Artist Drawing

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Tajuk : Bunga Raya III

Medium: Akrilik atas Kanvas


Artist: Zulkifli Yusoff
Tahun: 2010

Description: Bunga Raya III merupakan karya hebat Zulkifli Yusof dari Malaysia, 2010. Karya ini
menggunakan medium akrilik diatas kanvas. Pelukis hanya menggunakan warna hitam dan juga putih
untuk membuat pelbagai jenis garisan. Terdapat satu bunga raya yang besar, mungkin ia
melambangkan semangat patriotik. Latarbelakang karya ini terdapat garisan horizontal yang
memotong komposisi pada separuh. Garisan kelopak dalam lingkaran gergasi bunga raya mungkin
melambangkan penuaan, manakala tanaman pasu di sebelah kanan menunjukkan pertumbuhan tegak
yang subur tetapi belum berbunga lagi.

Analysis: Karya ini terdapat unsur harmoni iaitu pada perulangan garisan serta jalinan pada
dedaunan. Pelukis juga menerapkan konsep kualiti garisan, iaitu garisan tebal atau nipis untuk
memberi tekanan terhadap kedalaman sesuatu objek serta menunjukkan kedudukan objek samaada
dihadapan atau dibelakang.

Interpretation: Pada pendapat saya, karya Bunga Raya III adalah untuk memberi tekanan terhadap
semangat patriotik sesama kita. Umum mengetahui bahawa bunga Raya merupakan bunga
kebangsaan di negara Malaysia. Oleh sebab itulah, pelukis melukis sekuntum bunga Raya gergasi
pada karya, sebagai simbolik semangat patriotik yang besar.

Judgement: Menurut pendapat saya, karya Bunga Raya III dari Zulkifli Yusoff ini merupakan karya
yang bagus kerana beliau memupuk semangat patriotik rakyat Malaysia melalui lukisan. Karya ini
juga hanya menggunakan dua warna ringkas iaitu putih dan hitam namun mempunyai pelbagai
garisan dan bentuk yang mampu menarik minat orang ramai.
Tajuk: Untitled (Layer Series)
Medium: Campuran Media diatas kanvas
Artist: Fauzan Omar
Tahun: 1990

Description: Fauzan Omar menggunakan kanvas koyak yang sangat tepu dan dicatkan untuk
mencipta imej bertekstur yang luar biasa yang menggambarkan bentuk semula jadi organik yang
diilhamkan oleh tumbuh-tumbuhan hutan. Beliau menggunakan campuran media di atas kanvas.
Terdapat banyak bunga ungu yang halus dengan latar belakang dedaunan hijau yang pelbagai rona
sentuhan.

Analysis: Pelukis menggunakan warna sejuk didalam karya beliau, iaitu warna ungu, hijau dan
coklat. Beliau menerapkan prinsip imbangan simetri dan mempunyai unsur perulangan iaitu pada
bunga-bunga ungu yang halus. Ia juga merupakan karya yang mempumyai tekstur yang dapat
disentuh, iaitu dari koyakan kanvas tepu yang sudah dicat semula.

Interpretation: Pada pendapat saya, pelukis mengajar kita agar sentiasa mengamalkan sikap mengitar
semula bahan terbuang sepertimana beliau menggunakan kain kanvas yang sudah koyak tepu untuk
menghasilkan karya ini. Jumlah bunga ungu dan daun hijau telah membangkitkan kepadatan dan
tekstur persekitaran semula jadi sambil mempamerkan keindahan alam tropika yang meriah. Fauzan
Omar juga pelukis terkenal yang mengutamakan alam semula jadi atau flora didalam setiap karyanya.

Judgement: Pada pendapat saya, karya ini merupakan karya yang berjaya kerana ia padat dengan
unsur dan prinsip seni. Pelukis juga sangat kreatif dalam menghasilkan karya yang luar biasa iaitu
dengan adanya keunikan yang tersendiri.
Tajuk: Rubber Trees
Medium: Batik
Artist: Dato Tay Mo Leong
Tahun: 1961

Description: Karya seni ini jelas menunjukkan corak rekahan yang menggambarkan dahan pokok
getah. Warna pokok getah yang berwarna biru gelap memberitahu kita bahawa keadaan ini berlaku
pada waktu subuh. Seorang figura dalam karya seni itu sedang menoreh pokok getah dan seorang lagi
membawa bakul di atas kepalanya yang mengandungi getah kering. Sedikit renjiran warna jingga,
kuning dan hijau kekuningan menggambarkan dedaunan getah yang hampir kering

Analysis: Dato’ Tay Mo Leong mencipta imej yang memukau ini dengan membenarkan ruang, bentuk
dan warna bercantum. Beliau menggunakan teknik ‘garisan rekah’ untuk membina bayang pokok
getah. Teknik ini kelihatan mudah namun ianya agak unik yang membuatkan karya itu ada nilai yang
tersendiri.

Interpretation: Karya seni ini mempersembahkan masyarakat yang tinggal di kampung. Kerja harian
masyarakat adalah penoreh getah. Karya yang digambarkan mungkin pada waktu subuh. Pelukis ingin
memberitahu bahawa waktu pagi selepas subuh adalah waktu yang tepat untuk sesiapa yang ingin
mencari rezeki.

Judgement: Karya ini sangat ringkas namun ianya sangat bagus kerana mempunyai mesej yang
tersirat. Penggunaan teknik rekahan pada dahan pokok telah menempah minat pada sesiapa yang
melihatnya. Dua figura yang bekerja dan berkain sarung membuktikan bahawa masyarakat melayu
sentiasa rajin bekerja walaupun ianya sekadar kerja kampung.
Tajuk: Irises
Medium: Cat Minyak atas kanvas
Artist: Vincent Van Gogh
Tahun: 1889

Description: Irise merupakan salah satu lukisan terkenal dan termahal dari Vincent Van Gogh dan
beliau melukis Irise dalam masa sebulan selepas memasuki suaka. Van Gogh menggunakan cat
minyal diatas kanvas. Di latar depan terdapat iris biru yang mekar dengan batang hijau dan daun
dengan hujung runcing. Satu di sebelah kiri ialah iris putih tunggal dengan kelopak besar. Beliau
menggunakan gaya

Analysis: Van Gogh menggunakan warna biru dan ungu terang untuk iris yang membuatkan ia
berbeza dengan warna lain dalam lukisan ini. Kontranya menjadikan bunga itu menonjol dan
kelihatan hidup. Van Gogh juga menggunakan kontras dalam tekstur, jika dapat dilihat pada latar
depan mempunyai tekstur kasar yang berbeza dengan tekstur licin pada batang dan daun iris. Kontra
juga dapat dilihat dari sekuntum bunga iris berwarna putih dikelilingi iris berwarna biru ungu.

Interpretation : Van Gogh bergelut dengan episod psikosis dan memilih untuk memasuki suaka di
Perancis. Dia tidak dibenarkan meninggalkan rumah suaka pada bulan pertama penginapannya, jadi
dia memutuskan untuk melukis perkara pertama yang dilihatnya dari tingkapnya. Satu lagi sebab dia
melukis iris adalah kerana dia menyukai bunga dan lukisan bunga. Irises sangat bermakna untuk Van
Gogh. Pengkritik juga mengatakan bunga iris putih tunggal di sebelah kiri lukisan itu mungkin
mewakili Van Gogh. Ia menunjukkan keadaan fikirannya yang tenang tetapi tidak ada cara untuk
mengesahkan teori ini.

Judgement: Pada pendapat saya, karya Irise sangat bagus dan berjaya kerana pelukis mempunyai
tekniknya yang tersendiri yang membuatkan setiap karyanya menjadi unik. Setiap sapuan berus dari
Van Gogh bernilai berjuta-juta dolar. Dia mengkaji dengan teliti pergerakan dan bentuk lukisannya
untuk mencipta pelbagai kontra yang menarik. Karya ini juga mempunyai kisah tersirat dari pelukis
yang membuatkan lukisannya lebih bermakna pada setiap peminatnya.
Description: Montagne Sainte-Victoire ialah sebuah gunung di selatan Perancis, menghadap ke Aix-
en-Provence. Ia menjadi subjek beberapa lukisan Cézanne, secara keseluruhan berjumlah kira-kira
tiga puluh lukisan dan cat air. Beliau menggunakan geometri untuk menerangkan alam semula jadi
dan warna yang berbeza untuk mewakili kedalaman objek.

Analysis: Lukisan ini tidak mempunyai perspektif. Lukisan ini tergolong dalam Post-Impresionisme.
Dia memutarbelitkan bentuk Mont Sainte-Victoire secara halus untuk mencipta bentuk geometri yang
jelas dan imbangan bergambar. Pelukis juga menggunakan teknik glazing. Karya ini banyak
menggunakan warna sejuk.

Interpretation: Cézanne cuba membangkitkan emosi melalui karyanya. Keseluruhan siri ini
merangkumi perjuangan Cézanne untuk membentuk alam semula jadi menjadi seni melalui bentuk
geometri dan kesan warna. Dalam lukisan ini juga Cezanne meneroka hubungan antara permukaan
dan kedalaman, antara satah dan warna, menarik ketegangan antara susunan dan emosi. Bagi
Cézanne, Mont Sainte-Victoire merangkumi kemegahan alam semula jadi dan alam semula jadi yang
kekal.

Judgement: Pada pendapat saya, karya ini tidak berjaya kerana tidak mempunyai perspektif yang
tepat serta tidak mampu membezakan objek yang didepan atau dibelakang. Ia juga tidak mempunyai
pencahayaan yang baik. Namun begitu, Teknik glazing yang digunakan oleh pelukis didalam karya ini
telah membuatkan karyanya kelihatan unik dan menarik.

You might also like