Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Sabak Bernam PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

Jalan Dewan, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan


Tel: 03-3224 1655/1000/1414 Faks: 03-3224 2766/5399
Portal: http//:www.mdsb.gov.my

PENGISIAN JAWATAN

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun
pada tarikh tutup iklan ditawarkan adalah dipelawa untuk memohon jawatan bertaraf
Tetap/Kontrak di Majlis Daerah Sabak Bernam. Keutamaan akan diberikan kepada
Rakyat Negeri Selangor.

Tarikh Iklan : 07 April 2022 (Khamis)


Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2022 (Rabu sebelum jam 4.00 petang)

BIL JAWATAN GRED TARAF KEKOSONGAN BIL. FAIL

1 Pembantu Tadbir W19 Tetap/Kontrak 2 MDSB/1/22/2022


(Kewangan)

2 Pembantu Tadbir N19 Tetap/Kontrak 4 MDSB/1/23/2022


(Perkeranian/Operasi)

3 Pembantu Operasi N11 Tetap/Kontrak 2 MDSB/1/24/2022

SYARAT KELAYAKAN DAN CARA PERMOHONAN

Syarat kelayakan dan cara permohonan bagi setiap jawatan kosong boleh didapati
dengan melayari laman sesawang Majlis Daerah Sabak Bernam iaitu
www.mdsb.gov.my.
JAWATAN 1 : PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN), GRED W19

a) KLASIFIKASI : KEWANGAN
b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
d) BIL. FAIL : MDSB/1/22/2022
e) JADUAL GAJI : Minimum - RM1,353.00
Maksimum - RM4,005.00
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 200.00 (mengikut kadar semasa)

SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik,
Perdagangan atau Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan
tersebut;
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya
oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan
(Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat
Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau
(v) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurangnya-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT TAMBAHAN:
1. Syarat kelayakan minimum diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan seperti
berikut:
(a) Sekurang-kurangnya Kepujian (6C) dalam:
(i) Matematik, Perdagangan atau Prinsip Perakaunan; dan
(ii) Lulus empat mata pelajaran lain.

2. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :


(a) (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri
Selangor melebihi 15 tahun; dan
(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah
dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-
undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada
tanggungjawab pemohon sendiri.
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)
JAWATAN 2 : PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI), GRED N19

a) KLASIFIKASI : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN


b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
d) BIL. FAIL : MDSB/1/23/2022
e) JADUAL GAJI : Minimum - RM1,352.00
Maksimum - RM4,003.00
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 200.00 (mengikut kadar semasa)

SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
denganya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,408.40); atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
denganya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,464.80).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangnya-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:
1. Syarat kelayakan minimum di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan seperti
berikut:
(a) Sekurang-kurangnya:
(i) Kepujian dua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; dan
(ii) Lulus empat mata pelajaran lain.
2. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :

(a) (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau


(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di Negeri
Selangor melebihi 15 tahun; dan
(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii) hendaklah
dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di sisi undang-
undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya kepada
tanggungjawab pemohon sendiri.
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)
JAWATAN 3 : PEMBANTU OPERASI, GRED N11

a) KLASIFIKASI : PENTADBIRAN DAN SOKONGAN


b) KUMPULAN PERKHIDMATAN : PELAKSANA
c) TARAF JAWATAN : TETAP/KONTRAK
d) BIL. FAIL : MDSB/1/24/2022
e) JADUAL GAJI : Minimum - RM1,216.00
Maksimum - RM2,983.00
i) Imbuhan Tetap Khidmat Awam : RM 160.00
ii) Imbuhan Tetap Perumahan : RM 300.00
iii) Bantuan Sara Hidup : RM 200.00 (mengikut kadar semasa)

SYARAT LANTIKAN :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00); atau
(ii) Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan
memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan
oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali Lesen Memandu
Percubaan (P))
(Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,262.15).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:


Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian (sekurangnya-kurangnya Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:
1. Syarat kelayakan minimum diperingkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian
Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan seperti berikut:
(a) Sekurang-kurangnya lulus dalam:
(i) Matematik; dan
(ii) Tiga mata pelajaran lain.

2. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :


(a) (i) Pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(ii) Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Selangor; atau
(iii) Pemohon tidak lahir di Negeri Selangor tetapi telah menetap di
Negeri Selangor melebihi 15 tahun; dan
(iv) Pembuktian bagi mana-mana syarat di para (i), (ii) atau (iii)
hendaklah dikemukakan melalui dokumen-dokumen yang sah di
sisi undang-undang dan beban pembuktian terletak sepenuhnya
kepada tanggungjawab pemohon sendiri.
(Nota : Merujuk MMKN Ke 38 Tahun 2015 pada 30/12/2015)
CARA-CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman sesawang


www.mdsb.gov.my.

2. Borang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut:-

i) Salinan Kad Pengenalan;


ii) Salinan Sijil Kelahiran;
iii) Salinan Sijil-sijil Persekolahan termasuk Sijil Berhenti Sekolah Menengah;
dan
iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport (warna).

3. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan


Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat
melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan bersama Rekod Perkhidmatan
yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) yang terkini.

4. Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan


keciciran/kehilangan dokumen.

5. Setiap permohonan mesti dimasukkan ke dalam sampul surat serta nama


jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kanan atas sampul surat.

6. PERMOHONAN YANG BERIKUT AKAN DITOLAK :-

i) Tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan.


ii) Tidak lengkap dan tidak jelas.
iii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan.
iv) Tidak ditandatangani.
v) Diterima selepas tarikh tutup iklan.

7. Satu borang hanya untuk satu jawatan sahaja.

8. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari
tarikh iklan ditutup adalah tidak berjaya. Hanya calon yang layak selepas tapisan
sahaja akan dihubungi untuk sesi temuduga dan sekiranya tiada makluman
selepas enam bulan dari tarikh temuduga adalah tidak berjaya. Tiada makluman
bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Daerah Sabak Bernam.

9. CATATAN AM:
Permohonan pengisian jawatan yang tidak menepati dasar pelantikan Anak
Negeri Selangor adalah ditolak kecuali dalam keadaan di mana tidak ada calon
yang layak dari Negeri Selangor.
10. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
Jalan Dewan, 45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p: Jabatan Khidmat Pengurusan)

Tarikh Iklan : 07 April 2022 (Khamis)


Tarikh Tutup Permohonan : 20 April 2022 (Rabu sebelum jam 4.00 petang)

“ BERDAYA BERBAKTI BERKUALITI ”

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam.

You might also like