Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

PERMAINAN VIDEO DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Najeeb Hakimi Bin Rahman


Dr. Hasanah Binti Abd. Khafidz
Pusat Kajian Dakwah Dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
43600 UKM, Bangi, Selangor.
a168064@siswa.ukm.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti pandangan Islam berkaitan sebuah hiburan
iaitu permainan video. Permainan video merupakan salah satu hiburan yang paling
diminati oleh masyarakat khususnya golongan remaja masa kini. Dapatan-dapatan
kajian lepas mendapati pelbagai kesan positif dan negatif yang dihadapi oleh remaja
apabila bermain permainan video. Ciri-ciri yang ditawarkan dalam permainan video
memainkan peranan dalam memberi kesan samada positif atau negatif. Ciri yang
ditawarkan perlu mengikuti ciri yang disyariatkan oleh agama bagi memastikan kesan
positif dapat dicapai oleh para pemain. Objektif kajian ini adalah mengenalpasti ciri
permainan video yang mengikut perspektif Islam sebenar. Reka bentuk yang digunakan
dalam kajian ini adalah kajian kualitatif iaitu mengkaji secara analisis kandungan dan
membuat huraian daripada data-data yang diterima melalui sumber bertulis, bergambar
dan video berkaitan dengan sebuah permainan video. Kajian ini mendapati antara ciri
patuh syariah dalam permainan video adalah tidak mempunyai unsur perjudian, tidak
mempunyai unsur lucah dan maksiat serta permainan yang tidak memudaratkan diri
serta bahasa yang digunakan. Manakala ciri menarik yang terdapat dalam permainan
video pula adalah mempunyai kategori permainan (genre), mempunyai konflik,
mempunyai objektif permainan serta visual dan grafik. Pengkaji mencadangkan supaya
kajian berkaitan prosedur membina atau mencipta sebuah permainan video patuh
syariah dilakukan pada masa akan datang.

Kata kunci:

Permainan video, perspektif Islam, tarikan, remaja, kesan


1.0 PENGENALAN

Agama Islam dikenali sebagai agama fitrah bagi manusia oleh yang demikian setiap
ajaran dan syariat yang ditetapkan semestinya selari dan bertepatan dengan keadaan
semula jadi (Luqman Tarmizi 2019). Sifat gemar terhadap perkara yang berbentuk
keindahan juga merupakan fitrah diri manusia. Manusia cenderung melibatkan diri
dalam pelbagai cabang hiburan seperti hiburan berbentuk nyanyian, permainan serta
aktiviti-aktiviti yang menyebabkan kesenangan dalam diri manusia. Hiburan disifatkan
sebagai suatu seni yang memberi ketenangan atau sebagai medium motivasi dalam
menjalankan sesuatu perkara (Majlis Agama Islam Selangor 2019). Walaupun hiburan
dapat memenuhi naluri manusia namun tidak semua jenis hiburan yang dibenarkan oleh
agama Islam.

Permainan video merupakan salah satu bentuk hiburan yang paling popular
terutamanya dikalangan remaja dan kanak-kanak. Menurut Adi Fahrudin (2008)
menyatakan permainan video adalah sebuah perisian komputer ataupun konsol yang
berfungsi sebagai hiburan kepada penggunanya. Permainan video mula dikenalkan
pada awal 1970an dan semakin berkembang sejak dilancarkan. Permainan video boleh
diakses melalui pelbagai platform seperti komputer, telefon pintar dan konsol
permainan (Zakirah Othman & Fadhilah t.t). Penglibatan dalam permainan video bukan
sahaja daripada kalangan lelaki sahaja malah sebahagian besar golongan wanita juga
bermain permainan video. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Nur Hafiza dan
rakan-rakan (2020) terdapat sebanyak 63 peratus pemain permainan video adalah dari
kalangan wanita.

Menurut Majlis Agama Islam Selangor (2019) merujuk daripada sejarah nabi
Muhammad juga mendapati unsur-unsur hiburan wujud pada zaman baginda. Sebagai
contoh hiburan berbentuk nyanyian yang diceritakan dalam hadis diriwayatkan oleh
Aisyah RA:

‫ وليستا‬:‫ قالت‬،‫دخل أبو بكر وعندي جاريتان من جواري األنصار تغنيان مبا تقاولت األنصار يوم بعاث‬
،‫ أمزامري الشيطان يف بيت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم وذلك يف يوم عيد‬:‫ فقال أبو بكر‬،‫مبغنيتني‬

‫ إن لكل قوم عيدا وهذا عيدان»البخاري‬،‫ «اي أاب بكر‬:‫فقال رسول هللا صلى هللا عليه وسلم‬

Maksudnya:“suatu hari abu bakar RA datang melawatnya pada hari raya aidilfitri atau
aidiladha, dan nabi Muhammad SAW ada bersamanya pada hari itu. Bersama Aisyah
juga ada dua orang penyanyi wanita yang sedang menyanyikan lagu kaum Ansar
tentang hari Bu’ath. Maka Abu Bakar pun berkata “seruling syaitan” sebanyak dua
kali. Maka Nabi Muhammad pun berkata “biarkan mereka berdua wahai Abu Bakar,
sesungguhnya bagi setiap kaum ada hari perayaan, dan hari ini merupakan hari raya
bagi kita”.

Hadith ini ditafsirkan sebagai suatu galakan hiburan berbentuk nyanyian pada hari raya
menurut Syeikh Abdullah Al-Judai’. Luqman Tarmizi (2019) memetik pendapat
daripada Imam al-Qurtubi mengenai hukum berkaitan hiburan telah banyak
dibincangkan oleh para ulama khususnya dalam hiburan berbentuk nyanyian serta
muzik antaranya:

• Imam Malik pernah ditanya berkaitan nyanyian dan muzik dan beliau
menyatakan hanya orang fasiq terlibat dalam hiburan tersebut.
• Imam al-Qurthubi juga meriwayatkan pandangan al-Qaffal, bahawa tidak
diterima penyaksian penyanyi dan penari. Tambahan pula mengambil upah dan
pendapatan daripada nyanyian dan tarian tidak diharuskan.

Berikut merupakan pandangan ulama berkaitan hiburan nyanyian cenderung


untuk masyarakat mengelakkan diri terlibat daripada aktiviti tersebut. Garis panduan
berkaitan suatu hiburan perlu dihebahkan kepada umum bagi mencapai hiburan yang
dikenali sebagai hiburan Islam yang sebenar termasuklah dalam panduan bermain
permainan video.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Penglibatan masyarakat dalam permainan video kian bertambah dari masa ke semasa.
Seiring dengan perkembangan teknologi, masyarakat kini mudah memuat turun mana-
mana permainan video mengikut cita rasa tersendiri. Namun isu-isu negatif berkaitan
permainan video melalui aspek keagamaan muncul terutamanya di negara Malaysia.
Antara isu yang dibangkitkan adalah berkaitan hukum bermain permainan video Player
Unknown’s Battlegrounds atau lebih popular dikenali sebagai PUBG. Isu tersebut
bangkit kerana konsep permainan tersebut lebih ke arah keganasan dan melalaikan.
Kesinambungan daripada isu berkenaan beberapa pandangan disenaraikan antaranya
adalah pandangan majlis tertinggi fatwa Palestin menyatakan bahawa hukum PUBG
adalah perkara yang dilarang dan Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad
mencadangkan supaya kerajaan mengharamkan permainan PUBG kerana permainan
tersebut mendidik anak muda ke arah keganasan. (Muhammad Fathi 2020)

Selain daripada permainan PUBG, isu berkaitan permainan video Pokemon Go


juga menjadi isu hangat dalam negara Malaysia. Konsep permainan Pokemon Go
adalah berbentuk pemburuan dan penangkapan watak raksaksa maya. Watak raksaksa
yang telah ditangkap boleh dievolusikan oleh pemain mengikut syarat yang ditetapkan.
Konsep evolusi ini mempunyai persamaan dengan teori Darwin yang sememangnya
bertentangan dengan akidah Islamiyah. Oleh itu, timbul pandangan-pandangan
berkaitan hukum bermain permainan tersebut.(Umar Mukhtar 2016) Daripada
permasalahan berkenaan timbul satu persoalan apakah ciri pemainan video yang
mengikut perspektif Islam sebenar?

Kebanyakan permainan video pada masa kini banyak diciptakan oleh negara
barat dan bukan umat Islam dan ciri-ciri dalam permainan video tersebut lebih menarik
daripada ciptaan kalangan muslim. Oleh yang demikian peratus penglibatan pengguna
lebih menjurus kepada permainan video yang diciptakan oleh barat dan sekaligus
menyebabkan unsur-unsur yang tidak elok memberi kesan kepada pengguna
terutamanya pengguna muslim. Kajian Zawawi Ismail (2018) bertajuk persekitaran
digital Islamik dalam mereka bentuk aplikasi pembelajaran melalui permainan video
menyatakan penting untuk menghasilkan suatu perisian yang menerapkan ciri rabbani
dan bersaing dengan perisian barat. Daripada permasalahan demikian timbul satu
persoalan iaitu apakah ciri menarik yang perlu ada dalam permainan video?

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Secara khususnya, skop kajian ini menjurus kepada persoalan seperti berikut:

• Apakah ciri permainan video yang mengikut perspektif Islam sebenar?

• Apakah ciri menarik yang perlu ada dalam permainan video?


4.0 OBJEKTIF KAJIAN

• Mengenalpasti ciri permainan video yang mengikut perspektif Islam sebenar

• Mengkaji ciri menarik yang perlu dalam permainan video

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan
analisis kandungan. Pengumpulan data pula dijalankan dengan menggunakan kaedah
analisis kandungan. Analisis kandungan adalah penjelasan secara objektif dan
sistematik terhadap maklumat-maklumat yang wujud secara tersurat (Ahmad Munawar
Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali, 2016). Data-data boleh didapati melalui penelitian
terhadap kajian-kajian dan penyelidikan yang terdahulu menerusi artikel jurnal, kertas
kerja serta buku-buku yang berkaitan permainan video. Manakala analisis data pula
dilakukan secara induktif dan deduktif. Proses induktif ini merupakan proses di mana
penyelidik membentuk hipotesis serta teori daripada hasil dapatan yang dikumpulkan
dan bukan yang ditentukan dari awal penyelidikan (Kamarul Azmi 2012)

6.0 PERMAINAN VIDEO DALAM PERSPEKTIF ISLAM

Permainan video merupakan salah satu daripada cabang hiburan dan seni. Secara
umumnya hiburan dalam bahasa arab ialah al-Lahwu yang bermaksud melekakan
manusia dari pelbagai gangguan dan masalah yang mengganggu tidur (Lukmanul
Hakim et al 2014). Permainan video tidak mempunyai nas berkaitan hukumnya dalam
al-Quran atau hadis nabi dan sesuatu yang tidak mempunyai nas hukumnya adalah
harus. Perkara ini selari dengan konsep ( Aslu fil Asy-yaai Al-Ibaahah). Namun sesuatu
itu boleh bertukar menjadi hukum haram jika terdapat perkara-perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam.

Perisian sesebuah permainan video mestilah dipandu oleh prinsip-prisip Islam


sebagai garis panduan dalam memastikan segala bakat dan potensi yang dianugerahkan
oleh Allah SWT dapat dikembangkan secara positif. Prinsip-prinsip tersebut adalah
akidah, syariah dan akhlak (Hajar et al 2017). Beberapa proses yang disenaraikan oleh
Hajar dan rakan-rakan (2017) berkaitan pembentukan kriteria patuh syariah dalam
pembikinan filem dan dijadikan rujukan dalam kajian permainan video oleh pengkaji.
Rajah 1 menunjukkan proses pembentukan kriteria patuh syariah berdasarkan hukum
Fiqh:

Rajah 1: Adaptasi Dari Model Pengurusan Tauhidik

Sumber: Hajar et al. 2017. Kriteria Patuh Syariah Dalam Filem Berasaskan Hukum
Fiqh: Satu Kajian Awal

Dr Zulkifli (2019) mengambil petikan di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji, Dr Mustofha


Al-Bugho telah menggariskan beberapa penetapan hukum di dalam hiburan di
antaranya:

• Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun
buruk kepada manusia ini kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.
• Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini
seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syara’
• Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik
kepada individu dan masyarakat. Seperti pertandingan memanah dan permainan
yang berfaedah untuk peperangan.

Daripada petikan tersebut dapat disenaraikan antara ciri-ciri permainan video yang
dibenarkan atau diharamkan bermain.
6.1 PANDANGAN ULAMA BERKAITAN PERMAINAN VIDEO

Berikut merupakan antara pandangan ulama berkaitan permainan video:

6.1.1 Yusuf al-Qaradawi

Yusuf al-Qaradawi merupakan ulama yang banyak memberi sumbangan dalam


menyelesaikan masalah-masalah semasa umat Islam. Yusuf al-Qaradawi telah
menggariskan prinsip hukum atau kaedah Fiqhiyah yang jelas bagi menyelesaikan
masalah-masalah berkaitan hiburan termasuklah dalam permasalahan permainan video.
(Yusof al-Qaradawi 2014) Antara garis panduan yang disenaraikan oleh Yusuf al-
Qaradawi adalah seperti berikut:

1. Permainan yang tidak menjadikan seseorang itu lalai dari melakukan kewajipan
beribadah seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya.
2. Permainan seharusnya tidak mempunyai unsur yang menyimpang daripada
akidah tauhid yang sebenar.
3. Tidak merusakkan akhlak serta moral masyarakat. Seperti contoh permainan
video yang menonjolkan kekerasan dan mengajak untuk minum minuman keras.
4. Mengelakkan daripada unsur-unsur yang bertentangan dengan syariah
Islamiyah seperti tidak mempunyai unsur perjudian atau unsur yang boleh
membahayakan nyawa.

6.1.2 Dr Zulkifli Al-Bakri

Dr Zulkifli al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang banyak mengambil


berat tentang masalah yang dihadapi masyarakat Malaysia termasuklah dalam isu
permainan video. Menurut Dr Zulkifli Al-Bakri asal bagi hukum berhibur adalah
diharuskan. Pernyataan ini diambil berpandukan kaeadh Fiqhiyah (Muhammad Fathi
2020):

‫األصل يف اإلابحة حىت يدل على التحرمي‬

Maksudnya: Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah diharuskan sehingga di datangkan
dalil pengharamannya.

Hadis di atas menerangkan bahawa Islam tidak melarang umatnya untuk berhibur.
Melalui aspek permainan video masa kini, pelbagai permainan video yang telah
digunakan sebagai bahan pembelajaran dan sekaligus memberikan manfaat. Namun Dr
Zulkifli mengambil pendekatan iaitu mengharamkan permainan yang mempunyai ciri
seperti berikut:

1. Permainan yang menyebabkan fokus terganggu terhadap realiti dan masyarakat


sekeliling.
2. Menyebabkan gangguan emosi akibat kekalahan
3. Menyebabkan ketagihan yang melampau
4. Mengabaikan tanggungjawab terhadap perkara wajib
5. Mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh badan serta kesihatan
6. Menghilangkan akhlak sebagai seorang muslim

Ciri-ciri yang disenaraikan merupakan ciri yang bertentangan dengan kehendak


agama dan perlu di elakkan oleh masyarakat daripada terlibat. Perkara ini berdasarkan
kepada kaedah Fiqhiyah:

‫ما أدى إىل احلرام فهو حرام‬

Maksudnya: sesuatu perkara yang membawa kepada haram, maka perkara tersebut
haram hukumnya

Saranan yang diberikan oleh Dr Zulkifli adalah masyarakat perlu memilih permainan
yang membawa lebih banyak manfaat seperti menambahkan ilmu pengetahuan daripada
memilih permainan yang sia-sia. Manusia diciptakan oleh Allah sebagai hamba dan
dijadikan khalifah di muka bumi tidak seharusnya melibatkan diri dengan perkara yang
sia-sia seperti firman Allah dalam surah al-Mukminun ayat 115:

ۡ
‫أَفَ َح ِس ۡب تُ ۡم أَمَّنَا َخلَق َٰنَ ُك ۡم َعبَثٗا َوأَنم ُك ۡم إِلَ ۡي نَا َل تُ ۡر َجعُو َن‬

Maksudnya: “Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan
kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu?
Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

7.0 CIRI PATUH SYARIAH DALAM PERMAINAN VIDEO

Berikut merupakan perbincangan secara terperinci antara ciri patuh Syariah yang perlu
ada dalam permainan video yang disenaraikan oleh pengkaji:
a) Tidak Mempunyai Unsur Perjudian

Judi berasal dari perkataan Arab iaitu Al-Maysir bermaksud permainan pertaruhan. Dari
segi istilah beberapa takrif yang telah dikemukakan oleh sarjana dan para ulama
antaranya ialah Ibn Hajar al-Makki berpendapat judi sebagai sebarang jenis pertaruhan,
Al-Mawardi pula mengatakan judi ialah suatu pertandingan yang diharamkan dan
terdedah untuk menang dan kalah (Rafiuddin 2019). Manakala bagi Imam Malik
berpendapat ada dua jenis judi iaitu yang pertama judi yang bersifat sia-sia (lagha)
seperti permainan menggunakan buah dadu, catur dan sebarang elemen yang tidak
bermanfaat. Kedua adalah judi yang bersifat pertaruhan yang menyebabkan wujudnya
bahaya dan menggadaikan diri orang lain. (Mohamad Razif 2016). Daripada semua
takrif perjudian tersebut dapat disimpulkan bahawa perjudian sebuah perkara yang
merujuk kepada pertaruhan yang menyebabkan keuntungan kepada sebelah pihak
manakala pihak lain menerima kerugian. Jelas perbuatan tersebut adalah haram dan
terdapat ayat al-Quran menceritakan pengharaman judi. Seperti firman Allah dalam
surah Al-Maidah ayat 90:

‫اجتَنِبُ ْوهُ لَ َعلم ُك ْم تُ ْفلِ ُح ْو َن‬ ِ ‫َٰاايَيُّها الم ِذين اَٰمنُ اوا اِمَّنَا ا ْْلَمر والْمي ِسر و ْالَنْصاب و ْالَْزَلم ِرج‬
ْ َ‫س ِّم ْن َع َم ِل الشْمي َٰط ِن ف‬
ٌ ْ ُ َ ُ َ َ ُ َْ َ ُ ْ ْ َ َْ َ

Maksudnya: wahai orang beriman sesungguhnya arak, judi, tenung nasib adalah perkara
keji daripada pekerjaan syaitan maka jauhilah mudah mudahan kamu peroleh kejayaan.

Setiap permainan yang mempunyai akses perjudian atau permainan itu sendiri
berbentuk perjudian perlu dielakkan daripada dimainkan. Hal kerana berpontensi
menjadi suatu yang mudarat kepada pengguna dari pelbagai aspek seperti ekonomi serta
aspek kesihatan mental.

b) Tidak Mempunyai Unsur Maksiat Atau Lucah

Maksiat adalah perbuatan yang mengundang dosa jika dilakukan termasuklah dalam
perkara yang lucah. Unsur pornografi dapat ditakrifkan sebagai semua produk yang
berbentuk gambar, tulisan, suara dan perilaku yang menimbulkan nafsu serta
bertentangan dengan moral dan agama (Nor Azah &Che Zarina 2011). Menurut Azizah
dan rakan-rakan (2018), pornografi juga selalu dikaitkan dengan perbuatan menunjuk
aurat, perbuatan seks dan hubungan songsang. Daripada kenyataan berikut jelas bahawa
pornografi merupakan salah satu faktor yang membawa kepada maksiat serta zina dan
perkara tersebut adalah haram. Terdapat pelbagai dalil tentang pengharaman berkaitan
zina dan aurat antaranya seperti firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 32:
ۤ ِ َ‫الز َٰٰن اِنمهٗ َكا َن ف‬
‫اح َشة ۗ َو َساءَ َسبِْيل‬ ‫َوَل تَ ْقَربُوا ِِّ ا‬

Maksudnya: dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)

Bagi dalil berkaitan aurat pula adalah seperti berikut:

ْ َ‫ين ِزينَ تَ ُه من إِمل َما ظَ َهَر ِمنْ َها ۖ َولْي‬


‫ض ِربْ َن‬ ِ ِ ‫ضن ِمن أَب‬ ِ ََٰ‫وقُل لِِّلْم ْؤِمن‬
َ ‫صَٰ ِره من َوََْي َفظْ َن فُ ُر‬
َ ‫وج ُه من َوَل يُْبد‬ َ ْ ْ َْ ‫ض‬
ُ ْ‫ت يَغ‬ ُ َ
‫ين ِزينَ تَ ُه من إِمل لِبُعُولَتِ ِه من أ َْو ءَ َاابائِ ِه من أ َْو ءَ َااباِء بُعُولَتِ ِه من أ َْو أَبْنَاائِ ِه من أ َْو أَبْنَا ِاء‬ ِ ِِ ِ ِ
َ ‫ِبُ ُم ِره من َعلَ َٰى ُجيُوِب من ۖ َوَل يُْبد‬
‫ني غَ ِْري أ ُ۟وِىل‬ِ
َ ‫ت أَْْيََٰنُ ُه من أَ ِو ٱلتمَٰبِع‬
ِ ِ ِِ ‫ب عولَتِ ِه من أَو إِخ َٰوِنِِ من أَو ب ِِن إِخ َٰوِنِِ من أَو ب ِِن أ‬
ْ ‫َخ ََٰوِت من أ َْو ن َساائ ِه من أ َْو َما َملَ َك‬
َ ‫ْ َْ ْ َ ا َْ ْ َ ا‬ ُُ
‫ني ِمن‬ ِ ْ‫ض ِربن ِِبَرجلِ ِه من لِي علَم ما ُُي‬ ِ ‫ٱلرج ِال أَ ِو ٱل ِطِّْف ِل ٱلم ِذين ََل يظْهرو۟ا علَى عوَٰر‬
ِ ‫ت ٱلنِِّسا‬ ِ ِ ِْ
َ ‫ف‬ َ َ ُْ ُ ْ َْ َ َ َ ْ ‫ي‬ ‫ل‬‫و‬
َ ۖ ‫اء‬ َ ْ َ َٰ َ ُ َ َ ْ َ َ ِِّ ‫ٱإل ْربَة م َن‬
۟
‫َجيعا أَيُّهَ ٱلْ ُم ْؤِمنُو َن لَ َعلم ُك ْم تُ ْفلِ ُحو َن‬
َِ ِ‫ٱَّلل‬
‫ِزينَتِ ِه من ۚ َوتُوبُاوا إِ َىل م‬

Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga
pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan
perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka
menutupkan ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali
kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra
mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau
putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau
para perempuan (sesama Islam) mereka, atau hamba sahaya yang mereka miliki, atau
para pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai hasrat (terhadap perempuan), atau
anak-anak yang belum mengerti tentang aurat perempuan. Dan janganlah mereka
menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan
bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, agar kamu
beruntung.

Kesemua dalil tersebut menunjukkan tentang larangan mendekati zina dan


perintah dalam menjaga aurat samada dari segi pemakaian atau dari sudut pandangan.
Dari konsep permainan video unsur pornografi atau lucah ini makin sering didedahkan
didalam kebanyakan permainan video. Keadaan ini cenderung menjadikan seseorang
individu ketagihan serta berlaku perubahan sikap dalam kehidupan khususnya golongan
kanak-kanak yang banyak terlibat dalam permainan video.

c) Tidak Memudaratkan Diri

Menurut Muhammad Fahmi (2018), setiap perkara atau perbuatan bahaya yang
memberikan kemudaratan diri serta masyarakat adalah perkara yang dilarang oleh
agama Islam tidak kira perkara tersebut secara langsung atau tidak langsung. Larangan
ini telah dirumuskan oleh ulama usul fiqh dengan menggunakan kaedah Qawa’id
Fiqhiyah, iaitu “la darar wala dirar” yang bermaksud menghilangkan dan mengelakkan
semua kemudaratan yang diperakui syarak (Nazmi 2017). Dalil berkaitan larangan
memudaratkan diri terdapat dalam firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 195:

‫مهلُ َك ِة‬ ِ ِ
ْ ‫ۛ َوَل تُ ْل ُق ْوا ِابَيْديْ ُك ْم ا َىل الت‬

Maksudnya: Dan janganlah kamu mencampakkan (diri kamu) dengan tangan-tangan


kamu ke arah kebinasaan

Dalil berkaitan larangan memudaratkan diri juga terdapat dalam hadis nabi yang
diriwayatkan oleh Sa’ad Ibnu Sinan Al-Khudri:

ِ ِ ِ ِ ٍِ
َ‫ضَرَر َول‬
َ َ‫ ل‬: ‫ال‬ َ ‫َع ْن أَِِب َسعْيد َس َع ْد بْ ِن سنَان ا ْْلُ ْد ِري َرض َي هللاُ َعنْهُ أَ من َر ُس ْوَل هللا‬
َ َ‫صلمى هللا عليه وسلم َم ق‬

‫ِضَر َار‬

Maksudnya: Daripada Abu Sa’id, Sa’ad bin Sinan Al Khudri radhiallahuanhu,


sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:Tidak boleh melakukan
perbuatan yang mudarat dan tidak boleh memudaratkan orang lain” (HR Ibnu Majah)

Begitu juga konsepnya dalam bermain permainan video. Jika suatu permainan
tersebut cenderung untuk membawa kepada kemudaratan kepada diri perlu dielakkan
dari bermain. Antara contoh kemudaratan adalah kemalangan jalan raya, pergaduhan
antara dua pihak dan penyakit ketagihan.
d) Penggunaan Bahasa Yang Baik

Agama Islam sangat menyanjung interaksi yang positif dengan menggunakan bahasa
yang baik ketika berkomunikasi antara satu sama lain sama ada menggunakan bahasa
verbal (lisan) atau non verbal (badan). Menurut Hajar dan rakan (2017), bahasa verbal
meliputi kepada penulisan atau pertuturan secara dua hala yang merangkumi
penyampaian mesej atau informasi dengan menggunakan saluran media seperti surat,
telefon dan media sosial terkini. Bagi bahasa non-verbal pula merujuk kepada
penyampaian mesej atau informasi kepada orang lain tanpa menggunakan pertuturan
atau lisan atau tulisan sebaliknya menggunakan gerakan atau isyarat seperti simbol
tangan dan memek muka. Termasuklah dalam penggunaan bahasa yang diprogramkan
didalam sesebuah permainan video.

Terdapat lima prinsip komunikasi dalam Islam yang boleh menjadi panduan
dalam interaksi positif dalam masyarakat. Antaranya adalah Qaulan Sadida (perkatan
yang tepat dan sebenar), ii) Qaulan Baligha (perkataan yang jelas dan berkesan), iii)
Qaulan Ma’rufa (perkataan yang positif dan berunsur kebaikan), iv) Qaulan Karima
(perkataan mulia dan positif) dan v) Qaulan Layyina (perkataan lembut dan beradab).
Melihat daripada aspek permainan video penggunaan bahasa banyak diterapkan dalam
penerangan berkaitan permainan serta dialog yang digunakan oleh watak dalam
sesebuah permainan video. (Hajar et al, 2017)

Para pemain juga digalakkan menggunakan aspek komunikasi yang selari


dengan prinsip-prinsip komunikasi Islam apabila bermain permainan video. Ciri ini
penting bagi memastikan bahasa yang digunakan tidak memberi kesan buruk terhadap
akhlak remaja atau masyarakat yang bermain permainan video.

8.0 CIRI-CIRI PERMAINAN VIDEO MENARIK


a) Memiliki Kategori Permainan Atau Genre

Arsenault Dominic (2009) menyatakan pelbagai jenis dan kategori permainan video
yang telah dicipta oleh pereka permainan dari seluruh dunia sejak dahulu. Setiap jenis
tersebut memberi pengalaman yang berbeza-beza pada pemain. Kategori-kategori ini
dibina hasil penyelidikan minat masyarakat dalam sesuatu permainan sekaligus menjadi
faktor penarik masyarakat untuk bermain permainan terisebut (Maria 2016). Berikut
merupakan antara jenis-jenis permainan video yang berada di pasaran seperti Strategi
(strategy), Pengembaraan (adventure), aksi (action), Lakonan (role-play) dan
Tembakan (shooting).

b) Konflik

Konflik dalam permainan membawa maksud suatu cabaran atau rintangan kepada
pemain supaya situasi menjadi lebih menarik. Terdapat beberapa bentuk konlik seperti
menawarkan akses kepada pemain untuk bersaing dengan pemain yang lain serta dalam
konflik penyelesaian teka teki (Ahmad 2019). Konflik juga dapat didefinisikan sebagai
proses interaktif yang berasaskan ketidaksefahaman, ketidaksesuaian ataupun
percanggahan samada individu mahupun dalam organisasi (Mohd Zulkifli & Mohd
Faisol 2010). Daripada ciri ini memberikan pengalaman kepada pemain bagi berfikir
cara yang wajar dan sesuai menyelesaikan sesuatu konflik dalam permainan berkenaan.

c) Mempunyai Objektif Permainan

L. Daniel dan rakan-rakan (2009) menyatakan objektif adalah suatu yang sangat penting
dalam memberi motivasi kepada pemain yang terlibat. Permainan yang mempunyai
tahap kesusahan yang tinggi lebih memerlukan motivasi yang tinggi supaya pemain
berjaya menghabiskan suatu permainan. Antara contoh objektif adalah seperti dapat
membina suatu bangunan atau penempatan dengan besar dan sistematik sehingga akhir
permainan atau menjadi pasukan yang terakhir bertahan hidup dalam suatu permainan.

d) Visual dan Grafik

Menurut Masuch Maic dan Niklas Rober (2017) Grafik adalah salah satu elemen
penting dalam sesuatu permainan video. Warna, garis, persekitaran, watak dan
pengcahayaan berperanan penting dalam memberi pengalaman serta suasana yang
menarik kepada pemain ketika bermain. Seiring dengan kemajuan teknologi moden
grafik sesebuah permainan video semakin lama menjadi lebih baik. Kesesuaian grafik
mengikut jenis sesebuah permainan video disamping mengekalkan identiti permainan
tersebut. Menurut Chade Lane (2017) visual dan grafik dalam permainan video adalah
suatu keperluan khusus bagi mengoptimumkan pengalaman kepada pengguna. Visual
dan grafik menjadi panduan kepada pemain bagi mendapatkan informasi berkaitan cara
atau kaedah bagi menyelesaikan suatu permainan tersebut. visual yang jelas dan grafik
yang cantik memberi kesan terhadap pemain untuk memahami onejktif suatu permainan
video. Menurut Rayner (2020) mengatakan visual dan grafik menjadi daya tarikan
kepada pemain mempelajari suatu perkara baru yang ditawarkan di dalam sesebuah
permainan video.

9.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan ciri patuh syariah dalam permainan video yang terdapat dalam
kertas kerja ini adalah tidak mempunyai unsur judi, tidak mempunyai unsur lucah dan
maksiat serta permainan yang tidak membawa kepada kemudaratan. Manakala bagi ciri
menarik yang perlu ada dalam permainan video adalah mempunyai kategori permainan
video, mempunyai konflik, mempunyai objektif permainan serta visual dan grafik.
Segala maklumat ini penting bagi menjayakan permainan video yang lebih sesuai
dimainkan oleh setiap masyarakat tanpa melanggar aturan yang telah ditetapkan agama.
Segala ciri-ciri tersebut juga perlu dititiberatkan kepada semua pereka atau pencipta
permainan video khususnya dari pereka-pereka muslim. Hal tersebut dapat membantu
bukan sahaja dalam mengurangkan kemudaratan malah meningkatkan prestasi
ekonomi umat islam.
RUJUKAN

Adi Fahrudin. 2008. Pengaruh Video Games Pada Anak Dan Peranan Pekerja Sosial.
Jakarta: Universitas Muhammadiyah.

Ahmad M. 2019. Categorizing Game Design Element into Educational Game design
fundamental. International Journal of art and Technology, 3(1). 2019.

Ahmad Munawar, Mohd Nor Shahizan. 2012. Memahami Kuntitatif & Kualitatif Dalam
Penyelidikan Pengajian Islam. Selangor. FPI Universiti Kebangsaan Malaysia

Al-Ghazali, Muhammad Ibn Muhammad. 1993. Al-Mustafa Min Ilm Al-Usul. J. I. C. 3.


Beirut: Dar Ilhya’ Al-Turath Al-‘Arabi Muassasah Al-Tarikh Al-‘Arabi.

Arjoranta Jonne, 2019. How To Define Games And Why We Need To. The Computer
Games Journal (2019) 8:109-120

Arsenault Dominic. 2009. Video Game Genre, Evolution And Innovation. Eludamos
Journal For Computer Game Culture. 2009; 3(2), p. 149-176.

Azizah, Nor ‘Adha, Norita. 2018. Analisis Peruntukan Kesalahan Galakan Maksiat
Dalam Perundangan Jenayah Syariah Di Malaysia. 4th Muzakarah Fiqh &
International Fiqh Conference (MFIFC 2018) Kuala Lumpur 17 Oktober 2018

Bernama. 2019. 78% Ibu Bapa Benar Anak Miliki Gajet. Harian metro. 27 November
(atas talian) https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/11/521158/78-ibu-
bapa-anak-miliki-gajet. [15 Disember 2020]

Chade Lane H., Yi Sherry. 2017. Playing With Virtuals Blocks: Minecraft As A
Learning Environment For Practice And Research. University Of Illinois,
Urbana-Champaign

Hajar, Mohammed Yusof, Luqman. 2017. Kriteria Patuh Syariah Dalam Filem
Berasaskan Hukum Fiqh: Satu Kajian Awal. Selangor. Akademi Pengajian
Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara.

Hasan Bahrom, Salahudin Suyurno, Abdul Qayuum. 2015. Islamic Heritage. Melaka.
Universti Teknologi MARA Melaka
Kamarul Azmi. 2012. Metodologi Pengumpulan Data dalam penyelidikan Kualitatif.
Johor: Universiti Teknologi Malaysia

L Daniel, Delfabbro Paul, D. Mark. 2009. Video Game Structural Characteristic: A


New Psychological Taxonomy. International Journal Of Mental Health And
Addiction. 8(1): 90-106.

Lim Charles. 2013. Minecraft: a game as an education and scientific learning tool.
Information System International Conference (ISICO),2-4 Dicember 2013

Lukmanul Hakim, Zulkifli, Raja Raziff. 2014. Hiburan: Muzik, Nyanyian, Nasyid
Menurut Perspektif Fiqh dan Fatwa

Luqman Tarmizi. 2019. Bayan Linnas Siri Ke-197: Islam Dan Muzik. Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan

Majlis Agama Islam Selangor. 2019. Islam Tidak Sekat Hiburan, Asalkan Tidak
Melalaikan Jiwa. Sinar Harian. 27 September (atas talian)
https://www.sinarharian.com.my/article/49565/LIFESTYLE/Sinar-
Islam/Islam-tidak-sekat-hiburan-asalkan-tidak-melalaikan-jiwa [21 mac 2021]

Masuch Maik, Niklas Rober. 2017. Game Graphic Beyond Realism: Then, Now And
Tomorow. Game And Graphic Research Group Institute For Simulation And
Computer Graphics. Otto-Von-Guericke University Magdeburg.

Maria-Tulia. 2016. An Introduction To Video Game Genre Theory, Understanding


Videogame Genre Framework. Athens Journal Of Mass Media And
Communications, 2(1), 57-68.

Mohd Zulkifli, Mohd Faisol. 2010. Gaya Pengurusan Konflik Antara Pengurusan-
Subordinat Menurut Perspektif Islam: Kajian Empirikal Di Pusat Kewangan
Luar Pesisir Antarabangsa. Jurnal Syariah, Jil. 18, Bil.2 (2010) 415-432

Mohamad Razif. 2016. Irsyad al-fatwa ke-160: hukum meneka pertandingan meneka
lembu sado. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Muhammad Fahmi. 2018. Irsyad Usul Al-Fiqh Siri Ke-20: Kaedah “Asal Bagi Sesuatu
Perkara Adalah Harus” Dan Kaitannya Dengan Merokok. Pejabat Mufti
Wilayah Persekutuan.
Muhammad Adnan. 2019. Permainan Mobile Legends dalam kalangan wanita di Hulu
langat, Selangor: Analisis Terhadap Faktor dan Kesan. Jurnal Wacana sarjana.
Volume 3(2) December 2019:1-11

Muhammad Fathi. 2020. Bayan Linnas Siri Ke-220: PUBG: Pandangan Dari Sudut
Syarak. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Nazmi Yaakub. 2017. Cegah Kemudaratan Diri, orang lain Dituntut syarak. Berita
Harian. 17 Mac. (atas talian)
https://www.bharian.com.my/rencana/agama//cegah-kemudaratan-diri-orang-
lain-dituntut-syarak. [19 Januari 2021]

Nor Azah, Che Zarina. 2011. Menangani permasalahan laman web pornografi: antara
perisian penapis, penguatkuasaan undang-undang dan amalan spiritual. Journal
of islamic and arabic education 3(1), 2011 29-46.

Nur Hafizah, Zurinah, Norhafizah, Novel Lyndon. 2020. Wanita dan e-sukan di
Malaysia: Sosialisasi dan Stereotaip Gender. Jurnal Komunikasi: Malaysian
Journal Of Communication Jilid 36(4) 2020: 442-457

Rafiuddin Mohd Yusof. 2019. Musibah arak, judi beri bahana besar. Berita Harian. 22
Mac. (atas talian)
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/03/543987/musibah-arak-
judi-beri-bahana-besar. [19 Januari 2021]

Rayner Tangkui, Keong Tan Choon. 2020. Peningkatan pencapaian dalm pecahan:
kerangka konseptual untuk pembelajaran berasaskan permainan digital
menggunakan Minecraft. Sabah. Universiti Malaysia Sabah.

Umar Mukhtar Mohd Noor. 2016. Bayan Linnas Siri Ke-66: Integriti Data Pribadi Dan
Kesihatan Pemain: Selamatkah Pokemon Go?: Pejabat Mufti Wilayah
Persekutuan.

Yusuf Al-Qaradawi. 2014. Fiqh Hiburan Dan Rekreasi. Selangor: PTS Publishing
House.

Zakirah Othman, Fadhilah. t.t. Tinjauan Permainan Komputer Sebagai Alat


Pembelajaran. Kedah: Universiti Utara Malaysia
Zawawi Ismail. 2018. Persekitaran Digital Islamik (Iode) Dalam Mereka Bentuk
Aplikasi Pengajaran Melalui Permainan Komputer. Selangor: Universiti
Malaya.

Zulkifli. 2019. Al-Fiqh Al-Manhaji Mazhab Al-Syafie jilid 1. Selangor. Jabatan


Kemajuan Islam Malaysia.

You might also like