Contoh Surat Sumbangan Nandos

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) SULTAN ALAM SHAH

JALAN BUKIT 11/2, 46200 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN


TEL : 7956 8959 FAX : 03-7960 1154
http://BBB8313@btpnsel.edu.my

______________________________________________________________________________________

Rujukan Kami : SK(2)SAS.100- 2/4/2( )


Tarikh : 5 Oktober 2022
Kepada :
Nando’s Chickenland SDN BHD
Pusat Perdagangan Dana 1,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

2. Kami dari SK (2) Sultan Alam Shah akan menjalankan Sambutan Hari Kanak-kanak
Peringkat Sekolah. Berikut adalah maklumat mengenai program tersebut :

Nama program : Sambutan Hari Kanak-kanak


Jumlah Murid : 260 orang (termasuk murid Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
dan guru)
Tarikh Program: 28 Oktober 2022
Hari : Jumaat

3. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat memberikan
sumbangan dalam bentuk barangan cenderahati atau lain-lain.

4. Untuk pengetahuan pihak tuan barangan yang diterima akan diberikan kepada murid untuk
meraikan mereka sempena menyambut Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada bulan
November setiap tahun.

5. Untuk maklumat lanjut, pihak tuan boleh menghubungi Puan Nur Suhailah binti Shahril di
talian 017-3723986 atau melalui emel di suhailahshahri@yahoo.com.

4. Kerjasama dan pertimbangan daripada pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

……………………………………………..
(NUR SUHAILAH BINTI SHAHRIL)
Penyelaras Program Hari Kanak-Kanak,
SK (2) Sultan Alam Shah.
Petaling Jaya, Selangor.

You might also like