Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Nama: Abdul Mannan Hakimi bin Ibnuzaman (I20204759)

Soalan Tutorial (Individu)


Anda dikehendaki merancang aktiviti kepelbagaian budaya kepada kanak-kanak di
Taska .
Pilih aktiviti berpusatkan minat kanak-kanak dan bersesuaian dengan tahap
perkembangan kanak- kanak.
Taska atau Taman asuhan kanak-kanak ialah tempat penerimaan untuk
kanakkanak berumur 0 hingga 4 tahun. TASKA menggunakan kurikulum bersepadu
dalam pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak. Dari segi kaedah
pengajaran, TASKA menyediakan persekitaran pembelajaran yang tertumpu kepada
“learning through play” untuk merangsang sahsiah dan perkembangan intelek kanak-
kanak.TASKA ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak agar dapat menggunakan
mereka sama ada untuk bersosial dan berinteraksi dengan rakanrakannya atau
dengan orang dewasa di sekelilingnya pada awal kanak-kanak. Malaysia dikenali oleh
semua negara di dunia sebagai sebuah negara berbilang kaum. Selain kepelbagaian
baka ini, terdapat kepelbagaian budaya yang sukar dinafikan di negara seperti
Malaysia yang muncul daripada masyarakat berbilang etnik iaitu Melayu, Cina, India
yang merupakan majoriti di Malaysia. Manakala orang asli Sabah dan Sarawak serta
orang asli dan kaum lain di Malaysia menjadi minority. Bagi aktiviti kepelbagaian
budaya, guru taska boleh menggunakan pendekatan berlajar sambil bermain di dalam
bilik darjah.
Aktiviti yang boleh dilakukn bagi kepelbagaian budaya kepada kanak-kanak di
taska adalah aktiviti Permainan Tradisional' di mana kanak-kanak belajar bermain
permainan tradisional sama ada berbangsa melayu, cina mahupun india. Contoh
permaianannya adalah seperti teng-teng, pukul berapa datuk harimau, membuat wau
atau laying-layang dan sebagainya.Permainan tradisional dimainkan secara
berkumpulan, ini mewujudkan interaksi sosial serta merapatkan hubungan di antara
kanak-kanak serta membantu membangunkan kemahiran komunikasi dan sosial.
Aktiviti permainan tradisional seperti ini dapat membantu kanak-kanak untuk
mengenali budaya yang pelbagai sekaligus memupuk kesefahaman dan menghorati
budaya masing-masing.Aktiviti permainan tradisional tersebut sesuai untuk semua
peringkat umur kanak-kanak serta mampu menarik minat dan mendorong kepada
perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak serta merangsang minda
seseorang berfikir secara kritis dan membantu mempertingkatkan kemahiran mengira
dan sentiasa fokus dalam sesuatu tugas serta menguatkan fizikal diri kanak-kanak.
Peranan guru juga penting dalam merancang dan membawa kepada pehamana
kepelbagaian budaya yang wujud antara kanak-kana dengan mempelbagaikan
kaedah pengajaran,m enggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua
murid,menghormati dan memahami keadaan sosial murid-muridserta guru
mengadakan suasana demokratik dalam kelas

You might also like