Sinopsis Proposal PHD

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Objektif Kajian

Berdasarkan perbincangan penyataan masalah dan latar belakang kajian, maka

kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif yang berikut:

i. Mengenal pasti kaedah-kaedah hafazan yang diamalkan dari perspektif

guru dan pelajar tahfiz tigkatan 4 di SMK Agama Kedah.

ii. Mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan kaedah-

kaedah hafazan oleh pelajar tahfiz tingkatan 4.

iii. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah

hafazan untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Hifz al-Quran

pelajar tahfiz tingkatan 4.

1.1 Soalan kajian

i. Apakah kaedah-kaedah hafazan yang diamalkan dari perspektif guru

dan pelajar tahfiz tingkatan 4, SMK Agama Kedah.

ii. Apakah permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan kaedah-kaedah

hafazan oleh pelajar tahfiz tingkatan 4, SMK Agama Kedah.

iii. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah

hafazan untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Hifz al-Quran


1.2 Kerangka Konseptual Kajian

Teori pengajaran dan pembelajaran yang diperkenalkan oleh al-Qabisi (1955) telah

diubahsuai untuk dijadikan kerangka konseptual kajian ini. Rangka kerja kurikulum

al-Qabisi bermatlamat matrifat ad-din dan memberi pengertian memahami ad-din

dan pembentukan akhlak manusia.

Objektif utama di dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz yang telah ditegaskan

oleh beliau ialah hifz (hafaz), waiy (kefahaman), dan istirja (membaca semula).

Manakala dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) tahfiz al-Qabisi

(1955) telah menggunakan kaedah talqin(mengajar), tikrar(latih tubi), al-

mail(cintakan al-Quran) dan al-fahm(kefahaman).Beliau juga menyarankan agar

teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran tahfiz ialah teknik

menggunakan pancaindera antaranya mendengar, melihat, membaca, dan

menulis(al-Qabisi, 1955).

Rajah 1.0 adalah rajah kerangka konseptual kajian yang nunjukkan empat pemboleh

ubah penting iaitu kaedah pengajaran guru, kaedah pembelajaran murid,

permasalahan perlaksanaan dan faktor-faktor yang mempengaruhi kaedah hafazan.


KAEDAH PENGAJARAN TAHFIZ (GURU)
Interpretasi amalan pengajaran guru
(Al-Qabisi, 1955)

KAEDAH PEMBELAJARAN TAHFIZ (PELAJAR)

1. Al-Maail (Cintakan)
2. Isma' (Mendengar) FAKTOR-FAKTOR YANG
3. Unzur (Melihat )
MEMPENGARUHI
4. Iqra’(Membaca)
5. Talaqqi KEBERKESANAN KAEDAH
6. Talqin (Mengajar)
7. Musyafahah
8. Tikrar
9. Tasmi’
PERMASALAHAN
10.Fiqh ayat(Al-Fahm)
11.Tahriri (Menulis) PERLAKSANAAN KAEDAH
12.Tikrar(Latih tubi)
13.Tadarus
14.Tarkiz
15.Muraja’ah
16.Semaan Al-Quran
17.Tashil
18.Tafaqqud
19.Tarsikh
20.Bacaan dalam solat
21.Penggunaan satu mushaf
22.Teknologi AL-Quran

Rajah 1.0 : Kerangka konseptual kajian

Dalam aspek amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) Hifz al-Quran, ia

terbentuk daripada tiga teknik asas iaitu Isma’, Talaqqi dan Tasmi’. Ketiga-tiga

teknik asas ini berkembang kepada teknik-teknik yang lebih khusus yang telah
digambarkan dalam rajah 1.1. Teknik-teknik dan amalan pengajaran ini adalah yang

sering dilaksanakan di kebanyakan maahad tahfiz di Malaysia.


Sinopsis Kajian

Hifz al-Quran merupakan salah satu mata pelajaran dalam kurikulum


bersepadu Tahfiz,Kementerian Pendidikan Malaysia. Namun amalan pengajaran dan
pembelajaran(PdPC) Hifz al-Quran secara konvensional dilihat kurang berkesan dan
tidak memotivasikan pelajar untuk belajar. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk
membangunkan aplikasi hafazan al-Quran menggunakan perisian Adobe Flash CS6
(3.0) yang dinamakan Aplikasi Smart al-Quran Memorization (SmART Al-Q). Justeru
itu kajian ini juga untuk mengenal pasti keperluan pelaksanaan Aplikasi SmART Al-Q
dalam PdPC Hifz al-Quran disekolah Ulul Albab di Malaysia. Selain itu aplikasi ini juga
berpotensi sebagai bahan bantu belajar berteknologi untuk meningkatkan
keberkesanan PdPC Hifz al-Quran di sekolah ulul albab KPM khususnya dan
masyarakat awam amnya. Selain itu, aplikasi ini juga boleh memotivasikan pelajar
untuk belajar kerana remaja masa kini lebih cenderung menggunakan teknologi
dalam kehidupan seharian, selain menyokong perkembangan revolusi industri
4.0(IR4.0). Kajian ini menggunakan kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan
(DDR) untuk membangunkan aplikasi SmART AL_Q. Kaedah DDR melibatkan tiga
fasa iaitu fasa analisis keperluan, fasa reka bentuk dan pembangunan dan fasa
penilaian.Kajian ini mengaplikasikan pendekatan gabungan (mix methods) dalam
pengumpulan data dan analisis kajian. Data kuantitatif dianalisis menggunakan
perisian SPSS versi 26.0 melalui analisa Korelasi Pearson dan kaedah Regresi Linear
Mudah. Data kualitatif dianalisis menerusi kajian lapangan iaitu temu bual. Kajian ini
menggunakan Model ADDIE dan teori pengajaran al-Qabisi sebagai kerangka teori
dan kerangka konseptual. Implikasi kajian ini ialah satu aplikasi telefon pintar
dapat dihasilkan sebagai bahan bantu belajar untuk meningkatkan keberkesanan
proses PdPC Hifz al-Quran yang dapat digunakan disekolah ulul albab Kementerian
Pendidikan Malaysia di seluruh Malaysia.
This study aims to develop the interactive Educational Workplace Thinking Styles and Problem

Solving Stimulator (EduwT@ps). The proposed development will stimulate thinking and problem-

solving skills among education students, enhancing graduate employability. It is based on the ADDIE

model, using Adobe Flash CS6 and Flipbook Professional software, to stimulate thinking and

problem-solving skills in accordance with Sternberg's 13 Mental Self-Government theory. Case-

based learning simulates real-life workplaces (educational institutions), based on Clyde Freeman

Herreid’s 11 rules. The ten created cases were divided into five categories of workplace problems.

The 10 cases were evaluated, with seven information technology and academic experts. This study

involved mixed method data collection. The quantitative data indicated that the average measure

for Intra-class Correlation Coefficient was .875 with a 95% confidence interval from .603 to .991 (F(3,

81) = 8.559, p < .000). The qualitative data showed near-perfect agreement among the experts. In

short, the development of this application can expose some education students to actual workplace

situations, and simultaneously stimulate their thinking and problem

You might also like