Professional Documents
Culture Documents
Teks Ucapan Aluan Pengarah Sesi 2
Teks Ucapan Aluan Pengarah Sesi 2
Sempena
Pada
Bertempat di
Terlebih dahulu saya bagi pihak 105 buah Kolej Komuniti Malaysia
mengucapkan Tahniah dan Selamat Datang kepada ______ orang pelajar yang
telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian dalam pelbagai bidang
teknikal dan perkhidmatan yang ditawarkan di Kolej Komuniti Malaysia.
Sesungguhnya kejayaan saudara dan saudari semua adalah merupakan detik
penting dalam kehidupan anda setelah menamatkan pengajian di tingkatan
lima pada tahun lepas.
Ianya juga akan menjadi satu sejarah yang dibanggakan oleh keluarga anda.
Menjadi sebahagian daripada ribuan orang yang berjaya dipilih daripada
ribuan orang yang memohon adalah merupakan satu kejayaan bagi saudara-
saudari. Bagi warga Kolej Komuniti Pasir Mas dan Kolej Komuniti Pasir Mas
Cawangan Rantau Panjang, kami mengalu- alukan kedatangan anak- anak
semua
Saya selaku Pengarah Kolej Komuniti Pasir Mas & Kolej Komuniti Pasir Mas
Cawangan Pasir Mas akan menunggu lakaran kejayaan dan kegemilangan yang
dihasilkan oleh saudara dan saudari sebagai pelajar Kolej Komuniti Pasir Mas
dan Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau Panjang. Insyaallah dengan
suasana persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif dan bersifat
holistik, saudara-saudari akan muncul sebagai pelajar yang matang dan
seimbang dari segi akal dan akhlak. Ianya merupakan kunci kepada lonjakan 1
sepertimana yang diingini oleh negara yang telah dinyatakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu melahirkan Graduan Holistik, Berciri
Keusahawanan & Seimbang.
Sekian dahulu dari saya dan tahniah serta selamat datang kepada warga baru
Kolej Komuniti Pasir Mas & Kolej Komuniti Pasir Mas Cawangan Rantau
Panjang bagi Sesi 2, bagi tahun 2022/2023.