Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Webinar ICIEd 2020: International Conference on Islamic

Education 21st – 22nd December 2020 | eISBN 978-967-14229-7-7

Pelaksanaan Kaedah Hifz Al-Quran Kajian Kes di SMKA


Kedah Tahfiz Model Ulul Albab
Ismail Salleh
Universiti Utara Malaysia
ismail821621@gmail.com

ABSTRACT
The level of mastery of teaching methods of memorization by teachers and the level
of mastery of methods of memorization by student become the main issue of this
research. This study is aimed to identify the implementation method of teaching &
learning (PdPC) hifz al-Quran in SMK Agama Kedah: Tahfiz Model Ulul al-Bab
(TMUA). The research was undertaken to achieve three objectives; to identify
method of teaching & learning, to identify problems arising from the implementation
of memorization method and the factors that influence the effectiveness of
memorization method. Throughout this study, the researcher use theoretical teaching
of al-Qabisi as basic framework on the concept of learning using senses such as
hearing, seeing, reading and writing. This study applied the qualitative approach in
the process of data collection and data analysis. The current study employed field
work and research literature. The field study collecting data that consists comprised
observation and interview. It selected its samples by using simple random sampling
involving a total of five high performing student and five low performing students in
the subject of hifz al-Quran exam. In addition a specialist experienced teachers
acted as samples from fifty tahfiz teachers. The findings show that the method of
listening, talaqi, memorising and tasmi ' as the basic method that should be used as
a teaching module of tahfiz learning. This method is called the DTHT method.The
main problem in the implementation of this method is most of the low performing
student inconsistently use this method. While the main factors that influence the
effectiveness of the method is less monitoring of school management and existing
elements are not transparent in managing the interview of student intake. The lack of
learning infrastructure has added to the success rate of the programme.

Keywords: The implementation; method of hifz al-Quran;

ABSTRAK
Tahap penguasaan amalan pengajaran guru dan kaedah pembelajaran hafazan oleh
pelajar merupakan isu utama kajian. Kajian yang dilaksanakan adalah untuk
mencapai tiga objektif iaitu mengenalpasti kaedah pengajaran & pembelajaran hifz
al-Quran pelajar tingkatan empat SMK Agama Kedah, mengenalpasti permasalahan
yang timbul dalam pelaksanaan kaedah hafazan dan faktor-faktor yang
mempengaruhi keberkesanan kaedah hafazan. Dalam kajian ini penyelidik
menggunakan teori pengajaran al-Qabisi(1955) sebagai kerangka asas konsep dalam
penyelidikan iaitu berdasarkan pembelajaran menggunakan pancaindera seperti
mendengar, melihat, membaca dan menulis. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan
kualitatif dalam proses pengumpulan data dan menganalisis data kajian. Kajian yang
dilakukan adalah kajian perpustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan terdiri
daripada pemerhatian dan temubual. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan seramai lima orang pelajar yang
berpencapaian tinggi dan lima orang pelajar berpencapaian rendah dalam subjek hifz
al-Quran dan dua orang guru pakar subjek berpengalaman daripada lima puluh orang
139
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

guru tahfiz. Dapatan kajian menunjukkan kaedah dengar, talaqi, hafaz dan tasmi’
merupakan kaedah asas yang patut dijadikan satu modul pengajaran tahfiz. Kaedah
ini dipanggil kaedah DTHT. Masalah utama dalam pelaksanaan kaedah hafazan ialah
kebanyakkan pelajar berpencapaian rendah tidak konsisten dalam melaksanakannya
sementara faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah ialah kekerapan
pemantauan daripada pengurusan sekolah, wujud unsur tidak telus dalam urusan
temuduga pengambilan pelajar dan kekurangan prasarana pembelajaran.

Kata kunci: Pelaksanaan, Kaedah Hifz Al-Quran.

1. Pendahuluan

Al-Quran merupakan kalam Allah yang bermukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad
S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril ‘a.s dalam bentuk tujuh huruf secara lafaz dan makna
yang dihafaz dan ditulis dalam mushaf uthmani dan dinaqalkan secara mutawatir, membacanya
dikira ibadat justeru dimulai dengan surah al-fatihah dan disudahi dengan surah an-nas. Allah
memerintahkan untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia. Al-Quran berperanan sebagai
sumber kekuatan umat Islam dan Rasulullah S.A.W sebagai pembawa rahmat dan petunjuk
sepanjang zaman. Al-Quran adalah mukjizat yang diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W
untuk membina akidah, keimanan, ketauhidan, syariah dan membina kekuatan ummah sejagat
melalui pendidikan al-Quran(Ahmad Shalaby, 1978).

Rasulullah diiktiraf sebagai Sayyidul Huffaz yang merintis bidang tahfiz al-Quran kerana
terlibat dengan proses talaqqi musyafahah terus daripada malaikat Jibril ‘a.s (All-Shabuni (1980)
menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W sangat komited menghafaz al-Quran sehingga kedua-dua
kakinya bengkak disebabkan banyak melakukan qiamullail dengan membaca al-Quran di dalam
solat sepanjang malam sepertimana firman Allah S.W.T dalam Surah al-Muzammil ayat 1-4: yang
bermaksud:
“Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah untuk bersembahyang di
malam hari, kecuali sedikit(daripadanya),(iaitu) seperdua atau kurangilah dari
seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran itu dengan
perlahan-lahan”.
(Al-Muzammil:1-4)

Usaha menghidupkan institusi pengajian berteraskan hafazan al-Quran ialah satu usaha
murni untuk mengelakkan terputusnya kemutawatiran al-Quran dan berkurangnya para hafiz al-
Quran bagi mengekang penyelewengan dan pemalsuan kitab suci al-Quran (Al-Sayuti 1987). Allah
S.W.T telah menganugerahkan pahala yang berlipat kali ganda kepada penghafaz al-Quran di atas
kesibukan mereka membaca al-Quran sepertimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:
“Tuhan berfirman,’Sesiapa yang sibukkan oleh al-Quran dan mengingatiku
berbanding meminta kepada aku, aku akan berikan kepadanya sesuatu yang terbaik
yang aku berikan kepada orang yang meminta. Kelebihan kalamullah ke atas semua
kalam adalah ibarat kelebihan Allah S.W.T ke atas semua ciptaannya”.

2. Penyataan Masalah
Dalam pembelajaran tahfiz, pelajar memerlukan kaedah dan strategi yang tersusun untuk
menghafaz al-Quran. Tanpa kemahiran, kaedah dan strategi tentu pelajar sukar untuk menghafaz
dan mengingati ayat-ayat al-Quran. Penguasaan kaedah menghafaz al-Quran yang lemah dari
perspektif guru dan pelajar adalah merupakan factor utama pelajar tidak menghabiskan sukatan

140
Webinar ICIEd 2020: International Conference on Islamic
Education 21st – 22nd December 2020 | eISBN 978-967-14229-7-7

hafazan yang ditetapkan di sekolah yang menjalankan kurikulum bersepadu tahfiz. Selain itu
peratusan gred “A” untuk peperiksaan subjek Hifz al-Quran juga menurun. Antara kelemahan yang
lain ialah strategi belajar, keluarga, kaedah dan motivasi dalam pembelajaran adalah menjadikan
pencapaian hafazan lemah serta tidak mencapai target yang telah ditetapka( Misnan & Ahmad
Sadadi, 2003; Azmil, 2010)

Jadual dibawah adalah dapatan data pencapaian Peperiksaan Kendalian Sekolah 1(PKS1),
Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun bagi mata pelajaran Hifz al-Quran
pelajar Tahfiz Model Ulul al-Bab(TMUA) tingkatan 4 di SMK Agama Kedah bagi tahun 2018.

3. Pencapaian Subjek Hifz Al-Quran Tingkatan 4, 2019

Peperiksaan Peperiksaan
PKS 1
Pertengahan tahun Akhir Tahun
85%Mendapat 80% Mendapat gred 70% Mendapat
gred”A” “A” gred”A”
Sumber:Unit Data Peperiksaan, Tahfiz Model Ulul al-Bab (TMUA), SMKA Kedah.

Berdasarkan jadual di atas, menunjukan data perbandingan pencapaian subjek Hifz al-Quran
tingkatan 4, 2018. Hasil pemerhatian berlaku kemerosotan sebanyak 5% dari Peperiksaan
Kendalian Sekolah 1(PKS1) ke Peperiksaan Pertengahan Tahun.

Keadaan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak khususnya guru-guru, Ibu-bapa,


Jabatan Pendidikan Negeri dan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia
sekiranya langkah drastik tidak ditangani dengan segera. Masalah ini akan menimbulkan persoalan
apakah amalan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) yang diamalkan oleh guru serta kaedah
pembelajaran hafazan al-Quran yang diamalkan oleh pelajar tingkatan 4,SMK Agama Kedah.

4. Objektif Kajian

Berdasarkan perbincangan penyataan masalah dan latar belakang kajian, maka kajian ini dijalankan
untuk mencapai objektif yang berikut:
Mengenal pasti kaedah-kaedah hafazan yang diamalkan dari perspektif guru dan pelajar tahfiz
tigkatan 4 di SMK Agama Kedah.
Mengenal pasti permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan kaedah-kaedah hafazan oleh
pelajar tahfiz tingkatan 4.
Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah hafazan untuk
meningkatkan pencapaian mata pelajaran Hifz al-Quran pelajar tahfiz tingkatan 4.

Persoalan Kajian

Apakah kaedah-kaedah hafazan yang diamalkan dari perspektif guru dan pelajar tahfiz
tingkatan 4, SMK Agama Kedah
Apakah permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan kaedah-kaedah Hifz pelajar
tingkatan 4, SMKA Kedah.
Apakah faktor yang mempengaruhi keberkesanan kaedah hafazan untuk meningkatkan
pencapaian Hifz al-Quran.

141
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

6. Kajian Literatur

Kaedah pembelajaran tahfiz telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W iaitu ketika
baginda menerima wahyu yang pertama. Malaikat Jibril memerintahkan Nabi Muhammad
membaca dan mengulang bacaan sebanyak tiga kali seterusnya dihafaz oleh Nabi Muhammad
S.A.W secara sedikit demi sedikit. Seterusnya Rasulullah S.A.W. mengajar al-Quran itu kepada
para sahabatnya juga menerusi hafazan. Proses turunnya al-Quran adalah secara berperingkat-
peringkat, sedikit demi sedikit. Tentunya hal ini dapat membantu dan memudahkan Rasulullah
S.A.W. untuk menyampaikannya kepada para sahabat, yang kemudiannya menghafaz dan
memahami isi kandungannya. Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja menyampaikan al-Quran
kepada sahabat untuk sekadar boleh dibaca tetapi juga untuk dihafaz dan difahami inti patinya
(Murihah, Arief Salleh & Mohd Faeez, 2005)

Kebiasaan tidak terburu-buru ini dikekalkan sehinggalah menjadi salah satu kaedah atau
manhaj di dalam menghafaz al-Quran (Abu Najihat al-Hafiz, 2001). Penyampaian al-Quran secara
sedikit demi sedikit telah dipraktikkan oleh Jibrail A.S. kepada Rasulullah S.A.W. Caranya dengan
memperdengarkan bacaannya lalu diikuti oleh sahabat sebelum menghafaznya. Selain dari itu,
baginda juga menyuruh beberapa orang sahabatnya yang pandai agar menulis ayat-ayat suci al-
Quran yang hendak dihafaz di atas kepingan batu-batu, tulang-tulang dan pelepah tamar.
Ismail Awang (1987) juga menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W. mengajarkan al-Quran kepada
sahabat dengan cara ‘musyafahah’ dan ‘taqlidi’ iaitu dengan membaca antara dua hingga sepuluh
ayat menurut ayat-ayat yang diturunkan.

Berdasarkan kajian yang pernah dijalankan, antara faktor kelemahan pencapaian murid
dalam hafazan adalah disebabkan murid tidak mempelbagaikan kaedah hafazan dan
berkemungkinan disebabkan kurangnya pendedahan daripada guru tahfiz di sekolah. Malah ada
yang menyatakan pencapaian hafazan yang agak rendah turut berpunca daripada sikap guru tahfiz
yang masih menggunakan kaedah tradisional dalam membantu murid menghafaz ayat al-Quran
(Azmil, Ab Halim, Misnan & Mohd Aderi, 2014).

Dalam berhadapan murid generasi Y dan Z, pembelajaran tanpa penggunaan teknologi


adakalanya sangat mudah mengundang kebosanan murid lalu menjejaskan tumpuan terhadap
pembelajaran. Terdapat banyak kaedah hafazan yang dicadangkan oleh ulama,sarjana dan pengkaji
termasuk penghafaz al-Quran itu sendiri. Sebagai contoh, al-Qabisi mengusulkan secara jelas dan
terperinci kaedah hafazan yang boleh diikuti oleh penghafaz al-Quran (Al-Na'miy, 1994). Al-Qabisi
menekankan banyak aspek berkaitan pengajaran dan pembelajaran al-Quran khasnya dalam konteks
hafazan al-Quran. Malah apa yang dikemukakan oleh al-Qabisi bersifat holistik kerana meliputi
aspek matlamat sehingga aspek pernilaian pegajaran. Aspek matlamat menghafaz al-Quran
ditekankan iaitu untuk mengenal agama atau disebut sebagai makrifatuddin dan membentuk akhlak.
Ini bolih dikaitkan dengan niat mengikuti pembelajaran tahfiz iaitu bukansemata-mata dikenali
sebagai penghafaz al-Quran atau al-hafiz dan al-hafizah tetapi pembelajaran tahfiz untuk
memahami agama dan melahirkan individu yang berakhlak. Seterusnya ditekankan aspek objektif
iaitu matlamat jangka pendek. Objektif yang ditentukan oleh al-Qabisi meliputi tiga pekara penting
iaitu hifz(hafazan),wai’y(kefahaman) dan istirja’(membaca semula

7. Metodologi Kajian
Secara keseluruhannya, kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif dalam proses
pengumpulan data dan menganalisis data kajian. Kajian kualitatif ialah kajian yang menekankan
kepada penghasilan makna untuk memahami fenomena sosial dengan mengambil kira perkara-

142
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

perkara yang tidak disentuh oleh kajian kuantitatif, seperti pandangan dan keanehan seseorang,
akibat yang dirancang dan yang tidak dirancang.

Selain itu kajian kualitatif menggunakan pendekatan yang semulajadi atau natural untuk
memahami suatu fenomena dalam konteks yang khusus. Ini bermakna kajian kualitatif bertujuan
memahami keadaan sebenar fenomena dan konteks kajian tanpa memanipulasi apa-apa situasi
sebenar. Dari segi pengutipan data dan penjanaan teori, kajian kualitatif banyak menggunakan
kaedah interaksi bersemuka dengan subjek kajian dan pendekatan induktif untuk menjana teori.
Rekabentuk kajian ditentukan pada peringkat peringkat awal kajian dijalankan. Selain itu kajian
kualitatif menggunakan sampel yang kecil, mengutip data secara terfokus dan mendalam serta
membuat analisis secara penghuraian (Zickmund, 2009).

Kajian kualitatif dipilih dalam menjalankan kajian ini adalah kerana ia dapat memberi
makna dalam memahami fenomena sosial. Ini dapat membantu melancarkan perjalanan pengkajian
untuk memperolehi maklumat dari responden. Kajian kualitatif bersesuaian dengan tajuk kajian
kerana ia merupakan suatu permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru dan pelajar tahfiz
terutamanya pelajar tahfiz model Ulul Albab iaitu untuk mengenalpasti kaedah perlaksanaan
hafazan di kalangan pelajar TMUA.

Disamping itu kajian kualitatif dapat memberi jawapan kepada persoalan kajian iaitu untuk
mengenalpasti kaedah hafazan yang diamalkan dari segi perspektif guru dan pelajar TMUA. Justeru
itu kaedah kualitatif juga dapat mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam perlaksanaan
kaedah hafazan di SMKA Kedah yang melaksanakan sistem tahfiz dan akademik. Jika dahulunya
dikatakan bahawa jika tahfiz dan akademik diadunkan bersama akan memberi bebanan kepada para
pelajar tahfiz. Data kualitatif diperolehi daripada temu bual yang dilaksanakan terhadap guru dan
pelajar tahfiz tingkatan 4, SMKA Kedah. Pengurusan data kualitatif akan menjimatkan masa dan
kos penyelidikan.

Populasi, Sampel dan Kaedah Persempelan


Populasi kajian ini adalah terdiri daripada tiga orang guru berpengalaman daripada 50 orang guru
tahfiz dan semua pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Sampel
kajian yang digunakan dalam pengumpulan data bagi kajian kualitatif ini ialah berbentuk
persampelan bukan kebarangkalian. Kajian ini menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.
Sampel jenis ini dipilih berasaskan kepada subjek kajian yang mudah diperolehi untuk kajian
tertentu. Kajian ini memilih 2 orang guru daripada 50 orang guru tahfiz model Ulul al-bab serta 10
orang pelajar tingkatan empat yang dipilih secara rawak dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Kedah sebagai subjek kajian.

Justifikasi pemilihan pelajar tingkatan empat untuk menyertai kajian ini dilakukan
berdasarkan hakikat bahawa secara umumnya mereka telah melepasi tahap kematangan bagi
memikul tanggungjawab syariat) Abd Halim Tamuri, 2004). Tempoh selama empat tahun
mematangkan pelajar justeru pengalaman menghafaz yang ditempuhi oleh mereka. Bahkan juga itu
penyelidik sendiri adalah tenaga pengajar pelajar tingkatan empat.

Instrumen Kajian
Kajian yang dilakukan adalah kajian lapangan dan kajian perpustakaan. Kajian lapangan terdiri
daripada:

143
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

Pemerhatian
Penyelidik telah menjalankan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.
Pemerhatian dilakukan ke atas tingkah laku, objek atau peristiwa. Ia dijalankan bagi mendapat
gambaran sebenar atau secara langsung ke atas perkara-perkara tersebut. Beberapa persediaan awal
perlu dilakukan sebelum pemerhatian sebenar dilakukan (Cresswell, 2008).

Kaedah Pemerhatian
Kaedah observasi merupakan sumber lain dalam kajian kualitatif. Kaedah observasi atau
pemerhatian ialah satu cara mengumpulkan data tanpa melibatkan komunikasi secara langsung
dengan informan. Penyelidik telah memilih untuk melakukan pemerhatian tidak berstruktur atau
secara natural. Ia merupakan pemerhatian bebas yang lazimnya digunakan untuk memerhati semua
aspek yang dianggap sama penting.

Pemerhatian tidak berstruktur atau secara natural bertujuan supaya peserta kajian dapat
menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa dan tidak perlu berlakon atau berpura-pura apabila
didatangi oleh penyelidik. Kaedah pemerhatian dipilih bagi mendapatkan maklumat yang lebih
terperinci setelah kaedah lain digunakan. Ini selaras dengan pandangan Azizi(2007) bahawa
pemerhatian merupakan salah satu daripada beberapa teknik yang ada bagi mendapatkan maklumat
berkaitan kepercayaan, sikap dan motivasi. Dalam pemerhatian, penyelidik seharusnya mengelak
daripada berlakunya bias kerana tafsiran sendiri dan keduanya mengelak daripada fenomena
Hawthorne Effect iaitu perubahan tingkah laku seseorang atau kumpulan yang diperhati tidak
natural kerana mereka sedar diperhatikan.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah pemerhatian tidak berstruktur atau secara
natural. Penyelidik memerhatikan tingkah laku pelajar dalam menghafaz al-Quran di sekitar
kawasan kajian. Dalam kajian ini, penyelidik merekodkan pemerhatian dalam buku log yang
digunakan sepanjang pemerhatian dijalankan. Pemerhatian ini memberikan maklumat yang
diperlukan mengenai pengetahuan tentang pelaksanaan kaedah hifz al-Quran yang digunakan oleh
para pelajar dalam proses PdPC hifz al-Quran berlangsung.

Kesimpulannya, penyelidik berpendapat kedua-dua kaedah ini adalah bersesuaian dengan


penyelidikan yang dijalankan. Miles dan Huberman(1984) menyatakan bahawa data yang diperoleh
daripada temubual dengan responden dan pemerhatian yang dijalankan dalam suasana semulajadi
akan memberikan data berbentuk deskirptif yang tepat. Temubual dapat meneroka pandangan
individu secara mendalam serta subjek kajian bebas mengeluarkan pandangan. Pemerhatian pula
dapat mengesahkan lagi sebarang amalan dan bentuk tingkah laku peserta kajian (Shulman, 1986).

Temubual
Penyelidik telah menggunakan metodologi temubual bagi mendapatkan data dan maklumat secara
langsung dan lebih mendalam mengenai sesuatu isu dalam penyelidikan. Ia dilakukan dengan
mereka yang sangat signifikan dengan kajian. Menurut Othman (2005) kaedah temubual terbahagi
kepada tiga iaitu temubual berstruktur, temubual semi berstruktur dan temubual tidak berstruktur.
Bagi kajian ini penyelidik memilih kaedah temubual semi berstruktur. Dalam temubual jenis ini,
penemubual dan responden adalah terlibat dalam satu bentuk temu bual yang formal (Cohen &
Crabtree, 2006).
Menurut Merriem (1998) temubual semi berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini
membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Dengan
menggunakan kaedah ini, penyelidik masih mempunyai ruang untuk mengubah gaya persoalan dan
turutan soalan bergantung kepada reaksi responden dan persepsi penemubual. Penyelidik juga

144
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

mempunyai kebebasan untuk menambah atau menolak soalan mengikut keperluan. Menurut
Robson(2002) penemubual juga boleh mengabaikan soalan yang tidak dirasakan sesuai atau
menambah soalan mengikut keperluan.

Bagi memastikan temubual betul-betul memberikan input yang baik, penemubual hendaklah
memilih keadaan temubual sama ada dari aspek masa atau lokasi yang sesuai (Mohd Najib, 1999).
Selain itu penemubual mestilah membawa penampilan diri dengan baik serta demeanor, iaitu
kehadirannya dapat diterima secara natural oleh responden. Penemubual juga perlu mempunyai
kemahiran melakukan acahan (probing) bagi mendapat maklumat atau keyakinan yang lebih dari
responden terhadap respon yang diberikan. Tiga pendekatan temubual boleh dilakukan iaitu,
temubual bersemuka, temubual melalui telefon atau perbincangan secara berkumpulan (group
discussion) yang terdiri daripada 8-10 peserta.

Kajian Perpustakaan
Sebelum penyelidik melakukan kajian lapangan, penyelidik akan melakukan kajian perpustakaan
terlebih dahulu. Kajian perpustakaan bertujuan untuk mengkaji kajian-kajian yang telah dilakukan
oleh penyelidik-penyelidik lain berkaitan kaedah hafazan al-Quran. Dalam kes ini, penyelidik akan
mengkaji dan menganalisis buku-buku, jurnal, artikel dan pelbagai jenis sumber literature yang lain
dan berkaitan dengan kajian penyelidik.

Dalam mendapatkan data kajian perpustakaan, penyelidik menggunakan perkhidmatan di


Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok Kedah, Arkib Negeri
Kedah, Perpustakaan Awam Negeri Kedah, Jalan Kolam Air, Alor Setar dan Perpustakaan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Kedah, yang terdiri dari buku-buku ilmiah, artikel, jurnal dan
sebagainya.

8. Dapatan Kajian

Didapati kebanyakkan responden memberikan beberapa kaedah yang sudah lama dipakai oleh
pendidikan tahfiz oleh sekolah / maahad tahfiz swasta yang lain iaitu menghafaz mengikut juzuk
dengan memperdengarkan hafazan baru (tasmi’). Responden (RP1, RP2, RP3, RP4, RP5, RP6,
RP9, RP11, RP15, RP19, RP21, RP29, RP30, RP31) turut menyatakan kaedah yang digunakan
merupakan kaedah zaman berzaman dalam penghafazan al-Quran. Mereka menyatakan lagi
bahawa:
“kaedah yang digunakan ini sudah menjadi kebiasaan di pusat-pusat tahfiz lain
selain kerajaan. Selain talaqqi musyafahah di hadapan guru, kaedah ini amat
mudah dan praktikal berbanding kaedah lain”.

Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa responden (RP12, RP15, RP16, RP18, RP20,
RP21, RP25, RP35) menggunakan kaedah hafazan dengan gemar menggunakan kaedah hafazan
biasa dan buku tulisan ayat (tahriri) sebagai alternatif untuk menghafaz. Mereka menyatakan
bahawa,
“kaedah menulis(tahriri) hafazan baru lebih praktikal dalam proses menghafaz dan
mengingat al-Quran. Ini kerana kita dapat mengingat apa yang telah kita tulis dan
lakarkan berbanding menghafaz biasa tanpa menulis ayat.”
Responden (RP35, RP36, RP37, RP38, RP39) pula meletakkan kaedah menghafaz al-Quran
melalui hafazan menggunakan tafsir al-Quran. Melalui kaedah ini, para pelajar akan cuba
mengingati makna ayat al-Quran terlebih dahulu sebelum menghafaz atau mengingati tafsir
disamping menghafaz ayat al-Quran. Mereka menyatakan,

145
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

“ayat al-Quran akan lebih mudah jika dihafaz dengan melalui tafsiran ayat terlebih
dahulu. Penting bagi para pelajar menghafaz ayat dan memahami maksud terlebih
dahulu. Penguasaan kosa kata dan kamus istilah bahasa arab perlu dikuatkan bagi
mengingati dan menafsir ayat al-Quran.”

Seterusnya, kajian ini mendapati bahawa responden (RP12, RP15, RP16, RP18, RP20,
RP21, RP25, RP35) menggunakan kaedah hafazan dengan mendengar bacaan syeikh-syeikh
melalui pemain audio dan telefon pintar mereka. Mereka menyatakan bahawa:,
“Saya mendengar ayat quran dan menjadikan amalan semasa waktu lapang. Saya
selalu dengar bacaan dalam kereta. Secara tidak langsung proses hafazan saya
menjadi mudah disebabkan saya selalu mendengar ayat-ayat tersebut sebelum
menghafaz”

Responden (RP42, RP43, RP44, RP45, RP46, RP47) menggunakan kaedah yang berlainan
terus dari kaedah pertama dan kedua. Mereka menggunakan kaedah menghafaz dari ayat ke ayat.
Turut dinyatakan mereka,
“kaedah ini walaupun susah dalam penghafazan tetapi menjadikan kami mudah
dalam pengulangan ayat al-Quran nanti”.

Responden (RP40, RP41) pula menggunakan kaedah sasaran bilangan ayat yang hendak
dihafaz. Mereka menyatakan,
“pelajar akan berusaha menghafaz al-Quran jika guru sudah menetapkan sasaran
bilangan ayat yang hendak dihafaz seharian. Ini memudahkan guru meletakkan
target kepada para pelajar yang susah untuk menghafaz.”

Responden terakhir (RP48, RP49, RP50) pula menggunakan kaedah waktu khusus
menghafaz merupakan kaedah yang mudah untuk menghafaz mengikut juzuk. Mereka berpendapat,
“dalam sistem hafazan al-Quran pelajar perlu mencari waktu khusus untuk
menghafaz al-Quran iaitu selepas solat fardhu maghrib dan sebelum subuh”.

Manakala responden yang terdiri daripada guru, Responden Guru (RG) (RG1, RG2, RG3,
RG4, RG5, RG6, RG7, RG8, RG9, RG10, RG11, RG12, RG13, RG14, RG15) berpendapat
bahawa,
“menghafaz mengikut juzuk dengan memperdengarkan hafazan baru (tasmi’)
sememangnya sudah lama diamalkan sejak turunnya wahyu al-Quran pada
Rasulullah diikuti zaman sahabat dan tabi’in”. tambahan lagi, “kaedah menghafaz
mengikut juzuk lebih teratur dan diamalkan di kebanyakan pusat tahfiz dan mereka
telah melaluinya dahulu” (Abdul Khair, 2017).

Bagi responden seterusnya (RG16, RG17, RG18, RG19, RG20, RG21, RG22, RG23, RG24,
RG25) berpendapat kaedah menulis (tahriri) sangat berkesan untuk hafazan seterusnya dapat
mengekalkan ingatan kepada ayat al-Quran dalam jangka masa yang panjang. Perkara ini diakui
sendiri oleh responden dua orang tokoh agama (RT) iaitu Tuan Syeikh Kadri Abdul Hamid,
Pengetua IQDAR dan merupakan Hakim Hafazan Majlis Menghafaz al-Quran peringkat
kebangsaan yang sudah lama berada dalam bidang penghafazan al-Quran menyatakan:,
Dapatan Kajian Kaedah mengekalkan Hafazan ( hifz qadim)
Responden juga turut ditanya mengenai pengetahuan mereka dalam kaedah mengulang atau
murajaah hafazan mereka yang sedang diamalkan sehingga kini dalam menghafaz al-Quran
seharian. Besar kepentingannya apabila disamping menghafaz ayat al-Quran, para responden (tokoh

146
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

tahfiz, guru dan pelajar) ini dapat mengingati hafazan al-Quran yang telah lepas dan menjadi
tanggungjawab untuk mereka menjaga hafazan al-Quran tersebut sesuai dengan gelaran Huffaz
yang mereka miliki itu. Didapati kebanyakkan responden memberikan beberapa kaedah yang sudah
lama dipakai oleh mereka dan pengajian tahfiz di sekolah lain. Antara kaedah yang diguna pakai
oleh responden (RP) (RP1, RP2, RP3, RP4, RP5, RP6, RP7, RP8, RP9, RP10) ialah menggunakan
masa khusus untuk mengulang hafazan yang telah di atur sendiri oleh mereka. Mereka
menyatakan:,
“proses mengulang (murajaah) ini memerlukan masa yang tenang dan bebas rasa
mengantuk dan masa sibuk. Ini kerana konsentrasi atau tumpuan yang penuh perlu
dilakukan oleh pelajar untuk mengulang. Proses mengulang ini akan mengambil
masa lama dan sangat sukar dari menghafaz”.

Kaedah mengulang mengikut maqra’ juga diamalkan oleh beberapa responden yang
ditemubual. Antaranya responden (RP22, RP23, RP24, RP25, RP26, RP27, RP28) menyatakan
bahawa:,
“mengulang menggunakan kaedah mengikut maqra’ menyenangkan. Ini kerana al-
Quran telah ditandai dengan maqra’ itu sendiri.”.

Seterusnya responden (RP29, RP30, RP31, RP32, RP33, RP34, RP35) menjadikan kaedah
tasmi’ atau memperdengarkan bacaan kepada orang lain selain guru lebih fleksibel. Mereka
berpendapat bahawa:,
“memperdengarkan bacaan kepada orang lain selain guru dapat membetulkan
kesalahan bacaan seterusnya memudahkan urusan guru untuk mendengar bacaan
pelajar lain”.

Kaedah-kaedah lain dalam mengulang (murajaah) seperti mengulang hafazan mengikut


bilangan juzuk secara berkumpulan juga tidak dilupakan. Responden (RP36, RP37, RP38)
mengakui bahawa mengulang mengikut bilangan juzuk akan menjadikan seorang pelajar itu akan
terus kekal akan ingatan al-Quran yang telah dihafaz itu. Mereka menyatakan:,
“melalui mengulang al-Quran mengikut juzuk menjadikan pelajar lebih mudah dan
teratur mengingat ayat al-Quran. Jika diselang seli mungkin akan menyusahkan
kerana al-Quran mempunyai ayat-ayat Mutasyabihat (kesamaran) yang banyak.”
Responden (RP39, RP40) juga mengakui hal yang sama.

Seterusnya, ada responden (RP41, RP42, RP43, RP46, RP47, RP48, RP49, RP50) yang
melaksanakan mengulang al-Quran ketika solat dan membaca berulang kali bagi melancarkan
hafazan mereka. Mereka berpendapat:,
“mengulang al-Quran di dalam solat adalah lebih baik kerana di dalamnya
sahajalah masa yang kita ada. Ini kerana jika dicari masa lain untuk mengulang
mungkin tidak ada akan tetapi solat yang merupakan kewajipan ini perlu
dilaksanakan sebaiknya.

9. Perbincangan dan Rumusan

Banyak keputusan menarik diperolehi daripada kajian ini, dan kita boleh menjadikannya sebagai
satu modul ikutan untuk diselaraskan dalam kurikulum pengajian hafazan di sekolah-sekolah tahfiz
model Ulul Albab dan sekolah-sekolah tahfiz seluruh Malaysia. Beberapa keputusan kajian yang
penting digariskan seperti yang berikut: Antara sepuluh kaedah hafazan yang digunakan oleh
pelajar-pelajar sekolah tahfiz, terdapat tiga kaedah hafazan utama yang paling berkesan dalam
kaedah menghafaz yang digunakan oleh pelajar-pelajar tersebut. Kaedah-kaedah itu ialah:

147
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

Memperdengarkan hafazan baru (tasmi')


Menghafaz seperti biasa
Buku tulisan ayat (tahriri)

Ini bermakna kebanyakan pelajar sekolah tahfiz model Ulul Albab, Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kedah bersetuju dan bersependapat tentang kaedah hafazan yang berkesan
adalah melalui kaedah tasmi'. Fenomena ini berlaku adalah impak daripada penggunaan kaedah
pengajaran yang digunakan oleh guru-guru di sekolah tersebut. Begitu juga dengan kaedah
menghafaz menggunakan buku tulisan ayat, kaedah yang dianjurkan oleh pihak pentadbiran ini
akan memudahkan pelajar untuk menghafaz dengan lebih teratur dan sistematik. Selain
pembelajaran di dalam kelas kaedah menghafaz seperti biasa yang dipraktikkan oleh pelajar di luar
waktu pembelajaran adalah berkesan terhadap hafazan. Dapatan ini dibuktikan hasil daripada
jumlah ayat yang dihafaz oleh pelajar dalam sehari menggunakan ketiga-tiga kaedah di atas dan
menunjukkan bilangan juzuk yang telah dihafaz berada pada tahap yang tinggi.

Kajian ini mendapati bahawa kaedah-kaedah hafazan lain seperti menggunakan tafsir,
membaca berulang kali, menghafaz dari ayat ke ayat, kaedah mengulang dan kaedah membaca
kemudian menghafaz bukanlah kaedah yang signifikan bagi pelajar-pelajar sekolah tahfiz model
ululalbab ini untuk menghafaz. Ini bermakna pelajar-pelajar demikian lebih gemar menggunakan
ketiga-tiga kaedah di atas kerana boleh memahami dan boleh membuat adaptasi tentang
penggunaan kaedah hafazan yang berkesan untuk menghafaz. Begitu juga dengan kaedah
menghafaz pada waktu khusus dan sasaran bilangan ayat hafazan, kedua-dua kaedah ini amat jarang
digunakan untuk menghafaz mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran sekolah yang sedia ada.
Namun, tidak dinafikan kaedah-kaedah ini juga boleh digunakan untuk menghafaz tetapi tahap
keberkesanannya adalah rendah.

Secara keseluruhannya dalam penggunaan kaedah hafazan dan mengulang hafazan yang
betul, merupakan asas yang penting dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) kurikulum tahfiz
ini di sekolah-sekolah tahfiz model Ulul Albab ini.

Pelajar, ibu bapa, guru, kaunselor, masyarakat sekitar, para pegawai pendidikan dan yang
merancang kurikulum pendidikan merupakan golongan yang boleh memainkan peranan untuk
membantu pelajar-pelajar yang menceburi bidang hafazan ini ke tahap yang memberangsangkan. Di
bawah ini dinyatakan beberapa cadangan penting untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan
kaedah hafazan yang digunakan samaada oleh pelajar untuk menghafaz dan guru untuk mengajar
pelajar menghafaz. Saranan-saranan ini secara langsung menyentuh mengenai guru-guru sekolah
tahfiz model Ulul Albab, institut tahfiz al-Quran, ibubapa, masyarakat dan pihak kerajaan.
Antaranya:

Guru Tahfiz
Selaku pendidik utama pelajar untuk mendalami bidang hafazan, guru perlulah mempunyai ciri-ciri
yang baik serta mahir di dalam bidang hafazan. Mereka juga perlulah tegas dalam menjalankan
tugas serta prihatin terhadap keperluan pelajar. Mereka perlulah memahami kelemahan dan
kemampuan pelajar agar pelajar tidak berasa tertekan dengan tindakan yang diambil oleh guru
tersebut. Guru juga hendaklah menjaga hubungan baik dengan pelajar ibarat seperti ibu bapa dan
anak. Mereka perlulah mendidik pelajar dengan didikan yang sesuai sepertimana yang digariskan
dalam sisitem pendidikan Islam. Perbezaan umur dan jantina pelajar perlulah diambil kira dalam
menetapkan sesuatu perkara. Mereka juga melakukan peneguhan dengan memberikan imbuhan
kepada pelajar-pelajar yang menghafaz dengan cepat dan lancar.

148
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

Guru-guru tahfiz seharusnya memberi pendedahan kepada para pelajarnya mengenai metod-
metod penghafazan yang terkini dan lebih berkesan. Kebanyakan guru-guru tahfiz mengemukakan
metod-metod penghafazan berdasarkan pengalaman mereka semata-mata. Ini menyebabkan ramai
pelajar yang menemui jalan buntu ketika menghafaz kerana masih kabur dan tidak dapat mengikuti
teknik penghafazan yang diajarkan secara sempurna.

Guru tahfiz dapat meningkatkan lagi keberkesanan teknik menghafaz dan mengulang di
kalangan para pelajar melalui perbincangan dan perkongsian kaedah tersebut dengan para pelajar.
Ini kerana, terdapat segelintir pelajar yang menggunakan kaedah menghafaz dan mengulang yang
tersendiri. Dengan gabungan kedah-kaedah dari kedua-dua pihak ini, para pelajar akan dapat
meningkatkan lagi tahap ingatan mereka dalam hafazan al-Quran.

Sekolah
Dalam kajian ini didapati bahawa kaedah hafazan yang utama ialah tasmi', menghafaz seperti biasa
dan buku tulisan ayat. Oleh itu dicadangkan agar latihan dan bimbingan dari segi kemahiran
belajar, pengurusan masa dan perlaksanaan aktiviti yang bermanfaat sangat diperlukan dari
peringkat awal pelajar menceburi bidang hafazan ini. Selain itu dorongan dari semua pihak amat
penting bagi memastikan pelajar-pelajar ini dapat belajar dengan jayanya.

Pihak sekolah iaitu pihak pentadbir akan dapat meningkatkan tahap keberkesanan hafazan
jika mereka dapat memastikan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih mementingkan
pelajar dengan cara memastikan pengajaran dan aktiviti luar kelas yang dijalankan tidak
menimbulkan masalah kepada pelajar. Mereka juga perlulah mewujudkan persekitaran yang selesa
bagi memudahkan pelajar untuk menghafaz. Masa untuk menghafaz dan mengulang hafazan di
dalam kelas perlulah dipanjangkan dan mengurangkan subjek-subjek akademik memandangkan
tujuan utama penubuhan sekolah untuk melahirkan para hafiz dan hafizah. Pihak sekolah juga
dicadangkan agar memisahkan kelas antara lelaki dan perempuan untuk mengelakkan masalah
berkaitan dengan hafazan berlaku.

Pihak sekolah perlulah menetapkan bilangan murid untuk seorang guru untuk di tasmi'
serendah yang mungkin untuk memudahkan mereka mengawal pelajar-pelajar tersebut. Mereka
juga perlu menyusun peraturan sekolah dengan teratur agar sesuai dengan umur dan jantina serta
keperluan para pelajar. Lawatan-lawatan ke sekolah tahfiz yang lain juga perlu agar pelajar dapat
meningkatkan prestasi hafazan mereka dari masa ke semasa. Pihak sekolah juga perlu
mempelbagaikan program terutamanya yang berkaitan dengan hafazan seperti mewujudkan kelas IT
serta menggunakan beberapa teknologi terkini sebagai kemudahan untuk pelajar menghafaz.
Bilangan guru wanita perlulah disesuaikan dengan bilangan pelajar perempuan yang menuntut di
sekolah tersebut.

Bagi sekolah atau institusi tahfiz al-Quran yang mempunyai kurikulum tahfiz dan akademik
secara serentak, pembahagian masa di antara kedua-dua bidang tersebut perlu diberi perhatian oleh
pihak pentadbir. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang tidak pandai membahagikan masa
mereka secara berkesan.
Pihak pentadbir sekolah perlu menggalakkan dan menekankan penglibatan pelajar-pelajar
tahfiz mereka di dalam musabaqah hifz al-Quran sama ada di peringkat negeri mahupun
kebangsaan. Ia banyak membantu pelajar menguasai hafazan secara berkesan.

149
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

Ibu bapa
Ibu bapa selaku pendidik awal pelajar sejak dari kecil perlulah memberi dorongan dan bimbingan
yang padu pada anak mereka. Anak-anak juga boleh dilatih untuk menghafaz sejak mereka kecil
lagi. Ibu bapa juga perlu menjelaskan tujuan sebenar anak mereka dihantar ke sekolah agar
matlamat yang hendak dicapai melalui jalan yang betul dan diredhai Allah S.W.T. Mereka juga
perlulah prihatin terhadap keperluan anak-anak mereka yang menceburi bidang ini lebih-lebih lagi
ketika anak mereka pulang ke rumah.

Ibubapa harus mempunyai cita-cita untuk menjadikan salah seorang daripada anak-anak
seorang hafiz atau hafizah al-Quran kerana banyak kelebihan yang diperolehi sama ada didunia
mahupun di akhirat.

Pendidikan awal adalah penting bagi seseorang kanak-kanak dalam usaha menjadikan
mereka sebagai seorang hafiz al-Quran. Para ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mereka
supaya mengenali dan mencintai al-Quran sejak kecil lagi. Sebagai usaha mempercepatkan
tercapainya cita-cita ini, anak-anak mestilah diajar menghafaz al-Quran bermula dari umur lima
atau enam tahun lagi.

Masyarakat
Masyarakat seharusnya meletakkan darjat hafiz al-Quran di tempat yang sesuai dengan ketinggian
serta kemuliaan Kalam Allah S.W.T itu sendiri. Mereka mestilah menghormati dan menghargai
segala pengorbanan para hafiz semasa dalam proses menghafaz al-Quran dengan menghulurkan
bantuan dan sumbangan yang berpatutan.

Untuk melahirkan lebih ramai huffaz, masyarakat perlu berganding bahu dan bekerjasama
mengadakan kelas-kelas tahfiz al-Quran di mana-mana saja, sama ada individu ataupun
berkumpulan, dengan ini lahirlah huffaz dengan ramai.

Kerajaan
Para penggubal dasar di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga diharap dapat mengambil
kira kesan percampuran antara lelaki dan perempuan di dalam sesebuah sekolah sebelum membuat
sesuatu keputusan. Mereka juga perlu meneliti dan mengkaji semula sekolah-sekolah yang
mempunyai pembelajaran akademik yang banyak agar melebihkan masa pembelajaran dengan
subjek-subjek yang berkaitan dengan hafazan al-Quran. Selain itu, peruntukan untuk tahfiz model
Ulul Albab ini perlu ditambah untuk mewujudkan persekitaran yang harmonis dan sesuai untuk
menghafaz al-Quran. Pelajar-pelajar ini juga perlu diberi biasiswa dan elaun bulanan untuk
menggalakkan minat untuk menghafaz. Faktor persekitaran sekolah juga perlu diambil kira kerana
ia boleh mengganggu proses hafazan pelajar. Kementerian dan kerajaan negeri juga perlu duduk
semeja bagi mengenengahkan satu sistem pendidikan hafazan yang sistematik dan teratur seperti
penggunaan sistem penggal ataupun semester.

Kerajaan perlu mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan kepentingan para hafiz kerana
hak dan tanggungjawab mereka terhadap al-Quran adalah lebih besar ertinya dari dunia dan
seisinya. Majlis Perujian Tahfiz al-Quran peringkat kebangsaan yang dinjurkan oleh Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Majlis/ Jabatan Agama Islam Negeri yang
diadakan pada setiap tahun hendaklah disiarkan secara langsung oleh RTM. Ini akan menarik minat
para ibu bapa untuk mendorong anak-anak mereka menghafaz al-Quran.

150
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

Pelajar
Pelajar perlulah menyediakan diri selengkapnya sebelum menceburi bidang hafazan ini. Mereka
perlu memberi komitmen yang sepenuhnya ketika menghafaz serta menjaga adab-adab pemakanan
yang betul setiap hari. Pelajar dicadangkan agar sentiasa memakan makanan seperti kurma, kismis
dan madu untuk mempertingkatkan daya hafazan.

Istiqamah dalam mengulang serta keikhlasan ketika menghafaz adalah penting bagi
memastikan keberkesanan dalam hafazan. Pelajar juga boleh menghayati dan melaksanakan apa
yang terkandung dalam al-Quran agar terhindar daripada perilaku buruk yang memberi kesan
negatif terhadap hafazan seseorang.

10. Penutup

Pada keseluruhannya hasil kajian ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar tahfiz model Ulul Albab,
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, menggunakan kaedah hafazan yang majoritinya
kaedah tasmi', hafazan biasa dan buku tulisan ayat walaupun terdapat beberapa kaedah hafazan
yang lain. Sebagai remaja, pelajar-pelajar jurusan tahfiz ini juga sedikit sebanyak menghadapi
masalah perhubungan peribadi dan personaliti, masalah dalam interaksi sosial dan masalah yang
berkaitan dengan persahabatan seperti juga masalah-masalah yang dihadapi oleh remaja-remaja
lain. Demikian juga dengan kaedah hafazan yang lazim digunakan, didapati berbeza secara
signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Tahap pencapaian hafazan pelajar juga berbeza
secara signifikan mengikut umur dan bilangan tahun pengajian kerana kebanyakan pelajar yang
lebih lama menceburi bidang hafazan ini rata-rata akan mempunyai peningkatan bilangan juzuk
hafazan dari semasa ke semasa.

Sebagai kesimpulannya, pelajar-pelajar sekolah tahfiz ini bimbang dan prihatin tentang
kaedah-kaedah yang digunakan untuk menghafaz serta faktor-faktor persekitaran sama ada yang
membantu atau yang membantutkan proses hafazan mereka. Pelajar-pelajar ini sebenarnya adalah
golongan yang unik kerana mempelajari dua bidang ilmu iaitu agama (Hafazan al-Quran) dan
akademik dalam satu-satu masa yang sukar untuk dilakukan oleh sekolah-sekolah lain. Namun,
sekiranya pelajar-pelajar ini tidak dibentuk dan dibimbing dengan baik dengan kaedah-kaedah
tertentu dikhuatiri prestasi hafazan mereka akan terjejas.

11. Rujukan

Al-Quran Al-Karim
Abu, N. (1997). Al-Quran Mukjizat Yang Terbesar Nabi Muhammad S.A.W. Kuala Lumpur: Al-
Hidayah Publisher.
Ahmad, M. Y. (2000). Sejarah dan Kaedah Pendidikan al-Quran. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.

al-Bakri, Z. M. (2013). Hebatnya Kuasa Hafazan . Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.
Ali, R. M. (2018). Pengumpulan Data Kualitatif dalam penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Alwi, A. M. (2018). Pengaruh Pengajaran Dan Teknik Pembelajaran Tahfiz al-QuranTerhadap
Pencapaian Subjek Hifz al-Quran Sekolah Menengah Tahfiz. Sintok: Awang Had Salleh,
Universiti Utara Malaysia.
Azmil Hashim, Ab. Halim Tamuri. (2012). Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz
Al-Qura di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 4(2), 1-10.

151
Webinar ICIEd
2020:
International
Conference on
Islamic
Education 21st –
22nd December
2020 | eISBN
978-967-14229-
7-7

Fathiyah Mohd. Fakhruddin Ahmad Fauzi Mohd Ayub Norlizah Che Hassan Lukman Abdul
Mutalib Wan Marzuki Wan Jaafar. (2018). Perkembangan & Perspektif Pembelajaran
Tahfiz di Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Jemali, A. H. (2013). Latar Belakang Guru Tahfiz dan Amalan Kaedah Pengajaran Tahfiz Al-Quran
di Malaysia. The Online Journal of Islamic Education, Vol.1 Issue 1.
Khairuddin, M. A. (2005). Bagaimana Menghafaz Al-Quran. Alexandria: Darul Iman.
Long, A. S. (2005). Pengenalan Metodologi Penyelidikan Islam. Bangi: Jabatan Usuluddin dan
Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.
Mohd. Hazri Hashim. (2017). At-Tibyan Terjemahan kitab A-Tibyan fi adab hamlatil qurankarya
imam an-Nawawi Panduan berinteraksi dengan al-Quran. Petaling Jaya: Galeri Ilmu Sdn.
Bhd.
Omar, M. N. (2018). Keberkesanan Kaedah Hafazan Al-Quran. Kajian Kes di SMK Agama Kedah.
Alor Setar: Open Universiti Malaysia.
Omar, M. R. (1994). Kaedah dan Teknik Pengajaran Menurut Ibn Khaldun dan al-Qabisi/Abdullah
Al-Amin Al-Na'miy. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Yaacob, Y. C. (2016). Kajian Tinjauan Terhadap Penjadualan Kelas Hafazan di Pusat Pengajian
Tahfiz. Jurnal Darul Quran JAKIM, 1-26.
152

You might also like