Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SJKT SUBRAMANIYA BARATHEE

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK


KALI PERTAMA 2019

TARIKH : 28 Januari 2019


MASA : 2.30 petang hingga 3.30 petang
TEMPAT : Bilik Mesyuarat
PENGERUSI : Encik N.Gunasekaran

KEHADIRAN :

BIL NAMA JAWATAN

1. Encik N.Gunasekaran Guru Besar


2. Pn. A. Enkaiyammah Penolong Kanan Pentadbiran
3. En. N. Mugilan Penolong Kanan Kokurikulum / Guru subjek
4. Pn.V.Thangalechume Guru subjek
5. Pn.S.Thilagamalar Guru subjek

1.0 Ucapan aluan oleh Pengerusi

1.1 Encik N.Gunasekaran selaku pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua
guru ke mesyuarat Panitia TMK kali pertama bagi tahun 2019.
1.2 Pengerusi menyatakan bahawa mesyuarat panitia TMK haruslah lebih kepada kurikulum.
1.3 Beliau mengucapkan selamat bertugas dan berharap semua ahli Panitia agar dapat
mengekalkan kerjasama dalam satu pasukan seperti sebelum ini demi kecemerlangan
murid terutama dalam mata pelajaran TMK di sekolah ini.

2.0 Mengesahkan Minit Mesyuarat Lalu

-TIADA-

3.0 Perkara-perkara Berbangkit

-TIADA-
Makluman

4.0 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan DSKP

4.1 Setiap guru TMK diminta untuk menyediakan rancangan pengajaran tahunan yang
terkini bagi murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 serta digalakkan untuk berkongsi
dengan guru-guru TMK yang lain. Berikut adalah senarai guru yang akan menyediakan
RPT mengikut tahun:

Nama Guru Tahun


Puan S.Thilagamalar 4B.4V
Encik N.Mugilan 5, 6B
Puan V.Thangalechume 6V

1
4.2 Guru-guru diminta untuk memberikan satu salinan DSKP dan RPT bagi Tahun 4 hingga
Tahun 6 kepada ketua panitia TMK untuk disimpan di dalam fail panitia TMK.

Makluman dan tindakan semua guru TMK

5.0 Jadual Waktu dan Borang Biodata

5.1 Semua guru diminta memberikan satu salinan jadual waktu dan borang biodata kepada
Puan V.Thangalechume untuk disimpan di dalam fail panitia. Tindakan semua guru

6.0 Perancangan Strategik dan Program Peningkatan Akademik (Audit Akademik)

6.1 Audit Akademik, Pelan Intervensi (TOV, ETR) akan dibuat selepas PKBS 1/2019.

6.2 Pelan intervensi yang dirancang perlu disediakan berdasarkan keupayaan murid-murid.

6.3 Penilaian TMK adalah berdasarkan peperiksaan dan projek.

7.0 Proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPC)

8.1 Guru-guru diminta untuk menyelitkan unsur permainan supaya dapat menarik perhatian murid
dan menyeronokkan lagi suasana proses pengajaran dan pemudahcaraan.

8.2 Guru-guru juga perlu menyelitkan unsur Pak21 dalam menjalankan aktiviti semasa proses
Pdpc seperti yang telah disarankan oleh pihak KPM.

8.3 Guru-guru juga perlu peka dengan 5 jenis pentaksiran iaitu, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran
Sekolah, PAJSK, Psikometrik dan Peka Sains.

8.0 Persediaan sumber untuk awal tahun persekolahan

8.1 Guru-guru telah menetapkan buku tukis yang bakal digunakan mengikut kelas masing-
masing.

Makluman dan tindakan semua guru

9.0 Hal-hal lain

9.1 Guru-guru diminta menyemak buku latihan dan lembaran kerja murid masing-masing
dari semasa ke semasa.
9.2 Guru-guru diminta untuk memasukkan elemen HOTS/KBAT di dalam pdp bagi menjana
pemikiran kreatif murid-murid
9.3 Guru yang keluar semasa waktu sekolah bagi urusan kursus dan lain-lain perlu
menyediakan bahan MMI.
9.4 Guru besar meminta semua guru menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan
sempurna.
9.5 Ketua panitia berharap agar AJK Panitia TMK akan memberi sokongan yang baik dalam
menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang.

Makluman dan tindakan semua guru

2
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.30 petang.

Disediakan oleh,

……………………................
(Thangalechume a/p Vejayan)
Panitia TMK

You might also like