Minit Mesyuarat Pemulihan 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PEMULIHAN KHAS

SEKOLAH KEBANGSAAN SINAR MUTIARA


BIL : 3 TAHUN : 2022

Tarikh : 13 OKTOBER 2022


Hari : KHAMIS
Masa : 1.10 petang – 2.00 petang
Tempat : BILIK GERAKAN SK SINAR MUTIARA
Kehadiran :
1. Pn Noor Najihah Binti Dzafaruddin Guru Pemulihan
2. En Shaarani Bin Abu Hassan Guru Besar
3. En Affuan Bin Abu Bakar GPK Pentadbiran
4. Semua Guru Panitia BM Tahap 1
5. Semua Guru Panitia MT Tahap 1

Agenda : i. Ucapan Pengerusi


ii. Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
iii. Perkara Berbangkit
iv. Data Murid Pemulihan Khas
v. Hal-Hal Lain
vi Penutup

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kesudian guru-guru meluangkan
masa untuk menghadiri mesyuarat kali ketiga unit Pemulihan Khas.
1.2 Pengerusi memberi ucapan penghargaan kepada semua guru yang telah
membantu dalam melancarkan pelaksanaan program Pemulihan Khas sekolah.
Tindakan : Makluman

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1 Pn. Azizah menyatakan minit diterima dan mencadangkan supaya minit
mesyuarat pertama disahkan.
2.2 Pn. Nadia menyokong minit mesyuarat untuk disahkan.
Tindakan : Makluman
3.0 PERKARA BERBANGKIT
3.1 Murid-murid pemulihan yang tidak hadir ke sekolah sejak awal tahun telah
dikenal pasti dan dihubungi oleh guru kelas dan pentadbir.
Tindakan : Makluman

4.0 DATA MURID PEMULIHAN KHAS


4.1 Bilangan pemulihan khas tahun 3 sehingga 1 Julai 2021 :
BIL. KELAS BILANGAN MURID
1 2 BIJAK 14
2 3 BIJAK 10
3 4 BIJAK 8
JUMLAH 32

4.3 Data terkini adalah berbeza disebabkan terdapat beberapa orang murid yang
berjaya melepasti kesemua kemahiran pemulihan khas dan hasil perbincangan
dengan guru Bahasa Melayu di arus perdana.
Tindakan :
Makluman

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Pengisian data pemulihan khas adalah sebanyak 3 kali. Pada hujung tahun ini
diadakah sekali lagi kutipan data. Justeru guru pemulihan dikehendaki
membuat perbincangan dengan guru Bahasa Melayu untuk menilai bersama
murd-murid pemulihan terutamanya yang berdasa di tahun 3.
Tindakan : Guru Pemulihan dan Guru Bahasa Melayu

5.2 Guru pemulihan akan menyenaraikan calon-calon murid pemulihan untuk


tahun 2022. Guru penyelaras PBD juga telah memberikan senarai nama murid
tahun satu yang mencapai Tahap Penguasaan (TP) TP1 dan TP2. Saringan
perlu dilakukan juga bagi menghadapi sesi pembelajaran tahun seterusnya.
Tindakan : Guru Pemulihan dan Penyelaras PBD
6.0 PENUTUP
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru atas kesudian
mengambil sedikit masa mengikuti mesyuarat ini. Beliau berharap semua
jawatankuasa dapat membantu guru pemulihan menjayakan program ini
dengan sebaiknya.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.00 Petang

Disediakan oleh,

NOOR NAJIHAH DZAFARUDDIN


Guru Pemulihan Khas
SK SINAR MUTIARA

You might also like