Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

5.

0 Hasil Kajian dan Perbincangan

Berdasarkan kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti arah aliran jumlah
pengangguran bagi kaum wanita di Malaysia pada tahun 2002 hingga tahun 2012 dan
menganalisis kadar perubahan jumlah pengangguran bagi kaum wanita di Malaysia
dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Data yang diperolehi daripada Jabatan
Perangkaan Malaysia diterjemahkan dalam bentuk jadual dan graf garis.

5.1 Mengenal Pasti Arah Aliran Jumlah Pengangguran Bagi Kaum Wanita di
Malaysia Pada Tahun 2002 Hingga Tahun 2012 .

Jadual 1 : Jadual dibawah manunjukkan Jumlah Pengangguran Bagi Kaum Wanita di


Malaysia Pada Tahun 2002 Hingga Tahun 2012 .

Tahun Jumlah Pengangguran Wanita (juta orang)


2002 0.133
2003 0.134
2004 0.142
2005 0.137
2006 0.128
2007 0.135
2008 0.145
2009 0.156
2010 0.157
2011 0.152
2012 0.151
Sumber : Jabatan Pengkaan Malaysia

Hasil kajian menunjukkan arah aliran jumlah pengangguran dalam kalangan


wanita di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012. Secara keseluruhan kajian,
didapati jumlah pengangguran kaum wanita di Malaysia mengalami aliran yang tidak
konsisten iaitu meningkat, menurun, meningkat dan menurun semula.

Jumlah pengangguran wanita di Malaysia dari tahun 2002 hingga tahun 2012
menunjukkan perubahan yang tidak konsisten iaitu meningkat, menurun , meningkat
dan menurun. Pada tahun 2002 jumlah pengangguran wanita di Malaysia sebanyak
0.133 juta orang meningkat kepada 0.142 juta orang pada tahun 2004 iaitu
peningkatan sebanyak 0.009 juta orang bersamaan 6.77%.

Seterusnya jumlah pengangguran wanita mengalami penurunan sebanyak


3.52% menurun kepada 0.137 juta orang pada tahun 2005 dan menurun lagi kepada
0.128 juta orang iaitu penurunan sebanyak 0.009 juta orang mewakili 6.57% pada
tahun 2006. Selain itu, jumlah pengangguran juga mengalami peninggkatan pada
tahun 2007 iaitu peningkatan sebanyak 5.19% dan meningkat berterusan sehingga
tahun 2010 iaitu kepada 0.157 juta orang. Akhir sekali, jumlah pengangguran wanita
di Malaysia menurun kepada 0.151 juta orang pada tahun 2012 iaitu penurunan
sebanyak 0.006 juta orang bersamaan dengan 3.82%.

You might also like