Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

GGGD 5022 : SEKOLAH DAN MASYARAKAT

TAJUK: LAPORAN PROGRAM JALINAN KASIH

NAMA PENSYARAH

DR.NURWINA AKMAL BINTI ANUAR

NAMA PELAJAR :

MUNIRAH BINTI MANSOR ( P122310)

PENULISAN YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMPEROLEH DIPLOMA


ENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH EKSEKUTIF
LAPORAN PROGRAM JALINAN KASIH
BERSAMA PELAJAR KELAS PEMULIHAN
SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN BANGI


NAMA PROGRAM : PROGRAM JALINAN KASIH BERSAMA
PELAJAR KELAS PEMULIHAN SK BANGI
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM : 13 OKTOBER 2022

1.0 PENGENALAN

Kami merupakan 4 orang pelajar Diploma Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Kebangsaan
Malaysia telah menjalankan mini program bagi memenuhi keperluan kursus bagi subjek
Sekolah dan Masyarakat. Program tersebut telah kami namakannya sebagai Program Jalinan
Kasih.telah dijalankan pada 13 Oktober 2022 melibatkan murid-murid yang terdiri daripada
murid Tahun 2 Kelas Pemulihan. Seramai 20 orang murid telah melibatkan diri bagi program
tersebut dimana kami telah mendapat kerjasama dari Cikgu Mohd Faiz Bin Zorkarnain selaku
guru kelas pemulihan dan Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Puan Haslinah Binti Muhammad
Din.

Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara guru-guru dan para pelajar
kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Bangi di samping menyerlahkan kreativiti para
pelajar kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Bangi.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk:

2.1 Merapatkan hubungan antara para guru dan pelajar.

2.2 Memupuk nilai kreativiti dalam diri para pelajar.


2.3 Merapatkan jurang antara pelajar kelas pemulihan dan kelas bukan pemulihan.

3.0 BUTIRAN PROGRAM


Nama Program Program Jalinan Kasih Bersama
Tarikh 13 Oktober 2022
Masa 2:00 PM - 4:30 PM
Tempat Kelas Pemulihan Tahun 2

4.0 KUMPULAN SASARAN


● Murid Kelas Pemulihan -SK Bangi (20 Orang)

5.0 RINGKASAN PERJALANAN PROGRAM


Program Jalinan Kasih telah dimulakan dengan kata alu-aluan dari Guru Kelas En Mohd Faiz
memperkenalkan kami sebagai fasilitator yang akan menjalankan aktiviti pada hari tersebut.
Seterusnya,saudara Mohamad Norizzat dan saudari Ummi Kalsum Fatimah telah
memberikan sedikit penerangan ringkas tentang program yang akan dijalankan.

Sebelum itu, Cikgu Mohd Faiz telah membahagikan para pelajar kepada empat
kumpulan kecil dimana setiap kumpulan akan dibimbing oleh fasilitator masing-masing.
Semua murid diminta untuk menyediakan hadiah menggunakan bahan-bahan yang
disediakan oleh fasilitator secara berkumpulan mengikut kekreativitian untuk diberikan kepada
guru kesayangan setiap kumpulan.

Bahan-bahan yang disediakan untuk membuat hadiah adalah berupa aneka


coklat,gula-gula, kotak hadiah, riben,pen warna dan kertas. Matlamat program ini adalah
untuk menerapkan nilai kerjasama dan kasih sayang antara pelajar dan guru selain itu bagi
mencungkil kreativiti para pelajar.
Gambar diatas menunjukkan setaip kumpulan telah diagihkan dengan bahan-bahan
penyediaan hadiah.

Melalui gambar ditunjukkan, setiap murid bekerjasama menyediakan dan menghias


hadiah.

Para pelajar menunjukkan hasil hadiah yang telah siap dihasilkan.


Para pelajar menunjukkan hasil hadiah yang telah siap dihasilkan. Mereka tidak sabar
untuk memberikan hadiah tersebut kepada guru kesayangan masing-masing.

Selama 30 minit, setiap kumpulan mencari guru-guru mereka untuk menyerahkan hadiah
yang disediakan oleh kumpulan masing-masing.
6.0 LAPORAN KEWANGAN

PERKARA JUMLAH KEWANGAN (RM)

Aneka Coklat/ Gula-gula 150


Kotak Hadiah 20
Pelekat Comel 5
Alat tulis,gunting, gam,riben,kertas warna 15

Jumlah 190

7.0 Aturcara Program


• Tarikh : 13 Oktober 2022 (Khamis) Tempat :Kelas tahun 2 SK Bangi.

2:00 petang • Murid selesai menunaikan solat zohor di surau.

2:10 petang • Murid mula berkumpul di dalam kelas.


• Kata-kata aluan dan pengenalan dari Cikgu Mohd Faiz
• Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan

2:30 petang • Fasilitator memberikan bahan-bahan bagi penyediaan hadiah


kepada setia kumpulan.
• Murid mula melakukan aktiviti menghias hadiah di dalam
kumpulan.

3:30 petang • Pelajar diberi masa selama 30 minit untuk mencari guru dan
menyerahkan hadiah yang telah disediakan.

4:00 petang • Penyampaian cenderamata kepada murid dan guru terlibat.

4:30 petang • Bersurai


8.0 Kekangan Yang Dihadapi

Pada awalnya aktiviti program akan dijalankan di surau sekolah ,namun begitu Cikgu Mohd
Faiz terpaksa menukar tempat kerana terdapat kelas lain yang menggunakan surau untuk
sesi pembelajaran. Oleh itu, tempat bagi menjalankan aktivti kami terpaksa berpindah ke kelas
pemulihan Tahun 2 yang agak sedikit kecil dan kami menghadapi kekurangan kerusi dan meja
untuk menempatkan pelajar dan fasilitator.

9.0 Cara Mengatasi Halangan

Hasil dari perbincangan, fasilitator iaitu Mohd Norizzat bersetuju dengan cadangan Cikgu
Mohd Faiz untuk melakukan aktiviti di bawah secara duduk dalam kumpulan. Kami dapati
para pelajar tiada masalah untuk melakukan aktiviti secara duduk di lantai kelas.

10.0 Manfaat/Kebaikan Aktiviti

Melalui program sebegini saya dan ahli kumpulan dapati bahawa mini program
sebegini amat bagus untuk dilakukan lagi di masa akan datang. Hal ini kerana banyak manfaat
yang diperoleh oleh pelajar dan guru antaranya ialah aktiviti sebegini dapat merapatkan
ukhwah antara guru dan pelajar. Seterusnya, dengan aktiviti penyediaan hadiah secara
berkumpulan, dapat menggalakkan penglibatan aktif para pelajar dan seterusnya dapat
mencungkil bakat dari kalangan pelajar itu sendiri. Akhir sekali, murid juga belajar untuk
menyatakan penghargaan mereka dengan memberikan hadiah buat guru yang disayangi.

11.0 Cadangan Penambahbaikan

Program seumpama ini wajar diteruskan pada masa akan datang. Terdapat beberapa
penambaikan yang boleh dilakukan untuk menjayakan lagi program ini. Program ini boleh
diluaskan lagi kepada pelajar aliran perdana bagi tahun 1, tahun 2 dan tahun 3. Program ini
juga boleh ditambahbaik dengan melibatkan penyertaan daripada ibu bapa memandangkan
aktiviti program ini adalah aktiviti santai. Program ini juga boleh mendapatkan tajaan dan
sumbangan luar untuk menjadikan aktiviti dalam program ini lebih menarik lagi.
12.0 Refleksi
Setelah Program Jalinan Kasih ini selesai dijalankan, kami dapati beberapa impak telah
diperoleh oleh pelajar dan guru sepanjang aktiviti program dijalankan. Antaranya ialah :

Wujudnya kasih dan sayang yang terjalin antara para guru dan pelajar.
Kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar dapat dicungkil melalui aktiviti sebegini.
Pelajar dapat menyatakan penghargaan mereka dengan saling memberi dan
berterima kasih kepada guru.
Pelajar dapat berkomunikasi dan menjana idea bersama rakan kumpulan dalam
menghasilkan hadiah kumpulan masing-masing.

13.0 Penutup

Akhir sekali, Mini Program Jalinan Kasih ini telah sempurna dijayakan. Saya dan ahli-
ahli kumpulan juga mendapati objektif kami tercapai dengan selesainya Mini Program ini.
Secara tak langsung kami dapat memenuhi keperluan menyempurnakan tugasan kursus kami
bagi Subjek Sekolah Dan Masyarakat. Ribuan terima kasih kepada pensyarah Dr.Nur Wina
Anuar kerana meluluskan kertas kerja kami bagi menganjurkan Program Jalinan Kasih ini.
Penghargaan juga diberikan kepada pengetua Sekolah Kebangsaan Bangi, Puan Nora binti
Hussein, Penolong Kanan Sekolah Kebangsan Bangi, Datin Zaliza binti Amir Nordin dan juga
Guru Kelas Pemulihan, Mohd Faiz bin Zorkarnain atas kerjasama dan sokongan yang
diberikan.

You might also like