Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

32600 BOTA (ABA8224)


PERAK DARUL RIDZUAN
Tel/Fax: 05-376 2176
Emel : ABA8224@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKPC/800-1/1(1)


Tarikh : 10 Mac 2022

Kepada: Semua guru

Tuan,

MESYUARAT JK KURIKULUM BIL. 1 SESI 2022 / 2023

Dengan sukacitanya berhubung perkara di atas, satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 16 Mac 2022 (Rabu)
Masa : 9:00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Padang Changkat

2. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;


2.1 Ucapan Pengerusi
2.2 Perutusan Guru Besar
2.3 Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat bil 4 / 2021
2.4 Perkara berbangkit
2.5 KPI Unit Kurikulum
2.6 Pembentangan Jawatankuasa
2.7 Kalender akademik
2.8 DSKP
2.9 Catch-up Plan 3
2.10 Transisi
2.11 PBD
2.12 Pemulihan
2.13 Pencerapan
2.14 Pengurusan Panitia
2.15 Pra Sekolah
2.16 Hal-hal Lain
2.17 Ucapan Penangguhan

3. Sehubungan itu, tuan dikehendaki hadir. Kehadiran tuan amatlah dihargai dan didahului ribuan
terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,

................................................
( ISRIZAI BINTI MOHAMAD )
Setiausaha Kurikulum
SK Padang Changkat, Bota
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT
32600 BOTA (ABA8224)
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel/Fax: 05-376 2176
Emel : ABA8224@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL. 1 SESI 2022 / 2023

TARIKH : 16 MAC 2022 (RABU)


MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PADANG CHANGKAT

KEHADIRAN :

1. En. Ahmad Kamal bin Abd Khalip - Guru Besar


2. En. Ahmad Tarmimi bin Md. Hasan - Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn. Hajjah Zaharah bt Hj. Wasoh - PK HEM
4. En. Fauzi bin Saaban @ Abdul Rahim - Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Isrizai bt Mohamad - Setiausaha Kurikulum
6. En. Mohd. Hidayat bin Mokhtar
7. Pn. Wan Norsalmiza bt Hassan
8. Pn. Syafiah bt Salleh
9. Pn. Hajah Amal bt Wan Ahmad
10. Pn. Hajah Anis Sobah bt Hj. Zakaria
11. Pn. Noor Faizah bt Wahab Zahari
12. Pn. Norziton bt Hamat @ Muhammad
13. Pn. Junaidah bt Noh
14. Pn. Hasnawita bt Nawi
15. Pn. Noorbeti bt Ahmad Diah
16. Pn. Ketijah bt Sahuddin
AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kurikulum kali
pertama bagi sesi 2022 / 22023 dengan ucapan ribuan terima kasih.
1.3 Pengerusi juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada
semua guru yang telah menjayakan semua sekolah khusus nya program
akademik sepanjang tahun dengan cemerlang.
1.4 Semoga unit Kurikulum akan terus cemerlang dengan komitmen semua guru SK
Padang Changkat.

Tindakan : Makluman

AGENDA 2. PERUTUSAN GURU BESAR


2.1 Guru besar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru kerana
menghadiri mesyuarat kali pertama ini bagi memenuhi tuntutan tanggungjawab
semua.
2.2 Walaupun fasa pendemik akan beralih kepada fasa endemik dengan
kelonggaran SOP, diharap semua guru terus mematuhi SOP sepanjang sesi
persekolahan bagi membendung penularan virus covid-19 ini. Guru-guru juga
digalakkan mengambil dos penggalak bagi yang belum menerimanya.
2.3 Guru Besar membentangkan mengenai kempen “Sekolahku Sejahtera”.
Diharap semua guru dapat menerapkan 14 elemen dan menghayati nilai-nilai
yang terkandung dalam kempen tersebut.
2.4 Guru Besar juga mengingati agar semua guru terus merancang dan
melaksanakan Catch-up Plan fasa 3 sebagi kesinambungan Catch-up Plan fasa
1 dan 2. Penekanan hanya kepada mata pelajaran teras sahaja.
2.5 Persediaan awal persekolahan:
2.5.1 Semua guru akan menerima jadual waktu pada hari ini. Diingatkan supaya
dapat menyediakan DSKP, RPT dan CIDS bermula hari pertama
persekolahan.
2.5.2 Seperti biasa semua guru hadir awal pada hari pertama persekolahan bagi
menyambut kehadiran anak-anak murid ke sekolah.
2.5.3 Sekolah akan mengadakan kutipan bayaran keperluan persekolahan sesi
2022 / 2023 pada hari Khamis (17 Mac 2022). Guru kelas diminta bersedia
dan memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid tentang masalah
kelewatan menerima buku tulis. Hal ini berikutan masalah pencetakan dari
pihak pembekal buku tulis.
2.5.4 Guru kelas memastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan
murid dalam kelas masing-masing.
2.6 Pada hari tersebut juga akan diadakan hari suai kenal bagi murid tahun 1 dan
pra sekolah.
2.7 Guru Besar amat berharap pada tahun ini semua panitia dapat melaksanakan
PLC, inovasi dan kajian tindakan sebagai memenuhi KPI sekolah dan PPD
Perak Tengah.
2.8 Guru Besar juga menasihati kepada semua guru yang belum mencukupi mata
kredit LADAP supaya dapat mencapai mengikut tempoh yang ditetapkan.
2.9 Guru Besar juga berharap agar sesi persekolahan tahun ini berjalan dengan
lancar.

Tindakan : Makluman

AGENDA 3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4 SESI


2021/2022
3.1 Dicadangkan oleh : Pn. Hasnawita binti Nawi
3.2 Disokong oleh : Pn. Noor Faizah binti Wahab Zahari

Tindakan : Makluman

AGENDA 4. PERKARA BERBANGKIT


4.1 Tiada perkara yang dibangkitkan

Tindakan : Semua guru

AGENDA 5 KPI UNIT KURIKULUM


5.1 Pengerusi membentangkan KPI yang perlu dicapai pada tahun ini. Rujuk Buku
Pengurusan Sekolah muka surat 42. ( Seperti lampiran 1)
5.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa perjawatan pengoperasian sekolah
adalah mencukupi bagi tahun ini seperti berikut;

BIl GURU/STAFF/PEKERJA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH

1 GURU 4 12 16

2 STAFF 3 3

3 PEKERJA SWASTA 2 2 4

PENGAWAL
4 2 2 4
KESELAMATAN

JUMLAH 8 19 27

Tindakan : Makluman
AGENDA 6. PEMBENTANGAN JAWATANKUASA
6.1 Pengerusi membentangkan Jawatankuasa beserta senarai tugas Pentadbiran
dan Kurikulum sesi 2022 / 2023.
6.2 Rujuk Buku Pengerusan Sekolah muka surat 23 hingga 41
6.3 Diharap semua guru dapat menjalankan bidang tugas masing-masing dengan
lebih cemerlang sesi ini.
Tindakan : Makluman

AGENDA 7. KALENDAR AKADEMIK


7.1 Pembentangan Takwim Pentaksiran dan Takwim akademik sesi 2022 / 2023.
Rujuk buku Pengurusan Sekolah Muka surat 46 hingga 50.
7.2 Di mana, jumlah kalender akademik pada tahun ini sebanyak 40 minggu.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 8. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)


8.1 Semua guru diharap dapat menyediakan DSKP mengikut mata pelajaran
masing-masing iaitu DSKP semakan 2017 seperti mana yang terkandungan
dalam SPI terkini.

Tindakan : Semua guru

AGENDA 9. CATCH-UP PLAN 3


9.1 Pengerusi membentangan Chat-up Plan fasa 3 KPMPerkasaKU, di mana fasa 3
ini berfokus kepada semua murid yang mencapai TP 1 hingga TP 3 bagi mata
pelajaran teras sahaja.
9.2 Fasa ini boleh dirancang mengikut kesesuaian masing-masing dengan tempoh
maksimum empat minggu.
9.3 Murid yang terlibat adalah murid tahun 2, 3 dan 4 sesi 2022 / 2023 yang berada
di TP 1 hingga TP 3 dan bukan murid pemulihan khas. Guru-guru boleh merujuk
data PBD dalam Google Classroom
9.4 Semua guru boleh merancang dan melaksana PdPC menggunakan DSKP
KSSR semakan 2017.
9.5 Diharap semua guru dapat menyediakan bukti pentaksiran bagi murid-murid
yang terlibat ini.
9.6 Bagi mengukuhkan lagi pemahaman mengenai Catch-up Plan ini, guru-guru
boleh merujuk bahan yang dikongsikan dalam telegram sekolah.

Tindakan : Semua guru


AGENDA 10. PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
10.1 Memaklumkan program transisi masih diteruskan seperti tahun sebelum ini iaitu
selama empat minggu bermula 21 Mac 2022 hingga 15 April 2022.
10.2 Penyelaras transisi diminta menyediakan perancangan program transisi
mengikut fasa yang ditetapkan.
10.3 Guru-guru tahun 1 diminta melaksanakan PdPC mengikut perancangan program
transisi yang telah disediakan oleh penyelaras.

Tindakan : Semua guru


Tahun 1

AGENDA 11. PENTAKSIRAN (PBD / PSIKOMETRIK / PAJSK)


11.1 Pada tahun ini bagi sesi persekolahan 2022 / 2023 pentaksiran yang akan
dijalankan adalah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Psikometrik dan PAJSK
sahaja yang mana Pentaksiran Pusat telah dimansuhkan.
11.2 Semua guru boleh merujuk buku pengurusan sekolah muka surat 46 iaitu
takwim pentaksiran

Tindakan : Penyelaras PBD,


Kaunselor, PK Kokurikulum
dan semua guru

AGENDA 12. PEMULIHAN


12.1 Gura Pemulihan memaklumkan data terkini murid pemulihan adalah seperti
berikut:

TAHUN LITERASI NUMERASI


TAHUN 1 7 4
TAHUN 2 1 0
TAHUN 3 0 0
JUMLAH 8 4

12.2 Masalah yang dihadapi oleh murid pemulihan ini adalah untuk mengingat
sesuatu kemahiran bagi jangka masa yang panjang. Walau bagaimana pun,
dengan adanya guru pemulihan khas ini, diharap pada tahun ini jumlah murid
pemulihan akan dapat dikurangkan.

Tindakan : Guru Pemulihan


Agenda 13. PENCERAPAN DAN SEMAKAN BUKU TULIS
13.1 Pengerusi memaklumkan pencerapan akan diadakan sebanyak tiga kali
mengikut ketetapan Skpmg2.
13.2 Jadual pencerapan telah disediakan. Rujuk Buku Pengurusan muka surat 56
13.3 Diharap semua guru sentiasa bersedia dan mematuhi jadual pencerapan yang
telah disediakan.

Tindakan : Semua guru

Agenda 14. PENGURUSAN PANITIA


14.1 Pengerusi meminta agar semua ketua panitia mengemas kini fail panitia masing-
masing mengikut tahun semasa.
14.2 Diharap agar ketua panitia dapat menyediakan takwim panitia terkini dengan
mengadakan mesyuarat sebanyak empat kali setahun.
14.3 Semua panitia juga diminta dapat melaksanakan PLC, inovasi dan kajian
tindakan seperti yang telah dimaklumkan oleh guru besar sebelum ini.

Tindakan : Semua guru

Agenda 15. PRA SEKOLAH


15.1 Guru Pra Sekolah memaklumkan jumlah terkini murid pra sesi 2022 / 2023
seramai 17 orang.
15.2 Pra Sekolah akan mengadakan hari pendaftaran murid pra dan taklimat kepada
penjaga pra sekolah pada hari Khamis, 17 Mac 2022 di kelas Pra Sekolah.
15.3 Kutipan bayaran keperluan persekolahan juga akan dilakukan pada hari
tersebut.

Tindakan : Guru Pra Sekolah

Agenda 16. HAL-HAL LAIN


16.1 En. Mohamad Hidayat - meminta Jawatan Kuasa Kelab Guru dan Staff
dibubarkan kerana ada AJK yang telah berpindah sekolah.
Keputusan : Dikekalkan dan melantik Pn. Junaidah sebagai naib pengerusi dan
Pn. Noraliza sebagai AJK (wakil staff) menggantikan AJK yang telah berpindah
sekolah.
16.2 Pn. Junaidah - memaklumkan tentang kerosakan peti sejuk di pra sekolah
Keputusan : Hubungi kedai yang boleh baik pulih peti sejuk tersebut.

Tindakan : Semua guru


Agenda 17. UCAPAN PENANGGUHAN
17.1 Pengerusi sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang
menghadiri mesyuarat hari ini.
17.2 Beliau juga mengharapkan kerjasama dan komitmen dari semua guru dapat
diteruskan untuk sesi 2022 / 2023 ini bagi merealisasikan hasrat sekolah
khususnya dan hasrat KPM amnya.
Tindakan : Semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1:00 petang

Disediakan oleh :
Disemak oleh :

……………….….……………
……………….…………..………………
(ISRIZAI BINTI MOHAMAD)
(AHMAD TARMIMI BIN MD. HASSAN)
Setiausaha Kurikulum
Penolong Kanan Pentadbiran
SK Padang Changkat, Bota
SK Padang Changkat, Bota

Disahkan oleh :

……………….……………

(AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP)


Guru Besar
SK Padang Changkat, Bota
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT
32600 BOTA (ABA8224)
PERAK DARUL RIDZUAN
Tel/Fax: 05-376 2176
Emel : ABA8224@moe.edu.my

SENARAI KEHADIRAN
MESYUARAT KURIKULUM BIL. 1 SESI 2022 / 2023

TARIKH : 16 MAC 2022 (RABU)


MASA : 9:00 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PADANG CHANGKAT

BIL NAMA JAWATAN TANDA TANGAN

1. En. Ahmad Kamal bin Abd Khalip Guru Besar

2. En. Ahmad Tarmimi bin Md. Hasan Penolong Kanan Pentadbiran

3. Pn. Hajjah Zaharah bt Hj. Wasoh Penolong Kanan HEM

4. En. Fauzi bin Saaban @ Abdul Rahim Penolong Kanan Kokurikulum

5. Pn. Isrizai bt Mohamad S/U kurikulum

6. En. Mohd. Hidayat bin Mokhtar

7. Pn. Wan Norsalmiza bt Hassan

8. Pn. Syafiah bt Salleh

9. Pn. Hajah Amal bt Wan Ahmad

10. Pn. Hajah Anis Sobah bt Hj. Zakaria

11. Pn. Noor Faizah bt Wahab Zahari

12. Pn. Norziton bt Hamat @ Muhammad

13. Pn. Junaidah bt Noh

14. Pn. Hasnawita bt Nawi

15. Pn. Noorbeti bt Ahmad Diah

16. Pn. Ketijah bt Sahuddin

You might also like