Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

CADANGAN AKTIVITI PERTAMA

Sebagai lontaran idea yang pertama, aktiviti nyanyi sambil belajar dapat
digunakan oleh para guru untuk memperkenalkan semuanya dua puluh enam huruf
kepada pelajar-pelajar serta mengajar mereka untuk menyuarakan bunyi huruf
tersebut. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang paling biasa digunakan dalam mengajar
mengeja dan membaca perkataan. Selain itu, kaedah ini juga mementingkan kanak-
kanak mengenal nama-nama huruf dari a-z. Seterusnya, kanak-kanak diajar
mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong ai, au,oi.
Bunyi-bunyi huruf juga diperkenalkan pada peringkat ini. Selepas itu, huruf-huruf ini
digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.

Keistimewaan kaedah ini adalah kerana sesuai dengan binaan perkataan


bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Di samping itu,
kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang
belum dipelajarinya sedangkan semua perkataan dibentuk daripada suku kata yang
telah diajar. Tambahan pula, kaedah ini memberi asas yang kukuh dalam membaca
dan membolehkan pelajar untuk mengetahui bacaan setiap perkataan walaupun
perkataan itu tidak lagi diajar.

Sebagai cadangan aktiviti untuk menjalankan kaedah nyanyi sambil belajar,


guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Memperkenalkan semuanya dua puluh enam huruf dalam kad-kad yang


berwarna-warni untuk menarik perhatian pelajar. Guru boleh menyuruh
pelajar untuk menyuarakan sebutan nama huruf yang ditunjukkan selepas
guru menyebutkannya.
2. Lagu “ABC” yang mengikuti melodi “Twinkle Twinkle Little Star”. Guru boleh
mengajar pelajar nyanyian lagu “ABC” dan menyuruh pelajar untuk
menyanyikannya secara berulang sehingga mereka menguasai serta
mengingat nama-nama huruf.
3. Selepas pelajar mengenali kesemuanya huruf, guru boleh mengajar pelajar
untuk mengasingkan huruf vocal dengan huruf konsonan.

17
4. Setelah pelajar telah menguasai kesemuanya huruf serta dapat membezakan
huruf vocal dan huruf konsonan, guru boleh mula mengajar pelajar bunyi
gabungan huruf yang senang, contohnya “bapa”, “saya”, “nasi”

5. Sebagai langkah selanjutnya, guru boleh mula mengajar pelajar lagu suku
kata seperti “b…a…ba, b…a…ba, c…a…ca, c…a…ca” dan seterusnya.

6. Rasionalnya menjalankan aktiviti ini kerana kanak-kanak mudah belajar


sesuatu mengikut melodi lagu. Melodi lagu ini menguatkan ingatan pelajar
dalam nama huruf dan juga bunyi suku kata.

Kesimpulannya, aktiviti nyanyi sambil belajar ini memang sesuai dan relevan
untuk mengajar kemahiran membaca dari asasnya. Secara langsungnya, pelajar
dipercayai akan dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik dan sempurna
jika para guru mengunakan kaedah ini secara muqadimah dan bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam atau sebagai melepaskan batuk di tangga serta adanya
tahap kesabaran yang secukupnya. Saya berharap agar kaedah ini dapat membantu
para guru untuk menyelesaikan sebarang masalah berkenaan dengan kemahiran
membaca pelajar masing-masing.

18
CADANGAN AKTIVITI KEDUA

Sebagai kesinambungan dan kelangsungan idea yang seterusnya, aktiviti


cepat jawab yang berasaskan kaedah pandang sebut juga boleh digunakan dalam
menyelesaikan masalah kemahiran membaca pelajar terutamanya pelajar Tahun 1
hingga Tahun 3. Aktiviti ini sebenarnya sangat popular dalam mengajar bacaan
dalam Bahasa Inggeris, namun guru juga boleh mencuba kaedah ini untuk mengajar
membaca dalam Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ini, pengajaran membaca adalah
berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa (sight words) diguna seharian yang
membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, nasi, main, ibu, bapa
dan sebagainya.

Aktiviti cepat jawab ini datang dalam keadaan ramai kanak-kanak tidak boleh
membaca dengan menggunakan kaedah abjad. Berpadanan dengan namanya,
aktiviti ini meminta kanak-kanak menghafal pola-pola suku kata yang ada dalam
bahasa Malaysia dengan cepat. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola
suku katanya jelas dan pola-pola suku kata yang ada dalam bahasa Malaysia ada
lebih daripada 1000 pola-pola untuk dihafal. Lebih kurang jumlah 2000 ke 3000
adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita

Kekuatan aktiviti ini ialah pelajar dapat membaca perkataan-perkataan


dengan cepat tanpa membazirkan masa untuk memikirkan suku kata. Aktiviti ini
boleh dikatakan kemahiran membaca sesuatu perkataan tanpa mengejakannya atau
kegunaan sistem suku kata. Aktiviti ini sebenarnya mengukuhkan memori bunyi
bacaan sesuatu perkataan dalam jangka yang panjang mahupun dikatakan
sepanjang hayat. Namun, pelajar boleh membaca seperti “burung nuri” sahaja dan
mereka tidak dapat menyebut bunyi-bunyi bagi perkataan-perkataan baru jika
diajukan kepada mereka.

Walaubagaimanapun, aktiviti ini masih sesuai untuk digunakan bagi mengajar


murid yang dalam pendidikan awal kanak-kanak sehingga tahun tiga sekolah rendah.
Hal ini demikian kerana murid yang berumur kecil tidak lagi mampu memproseskan
sistem suku kata dengan baik disebabkan oleh tahap kemahiran pemahaman yang
terhad. Kesannya, aktiviti ini lebih senang untuk mengajar murid dalam membaca
dengan kegunaan memori mereka. Pola-pola suku kata yang ditulis di atas kad-kad
imbasan dan diimbaskan kepada kanak-kanak. Setiap perkataan ditulis di atas kad-

19
kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada kanak-kanak dengan cepat.
Rasionalnya, kanak-kanak dikatakan mempunyai ingatan foto "photographic
memory". Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang
diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.

Dalam aktiviti ini, guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu


dan diulang-ulang menyebutnya. Kebiasaannya perkataan tersebut disertakan
gambar dan adalah diandaikan yang murid belajar secara pandang (visual). Aktiviti
ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.

Sebagai cadangan aktiviti untuk digunakan, guru boleh mengikuti langkah-


langkah berikut:

1. Guru menyediakan sebilangan kad-kad imbasan yang tertulis perkataan-


perkataan mudah seperti “meja”, “saya”, “cawan” dengan sedia ada gambar
tertentu.
2. Guru menyebutkan perkataan di atas kad-kad imbasan, murid diminta
mengulang selepas guru.
3. Langkah kedua berulang-ulang bagi setiap perkataan yang diajar sehingga
pelajar menguasai kemahiran membaca.
4. Selepas murid menguasai bacaan perkataan tertentu, mereka diasingkan
dalam kumpulan untuk menjalankan pertandingan kecil.
5. Guru menunjukkan kad-kad imbasan, kumpulan murid haruslah bersaing
untuk mendapat peluang membaca perkataan yang tertentu.
6. Kumpulan murid yang paling cepat mengangkat tangan dapat peluang untuk
membaca, markah pertandingan akan diberi kepada kumpulan yang
membaca dengan betul.
7. Rasionalnya untuk menjalankan aktiviti ini kerana kanak-kanak mudah
mempelajari sesuatu demi suatu matlamat dan matlamatnya adalah untuk
menang dalam pertandingan kecil ini. Unsur lawan cepat ini menguatkan
jangka ingatan pelajar kerana mereka harus bertindak cepat untuk membaca
perkataan tertentu.

Kesimpulannya, aktivitit cepat jawab ini memang sesuai untuk digunakan bagi
mengajar kanak-kanak yang berumur kecil dalam kemahiran membaca. Secara
langsungnya, kanak-kanak lebih senang untuk menguasai kemahiran membaca
perkataan mudah dan singkat dengan baik dan sempurna. Saya berharap agar
kaedah ini dapat membantu para guru untuk menyelesaikan sebarang masalah
berkenaan dengan kemahiran membaca murid masing-masing.

20
CADANGAN AKTIVITI KETIGA

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti bermain sambil belajar. Aktiviti ini merupakan
kaedah yang dapat menarik minat murid dan mengelakkan masalah kebosanan. Hal
ini kerana kanak-kanak lebih mudah belajar sesuatu semasa bermain seperti slogan
yang digunakan oleh Nestle Milo iaitu “Play More, Learn More” yang bermaksud lebih
bermain, lebih belajar.

Rasional aktiviti ini ialah dapat mengeratkan hubungan antara pelajar dengan
guru. Hal ini kerana hubungan yang baik ini membolehkan guru mengajar dengan
prestasi yang baik.

Konsep aktiviti ini sebenarnya memasukkan unsur-unsur kemahiran


membaca dalam satu permainan. Sebagai akibatnya, murid yang memainkan
permainan tersebut akan belajar kemahiran membaca secara automatik dan
langsung.

Aktiviti ini boleh menggunakan apa-apa aktiviti permainan sahaja untuk


menggabungkan unsur-unsur kemahiran membaca dengan kreativiti para guru
asalkan permainan tersebut selamat, adil, seronok, dan tidak melanggar sebarang
undang-undang atau peraturan sekolah.

Bagi contoh permainan yang baik, saya mencadangkan permainan “nilai


saya”. “Nilai saya” merupakan permainan yang popular digunakan untuk mengajar
pelajar dalam bidang matematik dan kewangan. Permainan ini dimulakan dengan
menetapkan “nilai harga” pelajar lelaki dan perempuan (nilai harga mesti berlainan
antara pelajar lelaki dan perempuan). Selepas itu, satu nilai harga yang lebih besar
akan dinyatakan, murid diminta mencari kumpulan sendiri dengan bilangan pelajar
lelaki dan perempuan yang cukup nilai harganya dengan yang dinyatakan.

Langkah-langkah untuk menjalankan aktiviti kaedah bermain sambil belajar


dengan permainan “nilai saya”:

1. Guru mengasingkan setiap pelajar dengan abjad/huruf sendiri


2. Guru menyatakan sebuah suku kata, “huruf-huruf” murid yang boleh
membina suku kata tersebut diminta menjadi sebuah kumpulan. Contohnya,
guru menyatakan bunyi “ba”, murid yang “berhuruf b” dan “berhuruf a”
haruslah mencari sama lain dan menjadi sebuah kumpulan.

21
3. Kesusahan permainan boleh ditingkatkan sedikit demi sedikit untuk
menambahkan keseronokan murid. Guru boleh menaikkan kesusahan
dengan menyatakan sebuah perkataan dan meminta murid untuk mencari
“huruf-huruf” rakan-rakan yang boleh membina perkataan tersebut menjadi
satu kumpulan.
4. Hadiah kecil akan diberi kepada murid yang cepat dalam mengesan dan
mencari ahli kumpulan sendiri yang sepatutnya.

Selain daripada menjalinkan hubungan yang baik antara guru dengan murid.
Murid-murid sendiri juga menjalinkan hubungan yang baik dan merealisasikan nilai
kerjasama mahupun perpaduan antara kaum.

Kesimpulannya, aktiviti ini senang dipakai dan mudah dijalankan. Saya harap
para guru boleh menikmati masa yang baik dengan kanak-kanak dengan
menggunakan kaedah ini.

22
CADANGAN AKTIVITI KEEMPAT

Jika dilihat secara menyeluruh, aktiviti fast and furious yang berasaskan
kaedah fonetik juga boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak membaca.
Kaedah belajar membaca bagi kanak-kanak sekarang telah berubah dari sistem
ejaan suku kata kepada sistem bacaan secara fonetik. Pendekatan ini digunakan
kerana strategi pengajarannya yang lebih dinamik berbanding sistem kaedah
membaca secara tradisional. Pengajaran membaca menggunakan kaedah
tradisional dikesan mengambil masa yang agak lama bagi membolehkan kanak-
kanak mahir dan menguasai kemahiran membaca.

Aktiviti fast and furious menfokuskan kepada bunyi simbol huruf, berbeza
dengan kaedah tradisional yang menekankan teknik penghafalan nama huruf seperti
kaedah abjad. Aktiviti ini dipercayai dapat mengurangkan beban kanak-kanak yang
berat untuk menghafal setiap perkataan seperti kaedah pandang sebut. Kaedah ini
juga merupakan kaedah yang paling sesuai untuk kanak-kanak kerana kaedah ini
telah dibuktikan secara saintifik sebagai kaedah otak manusia membaca. Kaedah ini
juga dikatakan lebih senang untuk otak manusia untuk memproseskan satu bacaan
perkataan dengan masa yang lebih pendek.

Aktiviti ini mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan
bunyinya tanpa mengingat nama huruf. Kaedah ini adalah berasaskan teori bahawa
belajar membaca melibatkan kebolehan mengenal kod (lambang), hubungan antara
bunyi dan lambang yang dilihat.

Kepentingan menggunakan aktiviti ini murid yang belajar kemahiran


membaca melalui kaedah ini dapat membaca apa-apa perkataan sahaja sama ada
perkataan tertentu merupakan perkataan yang sudah diajar atau perkataan yang
baru untuk murid tersebut. Ini telah memudahkan murid tersebut dalam pelajaran
selanjutnya kerana murid itu dikatakan sudah boleh membaca semua perkataan
menggunakan kaedah yang sama sahaja.

Namun, aktiviti ini mempunyai larangan tersebut iaitu guru tidak boleh
mengajar murid nama huruf-huruf semata-mata sahaja. Hal ini kerana, murid akan
menghadapi masalah dalam mengasingkan bunyi nama huruf dengan bunyi bacaan

23
huruf. Contohnya, murid akan lebih suka menyuarakan huruf “b” sebagai “bi” lebih
daripada bacaannya iaitu “beh”.

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh para guru tetapi
kaedah yang terbaik adalah kaedah asosiasi. Melalui kaedah ini, bunyi ‘aa’ boleh
dikaitkan dengan aksi terkena api atau bunyi meraung kesakitan. Melalui aksi seperti
cubitan pada tangan sambil mengeluarkan jeritan ‘aaaaaaaa sakitnya’, maka kanak-
kanak akan dapat memahami dan mengingati serta meneybut bunyi dengan lebih
berkesan, cepat dan berkekalan.

Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua binyi sekaligus.


Memadai hanya beberapa bunyi yang asas sahaja terlebih dahulu. Oleh sebab laras
bahasa Melayu terbina daripada huruf konsonan dengan hurfu vokal ‘a’ ‘i’ dan ‘u’
lebih kerap, wajarlah jikan bunyi tersebut diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi
bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi
konsonan lain diperkenalkan satu persatu. Sebagai contoh, ‘b’ ‘n’ ‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Melalui kaedah fonetik ini, kanak-kanak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi’ba’,
tidak juga menghafal suku kata ‘ba’, tetapi juga mereka akan membaca dengan
menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan “aa’ (bagi huruf ‘a’).

Sebagai cadangan aktiviti untuk menjalankan aktiviti fast and furious, guru
boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Guru memperkenalkan kesemuanya bunyi huruf, murid diminta mengulang


selepas guru menyebut bunyi huruf tertentu satu demi satu.
2. Langkah pertama mengulang sehingga murid boleh menguasai kesemuanya
bunyi huruf.
3. Murid diasingkan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti fast
and furious.
4. Guru menunjukkan kad manila yang telah ditulis dengan huruf, murid di dlam
kumpulan diminta menyebut bunyi huruf secara bertanding kelajuan.
5. Rasionalnya menjalankan aktiviti ini kerana jika sesuatu kemahiran
digunakan secara “fast and furious” menambahbaik kelangsungan kemahiran
tersebut serta menguatkan jangka ingatan kemahiran tersebut.

Kesimpulannya, aktiviti ini memang sesuai untuk digunakan bagi


mengajar kanak-kanak yang berumur kecil dalam kemahiran membaca. Saya
berharap agar kaedah ini dapat membantu para guru untuk menyelesaikan

24
sebarang masalah berkenaan dengan kemahiran membaca murid masing-
masing.

CADANGAN AKTIVITI KELIMA

Di samping itu, aktiviti blind and hear turut dicadangkan oleh saya sebagai
aktiviti untuk mendidik murid membaca dengan bunyi yang betul dan tepat. “Blind” itu
bermaksud buta, iaitu aktiviti ini akan menyekat penglihatan murid. “Hear” itu
bermaksud dengar, iaitu murid haruslah mendengar dengan bersungguh-sungguh
dalam aktiviti ini. “Blind and hear” bermaksud murid haruslah mendengar tanpa
menggunakan penglihatan.

Menurut turutan kepentingan alat deria “senses” kita, penglihatan merupakan


alat dominan untuk mendapatkan maklumat. Hal ini kerana kajian membuktikan
bahawa maklumat yang kita dapat mempunyai seramai 80% yang daripada
penglihatan. Jadi, semasa kita menutup mata kita, otak kita akan mendapatkan
maklumat yang diperlukan sepenuhnya dari pendengaran kita.

Rasional menggunakan aktiviti ini adalah kerana semasa murid menutup


mata sendiri, apa yang dia dengar akan didengar dengan sepenuh teliti serta
menguatkan jangka ingatan bunyi tersebut. Aktiviti ini juga menggelakkan berlakunya
“Mcgurk effect” iaitu satu fenomena ataupun illusi audio dengan visual disebabkan
otak kita lebih mempercayai mata kita. Kesannya, kanak mudah mendapat bunyi
bacaan yang berlainan atau tidak tepat.

Aktiviti ini dapat membetulkan bunyi bacaan murid-murid dan tidak sesuai
dipakaiguna untuk mengajar perkataan baru.

Sebagai cadangan akitviti blind and hear ini, para guru boleh mengikuti
langkah-langkah berikut:

1. Guru menulis suatu perkataan di atas papan putih, murid diminta tengok
perkataan itu tersebut.
2. Selepas itu, murid diminta menutup matanya dengan tangan masing-masing.
3. Guru menyebut bacaan perkataan tersebut dan murid diminta mengikut
selepas guru.

25
4. Bacaan ini berulang supaya murid mahir membaca perkataan tersebut
dengan baik dan tepat.
5. Seterusnya, guru boleh menguji murid dengan meminta mereka membaca
perkataan tertentu secara individu.

Kesimpulannya, aktiviti blind and hear ini boleh digunakan oleh para guru
untuk mengajar murid membaca dengan sebutan tepat. Saya berharap agar kaedah
ini dapat membantu para guru untuk menyelesaikan sebarang masalah berkenaan
dengan kemahiran membaca murid masing-masing.

26
CADANGAN AKTIVITI KEENAM

Di samping itu, kaedah Gillingham turut boleh digunakan oleh para guru.
Kaedah ini diperkenalkan oleh Gillingham dan Stillman pada tahun 1970-
andifokuskan untuk mengajar bacaan kepada kanak-kanak yang menghadapi
masalah bacaan yang sangat teruk seperti yang disebutkan di bahagian
pendahuluan.

Kaedah ini mengambil masa yang lama dan langkah-langkah pengajaran


hendaklah dipatuhi dengan ketat, iaitu memerlukan lima sesi pengajaran seminggu
untuk selama dua tahun (minimum).

Tambahan pula, kaedah Gillingham ini menumpukan penstrukturan


pengajaran yang tinggi dan berorientasikan pendekatan fonetik yang menggunakan
teknik surihan (tracing) untuk mengajar huruf tunggal dan bunyi yang bersamaan
dengannnya.

Selain itu, kaedah Gillingham menekankan pendekatan pelbagai deria yang


terdiri daripadaenam kesatuan deria yang sangat penting pada peringkat permulaan
mengajar huruf –huruf. Enam kesatuan asas itu adalah:

I. V-A (Visual-Auditory). Perkataan yang ditulis dan huruf-huruf dihubungkan


dengan bunyinya. Murid tidak perlu menyebut bunyi-bunyi itu.
II. A-V (Auditory-Visual). Bunyi-bunyi huruf dan perkataan digabungkandengan
imej visual. Tugasan ini seakan-akan aktiviti mengeja.
III. A-K (Auditory – Kinesthetic). Bunyi-bunyi huruf dan perkataandigabungkan
dengan pergerakan otot semasa menyebut dan menulis.
IV. K-A (Kinesthetic – Auditory). Tangan murid dibantu untuk menyurihatau
menulis bentuk huruf sambil menyebut nama atau bunyi huruf tersebut.
V. V-K (Visual – Kinesthetic). Huruf cetak dan perkataan dikaitkandengan
pergerakan otot semasa bertutur dan menulis.
VI. K-V (Kinesthetic- Visual). Pergerakan otot semasa bertutur ataumenulis
dikaitkan dengan bentuk visual huruf-huruf.

27
Sebagai cadangan langkah-langkah untuk menjalankan kaedah Gillingham,
guru boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Dengan menggunakan kad latih tubi, tunjuk satu huruf kepada murid. Guru
menyebut nama huruf dan murid mengikut sebutan guru. Guru turut boleh
menyoalkan murid bunyi huruf yang diajar.
2. Guru membunyikan mengikut huruf tanpa menggunakan kad latih tubi dan
menyoalkan murid nama huruf yang disebut.
3. Guru menulis huruf dan menerangkan bentuknya. Murid diminta menyurih
ikut tulisan guru, dengar, pandang, dan membunyikan huruf itu.
4. Guru mula memperkenalkan tulisan sambung.

Kesimpulannya, semua guru adalah bertanggungjawab untuk mengesan


kelemahan bacaan pelajarnya, mengenal pasti punca masalah, dan cuba membantu
mereka membina kemahiran membaca seawal mungkin supaya masalah ini dapat
dipulihkan sebelum menjadi lebih teruk.

28
29

You might also like