Tutorial M5 FFBM PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

FONEM

SUPRASEGMENTAL
DISEDIAKAN UNTUK: DR. HISAMUDDIN BIN
ABDUL GHANI
AHLI KUMPULAN

NURUL AMIRA ASYIKIN NUR FATIN AMIRAH


BINTI NOR ALI BINTI MOHAMAD

NUR SYAZWANI BINTI WAN HASMANIRA BINTI


MOHD ZAIN WAN SULAIMAN
MAKSUD
SUPRASEGMENTAL
Dalam ucapan, suprasegmental merujuk kepada harta fonologi lebih
daripada satu segmen bunyi. Juga dipanggil nonsegmental .
Dikenali sebagai suprapenggalan.
Ciri atau sifat bunyi menindihi atau menumpangai sesuatu fonem.
Ciri suprasegmental hadir bersama-sama fonem penggalan dengan cara
menumpangai bunyi segmental.
Terdiri daripada tekanan, intonasi, jeda dan kelantangan.
Istilah suprasegmental (merujuk kepada fungsi yang "lebih dari" huruf
dan konsonan ) dicipta oleh ahli struktural Amerika pada tahun 1940-an.
TEKANAN INTONASI

CIRI-CIRI FONEM
SUPRASEGMENTAL

JEDA KELANTANGAN
TEKANAN
Tekanan ialah kelantangan sebutan suku kata.
Tujuannya ialah untuk menandakan kekerasan atau kelembutan sesuatu
pengucapan.
Tekanan untuk menyampaikan sesuatu maksud perasaan seperti rasa
marah, hairan, desakan, gembira dan sebagainya.
Tekanan juga merupakan suatu cara menyebut perkataan, frasa atau ayat
dengan memberi penekanan pada tempat tertentu, terutama pada suku
kata.
Lambang yang digunakan untuk tekanan ialah /'/
Tekanan tidak membezakan makna
Contoh:
/ma'ta/
/bu'dak/
/me'ja/
JEDA
Jeda ialah nada/ hentian sebutan bagi suku kata setiap baris. (Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka)
Jeda juga disebut sebagai persendian iaitu unsur hentian yang memisahkan
antara unsur-unsur linguistik sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata.
Jeda digunakan untuk membezakan makna.
Lambang yang digunakan (#)
Contoh ayat 1:
#Saya sedang membaca buku kakak# (maksudnya dia membaca buku
kepunyaan kakaknya)
#Saya sedang membaca buku# kakak (dia memberitahu kakaknya bahawa
dia sedang membaca buku)
Contoh ayat 2:
#Emak saya sedang makan nasi#
#Emak# saya sedang makan nasi#

INTONASI
Maksud : Turun naik atau tinggi rendah nada suara sewaktu
bercakap. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Bahasa Melayu
terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat dalam ayat.
Contoh :
1. Ayat berita yang menurun pada akhir ayat.
https://youtu.be/a5iBgvUEiGc
2. Ayat tanya meninnggi apabila di akhir ayat.
Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan, kelantangan dan
jeda secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat
dan digunakan dalam pertuturan seharian
INTONASI
Tujuan :
Menentukan maksud ayat dan membolehkan ayat tersebut
dilafazkan seiring dengan perasaan atau emosi penutur.
Misalnya, perasaan marah, sedih, gembira.
Menyatakan jenis ayat yang jenis ayat yang dilafazakan.
( Ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, ayat seru )
KELANTANGAN/tona
Tona merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa
mempunyai tona dan dapat mengubah makna.

Terdapat dua jenis tanda atau lambang yang berbeza digunakan untuk
membezakan tinggi rendahnya bunyi bagi satu-satu perkataan itu iaitu:

menggunakan lambang TONA MENDATAR, TONA MENINGGI, TONA


TURUN NAIK dan TONA MENURUN.
menggunakan TANDA NOMBOR 1 HINGGA 4 bagi menunjukkan
perbezaan tona.
KELANTANGAN/tona
TONA SEDERHANA TINGGI (KERAS-2)
TONA RENDAH (LEMAH-3)
TONA LEMAH (4)

Walaubagaimanpun, terdapat pengarang yang


menggunakan tona 4 untuk tona tinggi (sangat keras), 3
untuk tona sederhana tinggi (keras), 2 untuk tona rendah
(lemah) dan 1 untuk tona sangat rendah (sangat lemah).
KELANTANGAN/tona
CONTOH PERKATAAN
Tona mendatar: seperti “IBU”.
Tona meninggi: contoh “GUNI”.
Tona turun-naik: contoh “KUDA”
Tona menurun: contoh “MARAH”.

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like