Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan Forum 2 (Personaliti Kanak-kanak Pintar)

Bincangkan maklumat penting berkaitan personaliti dalam artikel yang dimuat


naik ini.

Artikel yang bertajuk “Investigating The Personality Traits of Gifted


Adolescents” ditulis oleh Zohreh Dadkhah Kalashi, Shohreh Shokrzadeh, dan
Kambize Kamkari pada tahun 2018 ini merupakan satu kajian tinjauan literatur yang
dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri personaliti remaja pintar cerdas. Berikut
merupakan maklumat penting berkaitan personaliti kanak-kanak pintar cerdas
berdasarkan beberapa kajian lepas yang dinyatakan di dalam artikel tersebut.

Hagh Shenas et. al (2016)


Menurut Fakoor et. Al (2015), Dalam kajian “ Comparison of personality traits and
mental health of gifted high school students and
Ciri-ciri personaliti individu berbakat ordinary high schools” membuat kesimpulan bahawa
iaitu mempunyai tenaga, tahap fokus, pelajar sekolah menengah berbakat mempunyai
markah indeks keterbukaan kepada pengalaman yang
ingatan yang aktif dan kelajuan tinggi dan markah indeks persetujuan yang lebih
memproses maklumat yang lebih tinggi rendah berbanding pelajar sekolah menengah biasa.
Pelajar sekolah menengah berbakat mempunyai
berbanding rakan sebaya mereka. kesihatan mental yang lebih baik berbanding pelajar
sekolah biasa.

Ramzi et al. (2011)


Lee & Siegle (2008)
dalam kajian yang menyiasat pencapaian
dalam kajian bertajuk ”Multilevel akademik pelajar pintar cerdas dan normal
analysis of talented Korean American berdasarkan ciri personaliti menyimpulkan
students” mengatakan individu yang bahawa pelajar pintar cerdas mempunyai
berbakat mempunyai minat, pilihan dan skor yang lebih tinggi dalam ciri
ciri personaliti berbanding manusia neurotikisme (gangguan emosi) dan kurang
biasa (secara bijak). skor dalam ciri keterbukaan berbanding
pelajar biasa.

Zeidner & Shani-Zinovich (2011)


membuat kesimpulan dalam kajian yang
Ramzi & Rastegari (2014) bertajuk ”Comparison of Normal and Gifted Students
dalam kajian tingkah laku menunjukkan in Five Personality Traits”  bahawa pelajar berbakat
bahawa kanak-kanak ADHD mempunyai mempunyai pemahaman rasional, rasa ingin tahu,
defisit dalam pengecaman muka emosi, imaginasi, kreativiti, dan estetika kognitif yang lebih
terutamanya yang negatif (takut, marah, spesifik berbanding pelajar biasa.Namun, pelajar
sedih) berbanding kanak-kanak yang sihat pintar cerdas atau berbakat juga mempunyai lebih
banyak kebimbangan (anxiety) berbanding pelajar
biasa.

Mustafa (2013) Ayoub dan Al-Joughayman (2016)


dalam kajian ”Comparison of Learning dalam kajian berkaitan prestasi pelajar
Patterns of Gifted and Normal pintar dan biasa,merumuskan bahawa
Students” mengatakan remaja sebaya pelajar pintar cerdas berada pada tahap
mempunyai kebolehan dan IQ yang yang lebih tinggi dalam prestasi akademik,
berbeza, dengan banyak keperluan dan serta aspek psikologi dan personaliti
perbezaan personaliti. berbanding pelajar biasa.
Hasil dapatan kajian dalam artikel ini dibahagikan kepada lima sesuai dengan
lima subsoalan di dalam kajian. Terdapat lima soalan utama dalam kajian untuk
mengkaji apakah ciri-ciri personaliti remaja berbakat. Soalan kajian yang pertama
iaitu apakah defisit (emosi, pemikiran dan tingkahlaku) tiga kali ganda remaja
berbakat. Hasil dapatan kajian bagi soalan ini, pengkaji merumuskan bahawa remaja
berbakat adalah lebih beremosi, sensitif dan sukar untuk mengawal tingkahlaku
berbanding remaja biasa.
    
Soalan kajian kedua pula adalah apakah skala klinikal remaja berbakat. Terdapat 8
skala klinikal yang dikaji iaitu kelemahan mental, aduan fizikal, emosi positif yang
rendah, tingkahlaku anti-sosial, pemikiran jenaka, gangguan emosi negatif,
pengalaman pelik dan aktiviti “hypomanic” (tingkahlaku yang terlalu aktif dan teruja
berlebihan). Dapatan kajian berdasarkan soalan ini dirumuskan bahawa remaja
berbakat suka menyendiri, bersifat anti-sosial, mudah mengalami emosi negatif
seperti sedih, takut, marah atau cemburu dan mudah teruja serta aktif secara
berlebihan. Ini bermakna, pelajar berbakat mempunyai status fizikal yang baik
namun mempunyai kesukaran dalam mengawal emosi mereka.

Seterusnya, soalan kajian yang ketiga adalah apakah skala internalisasi remaja
berbakat. Terdapat 11 skala yang dikaji iaitu penyakit, aduan “gastrointestinal”,
aduan sakit kepala, aduan neurologi, kepercayaan tentang bunuh diri, kekecewaan,
harga diri, tekanan kebimbangan, ketakutan, pemarah dan gangguan bentuk badan.
Hanya dua jenis skala yang menunjukkan nilai min melebihi min andaian iaitu skala
aduan sakit kepala dan aduan neurologi. Dapatan kajian mendapati tahap
kelemahan mental di kalangan remaja berbakat adalah lebih tinggi berbanding
remaja biasa. Ini bermakna, remaja berbakat lebih mudah berasa tertekan
berbanding remaja biasa. Namun, masalah tingkah laku remaja dan keganasan
sosial remaja pintar adalah lebih rendah.

Soalan kajian keempat pula adalah apakah skala ekstraversi remaja berbakat. 10
jenis skala telah dikaji iaitu masalah tingkahlaku remaja, keganasan sosial,
penyalahgunaan dadah, ketidakserasian sekolah, agresif, keseronokan,
“interpersonal passivity” (bersikap tidak tegas dan tunduk), penghindaran sosial,
literasi atau minat atau aestetik dan mekanikal atau minat fizikal. Hasil dapatan
berdasarkan soalan ini mendapati bahawa remaja berbakat mempunyai masalah dari
segi tingkahlaku dan sosial dengan orang lain.

Akhir sekali, soalan kajian ke lima iaitu apakah skala patologi personaliti (gangguan
personaliti) remaja berbakat. Terdapat lima skala yang dikaji iaitu masalah
tingkahlaku remaja, agresif dalaman, psikosis (gangguan mental yang teruk dimana
pemikiran dan emosi sangat terjejas sehingga hubungan terputus dengan realiti
luaran), sikap tidak bertanggjungjawab, neurosis dan internalisasi. Berdasarkan
dapatan kajian bagi soalan ini adalah remaja berbakat sangat komited melakukan
sesuatu yang diminati mereka sehingga boleh mengabaikan tanggungjawab yang
diberikan berbanding remaja biasa.

You might also like