Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) JALAN

CHERAS,
KM4, JALAN CHERAS,
56100 KUALA LUMPUR.
TELEFON/FAX : 03-92842739
(No Pendaftaran Sekolah :WBD 0170)
e-mail:- cherastamil@gmail.com
Ruj : SJK(T)/HEM/05/01/006/2020( 02)
Tarikh : 08hb September 2020

Bahagian Alam Sekitar,


Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar,
KM 4,Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

MEMOHON MEMBERSIHKAN KAWASAN SEMAK SAMUN

Merujuk kepada perkara di atas, pihak sekolah memohon kepada pihak DBKL untuk
membersihkan kawasan semak samun berhampiran dengan kawasan sekolah kami.

2. Untuk makluman pihak tuan, kawasan berhampiran dengan sekolah kami penuh
dengan semak samun dan menjadi tempat pembiakan haiwan perosak seperti tikus.
Tambahan pula, sejak kebelakangan ini kami menghadapi masalah gangguan gigitan
nyamuk. Disamping itu, kami juga pernah mengalami gangguan ular sehingga kami
pernah menghubungi pihak bomba untuk menangkap ular tersebut.

4. Sehubungan dengan itu, kami mengkhuatiri akan keselamatan anak murid kami.
Bagi pengetahuan pihak tuan, kawasan sekolah kami berada di bawah kawasan wabak
denggi. (Sila rujuk lampiran untuk gambar)

5. Kerjasama daripada pihak tuan untuk membersihkan tapak tersebut ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Langkah-langkah pembersihan
daripada pihak tuan akan menjamin keselamatan dan kesihatan anak murid dan warga
sekolah kami.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

..................................................
(PN.R.MARIAYEE@THEVE)
Guru Besar
SJK (T) Jalan Cheras, KL.
KAWASAN TERBIAR BERHAMPIRAN SEKOLAH
MASALAH HAIWAN LIAR - ULAR

You might also like