Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SMK TAMAN SELESA JAYA 2

Jalan Silat Harimau 33,


Bandar Selesa Jaya, TELEFON: 07-5115301
81300 Skudai, Johor FAKS : 07-5115301

PERLEMBAGAAN KELAB BILIK GURU (KEBIRUS)


SEMAKAN KALI PERTAMA

1. NAMA PERTUBUHAN
Kelab Bilik Guru (KEBIRUS) Sek. Men. Keb. Taman Selesa Jaya 2, 81300 Skudai,
Johor. (SMKTSJ2)

2. OBJEKTIF
Menjadi persatuan yang berupaya dalam memperjuangkan hak guru-guru dan
kakitangan serta dapat menjaga kebajikan ahli-ahli persatuan dari segi sosial, ekonomi,
masalah semasa yang timbul serta pendidikan mengikut undang-undang sedia ada.

3. MISI PERSATUAN
Sentiasa INISIATIF; merancang dan melaksana pelbagai program berfaedah , motivasi
ke arah melahirkan warga SMKTSJ2 yang lebih efektif, progresif dan dinamik selaras
untuk meningkatkan profesion pendidikan dan dalam masa yang sama melindungi serta
memperjuangkan hak setiap ahli persatuan.

4. KEAHLIAN
Semua guru SMK Taman Selesa Jaya 2 dan kakitangan (staf sokongan) secara
automatik menjadi ahli kelab.

5. YURAN KEAHLIAN
Kadar bayaran yuran tahunan adalah seperti berikut :
a) Guru : RM 120
b) Kakitangan : RM 80

Nota : Yuran tahunan boleh dibayar secara tunai atau ansuran melalui Bendahari
Kelab Bilik Guru (KEBIRUS)

6. MESYUARAT AGUNG
6.1 Mesyuarat Agung hendaklah dijalankan setahun sekali iaitu ketika mesyuarat guru
pertama dijalankan
6.2 Mesyuarat Agung hanya boleh dijalankan sekiranya kehadiran ahli tidak kurang 2/3
daripada keseluruhan ahli kelab
SMK TAMAN SELESA JAYA 2
Jalan Silat Harimau 33,
Bandar Selesa Jaya, TELEFON: 07-5115301
81300 Skudai, Johor FAKS : 07-5115301

7. MESYUARAT TERGEMPAR

Mesyuarat tergempar boleh dilaksanakan tertakluk kepada perkara-perkara berikut:


7.1.1 1/3 daripada ahli kelab mengemukakan usul meminta mesyuarat tersebut
diadakan
7.1.2 Jika kehadiran itu kurang daripada 1/2 jumlah ahli jawatankuasa, mesyuarat
akan digugurkan dan akan dipanggil semula selepas 14 hari dari tarikh
tersebut. Pada ketika ini, sebarang keputusan yang diambil adalah
muktamad.

8. AHLI JAWATANKUASA

Nota : Sekurang-kurangnya seorang daripada kakitangan sokongan secara automatik


menjadi Ahli Jawatankuasa

Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah terdiri daripada 6 orang dan AJK terdiri daripada 7
orang termasuk kakitangan sokongan. Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa mengikut
perlembagaan ini adalah seperti berikut:

8.1 Pengerusi
I Memanggil mesyuarat
II Mempengerusikan mesyuarat
III Melantik Ahli Jawatankuasa kecil
IV Membuat keputusan Ahli Jawatankuasa kecil
V Memimpin aktiviti kelab secara keseluruhan

8.2 Naib Pengerusi


I Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya

8.3 Setiausaha
I Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat
II Menguruskan surat-menyurat
III Menyimpan rekod kehadiran ahli

8.4 Penolong Setiausaha


I Membantu kerja-kerja Setiausaha seperti di atas
SMK TAMAN SELESA JAYA 2
Jalan Silat Harimau 33,
Bandar Selesa Jaya, TELEFON: 07-5115301
81300 Skudai, Johor FAKS : 07-5115301

8.5 Bendahari
I Menguruskan hal ehwal berhubung kait dengan kewangan

8.6 Penolong Bendahari


I Membantu kerja-kerja Bendahari

8.7 Ahli jawatankuasa


I Menghadiri mesyuarat

II melaksanakan kerja-kerja sokongan

9. PERLANTIKAN SAH AHLI JAWATANKUASA


9.1 Tempoh perlantikan sah Ahli Jawatankuasa tertinggi adalah selama 1 tahun.
9.2 Jika Penasihat Kelab mengumumkan perlantikan jawatankuasa baru atau
pembubaran jawatankuasa lama persatuan semasa Mesyuarat Guru kali pertama
setiap tahun, secara automatik Ahli jawatankuasa yang telah dilantik pada tahun
sebelumnya akan tamat berkhidmat.
9.3 Perlantikan ahli jawatankuasa perlu melibatkan gabungan antara guru Senior (telah
berkhidmat melebihi 2 tahun) dengan guru Junior bagi memastikan kelab diterajui
dengan baik dengan izin Penasihat Kelab

10. PEMANSUHAN KELAB


Pemansuhan kelab boleh dibuat sekiranya menepati syarat-syarat berikut:
I 2/3 daripada ahli kelab ingin atau bersetuju berbuat demikian
II Baki kewangan tahun ini akan dimasukkan ke dalam akaun sekolah dan akan
diserahkan kepada mana-mana kelab baru yang ditubuhkan.
Nota : Baki wang tidak boleh dibahagi-bahagikan kepada ahli

11. FAEDAH AHLI


Setiap ahli KEBIRUS dengan sendirinya menjadi ahli persatuan sekiranya bersetuju dan
mendaftarkan diri sebagai ahli. Faedah diberikan ialah:

12.1 Saluran Menyuarakan Pendapat


Setiap ahli KGKSMKC berhak untuk memperjuangkan hak mereka dan
menyuarakan pendapat melalui persatuan ini, di mana pihak persatuan akan
cuba mencari jalan rundingan agar kedua-dua pihak berpuas hati.Ini bermakna
persatuan akan menjadi orang tengah (saluran terbaik) dalam menyelesaikan
konflik yang berlaku.
SMK TAMAN SELESA JAYA 2
Jalan Silat Harimau 33,
Bandar Selesa Jaya, TELEFON: 07-5115301
81300 Skudai, Johor FAKS : 07-5115301

12.2 Majlis anjuran SMKTSJ2


KEBIRUS akan terlibat secara langsung dalam majlis yang diadakan di sekolah.
Ini bermakna dana yang disumbangkan oleh setiap ahli akan digunakan untuk
menjayakan majlis. Contohnya jamuan akhir Tahun, Hari Guru dan sebagainya.

12.3 Khairat kematian


Setiap ahli yang kehilangan/kematian ibu bapa kandung, anak atau suami/isteri
layak mendapat sumbangan bagi mengurangkan beban kesedihan. Sekiranya
ahli sendiri yang meninggal, pihak persatuan akan cuba sedaya upaya
menghubungi waris untuk memberikan sumbangan berkenaan. Sumbangan
yang diperuntukkan adalah RM50.

12.4 Perkahwinan
Bagi ahli yang akan melangsungkan perkahwinan buat kali pertama, ahli ini
berhak mendapat sedikit sumbangan daripada persatuan dalam bentuk hadiah
atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan adalah RM100.

12.5 Kelahiran
Ahli juga akan memperoleh sedikit sumbangan daripada pihak persatuan
sekiranya anak pertama atau ahli yang isterinya melahirkan anak pertama di
SMKTSJ2 mulai tahun 2018. Sumbangan yang diperuntukkan ialah RM50.

12.6 Persaraan
Pihak persatuan akan cuba mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli
yang akan bersara dengan dana yang ada. Guru yang berkhidmat selama lebih
daripada sepuluh tahun berhak menerima sumbangan kelab sebanyak RM150.

12.7 Pertukaran guru/ perkhidmatan guru praktikal


Pihak persatuan akan cuba mengadakan majlis meraikan guru baru atau guru
praktikal dengan menggunakan dana yang ada. Guru yang berkhidmat lebih
daripada satu tahun berhak menerimanya. Sumbangan yang diperuntukkan ialah
RM30.

12.8 Musibbah ahli


Persatuan sentiasa peka dengan musibbah/masalah yang dihadapi ahli dan
akan cuba mencari jalan untuk membantu bergantung kepada situasi. Contohnya
kebakaran rumah, kemalangan,kecurian dan sakit yang kritikal.
SMK TAMAN SELESA JAYA 2
Jalan Silat Harimau 33,
Bandar Selesa Jaya, TELEFON: 07-5115301
81300 Skudai, Johor FAKS : 07-5115301

12.9 Kemasukan anak ke SBP/Sekolah Kawalan/Universiti


Bagi ahli yang anak-anak mendapat tawaran ke SBP/ universiti buat kali
pertama, ahli ini berhak mendapat sumbangan daripada persatuan dalam bentuk
hadiah atau sesuatu yang dirasakan sesuai. Peruntukkan sumbangan adalah
RM 50.

12.10 Hal-hal berkaitan


Pihak persatuan sebagai medium pengantara kepada guru-guru dan kakitangan
sentiasa terbuka untuk mendengar sesuatu isu dan akan cuba
menyelesaikannya dengan syarat setiap ahli tidak terburu-buru dan sentiasa
merujuk kepada pihak persatuan, khususnya Pengerusi dan Naib Pengerusi.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Sebagai satu persatuan yang ditadbir dan diuruskan oleh warga SMKTSJ2 , maka di sini amat
ditekankan bahawa setiap keluar/masuk dana yang diperoleh MESTI direkodkan dan pihak
persatuan mesti melantik satu badan bebas (audit dalaman) yang akan meneliti dan
mengesahkan perjalanan kewangan persatuan.

Disediakan oleh; Disemak oleh,

----------------------------------- ------------------------------------------
NOR MALINDAWATI SAIDON MOHD NAJIB ALKAUTSAR
Setiausaha KEBIRUS SMKTSJ2 Pengerusi KEBIRUS SMKTSJ2

Disahkan Oleh:

----------------------------------------
Encik Arshad Yahaya
Pengetua
SMK Taman Selesa Jaya 2

You might also like