Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

SULTAN ABU BAKAR.


25300,KUANTAN
PAHANG.

KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TAHUNAN 2023

TARIKH :
OKTOBER 2023

TEMPAT :
KEM NEMO
26100,BALOK,PAHANG
PERKHEMAHAN KOKURIKULUM TAHUNAN 2023
SMK SULTAN ABU BAKAR,KUANTAN

1. PENDAHULUAN

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membangunkan modal
insan dengan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abu Bakar dalam mengadakan program
perkhemahan Unit Beruniform bagi pelajar tingkatan 6 agar dapat melatih pelajar dari pelbagai
aspek. Untuk itu generasi muda yang bakal menjadi pemimpin dan pewaris perlu dibentuk,
dibimbing, diajar dan dibekalkan dengan peluang yang ada bagi memainkan peranan yang
positif dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Oleh hal yang demikian,PISPA ingin menganjurkan satu aktiviti perkhemahan pada bulan
Oktober di Kem Nemo,Balok,Pahang.Hal ini akan dapat memastikan setiap pelajar menimba
pengalaman dan dapat membentuk seorang pelajar yang mempunyai sikap kepimpinan yang
berwawasan.

2. OBJEKTIF

2.1 Menimbulkan semangat berpasukan semasa melakukan aktiviti perkhemahan

2.2 Memupuk sikap tanggungjawab dalam diri pelajar

2.3 Memupuk semangat kerjasama dan mengerat silaturahim antara guru dan pelajar

2.4 Memupuk seorang pelajar yang berintigriti serta lebih berdikari dalam kehidupan

3. KUMPULAN SASARAN

Terbuka kepada semua pelajar Tingkatan Enam SABS dari setiap unit beruniform. Jumlah
peserta 100 orang

4. CADANGAN AKTIVITI

4.1 Sukan Kayak

4.2 Sukan memanah


5. TARIKH PERLAKSANAAN

TARIKH : OKTOBER 2023

TEMPAT : Kem Nemo, Balok Pahang

6. SYARAT - SYARAT PENYERTAAN

6.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua Anggota Pasukan Badan Beruniform Sekolah

Semua pelajar yang menyertai mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu-bapa
dan penjaga masing-masing. Borang kebenaran hendaklah dilengkapkan dan dibawa semasa
hari pendaftaran. Bayaran penyertaan ialah RM 60.00 (Ringgit Malaysia : Enam Puluh Sahaja)

6.2 Penginapan.

Semua peserta menginap di khemah yang disediakan.

6.3 Pakaian peserta

Semua peserta hendaklah berpakaian trek bottom berwarna gelap dan baju T berlengan
panjang atau pendek sepanjang aktiviti perkhemahan

6.4 Penyediaan Makanan

Makanan dan minuman Peserta dan akan disediakan oleh Penganjur program

7. SUMBER KEWANGAN

Bantuan Daripada Luar RM 200.00

Yuran penyertaan pelajar @RM 60/murid RM 6000.00

Sumbangan PIBG RM 400.00

Jumlah = RM 6,600.00
8. ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KOS JUMLAH (RM)


Bantuan PIBG Dan Bantuan Luar
1 Makan dan minum pelajar RM 15 x 100 pelajar x 2 hari 3000.00

Bayaran Pelajar Dan Guru


2 Sewa khemah RM 80 x 16 Set 1280.00
3 Sukan Kayak RM 20 x 40 Peserta 400.00
4 Sukan Memanah RM 5 x 80 Peserta 400.00
Jumlah RM 5,080.00

9.0 PENUTUP
Dengan program perkhemahan kokurikulum tahunan 2023 ini telah memberikan faedah dan
manfaat yang amat berguna kepada seluruh ahli anggota unit badan beruniform Tingkatan 6
SMK Sultan Abu Bakar untuk digunakan dalam aktiviti unit beruniform masing-masing di
sekolah nanti. Di samping memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna dalam
menjalankan aktiviti dan program di sekolah nanti.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

--------------------------------- ---------------------------------------
(Umi Syahira Aina Binti Muhamad Anuar) (Cik najmin Fatehah binti Manaf)
Setiausaha Penasihat Unit Pispa,
Projek Perkemahan Tahunan 2023 Smk Sultan Abu Bakar,Kuantan
Unit Pispa
Disahkan oleh,

--------------------------------------------
(HAJI ASRUDDIN BIN HJ, ABAS,
SMP,. AMP. Pengetua Cemerlang
SMK Sultan Abu Bakar,
JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

PENGERUSI

Muhammad Hanif Bin Che Ashaari

NAIB PENGERUSI

Muhammad Fadilah Bin Jasni

SETIAUSAHA PROGRAM

Umi Syahira Aina Binti Muhamad Anuar

BENDAHARI PROGRAM

Farah Arissha Binti Shaharuddin


JAWATAN KUASA PELAKSANA PERKHEMAHAN 2023

KEM KOMANDAN : Muhammad Hanif Bin Che Ashaari

TIM. KEM KOMANDAN : Muhammad Fadilah Bin Jasni

URUS SETIA/AHLI JAWATANKUASA PENDAFTARAN

Nur Syuhada Binti Ismail

AHLI JAWATANKUASA PENGANGKUTAN

Ahmad Haiqal Daniel Bin Suhardi

AHLI JAWATANKUASA KESELAMATAN

Noor Annisa Binti Mohd Amin

AHLI JAWATANKUASA PERASMIAN DAN PENUTUP

Muhammad Hanif Bin Che Ashaari

AHLI JAWATANKUASA TAPAK PERKHEMAHAN DAN PERSEDIAAN TEMPAT

Farah Arissha Binti Shaharuddin

Muhammad Fadilah Bin Jasni

AHLI JAWATANKUASA PERALATAN

Mohamad Adam Danial Bin Mohammad Azmi

JAWATANKUASA MAKANAN DAN SAJIAN

Umi Syahira Aina Binti Muhamad Anuar

JAWATANKUASA KEBERSIHAN

Thilagavathi A/P Selva Raju


PERATURAN PENYERTAAN
1.Penyertaan adalah terbuka kepada semua Pasukan Badan Beruniform Sekolah

Semua pelajar yang menyertai mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada ibu-bapa dan penjaga
masing-masing. (Borang kebenaran hendaklah dilengkapkan dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Bayaran RM 60.00

2.Penginapan.

Semua peserta menginap di khemah yang telah disediakan

3.Pakaian peserta

Semua peserta hendaklah berpakaian trek bottom berwarna gelap dan baju T berlengan panjang atau
pendek sepanjang aktiviti perkhemahan. Bawa pakaian yang cukup untuk 2 hari 1 malam.
Telekong/pakaian sembahyang wajib dibawa.

4. Penyediaan Makanan

Makanan dan minuman peserta akan disediakan oleh penganjur program

5. Program/Aktiviti

Setiap program/aktiviti yang dijalankan akan disertai oleh jurulatih dari Kem Nemo dan dibantu oleh
guru-guru SABS yang ditugaskan dalam program/aktiviti tersebut

6. Keperluan Peserta

·        Baju T-shirt 3 helai

·        Seluar traksuit 3 helai

·        Tudung hitam

·        Selipar

·        Kasut sukan

·        Baju kurung

·        Barang mandian

·        Ubat-ubatan ( jika perlu )

·        Telekung
·        Dan keperluan lain jika perlu

You might also like