Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

20 ISTILAH PENTING

SEJARAH
TINGKATAN 5 KSSM
1. - KEDAULATAN -

■ KEDAULATAN ialah kuasa tertinggi dalam suatu kerajaan atau wilayah.


■ Dimana–mana negara, kedaultan diberikan kepada individu, badan, atau institusi
yang memiliki autoriti tertinggi atas orang lain untuk menetapkan undang-undang
■ KEDAULATAN adalah istilah substantif yang menetapkan autoriti keabsahan
tertinggi atas beberapa politi
2. - PERLEMBAGAAN -

■ PERLEMBAGAAN merupakan undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan


sesebuah negara
■ PERLEMBAGAAN sesebuah negara menjelaskan bentuk, struktur dan peraturan
utama pemerintahannya dalam bentuk undang-undang penting yang dikeluarkan
oleh raja, maharaja atau sultan
3. - CHARTER OF JUSTICE -

■ British memperkenalkan undang-undang di negeri-negeri selat (NNS) yang dikenali


sebagai CHARTER OF JUSTICE
■ Diambil daripada undang-undang yang digubal di England
■ Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan dengan NNS sahaja diguna
pakai seperti CHARTER OF JUSTICE 1807
4. - DEMOKRASI BERPARLIMEN -

■ DEMOKRASI ialah suatu bentuk pemerintahan dengan kuasa menggubal undang-


undang
■ Dalam system demokrasi, undang-undang digubal sama ada oleh rakyat atau wakil
yang dipilih oleh rakyat
■ Sebuah negara atau kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil
negara atau kerajaan yang demokrasi
5. - RAJA BERPELEMBAGAAN -

■ RAJA BERPELEMBAGAAN adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah


system berperlembagaan yang mengiktirafkan raja sebagai ketua negara
■ Ciri raja berperlembagaan dan demokrasi berpalimen dalam perlembagaan
persekutuan mengiktiraf raja sebagai pemerintah tertinggi negara
■ Rakyat diberi hak memilih wakil mereka melalui pilihan raya untuk membentuk
kerajaan
6. - PENGASINGAN KUASA -

■ PENGASINGAN KUASA merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi


yang membahagikan urusan dalam negara
■ Kuasa pemerintahan di nagara kita terbahagi kepada tiga badan, iaitu badan
perundangan ( legislative ), eksekutif ( pelaksana ), dan kehakiman ( judisiari )
■ Kuasa badan tersebut ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan
7. - PERSEKUTUAN -

■ PERSEKUTUAN bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dan membentuk


sebuah negara bersekutu
■ Terdiri daripada sebilangan negeri atau rantau yang separuh berpentadbiran sendiri
yang disatukan oleh satu pemerintahan pusat
■ Antara unsur penting dalam sebuah negara Persekutuan termasuklah wujudnya
kerajaan persekutuan ( Kerajaan Pusat ) dan Kerajaan Negeri serta pembahagian
kuasa dalam system pentadbiran
8. - SENARAI BERSAMA -

■ SENARAI BERSAMA ialah perkara yang membolehkan Parlimen dan DUN


menggubal undang-undang untuk perkara yang sama
■ Sekiranya ada percanggahan bagi perkara di bawah SENARAI BERSAMA, undang-
undang yang diluluskan oleh Parlimen harus dipatuhi
■ Antara perkara yang terkandung dalam SENARAI BERSAMA ialah Kebajikan awam,
Biasiswa, Pengembaraan, Perumahan dan banyak lagi
9. - MAGERAN -

■ MAGERAN ialah singkatan bagi Majlis Keselamatan Negara. Ia ditubuhkan pada 16


Mei 1969 dan dibubarkan pada 23 Februari 1971
■ MAGERAN merupakan badan pentadbir negara Malaysia pada zaman darurat
berikutan peristiwa 13 Mei selepas system kerajaan berparlimen di Malaysia
digantung
■ Tujuan MAGERAN ditubuhkan ialah untuk mengambil alih secara sementara urusan
pentadbiran kerajaan Malaysia
10. - RUKUN NEGARA -

■ RUKUN NEGARA adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31


Ogos 1970
■ Ianya dibentuk sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan umtuk menyatukan
dan membimbing rakyat ke arah perpaduan
■ RUKUN NEGARA merupakan susunan prinsip hidup masyarakat yang mengandungi
nilai kenegaraan dan norma social yang mencakupi seluruh aspek kehidupan
bernegara
11. - INTEGRASI NASIONAL -

■ INTEGRASI NASIONAL merupakan satu proses dinamik yang merapatkan hubungan


masyarakat antara negeri dengan wilayah untuk membentuk satu bangsa
■ Mereka mempunyai identity sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan
rukun negara
■ Ciri ini merupakan satu perkara yang menyebabkan satu perkara yang
menyebabkan Malaysia negar yang berbilang kaum
12. - DEB -

■ DEB ialah singkatan bagi Dasar Ekonomi Baru. Ianya diperkenalkan dalam
Rancangan Malaysia Kedua ( 1971-1990 ) oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak
■ DEB dilancarkan melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama yang
merangkumi empat Rancangan Pembangunan Lima Tahun Malaysia
■ Ini bertujuan untuk memperbaik ketidakeseimbangan sosioekonomi yang wujud
antara kaum, wilayah, dan kawan dalam wilayah yang sama
13. - DPN -

■ DPN ialah singkatan bagi Dasar Pembangunan Nasional. DPN dilancarkan oleh Tun
Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
■ Tujuan DPN adalah untuk mencapai perpaduan negara melalui pengagihan
kekayaan.
■ Objektif DPN adalah untuk mewujudkan masyarakat yang Bersatu padu dengan
memperkukuh kestabilan dan politik serta mengekalkan pembangunan ekonomi
14. - RASCOM & ESSCOM -

■ Pengurusi Majlis Keselamatan ■ Kerajaan Persekutuan dengan


Negara mengisytiharkan Bahagian Kerajaan Negeri menubuhkan
Ketiga Sarawak sebagai Rajang Eastern Sabah Security Command
Area Security Command (RASCOM) (ESSCOM) pada 12 Februari 2013
pada 26 Mac 1927
■ Meningkatkan keselamatan
■ Memulihkan serta mengekalkan Kawasan Timur Sabah daripada
keselamatan dan keamanan di sebarang ancaman melalui
bahagian tengah Sarawak Kerjasama strategik antara agensi
kerajaan
15. - NEOKOLONIALISME -

■ NEOKOLONIALISME ialah amalan geopolitik menggunakan kapitalisme, globalisasi


perniagaan dan imperialism budaya
■ Ini dilakukan untuk mempengaruhi nagara, sebagai ganti sama kawalan tentera ada
secara langsung atau kawalan politik seara tidak langsung
16. - GAGASAN MALAYSIA -

■ GAGASAN MALAYSIA ialah konsep yang menggabungkan beberapa bekas tanah


jajahan British di Asia Tenggara
■ Idean gagasan Malaysia yang dicangkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
ialah penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak, Sabah,
Singapura dan Brunei untuk merdeka dalam satu system Kerajaan Persekutuan
17. - PERANG SARAF -

■ PERANG SARAF ialah rancangan yang dilaksanakan oleh British untuk


menghapuskan komunis melalui usaha memenangi hati dan fikiran rakyat
■ Sir Gerald templer bertindak untuk menjalinkan hubungan baik dengan penduduk
supaya bekerjasama dan menyampaikan maklumat tentang komunis
■ Beliau berjaya memujuk rakyat untuk Bersatu dan membanteras ancaman komunis
18. - KONFRONTASI -

■ Sebuah konflik akibat daripada pembangkangan politik dan tentera Indonesia


kepada pembentukan Malaysia atau penyatuan Persekutuan Tanah Melayu dengan
jajahan naungan British di Sabah dan Sarawak
■ 20 Januari 1963 – Dr. Subandrio (Menteri Luar Indonesia) mengumumkan dasar
KONFRONTASI terhadap Malaysia dengan alasan mengancam kedudukan Indonesia
19. - PIAGAM PBB -

■ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan pada tahun 1945


■ Matlamat PBB ialah untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia. Malaysia
menjadi anggota PBB sejak negara mencapai kemerdekaan
■ Ia menubuhkan tujuan, struktur pentadbiran, dan keseluruhan rangka kerja system
PBB
20. - KELESTARIAN GLOBAL -

■ KELESTARIAN GLOBAL bermaksud pengekalan dan penambahbaikan sesuatu


perkara untuk memelihara keaslian daripada aspek social dan alam sekitar
■ Hal ini dikatakan bagi menjamin kesinambungan warisan untuk kesejahteraan dan
keharmonian generasi masa kini dan hadapan dalam konteks persekitaran
komuniti, negara dan global
■ Malaysia turut memberikan komitmen yang tinggi dalam pemeliharaan alam sekitar
serta melibatkan diri dalam pelbagai program

You might also like