HM17 - Guru Data

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

H

MySG : SM TEKNIK TUANKU JA’AFAR

PORTFOLIO BERJAWATAN
Jawatan hakiki PPP dan AKP yang disenaraikan dalam kelulusan Penyata Perjawatan Sekolah

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)


HM17 : GURU DATA

RUJUKAN :

i. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 7/2018:


Pelantikan Guru Data di Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan Kementerian
Pendidikan Malaysia.

TUGAS UTAMA (UMUM)


1. Mengendalikan PdP mata pelajaran yang ditetapkan tidak melebihi lapan (8) jam
seminggu iaitu dua belas (12) waktu bagi jadual 40 minit satu (1) waktu ATAU 16 waktu
bagi jadual 30 minit satu (1) waktu.
2. Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak sukatan pelajaran serta
melaksanakan pentaksiran PdP dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
3. Bertanggungjawab terhadap pembangunan sahsiah dan disiplin murid.
4. Menjadi guru penasihat kepada aktiviti kokurikulum.
5. PGB boleh melantik Guru Data memegang portfolio tanpa jawatan dan menganggotai
jawatankuasa-jawatankuasa sekiranya ada keperluan.
6. Guru-guru boleh ditugaskan secara bergilir mengiring dan mengawasi kelakuan dan
keselamatan murid apabila ada aktiviti di luar sekolah seperti di masjid, kompleks sukan,
tempat-tempat lawatan dan sebagainya.
Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa

TUGAS UTAMA (KHUSUS)

1. Guru Data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan sekolah dalam aspek


pengurusan data pada peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.
2. Guru Data dikehendaki memperuntukkan tujuh (7) jam seminggu untuk tugas
pengurusan data sekolah.
3. Menjadi Setiausaha kepada Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah (JKPMS)
4. Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah yang
diarahkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD dan sekolah selaras dengan pelaksanaan
Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
5. Melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan,
pembekalan dan penyebaran data dan maklumat Modul Pengurusan Sekolah (MPS),
mengikuti kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan profil sekolah
termasuk fizikal dan maklumat am sekolah.

Teknologi Asas Kemajuan


MySG : SM TEKNIK TUANKU JA’AFAR

6. Membantu pengurusan data aplikasi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)


Online.
7. Membantu pihak pengurusan sekolah menganalisis data dan maklumat peringkat
sekolah dari semasa ke semasa.
8. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat
peringkat sekolah.

Teknologi Asas Kemajuan

You might also like