagi. Antara “Hi” dan “Hello” dan
“showtime” pepatah-petitih sudah dilupai. “Apa khabar” juga sudah dipulas oleh
Assalamualaikum. Perumpamaan Melayu semacam menjadi pusaka murah. Buku Kiliran
Budi dan Ilmu Mengarang Melayu karya Pendeta Za’ba sudah disaluti habuk kerana
tidak dirujuk lagi. Kita menerpa dan melompat ke hadapan tanpa menyusun langkah. Di
sinilah barangkali tepat dikatakan: “koyak baju kerana lenggang; pesuk songkok kerana
lonjak”. Kerosakan ini semua adalah akibat badan yang buruk pinta. Rangkap lama
mengingatkan kita:
Jangan disalai ciku kedondong
Salailah ikan atas para
Jangan salahkan ibu mengandung
Salahkan badan yang buruk pinta.
ii. Masalah bahasa rojakKini kita sudah diserang penyakit campur-aduk seperti yang
disebutkan di atas. Penyakit campur-aduk inilah yang menyebabkan berkembangnya
bahasa rojak. Bahasa rojak wujud dalam sesuatu ayat yang diselang-selikan dengan
bahasa asing sehingga campurannya itu semacam hidangan rojak. Hanya yang berbeza
ialah rojak lebih sedap dimakan tetapi bahasa rojak menyebabkan kita sakit telinga
mendengarnya dan paling parah, bangsa Melayu malu dipalunya.

Awal-awal lagi boleh diperakukan, mencedok perkataan asing untuk dimuatkan ke


dalam sesuatu ayat bahasa Melayu memang tidak dihalang, malah memang benar
seperti kata-kata Pendeta Za’ba dalam buku klasiknya Ilmu Mengarang Melayu bahawa
dalam bahasa Melayu sedia terdapat sekian banyak perkataan yang asalnya adalah dari
pelbagai punca: Sanskrit, Inggeris, Portugis, Belanda, Parsi, Arab, Cina dan sebagainya.
Tidak perlu bagi saya menyatakan perkataan-perkataan itu kerana umum sudah pun
mengetahuinya.
Paling mudah bagi kita mendengar melalui radio atau TV sekarang ungkapan-ungkapan
seperti “e-mail”, “sms” “internet”, “software”, “hardware”, “ISDN”, “html”, “computer”
“website” dan sebagainya. Sekarang pun kita secara harian mendengar dialog seperti
berikut:
“Hei, hari ini birthday I lah”
“Dalam hal ini you yang paling best”
“How are you today...harap OK lah”
“You dah breakfast kah”
“Hei, kawan-kawan, it’s showtime”
“Inilah showtime yang ori…”

Ungkapan-ungkapan dalam dialog ini dipetik dari siaran radio dan TV kita. Di kaki lima
dan di kedai kopi dialog generasi muda begitu juga. Warga emas juga diheret sama. Jelas
tiada pengawasan oleh pihak-pihak tertentu sehingga berterusan wujudnya bahasa
rojak dalam kehidupan kita sehari-hari. Di samping pengawasan di media barangkali
boleh dilakukan, tetapi ianya sukar dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah
memilih tatabahasa yang baru untuk bercakap antara seorang dengan seorang yang
lain. Jika diamati, contoh-contoh ini boleh dituruti oleh ratusan contoh lain yang rata-
rata membuktikan bahawa bahasa lisan kita sudah rosak keunggulannya. Sebaliknya
bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil tidak tertarik dengan amalan campur-aduk ini ke
tahap yang dialami bahasa Melayu. Yang merunsingkan ialah kepekaan dan rasa prihatin
masih belum tertera di pemikiran yang bertanggung jawab di bidang penggunaan
bahasa.

Ada beberapa petua sebelum masyarakat harus membenarkan bahasanya dirasuk


bahasa rojak yang tidak indah dan tidak mencerminkan jati diri. Pihak yang mengatakan
bahawa apa salahnya diambil perkataan asing, sedangkan perkataan-perkataan asing
sudah pun dipinjam semenjak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ini memang boleh
diterima tetapi peminjaman itu berasas kepada beberapa syarat dan ketertiban demi
menjaga keutuhan bahasa Melayu:i. Istilah atau perkataan baru itu bolehlah diambil jika
tiada perkataan yang sama maksudnya dalam bahasa Melayu; Jika dalam bahasa sendiri
ada perkataan yang sesuai, kenapa kita perlu tiru hak orang? Dalam pengertian ini,
misalnya kita tak perlu ambil birthday sedangkan hari jadi atau hari kelahiran ada dalam
bahasa Melayu.
Showtime boleh diganti dengan masa persembahan atau saat persembahan; ori dengan
asli;ii. Peniruan atau pengambilan kata perbendaharaan orang lain harus menambah
ilmu dan jati diri kepada masyarakat.iii. Pihak pengembang dan pemaju bahasa ibunda
harus bertindak dan membetulkan sesuatu ungkapan atau perkataan yang dirasakan
menceroboh bahasa sendiri. Malangnya kuasa membetulkan ini tiada pada sesiapa atau
mana-mana pihak pada masa ini.

Manakala siaran pantas dari satelit atau multimedia yang lain bertambah pesat, seperti
yang laksanakan Astro pada masa ini, kita dapat bayangkan betapa besar dan
dahsyatnya kemungkinan pencabulan berlaku di bidang-bidang lain kehidupan kita.
Secara amnya kita terdedah dan terlalu terbuka kepada anasir-anasir luar. Mekanisme
penahanan atau mengehadkan penerapan luaran ini tidak cukup ada pada kita sekalipun
agama itu tampaknya patut lebih berkesan sebagai penangkis.Apabila bahasa berubah
dan diubah soalan yang muncul ialah: siapa yang ubah dan kenapa? Jawabnya tentu
terletak pada hakikat bahawa ianya diubah sedemikian cara kerana penuturnya berasa
bahasa ibundanya tidak lagi cukup untuk melahirkan maksudnya sehingga ia terpaksa
menggunakan perkataan-perkataan asing. Sebaliknya mereka mungkin beranggapan
bahawa imej yang mereka perolehi dengan menyelitkan perkataan Inggeris di celah-
celah ayat Bahasa Melayu akan meninggikan imej mereka walaupun ini tentunya berupa
pendekatan bersifat makjujad (hypocrite); atau dengan bahasa Melayu rojak mereka
berasa boleh mencapai kepuasan berkomunikasi; atau, dan ini penting, mungkin asuhan
bahasa Melayu mereka di sekolah tidak sampai ke tahap mantap. Juga terdapat di
beberapa kalangan, termasuk pemimpin yang tidak berpendidikan aliran Inggeris,
lantaran mereka rata-rata dianggap tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi,
mereka cuba menyelitkan sepatah dua perkataan Inggeris dalam perbualan dengan
tujuan supaya orang menganggapnya boleh speaking atau ‘tinggi’ tahap pendidikannya.
Walaupun gejala ini barangkali kecil bilangannya, boleh diperakukan bahawa ianya
wujud nyata di kalangan masyarakat kita.Sebenarnya ungkapan sekerat belut-sekerat
ular tadi:
“Hei, hari ini birthday I lah” boleh dituturkan sebagai “Hei, hari ini hari jadi saya
(aku)lah”. Semua ungkapan di atas tadi boleh belaka dituturkan secara Melayu 100%.
Tetapi kenapa tidak dilakukan sebegitu? Ini semua adalah petanda yang bakal
membawa kepada kelunturan. Ini bukan sekadar ramalan seorang idealis atau yang
semata-mata bersifat tulen tak menentu, tetapi pandangan ini bertapak pada alam
nyata:
Sekilat ikan di air, sudah tahu jantan betina
Kilat beliung ke kaki, kilat cermin ke muka.
Jika demikian cara dan kaedah yang paling berkemungkinan untuk menangani bahasa
rojak yang memuramkan imej bahasa kita ialah dengan menjayakan program-program
latihan lisan yang membina amalan komunikasi. Ia harus dijalankan di semua institusi
persekolahan dan pengajian tinggi.

Personaliti media utama, pemimpin, institusi kawalan kerajaan harus mengutamakan


percakapan bahasa Melayu yang betul. Gejala bahasa rojak tidak akan hapus kerana
pembudayaan bahasa ibunda belum wujud sepenuhnya di negara ini. Jati diri tidak
dikaitkan dengan pentingnya bahasa ibunda dipersadakan.iii. Masalah pemakaian dan
keutamaan bahasa MelayuDari segi bahasa, bahasa Inggeris sudah nyata akan merobah
cara berfikir dan juga cara bertindak di samping cara menimba ilmu serta jenis ilmu yang
bakal ditimba.
Akan wujud sekian ramai anak Melayu yang nanti berfikir dalam bahasa Inggeris
kemudian bercakap dalam bahasa Melayu. Malah bermimpi dalam bahasa Inggeris juga
kebiasaan. Juga akan ada anak-anak masyarakat Cina dan India Malaysia yang bercakap
dalam bahasa Melayu dan berfikir dalam bahasa Cina dan India. Sekarang pun
kecenderungan ini sudah berlaku. Juga tidak dapat dinafikan bahasa Mandarin dan
Tamil akan beroleh tempat yang lebih signifikan melalui langkah-langkah pembudayaan
bahasa mereka.

Oleh kerana bahasa perisian pada masa itu rata-rata Inggeris, Bahasa Melayu akan
disadur banyak oleh terma-terma dan sintaksis Inggeris. Penutur bahasa Melayu mesti
bersedia untuk perubahan-perubahan ini. Mereka yang bersifat sebagai pengamal
keaslian (purist) mungkin akan berduka kerana bahasa lama akan secara perlahan
menghilang, struktur dan gaya baru pula akan muncul.Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dijamin di bawah Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Ia juga bahasa rasmi
Parlimen Malaysia. Status ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Cuma kemajuan dan
kepesatannya mungkin terjejas akibat dasar mengglobalkan bahasa Inggeris dan bukan
Bahasa Melayu.

Bila ini berlaku, Bahasa Melayu tetap menyusul dari belakang kerana dari segi
keutamaan global bahasa Inggeris beroleh keutamaan. Peranan dan posisi bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dari sudut ini tidak akan meningkat tanpa peningkatan
industri buku yang seharusnya diperjuangkan.Bahasa Melayu, seperti yang telah
diketahui, akan lebih terdedah kepada pelbagai pindaan informal yang dicetuskan oleh
dan melalui media elektronik, khususnya oleh pengaruh komunikasi serta aliran alam
siber. Dalam erti kata sebenar, cara hidup baru itu nanti bakal merubah pemakaian
tatabahasa Melayu.

Seharusnya, bibit-bibit budaya yang indah, yang halus, yang murni perlu dikekalkan
tetapi berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni bermakna kita tidak minta
dibuli atau dipijak. Ini termasuklah asuhan Islam positif yang perlu dibudayakan terus-
menerus. Khususnya dalam hal ini nilai-nilai yang dijalin dan disajikan melalui Islam
Hadhari akan lebih diminati. Amalan Islam yang mengambil kira tamadun yang
berevolusi, konsep dan amalan budi-bahasa, amalan tradisi Melayu seperti sopan-
santun, kekeluargaan, hormat-menghormati dan sebagainya akan lebih membimbing.
Pendeknya mesti diteruskan apa yang selama ini dikenali sebagai “asuhan budi”.
Barangkali falsafah “Rukunegara” yang membentuk masyarakat Dasar Ekonomi Baru
(DEB) boleh disemarakkan semula. Kejuruteraan sosial (social engineering) tidak boleh
dihentikan atau dicanai oleh pemikiran seseorang sahaja. Satu muafakat bangsa mesti
diadakan. Mewujudkan Kementerian Kebudayaan kesenian dan Warisan hanya
sebahagian daripada usaha ke arah itu. Di samping Bangsa Malaysia hendak diwujudkan,
soal adab dan tamadun tidak harus dikelasduakan. Bahasalah menjadi penjalin dan
penjana bangsa.iv. Utiliti atau sifat perlu guna bahasa Melayu adalah lumrah manusia
iaitu jika sesuatu itu tidak berapa menepati tuntutan kegunaan atau utilitinya, perkara
atau barang itu akan kurang disimpan, kurang dipakai dan kurang keperluannya.
Dalam satu aspek bahasa Melayu mungkin tergolong kepada keadaan ini jika bahasa
ilmu terus menerus disalur oleh bahasa Inggeris. Tetapi hakikat yang satu lagi ialah
bahawa bahasa Melayu masih diperlukan sebagai syarat lulus dan cukup syarat dalam
peperiksaan dengan kelulusan dalam bahasa Melayu. Lagipun sebagai lingua franca
negara ini BM akan tetap digunakan sebagai wahana komunikasi. Sebagai bahasa ilmu
BM dikhuatiri tidak akan terlalu membangun kecuali dasar pembukuan negara diubah
dengan erti kata semua teks ilmu moden dan usang diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu. Tetapi soalnya, sekalipun buku-buku aeronautik, kimia, kaji cuaca,
kejuruteraan, elektronik dan lain-lain diterjemahkan, siapa akan baca lantaran buku-
buku ini dengan mudah diperolehi dalam bahasa Inggeris, bahasa yang dipelajari di
sekolah untuk menimba ilmu. Di sini sudah jelaslah kedudukan BM sebagai bahasa ilmu.

Sebaliknya pula jika anak-anak Melayu tidak berlumba-lumba pula untuk menguasai
bahasa Inggeris, mereka akan tercicir terus dalam usaha menimba ilmu semasa.
Keadaan serba-salah ini sebenarnya tidak harus digusarkan. Ini adalah kerana jika zaman
moden dunia hendak disertai oleh warga Malaysia melalui kebangkitan global, bahasa
Inggeris tidak dapat dinyahkan lagi. Ini bererti sekian banyak istilah bahasa Inggeris akan
menerpa masuk kepada perbendaharaan kata BM. Bahasa rojak akan berterusan
dituturkan dan dilaungkan.

Mungkin dalam bahasa tulisan sedikit sagu hati akan diperolehi kerana nahu semasa
akan terus digunakan. Sebagai perbandingan, bahasa Arab juga menghadapi
permasalahan yang sama. Mereka belum mampu menimba ilmu moden dengan bahasa
ibunda mereka. Justeru saban tahun sekitar 20,000 mahasiswa dalam pelbagai jurusan
sains mengaji di universiti dan institusi pengajian tinggi Barat yang bahasa pengantarnya
ialah Inggeris.

v. Unsur-unsur yang merosakkan bahasa Melayu.


Bahasa Melayu yang dituturkan pada hari ini, selain melalui ucapan, ialah bahasa yang
ditulis dan dijadikan sebagai wahana komunikasi surat-menyurat. Sementara keadaan
bahasa Melayu lisan boleh dikatakan dalam keadaan kurang memuaskan berbanding
BM tulisan, beberapa sebab dapat diperhatikan:

a. kurang latihan pertuturan yang baik yang melibatkan anak-anak sekolah, mahasiswa
dan petugas awam.
b. Kurangnya asuhan melibatkan bahasa indah dan cara berfikir objektif dalam
pembahasaan dan pertuturan.
c. Kurangnya asuhan bahasa baik, bahasa indah.
d. Kurangnya latihan atau mata pelajaran berkaitan karya-karya besar sastera bangsa
sendiri.
e. Pembelajaran dalam bidang the Arts yang tidak disaring dan dikemas.
f. Kurangnya tenaga pengajar yang komited dengan pembudayaan bahasa atau
pembahasaan sebagai satu bidang kajian atau mata pelajaran.

Sementara itu amalan-amalan di peringkat pimpinan, kepegawaian dan urusan-urusan


rasmi juga dilihat orang sebagai unsur-unsur yang mempengaruhi dan merumitkan
penggunaan BM yang baik. Jika bahasa mesyuarat juga bercampur-aduk dengan
selingan bahasa rojak, bagaimana penggunaan bahasa baik dapat dicapai? Sementara
itu akhbar Utusan Melayu berkeadaan mati segan hidup tak mahu lantaran orang
Melayu sendiri bersikap dingin terhadap tulisan Jawi.
Menurut pihak berkuasa di syarikat Utusan, akhbar yang pada satu masa dulu berfungsi
sebagai pencetus nasionalisme Melayu kini sudah jadi edisi sekali seminggu. Itu pun
dengan jualan yang kurang dari 7,000 naskhah seminggu. Ini memalukan. Jika dicari di
mana hilangnya, jika dipintas di mana hanyutnya, puncanya ialah pembelajaran bangsa.

vi. Akta Bahasa Kebangsaan 1963Cinta rakyat kepada Bahasa Kebangsaan meluap-luap
sehingga mereka yang mulanya memperleceh Bahasa Kebangsaan akhirnya diam dan
mula segan dan hormat terhadap bahasa ibunda orang Melayu itu. Pada tahun 1963
Akta Bahasa Kebangsaan diluluskan Parlimen. Akta itu hanya sekadar mengisytiharkan
peruntukan Perkara 152 perlembagaan Persekutuan. Ia tidak memperuntukkan
sebarang provisi penalti terhadap sesiapa yang mencabul bahasa atau yang tidak
mengamalkan penjiwaan bahasa, umpamanya. Malah jika terdapat penggunaan bahasa
pada iklan papan tanda, Dewan Bahasa dan Pustaka, misalnya, tidak dapat berbuat apa-
apa melainkan menasihatkan pihak yang berkenaan.
Apabila Singapura merdeka dari Persekutuan Malaysia pada 1965 Bahasa Melayu lantas
dijadikan bahasa rasminya. Banyak pihak beranggapan bahawa Akta bahasa Kebangsaan
1963 adalah tulang belakang kepada maju atau mundurnya bahasa Melayu. Pada satu
hakikat ini mungkin benar tetapi pada pengertian khususnya Akta ini hanya bersifat
deklatori, yakni menyatakan apa yang sudah jelas dan nyata daripada hal bahasa
Melayu itu. Sebaik-baiknya beberapa pindaan harus dilakukan dalam usaha memberi
sedikit kuasa penguatkuasaan kepada satu-satunya agensi bahasa di negara ini, Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Penguatkuasaan yang dihajati benar ialah apabila disuai penggunaan yang telah
disalahgunakan, DBP tidak boleh berbuat apa-apa sedangkan di Perancis, misalnya, Biro
Bahasa Perancis di bawah Kementerian Kebudayaan berkuasa membetulkan sesuatu
penyelewengan bahasa Perancis. Fenomena “pencapaian dan kecapaian” pada tahun
1996 seharusnya boleh diatasi dengan segera oleh DBP tetapi lantaran ketiadaan
peranan yang jelas dari segi membetulkan bahasa yang disalahgunakan, anggota
masyarakat bermaharajalela dengan pembahasaan salah. Kesalahan bahasa papan
tanda juga sedemikian.
vii. Perubahan dasar:
Benarkah ia melemahkan Bahasa Melayu?Pada suatu hakikat memang boleh diterima
bahawa dasar 2002 yang mewajibkan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran
matematik dan sains merobah satu lagi pancang seri yang selama ini menjadi kebiasaan
dalam pengajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut di Sekolah Kebangsaan.
Tetapi realiti perkara ini memerlukan penilaian objektif dan bukan subjektif. Sebelum
anjakan dasar ini dibuat dua tahun lalu, keciciran anak-anak Melayu dalam Bahasa
Inggeris, Matematik dan Sains memang ketara sedangkan penguasaan sains dan
matematik di kalangan bukan Melayu berada di tahap baik. Ini adalah kerana
pengajaran bahasa Inggeris di SRJK lebih mantap dan berkesan sedangkan di Sekolah
Rendah Kebangsaan adalah di sebaliknya. Pencapaian sains dan matematik di sekolah-
sekolah berbahasa Mandarin, sebaliknya, terus meningkat. Ini disebabkan kualiti
pengajaran menyumbang kepada pencapaian anak-anak di SRJK.
Justeru sampai kini sekolah-sekolah ini enggan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengajaran sains dan matematik. Tetapi pencapaian mereka di bidang-bidang
berkenaan terus meningkat sekalipun pencapaian bahasa Inggeris mereka cuma di
peringkat sederhana.Apa akan berlaku jika amalan lama tidak dianjak? Pertama anak-
anak Melayu akan terus berada di tahap lama, mereka akan terus lemah pencapaian B
Inggeris, sains dan matematik.

Sekurang-kurangnya bahasa Inggeris mereka selepas ini akan bertambah baik lantas
secara teorinya mereka akan lebih profisyen dan boleh menimba ilmu lain dengan lebih
mudah. Tetapi ini bergantung kepada kualiti pengajaran bahasa itu kepada murid-murid.
Ini bergantung kepada kualiti para guru itu sendiri. Jika kualiti pengajarannya melonjak
maka pencapaian di kedua-dua subjek itu juga akan turut melonjak. Dalam hal ini
pendekatan paling baik ialah mewujudkan kumpulan pengajar yang fasih dan berilmu
tinggi.

Rumusan TindakanTampak sebagai penting iaitu penggunaan bahasa Melayu perlu


dijana semula dan dikempenkan semula. Para pengucapnya mesti dalam keadaan sedar
(conscious) selalu supaya megah dan berasa senang berbahasa Melayu dengan baik.
Sekolah, universiti, agensi-agensi Kerajaan, NGO dan kumpulan-kumpulan lain harus
bersekutu dan bekerjasama memperjuangkan kembali perkara nasional yang amat
penting ini.Banyak bidang yang boleh terus diperjuangkan: meningkat dan
memperhebatkan dasar buku nasional; menerbitkan buku-buku bermutu dunia dan
serantau; meningkatkan kerjasama bahasa serantau; mengamalkan dasar cintakan
bahasa sastera, sesungguhnya bermacam-macam projek bahasa boleh diteruskan.
Dengan lain pengertian, pembudayaan bahasa perlu diusahakan terus-menerus.

Asas pendidikan kita harus kuat. Pendekatan kita demi BM zaman depan mesti
bersandar kepada situasi menang. Untuk itu pembudayaan bahasa harus nyata.Di plaza
tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, “Lorong Touch ‘n Go”. Bahasa
apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak
menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah
“Lorong pacu segera” atau “Lorong tekan & pacu” Sudahkah kita betul-betul
menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan “touch
‘n go” Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri
lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa
touch ‘n go. Tepuk dada, tanya selera.

RUJUKAN
http://cikgu-rozali.blogspot.com/2011/06/cabaran-bahasa-melayu.html
http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/08/cabaran-bahasa-melayu-dalam-
era.html
http://khirkassim.blogspot.com/2012/01/masalah-dan-cabaran-terhadap-
bahasa.html
Antaranya adalah masyarakat terlalu mementingkan Bahasa Inggeris dalam bidang pendidikan
yang menyebabkan proses pembelajaran bahasa Melayu kian tercabar.Masyarakat muda pada
masa kini juga sangat mengagung-agungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa kebangsaan
kita. Mereka lebih sanggup pergi ke kelas tuisyen bahasa Inggeris demi memantapkan lagi
kemahiran berbahasa Inggeris mereka itu,sebaliknya bahasa Melayu mereka masih terkapai-kapai.
Penggunaan bahasa Melayu juga masih tunggang-langgang dari pelbagai segi seperti
tatabahasa,ejaan, struktur ayat,fonologi,morfologi dan banyak aspek dalam bahasa Melayu yang
perlu dititikberatkan. Dalam kehidupan seharian juga penggunaan bahasa Melayu seringkali
dicampuradukkan dengan penggunaan bahasa Inggeris. Mereka mengambil enteng perkara
seperti ini yang menyebabkan bahasa Melayu kian tercemar penggunaan bahasanya.
Dasar kurikulum juga telah berubah,dimana huraian sukatan pelajaran telah digantikan kepada
Dokumen Standard.Hal ini kerana untuk mempertingkatkan lagi nilai pengajaran dan
pembelajaran dalam sesuatu subjek.Melalui ini juga guru mampu untuk melihat kemampuan
pelajarnya.

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah mempunyai tiga bidang utama manakala bagi Kurikulum
Standard Sekolah Rendah pula terkandung enam tunjang yang utama. Fokus utama dalam KBSR
meliputi 3M iaitu membaca,mengira dan menulis.Fokus utama yang diketengahkan dalam KSSR
pula adalah 4M iaitu membaca,mengira,menulis dan menaakul.Pengajaran dan pembelajaran
secara menyeluruh seperti ini diharapkan dapat membantu para pelajar untuk lebih menguasai
mata pelajaran bahasa Melayu.Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu diberikan secara
menyeluruh dan mendalam dimana ianya meliputi kemahiran berbahasa,hasil
pembelajaran,sistem bahasa dan pengisian kurikulum.Sesungguhnya jika kita mampu menghayati
organisasi kandungan dalam subjek bahasa Melayu,kita mampu untuk memartabatkan bahasa
Melayu dengan sebaiknya.
Setelah membuat sedikit pembacaan dalam beberapa sumber, saya mendapati terdapat beberapa
langkah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan
seharian. Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam Utusan yang bertarikh 28.06.2012,
langkah yang boleh kita ambil adalah dengan menegur, menasihat dan mendidik dalam
mememartabatkan bahasa Melayu dan bukannya dengan menghukum dengan mengambil
tindakan undang-undang. Hal ini membolehkan masyarakat sedar akan kesilapan yang
dilakukannya dalam penggunaan bahasa Melayu dan akan cuba untuk memperbaiki diri untuk
tidak menggunakan penggunaan bahasa Melayu yang salah.
Isu yang kedua dibangkitkan dalam petikan adalah mengenai perubahan sikap yang ketara dalam
kalangan pelajar terhadap bahasa Melayu. Perubahan-perubahan dalam pendidikan
mengakibatkan para pelajar dan pendidik keliru. Penggunaan bahasa Inggeris dalam mata
pelajaran Matematik dan Sains pada suatu ketika dahulu telah merombak banyak perkara.
Antaranya semua buku teks telah digantikan kepada bahasa Inggeris, masa pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek tersebut juga telah ditambah. Perubahan seperti itu sememangnya ada
baiknya, namun kita juga harus mengambil kira aspek lain seperti guru-guru Sains dan Matematik
tidak semuanya mahir dalam menggunakan bahasa Inggeris apatah lagi melibatkan istilah-istilah
khusus dalam subjek tersebut.Penggunaan bahasa Inggeris yang terlalu banyak dalam subjek
tersebut akan menyebabkan seseorang pelajar tersebut lebih berfokus kepada bahasa Inggeris
berbanding bahasa Melayu.Hal ini kerana mereka menganggap bahasa Melayu begitu mudah
untuk dipelajari dan mereka seharusnya berfokus kepada bahasa Inggeris.Perubahan sikap pelajar
yang seperti inilah yang menyebabkan bahasa Melayu terpinggir di mata pelajar.
Langkah yang boleh dilakukan untuk memartabatkan kembali bahasa Melayu adalah membuat
program atau kempen memartabatkan bahasa Melayu secara besar-besaran.Mengapa
penggunaan bahasa Melayu tidak mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat kita
terutamanya bangsa Melayu itu sendiri? Hal ini kerana masyarakat Melayu itu sendiri yang malu
untuk bertutur dalam bahasa Melayu. Mereka lebih suka berbual dalam bahasa Inggeris dalam
kehidupan seharian mereka walaupun pada hakikatnya kemahiran berbahasa Inggeris mereka
tidak sehebat mana. Mereka ini sering menganggap bahawa perbualan dalam bahasa Melayu
kolot,ketinggalan zaman dan tidak berkembang. Masyarakat seperti inilah yang kita perlu tegur
dan nasihati agar mereka sedar betapa berharganya nilai bahasa Melayu itu. Sudah menjadi
budaya masyarakat Malaysia mengangung-agungkan budaya luar dan sering kali untuk meniru
budaya asing.
Isu lain yang terdapat di dalam petikan adalah mengenai kekurangan guru bahasa Melayu
disesebuah sekolah.Fenomena seperti ini sudah acapkali kita lihat disekolah-sekolah bandar
mahupun luar bandar.Guru besar akan mengambil langkah mudah dengan memberikan jawatan
guru bahasa Melayu kepada guru-guru yang bukan opsyen bahasa Melayu.Hal ini boleh
menyebabkan aktiviti pembelajaran berlangsung hanya sekadar untuk memenuhi kehendak
sekolah sahaja.Penghayatan terhadap mata pelajaran bahasa Melayu tidak ada kerana guru
tersebut mungkin tidak tahu secara mendalam mengenai pengisian mata pelajaran tersebut. Oleh
yang demikian,pengambilan guru bahasa Melayu haruslah dipertingkatkan agar masalah sepeti
kekurangan guru bahasa Melayu dapat diatasi.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Bahasa Melayu ialah
pelajar yang berbangsa Melayu beranggapan bahawa bahasa Melayu tidak
perlu dipelajari lagi kerana mereka menuturkan bahasa Melayu setiap hari.
Oleh itu, mereka banyak melakukan kesalahan bahasa kerana menganggap
perkara itu betul dan tidak salah. Tambahan pula, mereka menjadikan
media massa sebagai rujukan. Walaupun media massa pada hari ini
menunjukkan kesungguhan untuk membetulkan kesalahan bahasa tetapi
masih terdapat kesalahan yang biasa dilakukan. Oleh itu, kita haruslah
membetulkan kesalahan yang biasa dilakukan dan membiasakan perkara
yang betul.

      Bahasa yang terdapat pada papan iklan atau papan tanda jalan juga
banyak yang salah. Kita sering melihat kata-kata seperti Selekoh
Merbahaya, Kedai Jahit Wanita, Minah Restoran, Pusat Membeli-belah, dan
sebagainya. Oleh itu, pihak yang berkuasa dalam menguatkuasakan bahasa
ini iaitu DBP sepatutnya menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada
mereka untuk memantau kesalahan bahasa dan mengambil tindakan yang
sewajarnya. Sekiranya masalah ini tidak dilakukan sudah tentu banyak
pihak yang menganggap kesalahan tersebut bukan satu kesalahan.

      Selain itu, pengaruh bahasa sms juga menyebabkan masalah ini semakin
buruk. Parapelajar sepatutnya tidak terpengaruh oleh bahasa sms semasa
menulis karangan. Mereka seharusnya membezakan bahasa sms dengan
bahasa penulisan karangan. Bahasa smsmemang sesuai digunakan semasa
hendak menghantar pesanan ringkas tetapi tidak sesuai digunakan dalam
karangan atau dalam majlis formal. Antara bahasa sms yang popular
digunakan sekarang seperti, sape, takyah, takde. xde, ko, keje, ak, gi,
camne, katne, danwatpe.

  
  Pengaruh bahasa Inggeris pula memang tidak dapat dielakkan tetapi
hendaklah digunakan dalam bentuk dan peraturan yang betul. Kita tidak
boleh menggunakan sekerat bahasa Melayu dan sekerat lagi dalam bahasa
Inggeris. Perkara inilah yang dikatakan bahasa rojak atau sekerat ular,
sekerat belut, dan bercampur aduk. Para pengguna bahasa perlu
menggunakan bahasa yang betul dan tidak menggunakan bahasa rojak
dalam majlis rasmi atau dalam tulisan.

      Bagi pelajar-pelajar pula, mereka kurang berminat untuk mempelajari


peraturan atau rumus tatabahasa. Oleh itu, mereka tidak mengetahui
alasan atau sebab kesalahan yang telah dilakukan. Mereka menganggap
perkataan atau ayat yang biasa digunakan oleh mereka atau
media massa itu betul dan tidak mengetahui sebab kesalahan terebut.
Sebagai contohnya, mereka menggunakan perkataan yang
tidak baku dalam jawapan,
seperti analisa,minima, optima, tengahari, pasaraya, alatulis, aturcara, baris
an guru-guru, dan sebagainya. Sepatutnya, mereka perlu mengetahui
alasan atau sebab sesuatu kesalahan bahasa itu untuk memantapkan
penguasaan bahasa mereka.

      Kesalahan lain yang kerap kali dilakukan adalah dari segi


sebutan baku iaitu sepatutnya sebutan mengikut ejaan. Aspek sebutan ini
kebiasaannya kurang dititikberatkan oleh pengguna bahasa terutamanya
pelajar. Perkataan yang selalu disebut dengan pelbagai sebutan
seperti nasionalisme, peka, psikologi, automatik, dan sebagainya. Oleh itu,
bagi para pengguna bahasa terutamanya pelajar, perlu menyebut sesuatu
perkataan itu mengikut ejaannya agar sistem bahasa kita ini dapat
ditingkatkan. Walaupun bunyinya agak janggal tetapi kita perlu
membiasakannya agar menjadi satu kebiasaan. Kita sepatutnya
membiasakan sebutan yang betul dan membetulkan sebutan yang biasa
digunakan tetapi sebenarnya tidak betul.
Cabaran ialah sesuatu iaitu unsur atau faktor yang mencabar, menguji    kemampuan dan
ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi ( Kamus Dewan Edisi ke-4, 2005 ). Oleh itu cabaran
bahasa Melayu dalam abad ke-21 bermaksud mencabar kemampuan bahasa Melayu dalam
menuju abad ke-21 atau dipanggil era globalisasi. Jadi, abad ke-21 atau lebih dikenai sebagai era
globalisasi merupakan satu zaman yang penuh dengan cabaran terutama kedudukan bahasa
Melayu di negara ini. Permulaan abad ke-20 merupakan era penjajah Barat ke atas Kepulauan-
kepulauan Melayu iaitu Inggeris bagi Semenanjung Tanah Melayu dan Utara Borneo, Belanda
bagi Kepulauan Sumatera,Jawa, Selatan Borneo, Sulawesi, Maluku, Madura dan Bali dan
Sepanyol bagi Kepulauan Filipina ( Prof. Dr. Hashim Haji Musa, 2009 ). Keadaan yang sedemikian
telah meyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran iaitu bermulanya kemerosotan
kedudukan bahasa Melayu sebagai lingua franca di rantau ini. Dalam konteks ini, pihak penjajah
telah memaksa menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa rasmi dan bahasa penghantar
pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Setelah sekian lama, kemerdekaan tercapai barulah
bahasa Melayu telah dikembalikan statusnya sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan
lingua franca di rantau ini. Pada masa ini juga bahasa Melayu menghadapi cabaran yang sengit
terutamanya dalam abad ke-21. Pada dasarnya bahasa Melayu telah menjadi bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara iaitu Perkara 152 yang
menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan ialah Bahasa Melayu. Jadi, pada abad ke-21, bahasa
Melayu yang diperkasakan dan dimartabatkan di negara ini terpaksa menghadapi saingan
dengan penggunaan bahasa Inggeris yang merupakan bahasa global. Persaingan yang paling
hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini ialah
pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Menurut Prof. Dato’ Awang Had Salleh, dalam Laporan Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan
Bahasa Malaysia menegaskan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa ibunda kepada orang-orang
keturunan Melayu. Jadi, Perkara 152 Perlembagaan Malaysia telah memperuntukkan bahawa
bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Kebangsaan ini hendaklah digunakan di
dalam urusan rasmi dalam semua bidang. Walaupun terdapat pelbagai halangan, penggunaan
Bahasa Kebangsaan tetap berjalan lancar. Untuk memenuhi kehendak tersebut, pada peringkat
awal, Bahasa Kebangsaan telah diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di sekolah rendah
atau menengah, khususnya sekolah yang bahasa pengantarnya bukan bahasa Melayu. Pada
peringkat yang terkemudian, apabila kedudukan Bahasa kebangsaan ini sudah cukup matang
dan stabil, barulah wujud pula keperluan untuk memperkukuhkan perpaduan rakyat dan
memupuk keperibadian Malaysia, maka istilah Bahasa Malaysia telah digunakan.

Gelombang arus globalisasi tidak boleh dipisahkan dengan pengaruh bahasa Inggeris itu sendiri.
Fenomena ini memperlihatkan berlakunya imperialisme bahasa. Yang dimaksudkan dengan
imperialisme bahasa ialah dasar meluaskan kuasa dan pengaruh negara ke dunia melalui
diplomasi dan kekuatan tentera, terutama sekali dengan mendapatkan tanah jajahan ( Oxford
Fajar Advanced Learner’s English-Malay, 2000). Definisi imperialisme yang dimaksudkan ini
harus diperluaskan lagi. Kini bahasa juga boleh dianggap sebagai satu bentuk imperialisme.

Penggunaan bahasa dalam teknologi komunikasi kebanyakannya menggunakan bahasa Inggeris.


Kesan daripada penguasaan bahasa Inggeris dalam teknologi komunikasi bukan sahaja akan
menggugat kedudukan bahasa Melayu malah budaya Melayu itu sendiri. Jelasnya imperialisme
bahasa yang didokong oleh laungan globalisasi menjadi satu faktor penyebab kepada
kemerosotan nilai bahasa Melayu.

3.1       CABARAN BAHASA MELAYU DALAM BIDANG POLITIK

Syed Husin Ali ( 1996; 164-171 ) pernah mengulas kenapa berlakunya fenomena peminggiran
bahasa Melayu ini. Antara faktor yang ditekankan adalah faktor politik seperti berikut :

·         Cita-cita untuk mencapai kemajuan melalui pemodenan. Ini menyebabkan mereka


menekankan perkembangan ekonomi serta kemajuan industri dan menggalakkan sikap ’go
global’ lebih daripada yang lain yang mempunyai implikasi juga terhadap bahasa.

·         Golongan korporat peringkat tinggi dan pertengahan mempunyai pengaruh yang besar
dalam politik di peringkat pusat dan negeri. Sekarang ini bukan guru-guru Melayu, tetapi
golongan korporat inilah yang berpengaruh dalam politik. Sikap mereka terhadap bahasa
Inggeris memang serius.

·         Akibat pengaruh globalisasi yang dominan sekarang, para pemimpin politik lebih
terpengaruh dengan dasar liberal. Mereka melihat bahawa dasar ekonomi, budaya serta bahasa
yang liberal adalah popular dan dapat memperluas pengaruh politik mereka.

Dengan beralasan arus global ini, pihak berkuasa telah mengubah dasar pendidikan dengan
mengarahkan Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris. Alasannya agar rakyat
Malaysia tidak terpinggir dengan kemajuan pesat teknologi moden dewasa ini.

Payung terbesar dari segi perundangan ialah peruntukan yang terdapat di dalam perkara 152
Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mengkanun kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan bagi Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini menegaskan bahasa Melayu
digunakan di semua peringkat rasmi, khasnya di dalam pemerintahan dan pentadbiran bagi
semua negeri di dalam Persekutuan. Ini juga meliputi seluruh saluran komunikasi serta
penyiaran rasmi kerajaan, sama ada radio, televisyen dan apa jua rangkaian yang sehubungan
dengannya. Oleh kerana itu, setiap penyiaran dan pengumuman rasmi oleh semua peringkat
kepimpinan eksekutif dan birokrasi mestilah di dalam bahasa Melayu.

Sehubungan dengan peruntukan Perkara 152, terdapat juga Akta 32, Akta Bahasa Kebangsaan
1963, yang disemak dalam 1971 kemudian dikenali Akta A554, Akta Bahasa Kebangsaan
( Pindaan dan Perluasan 1983 ), yang mengandungi undang-undang terpinda sebagaimana
berkuat-kuasa pada 15 Julai 1983. Akta ini menegaskan bahasa kebangsaan digunakan bagi
maksud rasmi. Akta ini di dalam Perkara 9, memperuntukan tulisan bahasa kebangsaan adalah
tulisan rumi, tetapi tidak melarang penggunaan tulisan Jawi. Melalui pindaan dan perluasan
1983, segala prosiding dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi atau mana Mahkamah
Rendah hendaklah dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.

Di awal Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ) telah dicatatkan bahawa dasar pendidikan
kebangsaan memperuntukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama. Akta yang
sama di dalam Perkara 17 menegaskan bahawa bahasa kebangsaan sebagai bahasa-bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem pendidikan kebangsaan kecuali
sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 18 atau mana-mana institusi
pendidikan yang dikecualikan oleh menteri daripada subseksyen ini.

Sementara itu, bidang pengajian tinggi awam juga tidak boleh bercanggah dengan Perkara 152
Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun
pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa
Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar. Keadaan belum reda, satu cabaran telah muncul iaitu pada tahun 2003,
penggunaan bahasa Inggeris bagi semua matematik dan sains dalam semua peringkat. Namun,
pejuang-pejuang bahasa bersatu tenaga untuk memastikan bahasa Melayu mendapat tempat  di
negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan negara, perkara 152. Akhirnya, tahun 2012
penggunaan bahasa Inggeris dalam sains dan matematik dihapuskan.

Munculnya abad ke-21, telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat persaingan sengit
atau cabaran daripada bahasa Inggeris. Pada tahun 2010, Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan
Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa pada tahun 2012, mata pelajaran Sains dan
Matematik akan diajar dalam bahasa Melayu. Langkah ini, telah menjadikan bahasa Melayu
kembali dominan dan diperkasa.

Kejayaan sesuatu bangsa bukanlah berdasarkan bahasa Inggeris, tetapi kefahaman sesuatu
perkara dengan menggunakan bahasa ibunda. Justeru, ada yang menganggap bahawa orang
Melayu atau negara ini tidak akan maju jikalau orang Melayu tidak menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa kemajuan. Perlu diingati, negara Jepun, Korea Selatan
dan banyak negara lain masih menggunakan bahasa ibunda dalam semua bidang. Pemerkasaan
bahasa ibunda mereka telah menjadikan negara mereka maju malah lebih maju daripada negara
barat. Selain itu, masyarakat sudah mula menunjukkan pentingnya peneguhan dan penegasan
bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Maksudnya, masyarakat
sudah sedar betapa pentingnya bahasa Melayu dan kini wujudnya generasi yang mahu
mempelajari dan mahir menggunakan bahasa Melayu. Menurut Dr. Nik Safiah Karim ( 1993 ),
Dasar Bahasa Kebangsaan di Malaysia telah berjaya, terutamanya jika dilihat dari perspektif
penggunaannya dalam jentera pentadbiran, dalam sistem pendidikan dan dalam beberapa
domain utama kehidupan sehari-hari masyarakat Malaysia. Kita boleh berbangga dengan
kejayaan tersebut. Namun cabaran yang lain timbul pula, iaitu dalam bentuk penggemblengan
usaha daripada pelbagai pihak yang masih diperlukan untuk melestarikan ( mengekalkan atau
menetapkan ) sekali gus mempertingkatkan mutu bahasa yang digunakan. Dalam kata lain,
semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan bahasa Melayu terus diperkasakan agar
cabaran abad ke-21 tidak meminggirkan bahasa Melayu sama ada dalam sistem pendidikan atau
pentadbiran.

3.2      CABARAN BAHASA MELAYU DALAM KEMAJUAN TEKNOLOGI       


MAKLUMAT (ICT).

     Pada masa ini bidang teknologi maklumat amat penting. Jadi, Malaysia telah mendapat impak
yang besar terutama dari segi penggunaan bahasa teknologi maklumat. Bahasa teknologi
maklumat yang paling dominan di dunia ialah bahasa Inggeris. Keadaan ini sudah tentu memberi
kesan kepada penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat. Oleh itu, kita seharusnya
mempelajari bahasa teknologi maklumat supaya perbendaharaan kata berkenaan teknologi
maklumat dalam bahasa Melayu diperkaya. Jadi, bahasa Inggeris tetap dipelajari kerana
ilmunya. Kita harus berfikiran positif dan memandang ke hadapan. Semua negara mempelajari
bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua selain bahasa ibunda. Negara Korea Selatan dan Jepun
merupakan sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi, namun mereka tetap
mempertahankan bahasa ibunda dan bahasa Inggeris tetap dipelajari. Menurut Kamal Shukri
Abdullah Sani ( 2007;50 ) bahawa Jepun tidak berganjak daripada menggunakan bahasanya dari
peringkat tadika sehingga ke peringkat pengajian tinggi dalam semua bidang mata pelajaran.
Bahasa Inggeris hanya dipelajari mulai di peringkat menengah dan bukan di peringkat rendah.
Peluang mempelajari bahasa lain seperti Jerman, Sepanyol, Portugi, Rusia, Mandarin dan lain-
lain turut disediakan sama ada di institusi pendidikan, rancangan televisyen dan lain-lain. Walau
bagaimanapun bahasa Jepun tetap diutamakan dan dijunjung tinggi martabat dan maruahnya.

Teknologi maklumat dan komunikasi ( ICT ) adalah diasaskan oleh perkembangan dan kemajuan
yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai kemudahan teknologi
maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi media dan sebagainya. Seterusnya,
kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT dengan jaringan informasi bersepadu
sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi,
grafik dan video. Permasalahan ini secara langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan
dan kedudukan bahasa Melayu di rantau Nusantara ini. Lebih-lebih lagi negara Malaysia yang
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di negara ini. Negara Jepun maju dalam
teknologi maklumat namun bahasa ibunda tetap terjaga dan terpelihara. Oleh yang demikian,
penekanan terhadap ICT pada era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan bahasa
Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat dunia. Era ICT
telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama internet dunia di Amerika
Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan perkakasan komputer seperti
Microsoft, Dell, Hewlett-Pachard yang semuanya diasaskan oleh mereka yang berbahasa tinggi.

Oleh itu, masyarakat perlu memperlihatkan sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi
cabaran perkembangan yang pesat dalam ICT dengan pengaruh bahasa asing, khususnya bahasa
Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya akan terlaksana jika
masyarakat mempelajari pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh bahasa Inggeris.
Dengan cara dan langkah ini kita percaya perkembangan bahasa Melayu dan terus bersemarak
seandainya kita bersikap terbuka. Dengan adanya ilmu sains dan teknologi maklumat dalam
bahasa Inggeris, kita boleh menterjemahkan ke dalam bahasa ibunda iaitu bahasa Melayu.
Secara langsung bahasa Melayu dalam sains dan teknologi maklumat akan terus meningkat dan
berkembang. Mengikut pendapat Prof. Dr. Hashim Hj. Musa dalam buku Sosiolinguistik
Lanjutan. ( 2009;61 ) bahawa bahasa penguasaan ilmu sains dan teknologi yang tinggi,
kemahiran dan kepakaran secara meluas dalam kalangan rakyat merupakan faktor utama dalam
pembangunan sumber Daya Tenaga Manusia sesebuah negara secara menyeluruh, yang
menjadi faktor utama pula kepada pembangunan dan kemajuan negara itu. Penyampaian dan
pemahaman ilmu pengetahuan sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara
yang paling berkesan adalah dengan perantaraan bahasa kebangsaan rakyat itu sendiri.

Oleh itu, walaupun cabaran dalam teknologi maklumat begitu hebat, bahasa Melayu perlu
seiring dengan perkembangan teknologi maklumat. Hal ini disebabkan pelbagai maklumat yang
terkandung dalam pelbagai jenis teknologi maklumat yang sedia ada harus terdapat dalam
bahasa Melayu, benar-benar sesuai dengan hasrat untuk menyejagatkan bahasa Melayu dan
teknologi maklumat itu sendiri merupakan saluran yang cukup penting, canggih, pantas serta
cekap. Oleh itu, bahasa Melayu bukannya perlu bersaing dengan teknologi maklumat,
sebaliknya ia patut bersepadu dengan jayanya. Dengan cara ini bahasa Melayu mampu
mengaplikasikan sumber ilmu itu untuk menjanakan maklumat pelbagai bidang dalam dunia
serba teknikal ini. Untuk melaksanakannya lebih banyak buku dan pengarang diperlukan untuk
menghasilkan lebih banyak bahan bacaan dan rujukan dalam bidang Informasi Teknologi (IT).
Sehubungan itu, portal www. malaycivilization.com yang dibina khas di ATMA itu cumalah satu
tapak kecil dalam langkah besar kita untuk menyebarkan bahan berbahasa Melayu di ruang
siber. Pendek kata, pintu untuk memperkembangkan bahasa Melayu sudah bertambah baik dan
semakin menjadi lebih menarik. 

3.3    CABARAN BAHASA MELAYU DALAM MEDIA.

Pada abad ke-21 terdapat beberapa gejala yang amat membimbangkan berkaitan penggunaan
bahasa Melayu. Pengaruh media elektronik telah merosakkan penggunaan bahasa Melayu dari
segi pertuturan ayat, istilah, bahasa rojak dan sebagainya. Tidak dinafikan keaslian bahasa
ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat
di negara kita termasuk orang Melayu ketika bertutur sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa
rojak sudah mula dapat dikesan ketika Zaman Parameswara lagi iaitu pada Zaman Kesultanan
Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk
tempatan maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam
pelbagai hal. Kerosakan penggunaan bahasa Melayu yang paling teruk berlaku ialah golongan
remaja. Pada abad ke-21 sudah menjadi satu trend atau ikutan kepada golongan remaja dalam
penggunaan bahasa Melayu. Selain itu, kebanyakan pengacara majlis atau program di televisyen
dan radio dalam pengendalian sesuatu program, sudah menjadi kewajiban untuk
mencampuradukkan bahasa mereka. Dalam mengendalikan sesuatu program atau rancangan
pengacara pada peringkat awal menggunakan bahasa Melayu tetapi sebaliknya berlaku dalam
pertengahan program hingga akhir, kemudian pengacara mencampuradukkan penyampaian
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris walaupun programnya lebih kepada berbahasa Melayu dan
penonton majoritinya berbahasa Melayu. Memang tidak dinafikan bahawa rakyat di negara kita
mahir dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris maka terdapat pelbagai
bentuk dan cara dalam pertuturan mereka. Menurut Nik Safiah Karim ( 2004 ), ada kalanya dua
bahasa ini berselang-seli iaitu satu ayat dalam satu bahasa diikuti oleh ayat dalam bahasa
kedua. Contohnya ialah ” Saya mengambil keputusan untuk pergi, then I thought I should
consult my father.” Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan mana-mana rancangan atau program
televisyen pada abad ke-21. Sekiranya permasalahan ini tidak dibendung, sudah tentu memberi
cabaran yang besar kepada kedudukan bahasa Melayu di negara ini.
Manakala golongan remaja pula, penggunaan bahasa Melayu mereka amat membimbangkan
dan boleh merosakkan nilai bahasa Melayu. Hal ini disebabkan kecanggihan teknologi maklumat
pada abad ke-21 iaitu penggunaan telefon bimbit. Untuk menghantar sms kepada rakan-rakan
mereka menggunakan bahasa rojak dan berlakunya kerancuan bahasa. Menurut Prof. Dr.
Hashim Hj. Musa kerancuan bahasa ialah penggunaan bahasa yang tidak mengikut peraturannya
sama ada dari segi sintaksis, morfologi, kosa kata, istilah dan sebagainya yang menyebabkan
kekacauan dan ketidaktekalan dari segi pembentukan ayat, klausa, frasa, ejaan, sebutan, kosa
kata dan istilah. Di sini terdapat beberapa perkataan yang sering disalahgunakan semasa
menghantar sms. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang ( nanti ), a’kum
( assalamualaikum ), w’lam                                    ( waalaikumussalam), dowang ( mereka ), tipon
( telefon ). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti sayer ( saya ), dier (
dia ) dan nko ( engkau ). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah suai seperti biler ( bila ).
Keracunan bahasa Melayu abad ke-21 merupakan satu cabaran yang boleh merosakkan
keteraturan, kehalusan dan keintelektualan bahasa Melayu kerana menjejas sistem dan
peraturannya yang menyebabkan kecelaruan dan ketidaktekalannya. Hal ini akan merosakkan
martabat dan kewibawaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pendidikan dan
bahasa ilmu tinggi yang akhirnya akan menurunkan maruahnya dan disisihkan oleh pengguna
bahasanya.

 3.4    CABARAN BAHASA MELAYU TERHADAP SIKAP MASYARAKAT.

Dalam abad ke-21 sikap masyarakat atau penutur amat penting dalam penggunaan bahasa
Melayu. Sekiranya sikap penutur tiada kesungguhan atau perasaan malu menebal kerana
menggunakan bahasa Melayu, maka sudah pasti bahasa Melayu akan terkubur pada suatu hari
nanti. Oleh itu, sikap masyarakat atau penutur merupakan cabaran yang sebenarnya bagi
bahasa Melayu. Jadi pada abad ke-21 telah memperlihatkan kelemahan terhadap sikap penutur
yang tidak mengambil berat terhadap bahasa kebangsaan mereka. Hal ini disebabkan mereka
sudah terdidik dalam bahasa Inggeris dan lebih selesa bertutur dalam bahasa Inggeris. Akibatnya
mereka tidak mahu menggunakannya dan tidak kisah terhadap bahasa sendiri. Peristilahan dan
tutur kata tidak dilakukan kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa Melayu. Apabila
disuruh memberi pendapat dan idea, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Begitu
juga apabila seminar atau pembentangan di dalam dewan walaupun hanya seorang bukan
rakyat Malaysia, mereka lebih suka bertutur dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, permasalahan ini
iaitu sikap penutur merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara berhati-hati pada abad
ke-21 supaya bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh masyarakat sendiri. Nik Safiah Karim
dalam buku Sumbangsih, Kumpulan Esei Mengenang Jasa Asraf, memperkatakan bahawa
bahasa Melayu, cabaran yang sebenarnya terletak pada sikap yang dipegang oleh penuturnya
itu sendiri.

Hakikatnya dalam abad ke-21 memang membawa cabaran kepada bahasa Melayu dari segi
saingan dengan bahasa Inggeris tetapi diharap senario ini tidak menjadi satu cabaran besar
hingga menggugat kedudukan bahasa Melayu. Kita seharusnya berasa bangga dengan bahasa
Melayu kerana kekal sehingga sekarang dan bangga terhadap bahasa kebangsaan sebagai
bahasa.
3.5     CABARAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN.

Dunia era globalisasi kini memperlihatkan perkembangan ilmu yang begitu pantas. Kemajuan
dalam teknologi maklumat memberi kesan secara langsung dan tidak secara langsung dalam
kehidupan dan sistem pendidikan. Perubahan demi perubahan berlaku membawa bersama isu
dan cabaran terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Pelbagai
cabaran yang dihadapi oleh para guru Bahasa Melayu dalam usaha mengembangkan potensi
berbahasa seiring dengan perkembangan dunia semasa. Masyarakat bandar kini semakin
mementingkan bahasa Inggeris telah menyebabkan pembelajaran bahasa Melayu kini semakin
tercabar. Tugas guru yang sedia ada dalam memberikan pengajaran dan bimbingan
pengetahuan tentang bahasa Melayu serta tugas pentadbiran lain, kini menggalas satu lagi
peranan baharu bagi menanamkan keyakinan terhadap bahasa kebangsaan ini. Justeru, guru
perlu kreatif dan inovatif dalam mencari dan mengubah suai pendekatan agar selari dengan
keperluan pelajar. Dalam masa yang sama guru perlu bijak dalam memupuk sikap cintakan
bahasa kebangsaan kepada pelajar yang telah dimomokkan dengan kepentingan bahasa Inggeris
agar tidak menimbulkan konflik lain.

Cabaran yang paling hebat dan mencabar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara ini ialah penerapan dasar baru ( meskipun menyalahi akta Dasar Pelajaran Kebangsaan )
menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik  pada
tahun 2003. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik bukanlah jalan penyelesaian bagi memperbaiki kelemahan atau meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Langkah itu bukan sahaja tidak dapat membantu mengatasi
masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris pelajar malah dikhuatiri akan menjejaskan
penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran itu. Dengan masalah kurangnya guru yang
berupaya mengajarkan mata-mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris kerana mereka
terlatih dalam bahasa kebangsaan sewaktu megikuti kursus pendidikan dan pada waktu yang
sama pelajar sendiri menghadapi masalah memahami ilmu dalam bahasa Inggeris. Dalam
hubungan dengan nasib dan masa hadapan bahasa Melayu yang diberi fungsi sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu, pengurangan peranannya sebagai bahasa
pengungkap ilmu dan pengetahuan dengan sendirinya akan melemahkan kekuatan bahasa itu
kerana keutuhan suatu bahasa banyak bergantung pada ilmu dan pemikiran yang didukungnya.
Apabila fungsi suatu bahasa terhad pada fungsi sosialnya semata-mata iaitu untuk komunikasi
biasa, bahasa itu menjadi pincang kerana tidak memenuhi fungsinya sebagai bahasa wahana
pelbagai bidang ilmu, pemikiran, teknologi, ekonomi, undang-undang dan sebagainya. Sejarah
bahasa Melayu sejak berabad-abad lalu menunjukkan bahawa keutuhannya bukan sahaja
berasaskan peranannya sebagai lingua franca tetapi juga pada fungsinya dalam pelbagai bidang.

Munculnya abad ke-21 telah menjadikan bahasa Melayu semakin mendapat saingan sengit atau
cabaran daripada bahasa Inggeris. Setelah 52 tahun Malaysia merdeka dan 32 tahun
pelaksanaan sepenuhnya dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan, bahasa
Melayu telah menghadapi cabaran yang tidak diduga apabila Akta Pendidikan 1996 dan Akta
IPTS 1996 diluluskan, maka semua IPTS dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar.
Menurut Prof. Dr. Awang Sariyan tokoh bahasa yang tidak asing lagi dalam membicarakan
kemelut Bahasa Melayu dalam satu wawancara dengan Bernama     ( Jun;2011 ), Akta
Pendidikan 1996, institusi pengajian tinggi swasta masih tetap tertakluk kepada penggunaan
Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Menurut beliau lagi Universiti Kebangsaan
Malaysia yang cukup jelas dasar bahasanya sehingga tesis peringkat doktor falsafah pun
kebanyakannya ditulis dalam Bahasa Melayu sebagai bukti kemampuan Bahasa Melayu menjadi
bahasa ilmu tinggi. Ketetapan mengajarkan tiga mata kuliah teras IPTS iaitu Bahasa Melayu,
Kenegaraan Malaysia dan Agama atau Moral tampaknya menjadi dokumen tersurat sahaja
kerana kebanyakan IPTS mengabaikan ketetapan itu kecuali IPTS milik kerajaan seperti Universiti
Multimedia, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Petronas.

Berdasarkan perkara-perkara di atas boleh dikatakan kesan jangka pendek dan panjang ini
bukan sahaja menimbulkan masalah kepada pelajar, guru dan institusi pengajian tinggi malah
jangka panjangnya boleh memberi kesan kepada dasar pendidikan zaman penjajah sebenarnya
mengundang masalah jurang kaum yang pernah berlaku satu ketika dulu iaitu ’Pengalaman 13
Mei’.

4.0      KESIMPULAN.

Dari alaf ke alaf bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan tamadun dan
juga dalam hubungan politik, diplomatik dan perniagaan antara negara dan kumpulan di dunia.
Dalam konteks ini kita lihat bahawa bahasa merupakan faktor yang penting dalam persaingan
kuasa antarabangsa pada peringkat negara dan komuniti atau kumpulan. Penaklukan sesuatu
bangsa terhadap bangsa lain turut melibatkan penggunaan bahasa penakluk dalam komuniti
yang ditakluknya, baik secara penguatkuasaan undang-undang atau secara resapan sosial.
Walau apa pun juga caranya, kemasukan bahasa asing terutama Bahasa Inggeris yang berkuasa
itu menimbulkan keadaan persaingan antara bahasa. Keadaan yang seperti inilah yang
menimbulkan kesedaran kepada tanah-tanah jajahan atau taklukan bahawa sebahagian
daripada identiti mereka yakni yang diwujudkan melalui bahasa mereka mulai terpendam. Dari
itu timbullah perjuangan menegakkan  kembali bahasa sebagai satu ideologi kerana dalam
bahasa terdapat pemaujudan kuasa dan juga ideologi [ Fairclough 1989:12 ]. Persaingan bahasa
paling hebat dalam sejarah bangsa manusia terdapat dalam alaf kedua Masihi, khususnya abad
ke-20 kerana pada abad inilah munculnya perjuangan kebangsaan yang menyeluruh dengan
terbentuknya negara-negara yang merdeka dari kuasa penjajahan. Tetapi dalam abad inilah juga
terdapatnya kecenderungan negara-negara dunia untuk menjadi sepakat dalam pemilihan
bahasa antarabangsa iaitu bahasa Inggeris.

Sebagai warganegara Malaysia kita perlu mempunyai wawasan yang sama untuk membina dan
membangunkan negara yang bersatu padu, penuh toleransi dan jelas citranya sebagai satu
bangsa Malaysia. Semua orang tahu bahawa kita boleh bersatu melalui satu bahasa
kebangsaan dan bahasa rasmiyakni bahasa negara sendiri kerana melaluinya hubungan budaya
komunikasi dan nilai dapat dikongsi bersama. Dalam batas-batas
ketentuan PerlembagaanNegara, kita sudah memilih satu Dasar Bahasa Negara. Kita perlu
memahami kebebasan buat mana-mana kaum dan suku bangsa kita menggunakan bahasa
sendiri atau dialek dalam konteks tempatan atau persendirian. Kita memiliki bahasa Negara dan
bahasa rasmi yang satu.

Di samping itu, telah banyak langkah diambil untuk memartabatkan dan memperkasa bahasa
Melayu terbukti dengan ucapan Mantan Perdana Menteri yang ke-5 iaitu Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi ketika merasmikan Seminar Persahabatan Malaysia-China di Beijing Foreign
Studies University ( BFSU ), China pada 29 Mei 2009. ( Sumber:Berita Harian (14.06.2009 )
mengejutkan pihak tertentu di Negara ini kerana menyampaikan ucapannya dalam bahasa
Melayu sepenuhnya.

Pada abad ke-21 ini patut dijadikan abad untuk mengembalikan kegemilangan bahasa Melayu
seperti yang pernah dialami oleh bahasa itu pada abad ke-15. Untuk memastikan bahasa Melayu
kembali gemilang sebagai bahasa dunia dan setanding dengan bahasa-bahasa utama yang lain,
beberapa tindakan yang positif  dan sedang diambil, khususnya oleh pihak Malaysia dengan
kerjasama pelbagai pihak, ialah Dewan Bahasa dan Pustaka. DBP yang ditubuhkan pada 1956,
melalui Ordinan No. 25, 1959, dikenali Akta 213, Akta 930, Akta DBP ( Pindaan dan Perluasan
1995 ). DBP ditubuhkan dengan tujuan untuk membangun bahasa kebangsaan dan
kesusasteraan kebangsaan serta penerbitan di dalam bahasa kebangsaan. Bukan sahaja DBP
bertujuan memperjuangkan tujuan berkenaan, Lembaga Pengelola DBP juga mempunyai tugas
atau tujuan yang sama; seperti yang dicatat di dalam perkara 5,

·         Untuk memperkembang, memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang


termasuk sains dan teknologi

·         Untuk memperkembangkan bakat sastera khasnya dalam bahasa kebangsaan

·         Untuk mencetak dan menerbit buku-buku, majalah-majalah, dalam bahasa kebangsaan

·         Menstandardisasikan ejaan dan sebutan

·         Membentuk istilah-istilah akademik yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

Di samping DBP, terdapat satu lagi agensi kerajaan yang melaksanakan dasar kebangsaan iaitu
Pihak Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ). Bidang kuasa PBT tertakluk
kepada Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang mengandungi segala pindaan hingga
Januari 2006. Perlaksanaan Akta ini berhubung bahasa kebangsaan tidak boleh bercanggah
dengan peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan.
Perlaksanaan bahasa kebangsaan meliputi nama jalan, bangunan dan tamah perumahan serta
lain-lain premis dan papan tanda iklan.

Sebelum itu, sebuah dana penyelidikan tamadun Melayu-China yang diletakkan di bawah dewan
Bahasa dan Pustaka ( DBP ) telah dilancarkan pada 24 Mei lalu di Kuala Lumpur. Selain BFSU ,
DBP juga telah menjalinkan hubungan dengan institusi lain seperti Radio Antarabangsa China
( CRI ), Universiti Peking dan Institut Penyiaran Beijing. Pusat Bahasa Melayu ( PBM ) juga telah
dirasmikan pada 20 Jun 1997 di Beijing.

Di Malaysia pula, Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Malaysia-China dan Seminar Karya
Agung Melayu-China telah diadakan. Pameran dan seminar tersebut telah dirasmikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di DBP pada 20 Mei lalu. Sempena majlis
itu, buku Tamadun China dan Kamus Pelajar Bahasa Melayu-Bahasa Cina-Bahasa Inggeris telah
dilancarkan. Pameran Bahasa, Sastera dan Budaya Melaysia-China diadakan pada 18-31 Mei lalu
di Galeri Keris Mas, DBP. Perkembangan yang menakjubkan ini menggambarkan bahawa bahasa
Melayu berupaya menjadi salah satu bahasa yang penting di dunia, apalagi semakin ramai
pelajar antarabangsa seperti Amerika Syarikat dan rantau Oceania berminat mengikuti
pengajian bahasa itu. Bahasa Melayu diajarkan di universiti Perancis, Britain, Belanda dan
Australia. Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendidikan Victoria State, Australia terdapat lebih
100,000 orang pelajar yang mengikuti pengajian bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, malahan bahasa Melayu dituturkan oleh lebih daripada 250 juta orang
penutur, yang menjadikannya bahasa keempat terbesar di dunia, selepas bahasa Inggeris, Cina
dan Hindi. Bahasa Melayu digunakan bukan sahaja di Malaysia, Indonesia dan Brunei
Darussalam, bahkan di selatan Thailand, selatan Kemboja, selatan Filipina, Laos dan Vietnam. Di
Sri Lanka misalnya, kira-kira 60,000 penduduknya menggunakan bahasa Melayu. Pengarah The
English Company ( UK ) Ltd, David Graddol meramalkan bahasa Melayu merupakan salah satu
bahasa yang peling pesat berkembang, selain bahasa Mandarin, Inggeris, Hindi dan Arab
menjelang 2050.

Di samping itu, Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu ( MABM ) yang ditunjangi oleh DBP sejak
empat tahun lalu turut dianggotai 30 buah negara dari Eropah, Amerika Utara, Asia Timur dan
Oceania. MABM menggerakkan empat bidang utama iaitu penerbitan, kegiatan kebahasaan,
pengajaran bahasa serta anugerah dan pengiktirafan. MABM juga sedang membangunkan
sebuah gerbang web antarabangsa mengenai pengajian Melayu yang dijangka siap setahun lagi.
Semua negara anggota Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia ( MABBIM ) dalam
sidang ke-43 baru-baru ini pula bersetuju mendesak kerajaan negara-negara ASEAN menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ASEAN. Pada masa ini kira-kira 80 peratus penduduk
ASEAN boleh bertutur bahasa Melayu.

Sesungguhnya Malaysia dan warga antarabangsa berkongsi pendirian dalam hal globalisasi dan
orde baru dunia yang harus diperkukuh melalui kerjasama erat dalam bidang kebudayaan dan
kebahasaan. Sokongan dan iltizam daripada kerajaan mampu menjayakan usaha tersebut sekali
gus mencapai wawasan DBP untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama
dunia menjelang tahun 2020.

You might also like