TEMBIKAI

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

https://farm-ms.desigusxpro.

com/posadka/
ogorod/tykvennye/arbuz/kak-sushit-v-
elektrosushilke.html

RESIPI JERUK: HALWA KULIT TEMBIKAI


Posted by: Mohammad Roslan on: Oktober 15, 2015
 Dalam: JERUK | Resepi Buat Sendiri
 
 1 Comment
 
 
 
 
 
 
3 Votes

                                          JERUK TEMBIKAI
RESIPI JERUK: HALWA KULIT TEMBIKAI / WATER MELON RIND PICKLES:
Bahan-Bahan Diperlukan;
– 3 kg Kulit Tembikai.
– 3/4 cawan garam.*
– 12 cawan air ( 3 liter).*
– 3 cawan cuka.
– 3 cawan air.
– 9 cawan gula.
– 6 kpg kayu manis setiap satu 1″ panjang.
– 1 sudu besar bunga cengkih.
– Herba campur Barat (mix.herb) – tak perlu sgt.
– 1 biji lemon dihiris nipis.
* Hasil nya dalam 2 – 2.5 liter.

            JERUK TEMBIKAI
Cara-Cara Penyediaan:
1. Kulit tembikai bahagian putih yg terdapat isi tembikai (warna merah) dan kulit luar yg berwarna
hijau di buang menggunakan pisau kopek kulit buah. Tinggalkan yang putih saja. Potong bahagian
putih 1 inci persegi atau apa saja bentuk anda kehendaki.
2. Sediakan air garam (Brine) dengan 3/4 cawan garam* dan dengan 3 liter air sejuk ais*.
Masukan semua kulit tembikai (putih) yang telah sediakan. Tentukan semua tenggelam dalam air
garam. Tambahkan kalau perlu air batu utk air rendaman untuk sentiasa sejuk. Rendam dalam 3
ke 4 jam.
3. Selepas 4 jam, toskan air rendaman air garam tadi dan basuh balik dengan air ais bersih sekali
lagi.
4. Rebus kulit tembikai dengan air selama 10-12 minit atau boleh cucuk dengan garpu. Jangan
terlalu masak atu lembik.Agak-agak garpu boleh masuk kira Ok. Toskan dan simpan dalam sebuah
bekas yang menampung 3 liter air.
5. Dalam sebuah periok stainless steel masukkan 3 cawan air, 3 cawan cuka, 9 cawan gula. Ikat
dalam kain (jadikan bunjut) kayu manis dan bunga cengkis serta rempah barat “mix herb”.
Didihkan larutan air ini selama 5 minit. Masukan hirisan lemon dalam larutan yg telah mendidih.
6. Tuang larutan yang telah sediakan ke atas kulit tembikai yang telah rebus dan simpan dalam
sebuah bekas. Simpan bekas itu dalam peti sejuk selama semalaman.
7. Hari esok, keluarkan bekas kulit tembikai itu dan masukkan dalam periok untuk didihkan air
larutan + kulit tembikai. Bila larutan ini mula mendidih, kecilkan api dapur dan masak selama 1
jam lagi. Selepas sejuk masukkan dalam botol kaca dalam peti sejuk bahagian dingin….utk
menjamu selera…selamat mencuba yea.

You might also like