Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SK BATU EMPAT (1)

JALAN IPOH,
KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
PROGRAM MINGGU 3K 2012
(KEBERSIHAN, KESIHATAN & KESELAMATAN)

TARIKH
18 – 22 JUN 2012

TEMPAT
LAMAN TEDUH DAN PADANG SK BATU EMPAT (1)

ANJURAN
JAWATANKUASA 3K

VISI SEKOLAH

MENJADI SEKOLAH CEMERLANG TAHUN 2015

MISI UNIT HAL EHWAL MURID

‘MEMBENTUK WARGA SEKOLAH YANG


BERSAHSIAH TINGGI, BERILMU DAN PROGRESIF

1.0 PENGENALAN

Minggu 3K (Kebersihan, Kesihatan & Keselamatan) adalah merupakan program di


bawah Unit Hal Ehwal Murid SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur yang
menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran kepada semua murid dalam mengaplikasi 3
unsur penting tersebut.

2.0 MATLAMAT

Mewujudkan Budaya Bersih, Sihat & Selamat di Sekolah dan Persekitaran Secara
Berterusan Dengan Sokongan Keluarga dan Komuniti Setempat

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan murid yang mempunyai tahap pengurusan diri yang baik dalam
aspek kesihatan.
3.2 Melatih murid menanamkan ciri-ciri kebersihan diri yang dapat dijadikan
amalan seharian
3.3 Memastikan murid mempunyai pengetahuan tentang langkah-langkah
keselamatan yang perlu diambil ketika berlaku kecemasan.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

Program ini akan diadakan pada ketentuan berikut :

Tarikh : 18 – 22 Jun 2012


Hari : Hari Isnin hingga Jumaat
Masa : 1.00 tengahari – 5.30 petang
Tempat : Laman Teduh dan Padang SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh, Kl

5.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid Tahun 1,2,3,4,5,6, Pra Sekolah dan Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kekangan
masa dan sesi persekolahan yang berlainan (PPKI dan Prasekolah beroperasi di sebelah
pagi), mereka dikecualikan.

6.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

Di antara aktiviti yang bakal diadakan ialah:


6.1 Majlis Pelancaran
6.2 Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Melukis Poster (Tahap 2)
6.3 Aktiviti Memberus Gigi
6.4 Ceramah Kempen Hijaukan Bumi
6.5 Tayangan Video Kesihatan dan Keselamatan

7.0 KEWANGAN

Tidak melibatkan kos

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Semua guru yang menganggotai Sub Unit Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K)
dalam Unit Hal Ehwal Murid (HEM) SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh, Kuala Lumpur

( Rujuk Lampiran A untuk senarai Jawatankuasa Minggu 3K )

9.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

10.0 PENUTUP

Sesungguhnya Program 3K ini merupakan satu wadah ke arah menjadikan sekolah


sebagai sebuah institusi yang mempunyai sistem yang mantap  melalui kesedaran tentang
pentingnya aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. Oleh yang demikian, institusi
sekolah perlu dijaga dan dipelihara secara holistik dan sentiasa berdaya maju.Program 3K
ini harus dianggap sebagai satu usaha untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah
ini dan semua murid seharusnya dipupuk dan disemai dengan didikan serta amalan nilai-
nilai murni.

Sekian, wassalam.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

____________________________ _______________________________
(PN. ROSLIZA MOHD YUSOFF) (EN. DZULKIFLI B. ABDUL JALIL)
Penyelaras Guru Penolong Kanan HEM
Program Minggu 3K SK Batu Empat (1) KL
SK Batu Empat (1) KL

Disahkan oleh,

_________________________________
(PN. HJH. ZAIMAH BT. ABD RAHIM)
Guru Besar
SK Batu Empat (1) KL

Lampiran A

AHLI JAWATANKUASA MINGGU 3K


SK BATU EMPAT (1), 51200 KUALA LUMPUR.
PENASIHAT : PN. HJH. ZAIMAH BINTI ABDUL RAHIM (Guru Besar)
PENGERUSI : EN. DZULKIFLI B. ABDUL JALIL (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 1 : EN. L.M.N. AMBROSE (GPK T&K)
NAIB PENGERUSI 2 : EN. ABDULLAH B. SHUIB (GPK KOKO)
NAIB PENGERUSI 3 : PN. NORUNNISA BINTI ABDULLAH (GPK PPKI)
PENYELARAS : PN. ROSLIZA BINTI MOHD YUSOFF
SETIAUSAHA : EN. RAFIZIL ASRUL B. ISMAIL
BENDAHARI : EN. MUHAMAD B. ZAINAL

Sambutan & Protokol Juruacara


Pn. Hjh. Zaimah Bt Abdul Rahim Pn. Suriani Bt Ibrahim
En. Dzulkifli B Abdul Jalil Cik Parameswari a/p Nadeson
En. L.M.N. Ambrose
En. Abdullah B Shuib
En. Rafizil Asrul B Ismail
Cenderamata
Penyediaan Tempat Pn. Suriza Bt Yusof
En. Rafizil Asrul B. Ismail Cik Siti Nurdiana Bt Ariffin
En. Ahmad Zaini B Ahmad Zalik

Jamuan Tetamu
Siaraya Pn. Roziah Bt Mat Noor
En. Mohd Faizal B Sukri Pn. Rosniza Bt Rahim
En. Roszi B Rahim

Laptop/LCD/Skrin Buku Program


En. Muhamad B Zainal Pn. Nur Hufaida Bt Mohd Yusoff
En. Azman B Saud @ Zainol

Jurugambar Dokumentasi
En. Mohd Hilmi B Mohd Noor Pn. Rosliza Bt Mohd Yusoff

Disiplin
Us. Mohd. Kamarudzaman B Hassan
Semua Guru
Lampiran B

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM MINGGU 3K


TARIKH MASA AKTIVITI

18.06.2012 01.00 ptg - 01.30 ptg Majlis Pelancaran


(Isnin)

19.06.2012 3.30 ptg - 5.00 ptg Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Melukis
(Selasa) Poster (Tahap 2)
di Laman Teduh/kelas

26.06.2012 2.30 pm - 3.00 pm Aktiviti Memberus Gigi


(Rabu)

27.06.2012 3.50 pm - 5.20 pm Ceramah Kempen Hijaukan Bumi


(Khamis) (Green Project by BonusKad Loyalty Sdn Bhd)

28.06.2012 2.30 pm - 3.30 pm Tayangan Video Kesihatan dan Keselamatan


(Jumaat)

You might also like