23mac2023 Iklan Jawatan Akademik 2023

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Tarikh Iklan : 23 Mac 2023

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan
dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan
Perak, Kampus Seri Iskandar.

A. JAWATAN AKADEMIK
JADUAL GAJI
BIL JAWATAN GRED SKIM PERKHIDMATAN
MINIMUM MAKSIMUM

KUMPULAN PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

1. PROFESOR VK7 Pensyarah UiTM RM 7,676.00 RM 20,592.00

2. PROFESOR MADYA DM53 Pensyarah UiTM RM 6,162.00 RM 13,235.00

3. PENSYARAH KANAN DM51 Pensyarah UiTM RM 5,855.00 RM 12,445.00

4. PENSYARAH DM45 Pensyarah UiTM RM 3,070.00 RM 11,095.00

FAKULTI DAN BIDANG YANG DITAWARKAN


BAGI JAWATAN PENSYARAH / PENSYARAH KANAN / PROFESOR MADYA / PROFESOR

FAKULTI BIDANG PENGAJARAN


1. SENIBINA
KOLEJ PENGAJIAN ALAM BINA 2. PENGURUSAN PEMBINAAN
3. PENGURUSAN HARTANAH

1. SENI HALUS
KOLEJ PENGAJIAN SENI KREATIF
2. SENI REKA FESYEN

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA BAHASA INGGERIS

FAKULTI PENGURUSAN DAN PERNIAGAAN PENGURUSAN SISTEM PEJABAT


JAWATAN AKADEMIK
1. PENSYARAH UiTM

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:


(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45

(c) (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau Diploma Lanjutan dalam bidang berkenaan yang
diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan
Lembaga Arkitek Malaysia.
Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,070.00); atau
(iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM45: RM3,380.37)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51

(d) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)


(e) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);
dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00)

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR VK7)

(f) (i) Mempunyai kelayakan seperti di perenggan 1(c);

dan (ii) Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya; dan

(iii) Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang yang berkenaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred VK7 : RM7,676.00)

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU


2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan
yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup
iklan jawatan.

2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun
MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN
PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.

3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
• Kad Pengenalan
• Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
• Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
• Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
• Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira
pengalaman kerja/penetapan gaji
• Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan
Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)

4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor :

a. Pemohon–pemohon berkelayakan Ijazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas


Kedua Tinggi/ Mumtaz/ Jayyid Jiddan atau yang setaraf diperingkat Ijazah Sarjana Muda dan
Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah
(Ph.D) atau setara)

5. Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul
surat permohonan.

6. Satu pemohon hanya boleh memohon untuk SATU BIDANG yang diiklankan sahaja.

7. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa
kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.

8. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

9. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan
adalah dianggap tidak berjaya.

10. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan
Perak.

PERMOHONAN

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG
PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2007) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar atau boleh juga diperolehi dengan
melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di https://perak.uitm.edu.my/index.php.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 APRIL 2023 (RABU)

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN


PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000
LAMPIRAN

TAHAP KECEMERLANGAN AKADEMIK YANG SANGAT ISTIMEWA MUTU BAGI LANTIKAN KE


GRED DM53 (PROFESOR MADYA)

1. Pensyarah di gred 51/52 dan mempunyai kelayakan PhD/ DBA atau setara
2. Menggraduatkan sekurang-kurangnya seorang pelajar di peringkat Ijazah Sarjana secara penyelidikan sebagai
Penyelia Utama ATAU sekurang-kurangnya dua (2) orang pelajar di peringkat Ijazah Sarjana secara penyelidikan
sebagai Penyelia Bersama ATAU menyempurnakan penyeliaan (dalam tempoh minima satu (1) tahun) sekurang-
kurangnya lima (5) pelajar Sarjana secara kerja kursus dengan disertasi pelajar mencapai tahap lulus atau lebih
baik
3. Telah menghasilkan sekurang-kurangnya empat (4) hasil akademik (artikel dalam jurnal berindeks atau buku oleh
penerbit yang diiktiraf oleh Universiti) ATAU tujuh (7) penerbitan dalam jurnal berindeks Scopus atau Thomson
Reuters (formerly ISI) atau Excellence in Research For Australia (formerly ERA) atau jurnal berimpak tinggi
sebagai Penulis Utama/ Senior/ Corresponding dalam bidang kepakaran yang berkaitan
4. Menjadi sekurang-kurangnya Ketua untuk satu (1) projek geran luar
5. Menjadi pakar rujuk dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti/ kebangsaan/
antarabangsa (sekurang-kurangnya 2)
6. Memenuhi mana-mana dua (2) kriteria:
i. Penyelia atau mentor kepada pensyarah untuk mendapatkan kelayakan profesional
ii. Menjadi perunding dalam perkhidmatan profesional
iii. Terlibat di dalam pembangunan garis panduan/ polisi/ piawai di peringkat Universiti/ kebangsaan atau
antarabangsa.
iv. Menerima pengiktirafan melalui lantikan akademik dari universiti luar
v. Perintis MoU atau MoA yang membuka ruang kepada aktiviti masyarakat atau latihan industri atau menjana
pendapatan
vi. Penglibatan dalam aktiviti pengantarabangsaan seperti:
- Menyelia pelajar dari luar negara
- Terlibat sebagai tenaga pengajar untuk ‘summer program’
- Membangunkan pakej ‘summer program’

TAHAP KECEMERLANGAN AKADEMIK YANG TERKEMUKA MUTU LANTIKAN KE


GRED KHAS C (PROFESOR VK7)

1. Pensyarah di gred 53/54 dan mempunyai kelayakan PhD/ DBA atau setara
2. Telah menggraduatkan sekurang-kurangnya seorang pelajar PhD/ DBA atau yang setara dengannya sebagai
Penyelia Utama
3. Telah menghasilkan sekurang-kurangnya tujuh (7) hasil akademik (artikel dalam jurnal berindeks atau buku oleh
penerbit yang diiktiraf oleh Universiti) ATAU 15 penerbitan dalam jurnal berindeks Scopus atau Thomson Reuters
(formerly ISI) atau Excellence in Research For Australia (formerly ERA) atau jurnal berimpak tinggi sebagai
Penulis Utama/ Senior/ Corresponding dalam bidang kepakaran yang berkaitan
4. Menjadi pakar rujuk dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti/ kebangsaan/
antarabangsa (sekurang-kurangnya 2)
5. Menjadi Ketua Penyelidik untuk sekurang-kurangnya dua (2) projek dengan geran luar
6. Menjadi Pemeriksa Luar di dalam atau luar negara
7. Memenuhi mana-mana tiga (3) kriteria:
i. Menghasilkan buku/ penerbitan yang dijadikan sebagai rujukan bagi kursus di peringkat universiti mengikut
bidang
ii. Terlibat di dalam pembangunan kurikulum atau program baharu
iii. Menerima pengiktirafan atau anugerah dalam bidang kepakaran peringkat kebangsaan atau antarabangsa
iv. Menjadi penyelia kepada pelajar Pasca Siswazah
v. Menjadi perunding dan perkhidmatan profesional
vi. Terlibat di dalam pembangunan garis panduan atau polisi atau piawai
vii. Terlibat sebagai pembangunan pakej ‘summer program’ atau tenaga pengajar untuk ‘summer program’
viii. Perintis MoU atau MoA yang membuka ruang kepada aktiviti masyarakat atau latihan industri atau menjana
pendapatan
ix. Menjana pendapatan kepada universiti secara bersih dengan nilai melebihi RM500 ribu
x. Penjanaan hasil atau pendapatan (membawa masuk geran penyelidikan atau pembangunan,
pengkomersilan, perundingan, konferensi, tajaan)
xi. Menjadi panel penilai yang berkaitan dengan penyelidikan atau badan profesional

* Sila sertakan bahan bukti bersama borang permohonan

You might also like