Jumlah Penagih Dadah Mengikut Etnik Di Malaysia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

KOD / KURSUS :

LMCW 2022 / PENGURUSAN DAN ANALITIK DATA

SEMESTER / SESI :
SEMESTER 3/ 20182019

TAJUK TUGASAN :
KERTAS KERJA PROJEK LAPORAN JUMLAH PENAGIH DADAH MENGIKUT ETNIK
DI MALAYSIA

PENSYARAH :
DR. NOR AFIAN BIN YUSOF

NAMA PELAJAR / NO. MATRIK :


ABDUL AZIZ BIN MUHAMAD A171449

NIK MOHAMAD HAFIZ BIN NIK MUSTAPHA GB03321

MUHAMMAD MISBAHUL MUNIR BIN IKHWAN HAFIZ A171527

WAN HAFIZZUDIN BIN WAN ZUBIR A171592

1
ISI KANDUNGAN

PENGENALAN..............................................................................................................................................3
OBJEKTIF:.....................................................................................................................................................3
METODOLOGI ANALISIS DATA.....................................................................................................................4
JUMLAH PENAGIH DADAH YANG DIKESAN MENGIKUT NEGERI, 2010-2016...............................................5
ANALISIS DESKRIPTIF BERGRAF...............................................................................................................6
BILANGAN PENAGIH DADAH MENGIKUT ETNIK DI MALAYSIA.....................................................................7
PERATUSAN MENGIKUT ETNIK DI MALAYSIA..............................................................................................8
PUNCA PENINGKATAN JUMLAH PENAGIH DADAH....................................................................................11
1. KECETEKKAN ILMU.............................................................................................................................11
2.  PENGARUH KAWAN..........................................................................................................................11
3. PERSEKITARAN YANG TIDAK SIHAT....................................................................................................11
4. TIADA KAWALAN IBUBAPA................................................................................................................12
5. MEDIA ELETRONIK.............................................................................................................................12
6. HIBURAN YANG MELAMPAU.............................................................................................................13
7. KETERHADAN SUMBER KEWANGAN..................................................................................................13
8. TIADA DIDIKAN AGAMA YANG KUKUH..............................................................................................14
RUMUSAN.................................................................................................................................................15
RUJUKAN...................................................................................................................................................16

2
TAJUK TUGASAN :

KERTAS KERJA PROJEK LAPORAN JUMLAH PENAGIH DADAH MENGIKUT ETNIK


DI MALAYSIA

PENGENALAN
Analisis data terhadap jumlah penagih dadah mengikut etnik di Malaysia.

Statistik jumlah penagih yang dikesan mengikut etnik yang diperoleh daripada data.gov.my dari
tahun 2010 hingga 2016 menunjukkan jumlah penagih dadah yang dikesan di Malaysia. Statistik
ini menunjukkan bahawa penagih dadah di Malaysia semakin meningkat saban tahun terutama
dikalangan etnik melayu dengan jumlah penagih 18693 pada tahun 2010 meningkat kepada
24901 pada tahun 2016. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 6208 penagih dalam masa 6
tahun. Sementara itu, etnik kedua tertinggi ialah etnik dikalangan bangsa India dengan jumlah
2037 pada tahun 2010 meningkat kepada 2428 pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak
391. Etnik ketiga tertinggi ialah bangsa cina dengan jumlah penagih 2279 pada tahun 2010 tetapi
berlaku penurunan dengan jumlah 2182 pada tahun 2016. Penurunan ini sebanyak 97 penagih.
Jumlah penagih dari etnik pribumi (sabah/Sarawak) ialah 485 pada tahun 2010 meningkat
kepada 1131 pada tahun 2016 dengan peningkatan sebanyak 646 penagih dan etnik terakhir ialah
lain-lain bangsa dengan jumlah 148 pada tahun 2010 dan meningkat kepada 202 pada tahun 2016
dengan jumlah 54 penagih. Lain-lain bangsa menunjukkan kepada bangsa berketurunan Punjabi,
siam, serani dan orang Asli.

OBJEKTIF:
1. Mengkaji dan mengenalpasti bilangan penagih dadah mengikut etnik di malaysia

2. Mengenalpasti jumlah penagih dadah tertinggi antara negeri-negeri

3. Mengkaji punca jumlah peningkatan penagih dadah di kalangan etnik-etnik

3
METODOLOGI ANALISIS DATA
Analisis data amatlah penting dalam mencari maklumat tentang tajuk yang telah kami
jalankan dan bagi memulakan analisis data yang diperolehi di laman web data.gov.my maka
kami telah membuat jadual mengenai bilangan penagih dadah mengikut etnik di Malaysia. Data
yang diperolehi adalah dari tahun 2010 hingga tahun 2016. Data mentah yang kami perolehi
adalah seperti berikut :

JUMLAH PENAGIH YANG DIKESAN MENGIKUT ETNIK, 2010-2016


TAHUN MELAYU PRIBUMI CINA INDIA LAIN-LAIN JUMLAH
(SABAH & SARAWAK) BANGSA
2010 18,693 456 29 2,279 2,037 148 23,642
2011 15,386 405 63 1,926 1,634 117 19,531
2012 11,612 253 58 1,658 1,419 101 15,101
2013 16,092 467 137 2,081 1,975 135 20,887
2014 17,122 842 180 1,828 1,657 148 21,777
2015 21,335 774 148 2,117 2,113 181 26,668
2016 24,901 977 154 2,182 2,428 202 30,844

Data yang kami perolehi akan kami kumpul dan susun, apabila data mentah telah di
ambil maka kami akan menggunakan kaedah menyusun data dalam bentuk taburan jumlah
penagih di seluruh Malaysia. Seterusnya kami akan menyusun data tersebut kedalam jadual
untuk mengetahui taburan jumlah penagih mengikut negeri-negeri di Malaysia. Berikut adalah
jumlah penagih dadah yang dikesan dalam negeri :

4
JUMLAH PENAGIH DADAH YANG DIKESAN MENGIKUT NEGERI, 2010-
2016
TAHUN 2010 2011 2012 2013 2014 2015 2016

Pulau Pinang
3,753 2,747 2,286 3,043 2,780 4,280 5,081

Selangor 3,548 2,026 1,690 2,226 2,051 2,987 3,176

Kedah 2,507 1,859 1,535 2,702 2,535 2,945 3,862

Terengganu 2,377 2,443 599 641 579 1,022 1,676

Kelantan 2,360 1,475 942 895 1,399 1,994 3,233

Perak 2,296 2,215 1,549 2,789 2,716 3,106 2,639

Johor 2,091 1,918 1,729 1,874 1,992 2,541 2,565

WPKL 1,344 1,013 1,098 1,841 1,698 1,328 1,695

Pahang 1,198 1,363 1,423 1,621 1,903 2,066 2,419

Negeri
Sembilan 921 840 816 1,008 951 1,050 1,172

Sabah 517 440 262 513 940 898 1,044

Perlis 354 293 337 374 499 781 692

Melaka 176 538 496 675 845 944 930

Sarawak 145 333 312 650 854 658 534

WP Putrajaya
45 25 26 20 16 32 47

WP Labuan 10 3 1 15 19 36 79

JUMLAH 23,642 19,531 15,101 20,887 21,777 26,668 30,844

5
Melalui data yang telah kami perolehi dan jadual yang telah dibuat, maka dapatlah kami
simpulkan bahawa terdapat peningkatan penagih dadah disetiap negeri saban tahun. Jumlah
penagih yang tertinggi di kalangan negeri-negeri di Malaysia ialah negeri Pulau Pinang dengan
jumlah penagih 3753 pada tahun 2010 meningkat kepada 5081 pada tahun 2016. Peningkatan ini
ialah sebanyak 1328 untuk 6 tahun. Ini amat jelas menggambarkan bahawa dadah masih lagi
musuh no 1 Negara.

ANALISIS DESKRIPTIF BERGRAF

Analisis Deskriptif Bergraf menggunakan kaedah visual asas iaitu plot kotak. Tujuannya
adalah untuk mempersembahkan data secara visual agar dilihat dengan lebih jelas.

Bagi objektif pertama iaitu analisis data bagi mengkaji dan mengenalpasti bilangan
penagih dadah mengikut etnik di Malaysia, carta palang akan digunakan sebagai medium untuk
mempersembahkan data. Tujuan penggunaan carta palang ini adalah untuk membandingkan
jumlah penagih dadah mengikut etnik dalam bentuk jumlah bilangan. Carta palang adalah sesuai
digunakan kerana dapat mempamerkan bilangan jumlah penagih dadah mengikut 5 etnik di
Malaysia dengan lebih jelas dan tepat. Seterusnya, carta pie digunakan untuk mendapatkan
peratusan penagih dadah mengikut etnik di Malaysia.

Bagi objektif yang kedua iaitu Mengenalpasti jumlah penagih dadah tertinggi antara
negeri-negeri di Malaysia, carta palang dan sarta pie akan digunakan sebagai medium untuk
mempersembahkan data. Tujuan penggunaan carta palang dan carta pie ini adalah untuk
membandingkan jumlah penagih dadah tertinggi antara negeri-negeri di Malaysia dalam bentuk
bilangan jumlah dan peratusan. Carta pie adalah sesuai digunakan kerana dapat mempamerkan
peratus jumlah penagih dadah tertinggi diantara 16 buah negeri di Malaysia dengan lebih jelas
dan tepat.

6
Bagi objektif pertama iaitu analisis data bagi mengkaji dan mengenalpasti bilangan
penagih dadah mengikut etnik di Malaysia adalah seperti berikut :

BILANGAN PENAGIH DADAH MENGIKUT ETNIK DI MALAYSIA

140000

120000

100000

80000

60000

40000

20000

0
MELAYU PRIBUMI CINA INDIA LAIN-LAIN

7
PERATUSAN MENGIKUT ETNIK DI MALAYSIA

PERATUSAN MENGIKUT ETNIK


LAIN-LAIN
1%

INDIA
8%

CINA
9%

PRIBUMI
3%

MELAYU
79%

Berdasarkan carta palang dan carta pie di atas, dapat dirumuskan bahawa jumlah penagih dadah yang
paling tinggi di Malaysia sepanjang tahun 2010 hingga 2016 ialah dari bangsa Melayu iaitu sebanyak
79% (124,141 orang). Manakala etnik yang mempunyai penagih dadah paling rendah di Malaysia
sepanjang tahun 2010 hingga 2016 ialah dari lain-lain bangsa dengan jumlah 3% (1032 orang).

8
Bagi objektif yang kedua iaitu Mengenalpasti jumlah penagih dadah tertinggi antara negeri-
negeri di Malaysia adalah seperti berikut:

BIL PENAGIH DADAH MENGIKUT NEGERI (2010-


2016)

30000

25000

20000

15000 BIL PENAGIH DADAH MENGIKUT


NEGERI (2010-2016)

10000

5000

0
L
A NG GOR DAH ANU TAN RAK HOR PK NG ILAN BAH RLIS AKA AK AYA UAN
N N K GG A
PI A
E N E
P JO W HA B SA PE EL RAW RAJ LAB
P. SEL EN KEL PA .SEM M A
S PUT
E R N
T

9
PERATUS PENAGIH DADAH MENGIKUT NEGERI
(2010-2016)
SARAWAK PUTRAJAYA LABUAN
MELAKA 2% 0% 0%
PERLIS 3%
2%
SABAH
3%
N.SEM
BILAN P.PINANG
4% 15%

PAHANG
8%
SELANGOR
11%

WPKL
6%

KEDAH
JOHOR 11%
9%

PERAK
11% KELANTAN TERENG
8% GANU
6%

Berdasarkan carta palang dan carta pie di atas menunjukkan bahawa jumlah penagih dadah mengikut
negeri yang paling tertinggi dari tahun 2010-2016 ialah negeri Pulau Pinang sebanyak 15% (23,970 org).
manakala jumlah penagih dadah mengikut negeri yang paling rendah dari tahun 2010-2016 ialah
Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 163 orang sahaja.

10
PUNCA PENINGKATAN JUMLAH PENAGIH DADAH
Bagi objektif ketiga iaitu mengkaji punca jumlah peningkatan penagih dadah di kalangan etnik-
etnik dimalaysia, adalah disimpukan bahawa terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada
peningkatan ini. Diantaranya ialah :

1. KECETEKKAN ILMU
Ilmu itu adalah cahaya sepertimana pesanan Imam Waqi' kepada Imam Syafie dan begitulah
realiti kehidupan ini. Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan khususnya mengenai
pengetahuan dadah maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh ke dalam kancah penagihan dadah
adalah sangat besar. Orang yang berilmu akan senantiasa bertindak mengikut kewarasan fikiran
yang positif seterusnya menyelamatkannya daripada budaya yang tidak sihat.

2.  PENGARUH KAWAN
Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan bahawa pengarauh
kawan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Begitu ramai
remaja dan belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan
gejala yang tidak sihat. Ibubapa yang tidak mengawal pergaulan anak-anaknya juga menjadikan
anak-anak itu mudah mendengar nasihat kawannya berbanding ibubapanya sendiri. Pihak
ibubapa, sekolah dan masyarakat sekeliling perlu mempunyai sifat tanggungjawab yang tinggi
bagi membendung pengaruh negatif menyelubungi remaja dan belia kita. Sepertiamana pepatah
arab menyatakan “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan
wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju
kita.”

 3. PERSEKITARAN YANG TIDAK SIHAT


Persekitaran bermaksud suasana kawasan yang membentuk tabiat seseorang manusia samada
menjadi baik atau buruk. Faktor ini perlu dititik beratkan oleh para ibubapa terutamanya di
dalam memilih tempat kediaman. Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, tumpuan anak-
anak adalah sangat penting kerana jika tidak dikawal maka anak-anak ini akan mudah
dipengaruhi perubahan arus keseronokkan dunia. Di sekeliling kotaraya yang besar telah tumbuh
pelbagai permis-permis yang merosakkan kehidupan belia kita antaranya pusat perjudian, pusat
hiburan, cyber cafe, kawasan-kawasan melepak, hotel-hotel bajet dan sebagainya. Tempat-

11
tempat tersebut selalunya menjadi sarang kepada penagih-penagih dadah dan penjual-penjual
dadah untuk mencari pelanggannya. Manakala di kawasan luar bandar pula, aktiviti penagihan
dadah banyak terdapat di kawasan-kawasan yang sunyi seperti di rumah kosong, kawasan semak
samun, di dalam ladang kelapa sawit dan kawasan-kawasan terpencil di dalam kebun. Bagi
memastikan para belia dan remaja tidak terjebak dengan gejala negatif maka pihak berkuasa,
berwajib, berkepentingan, berautoriti hendaklah mengambil tanggungjawab yang sewajarnya
bagi mengelak gejala buruk ini menular.

4. TIADA KAWALAN IBUBAPA


Ibubapa adalah perisai utama kepada anak-anak. Tanpa didikan yang sempurna akan
menyebabkan remaja dan belia akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat. Di
zaman yang semakin mencabar ini dengan kenaikkan kos sara hidup telah menyebabkan ibubapa
banyak memberikan tumpuan kepada kerjaya untuk meningkatkan taraf hidup. Oleh kerana itu,
urusan anak-anak akan terabai, kasih sayang tidak dapat diberikan sepenuhnya sehinggakan
anak-anak hilang kawalan oleh ibubapa. Slogan "Rumahku Syurgaku" tidak lagi terdapat di
dalam banyak rumahtangga. Ibubapa tetap menumpukan kepada kekayaan dunia sedangkan
permata hatinya semakin malap kerana dimamah anasir negatif yang mempengaruhi diri.
Diharapkan ibubapa dapat memberikan keperihatinan kepada anak-anak sepenuhnya dan
pandulah mereka ke jalan yang diredhai Allah.

5. MEDIA ELETRONIK
Media Elektronik seperti TV, Radio, Komputer, Telefon Mudah Alih adalah menyumbang
kepada peningkatan jenayah sosial yang tinggi. Pengaruh daripada filem-filem atau drama tv
yang banyak menonjolkan aksi-aksi ganas dan negatif telah mendorong remaja dan belia terikut-
ikut dengan adegan tersebut. Kita sedia maklum, mana-mana cerita jenayah yang terdapat di
dalam filem pasti melibatkan sindiket pengedaran dadah. Ini secara tidak langsung telah
mendorong para remaja untuk mengenali dadah dengan lebih dekat. Bahkan ada juga trend "Tak
ambil barang tak cukup nak jadi gangster" perkara ini akan merisaukan pelbagai pihak. Di
media-media sosial seperti facebook dan youtube telah menjadi medan kepada peniaga-peniaga
dadah secara online, bahkan ada juga fanpage yang digunakan untuk menghalalkan dadah di sisi

12
undang-undang. Ini adalah perkembangan yang tidak sihat dan tidak seharusnya diambil mudah
oleh kerajaan. Oleh itu, ibubapa hendaklah mengawasi tingkahlaku anak-anak terutamanya di
dalam melayari internet.

6. HIBURAN YANG MELAMPAU


Sedia maklum bahawa faktor hiburan yang melampau juga mampu membawa seseorang itu
terjebak dengan penyalahgunaan dadah. Bermula tahun 60 an hinggalah sekarang ini pelbagai
jenis dadah yang telah digunakan untuk mencapai tahap hiburan yang melampau antaranya
dadah jenis heroin, ganja dan syabu. Contohnya kumpulan rock yang popular sekitar tahun 90 an
iaitu Nirvana, dimana penyanyinya Kurt Cobain adalah seorang penagih heroin yang tegar.
Manakala bagi penggemar muzik reggae yang telah menjadikan idolanya Bob Marley juga
adalah seorang penagih ganja yang tegar. Kedua-dua artis ini mati akibat penggunaan dadah
yang berlebihan. Selain pengaruh muzik, penumbuhan kelab-kenal hiburan juga menjadi faktor
risiko kepada masyarakat khususnya dalam aktiviti pengedaran dadah jenis psikotropik. Pusat
snooker juga menjadi tempat tumpuan para remaja menghabiskan masa bersama kawan-kawan
dan kebiasaannya pengaruh negatif mudah masuk di tempat-tempat ini.

7. KETERHADAN SUMBER KEWANGAN


Keadaan ekonomi yang tidak menentu serta sumber pendapatan yang tidak dapat menampung
kenaikkan kos hidup telah membawa kepada penularan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat. Maka
kesan daripada itu, terdapat sebilangan belia yang sanggup mengadaikan nyawa untuk
menjadi pusher atau tokan dadah untuk mengutip kemewahan hidup melalui jalan yang salah.
Hal ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pelbagai pihak termasuklah masyarakat
setempat. Perkara ini tidak hanya berlaku di dalam komuniti sahaja namun ada juga yang
menjalankan jual beli dadah di dalam institusi pendidikan. Oleh itu, penerapan kesedaran bahaya
dadah perlu diberikan secara komprehensif kepada para belia di negara ini agar mereka jelas dan
peka terhadap bahaya penyalahgunaan dadah serta hukumannya.

13
8. TIADA DIDIKAN AGAMA YANG KUKUH
Pendidikan agama adalah tunjang kepada akhlak seseorang samada ianya baik ataupun buruk.
Islam dengan jelas mengharamkan pengunaan dadah untuk diri kerana dadah telah diqiaskan
dengan meminum arak. Bahkan, dadah mendatangkan kemudaratan yang lebih besar sehingga
kepada tahap meragut nyawa seseroang yang mengambilnya. Oleh kerana itu, firman Allah Taala
di dalam surah al-Baqarah ayat 195 "...dan janganlah mencampakkan dirimu dengan segaja ke
dalam kemusnahan.." dengan jelas bahawa ayat ini memberikan hujah bahawa sesiapa sahaja
yang menggunakan sesuatu untuk memudaratkan diri adalah haram ke atasnya. Jika kita lihat
kembali kepada pemahaman masyarakat muslim di Malaysia ini mengenai stigma terhadap najis
babi dan anjing adalah sangat tinggi. Namun tidak kepada najis dadah, sehinggakan ada yang
menyatakan bahawa najis dadah tidak seharam najis babi dan anjing, sedangkan kemudaratan
najis dadah itu lebih besar daripada najis babi dan anjing dan akibatnya masyarakat mula
memandang enteng mengenai status najis dadah. Kerana itu, sesi pembelajaran pendidikan
agama perlu menjelaskan secara terperinci mengenai hukum menghisap, mengguna, membawa,
menjual, membeli, memproses dan mengedar dadah. Mohon pihak berwajib, menjalankan
tanggungjawab yang lebih efektif bagi memastikan bahawa pelajar dan belia kita memahami
secara jelas mengenai pengharam najis dadah.

14
RUMUSAN

Secara ringkasnya dapat dirumuskan bahawa pengetahuan terhadap subjek pengurusan


dan analitik data adalah penting untuk menghasilkan sebuah tesis yang baik. Kajian ini
dijalankan dengan mengambil data sekunder sebagai sumber rujukan. Data yang diperoleh
dianalisis untuk mengembangkan lagi kajian ini dengan lebih mendalam. Data yang diperolehi
juga dapat membantu mencapai objektif yang diinginkan. Setelah mengkaji dan meneliti data
yang diperolehi maka dapat dirumuskan beberapa perkara yang penting bagi kajian ini. Hasil
kajian menunjukkan etnik yang paling tinggi terlibat dengan penagihan dadah ialah etnik
Melayu. Seterusnya, data yang direkodkan daripada tahun 2010 hingga 2016 mencatatkan
penurunan dan peningkatan di setiap negeri. Namun pada tahun 2016 mencatatkan jumlah
penagih yang paling tinggi berbanding tahun 2010 di kebanyakan negeri. Kemudian dikaji
sebab-sebab dan punca peningkatan jumlah penagih dadah dikalangan masyarakat di seluruh
negeri.

15
RUJUKAN

1. http://www.data.gov.my
2. http://aadkjb.blogspot.com/2014/11/faktor-seseorang-terjebak-dengan-dadah.html
3. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)

16

You might also like