Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KEBERSIHAN DAN KECERIAAN


SK BATU EMPAT (1) JALAN IPOH
51200 KUALA LUMPUR
BIL 02/10

Tarikh : 29 Julai 2010


Hari : Khamis
Masa : 12:15 pm
Tempat : Bilik Gerakan

Hadir :

1) En. Dzulkifli B Abdul Jalil (Pengerusi/GPK HEM)


2) Cik Paramesvari a/p M. Nadeson
3) Pn. Suriza Bt Yusof
4) Pn. Rosliza Bt Mohd Yusoff (Setiausaha)

Turut Hadir :

1) Pn. Mariati Bt Mohamad (Setiausaha Unit HEM)


2) En. Rafizil asrul B Ismail (Penyelaras JK Keselamatan)
3) En. Muhamad B Zainal (Penyelaras JK Kesihatan)
4) En. Roszi B Rahim
5) En. Azman B Saud @ Zainol
6) Pn. Suriani Bt Ibrahim
7) Pn. Noor Afizan Bt Maamin
8) En Azminor B Kamarudin
9) Pn. Nik Mazlina Bt Nik Yahya
10) Pn. Mazliana Bt Omar
11) Cik Siti Nur Diana Bt Ariffin
12) Pn. Nur Zulaikha Bt Abdullah

Tidak hadir :

1) Pn. Suriati Bt Cheek Saat (aktiviti PPKI)


2) Pn. Aida Bt Ismail (aktiviti PPKI)

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.


1.2 Pengerusi juga mengucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya melaksanakan program
Minggu 3K. Walaupun perancangan yang tidak begitu sempurna, namun impak yang
terhasil begitu positif.
2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan

kali 1- 2010.

2.2 Cik Paramesvari mencadangkan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan
kali 1 disahkan tanpa pindaan dan Pn. Rosliza menyokong.
Untuk Makluman

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Mesyuarat dimaklumkan bahawa bilangan minima fail setiap sub-unit HEM perlu ada 5
buah.
3.2 Laporan Berkala Bulanan Jawatankuasa Kebersihan dan Keceriaan sehingga tarikh ini
perlu disediakan sehingga bulan Jun dan setakat bulan November sahaja pada setiap
hujung tahun.
Tindakan Jawatankuasa

4.0 PERANCANGAN STRATEGIK 2011 – 2015

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Perancangan Strategik tahun 2011 – 2015 perlu
disiapkan sebelum atau pada 30 Julai 2010. Penyelaras bersama ahli jawatankuasa perlu
memikirkan beberapa isu/masalah yang sering dikaitkan dengan bidang kuasa sub-unit
masing-masing dan menyediakan alternatif program untuk menangani isu tersebut
berdasarkan analisis SWOT.
Tindakan Penyelaras

5.0 LAPORAN AKTIVITI

Mesyuarat dimaklumkan bahawa pada penghujung tahun nanti, Jawatankuasa Kebersihan &
Keceriaan perlu menyediakan 3 laporan berkaitan 3 aktiviti teras yang telah dijalankan pada
tahun semasa iaitu;
a) Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas
b) Laporan Bulanan
c) Program Minggu 3K
Tindakan Penyelaras Dan Setiausaha
6.0 PERANCANGAN PENGGAL KEDUA JAWATANKUASA KEBERSIHAN &
KECERIAAN 2010

6.1 Jawatankuasa Kebersihan Dan Keceriaan akan meneruskan aktiviti pada penggal kedua
ini iaitu:
a) Laporan Kebersihan Bulanan
b) Pertandingan Kebersihan Dan Keceriaan Kelas
Tindakan Semua Ahli Jawatankuasa

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 Kajian Pengawasan Denggi di Malaysia


Umum mengetahui bahawa setakat ini, tiada vaksin/ubat tertentu yang betul-betul
berkesan untuk menyembuhkan demam denggi. Selaras dengan itu, Kementerian
Kesihatan dengan kerjasama KPM sedang menjalankan Kajian Pengawasan Denggi yang
melibatkan 10 orang murid tahun 2 secara sukarela dengan kebenaran ibu bapa. Di Zon
Sentul, 10 buah sekolah telah terpilih termasuk sekolah ini. Murid-murid tersebut perlu
menjalani pemeriksaan yang melibatkan pengambilan sampel darah di Klinik Kesihatan
Batu mengikut tarikh temujanji yang ditetapkan. Murid-murid juga akan diberikan kad
keahlian, set termometer dan keutamaan untuk mendapat rawatan dan berjumpa doktor.
Untuk Makluman

7.2 Peti Rawatan Kecemasan


En Muhamad menyatakan bahawa peti kecemasan di sekolah sudah kekurangan ubat.
Pengerusi memaklumkan bahawa Jawatakuasa Kesihatan perlu membuat satu surat
memohon tambahan bekalan ubat yang diajukan kepada Klinik Kesihatan Batu.
Tindakan JK Kesihatan
7.3 Surat Panggilan Mesyuarat
Pengerusi memaklumkan bahawa sebagai mematuhi tatacara mengadakan mesyuarat,
satu Surat Panggilan Mesyuarat perlu disediakan oleh setiausaha dan difailkan. Gunakan
pen dakwat hitam untuk mencatit aliran surat keluar dan pen berdakwat merah bagi surat
masuk/diterima.
Untuk Makluman dan Tindakan Setiausaha

8.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua AJK dan anggaplah tugas
yang dipertanggungjawabkan ini sebagai amal jariah.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 01.10 tengahari, mesyuarat kali ketiga dijangka diadakan
pada………

Disediakan oleh, Disemak oleh


______________________________ _________________________
(PN ROSLIZA BT MOHD YUSOFF)
Penyelaras
Sub-unit Kebersihan & Keceriaan
SK Batu Empat (1) Jalan Ipoh KL
Tarikh : 05 Ogos 2010

You might also like