Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SHAH ALAM

PERSIARAN ANJUNG SERI U8/80,


BUKIT JELUTONG TIMUR SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 3 2022

TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI DENAI ALAM

Nama : Raina Naurah binti Rosmin


Tingkatan : 3 Kemboja
No. Kad Pengenalan : 071229100658
Nama Guru : Cikgu Asrul
PETA KAWASAN :
OBJEKTIF KAJIAN :
Melalui kajian ini, saya dapat memenuhi beberapa objektif
kajian seperti berikut :-
▪ Menulis latar belakang kawasan kajian.
▪ Menghuraikan secara ringkas kegiatan kitar semula di
kawasan kajian
▪ Menyatakan secara ringkas kepentingan kitar semula
di kawasan kajian
▪ Memerihalkan masalah kitar semula di kawasan
kajian
▪ Mencadangkan langkah-langkah bagi menggalakkan
kitar semula di kawasan kajian

LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN :


- Kawasan kajian saya adalah di kawasan perumahan
Denai Alam, Shah Alam, Selangor. Saya memilih kawasan
ini kerana jaraknya hanya 2km dari rumah saya. Bentuk
muka bumi kawasan ini ialah tanah pamah,laitu kawasan
yang rata dan sesuai untuk membina pelbagai jenis
petempatan seperti rumah, sekolah dan bangunan kedai.
Antara lokasi berhampiran ialah Subang Bestari, Kota
Damansara, Taman Tun Dr.Ismail, Subang, Tropicana,
Alam Budiman, Damansara Utama, Bukit Damansara, Ara
Damansara, Bukit Jelutong, Alam Nusantara, Setia Eco-
Park, Bandar Nusa Rhu, Setia Alam, Setia Damai, Petaling
Jaya dan lain-lain.
KAEDAH KAJIAN :
- Pemerhatian : Dengan kaedah ini, saya telah
memerhatikan sekitar kawasan Denai Alam untuk
mendapatkan beberapa maklumat.
- Rujukan : Saya telah membuat rujukan dari buku teks
Geografi Tingkatan 3 dan melayari Internet untuk
mendapatkan info tambahan.

HASIL KAJIAN :
1. Definisi Kitar Semula
- Kitar semula ialah kegiatan memungut dan mengasingkan
sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran dalam kata
lain proses memperolehi atau menjadikan sebahagian atau
semua bahan daripada sampah untuk diguna semula.

2. Kegiatan kitar semula yang dijalankan di kawasan kajian


- Kegiatan kitar semula yang dilakukan di Denai Alam
ialah pada setiap hari rabu, lori kitar semula akan datang ke
setiap rumah untuk mengutip barang-barang kitar semula.
Oleh itu, penduduk di kawasan kejiranan Denai Alam lebih
mudah untuk menghantar sisa kitar semula mereka dengan
meletakkan di hadapan rumah dan petugas kitar semula akan
mengutip sisa kitar semula itu.
3. Kepentingan kitar semula di kawasan kajian :
- Kepentingan kitar semula di kawasan Denai Alam
ialah mewujudkan persekitaran yang sihat, bersih
dan selesa untuk dihuni. Denai Alam merupakan
kawasan yang cantik dan mempunyai landskap yang
indah. Oleh Itu, kita perlulah menjaga alam sekitar
dengan baik untuk hidup dengan kawasan
perumahan yang bersih.

4. Masalah kitar semula di kawasan kajian :


- Masalah yang wujud di kawasan kajian adalah
penduduk yang masih tidak faham akan kepentingan
kitar semula di kawasan Denai Alam ini. Di samping
itu, penduduk di Denai Alam ini juga memilih untuk
membakar atau membuang sahaja barangan yang
boleh dikitar semula .

5. Langkah-langkah menggalakkan kegiatan kitar


semula di kawasan kajian.
- Langkah untuk melindungi alam sekitar di kawasan
kajian ini bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja.
Ia adalah tanggungjawab semua pihak. Kerajaan patutlah
memperketatkan undang-undang yang melindungi alam
sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut
diperbanyakkan
RUJUKAN :
➢ Buku teks Geografi Tingkatan 3
➢ http://munis2582.blogspot.com/p/langkah-langkah.html
➢ https://anyflip.com/jkaek/jwyu

You might also like