Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Definisi Kahwin Misyar:

Perkataan misyar berasal daripada perkataan arab sara, sira, sirah, tasayara, masar dan
juga masirah. Ia bermaksud, berjalan dan perjalanan. Ia juga boleh diertikan sebagai
pemergian.

Perkataan misyar sebenarnya ialah satu perkataan daripada bahasa dialek atau loghat
(bahasa ammiyah) atau boleh juga disebut sebagai bahasa pasar yang digunakan di
beberapa negara Teluk. Ia difahami sebagai: perjalanan dan tidak tinggal lama di
sesuatu tempat (lihat: Yusuf al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar, Majallah al-
Mujtama’ al-Kuwaitiyyah, bil 1301, 26/5/1977, hlm. 31, Majallah al-Syariah, bil. 392,
bertarikh: 8/8/1998.

Definisi Misyar Dari Sudut Terminologi/Istilah:

Perkahwinan misyar ialah perkahwinan di mana pengantin lelaki tinggal di rumah


pengantin perempuan tetapi pengantin perempuan tidak pula berpindah ke rumah
pengantin lelaki. Ia selalunya berlaku ke atas isteri kedua kerana si lelaki mempunyai
isteri lain (isteri pertama) yang tinggal di rumah si lelaki dan menerima nafkah
daripada lelaki tersebut. (lihat: al-Qaradawi, Hawl Zawaj al-Misyar)

Ia juga disebut sebagai pergi kepada si isteri tetapi tidak tinggal lama (ibid.)

Terdapat juga pandangan bahawa perkahwinan misyar ialah perkahwinan yang dibina
dengan akad yang sah antara kedua-dua lelaki dan perempuan dengan adanya
persepakatan tentang hubungan kelamin tanpa hidup sebumbung untuk tempoh yang
berpanjangan.(Akhbar al-Dustur, 10/10/1998, tanpa nama penulis artikel)

Menurut Ahmad al-Tamimi, misyar ialah perkahwinan seorang lelaki dengan seorang
perempuan dengan akad yang sah menurut syarak dan memenuhi rukun-rukunnya,
tetapi pasangannya bertolak ansur dari segi tempat tinggal dan nafkah. (lihat: Usamah
Umar al-Ashqar, Mustajiddat Fiqhiyyah fi Qadhaya al-Zawaj dan al-Talaq, hlm. 163)

Menurut Ibn Mani’, ianya ialah perkahwinan yang memenuhi semua syarat dan
rukunnya, tetapi kedua-dua pasangan redha-meredhai dan bersetuju bahawa si isteri
tidak mempunyai hak berkelamin (iaitu hak pembahagian giliran bermalam).
Sebaliknya, ia bergantung kepada si suami, jika dia mahu menziarahi isterinya pada
bila-bila masa atau waktu. (ibid.)

Sebagai kesimpulan:

Perkahwinan misyar dibina berasaskan tolak ansur antara kedua-dua suami isteri
mengenai tempat tinggal, nafkah, pembahagian giliran bermalam antara isteri-isteri
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, dalam perkahwinan ini, si isteri tetap
memerlukan seorang suami untuk menyayanginya, melindunginya, memberikan
perhatian dan kasih sayang dan dia tidak memerlukan harta dan rumah kerana
telahpun memilikinya.
Oleh itu, perkahwinan misyar ialah: Akad perkahwinan antara lelaki dan perempuan
yang dihalalkan oleh syarak untuk berkahwinan dengan wujudnya tolak ansur si isteri
daripada beberapa hak tertentu.

Berkenaan Hubungan
Ibu Susu & Status Anak Angkat
a. Sekiranya seorang wanita menjadi ibu susu kepada seorang bayi
perempuan, apakah bentuk hubungan yang terjalin antara bayi
perempuan tersebut dengan wanita tersebut, suami wanita tersebut dan
antara bayi perempuan tersebut dengan anak-anak wanita tersebut.
Bagaimana dengan batasan aurat di antara mereka?

b. Status anak susuan berbeza daripada anak angkat. Bagaimana batasan


aurat seorang anak angkat lelaki/perempuan dengan keluarga angkatnya?
Sekiranya seseorang itu tidak mengetahui tentang statusnya sebagai anak
angkat, dia berada dalam sesebuah keluarga seperti biasa sehinggalah
diberitahu ketika dia sudah dewasa. Setelah mengetahui status sebenar,
apakah tindakan yang perlu dilakukan dari sudut keterbatasan aurat?

c. Bolehkan suami kepada wanita susuan menjadi wali pernikahan kepada


anak susuan?

d. Sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti tertukar bayi ketika


penyerahan bayi oleh pihak hospital, tanpa disedari oleh ibu bapa itu,
bagaimanakah kedudukan anak tersebut?

Kiriman Hayati, KL

Jawapan

a) Bayi perempuan tersebut akan diiktiraf dalam Islam sebagai anak


susuan dan mahram kepada wanita itu, dan wanita itu pula akan diiktiraf
dalam Islam sebagai ibu susu kepadanya. Hasil dari itu akan terhasil
ikatan pengharaman kahwin secara kekal (buat selama-lamanya) di
antara suami susu dan anaknya.

Susuan bagi bukan bayi tidak akan menghasilkan ikatan mahram kekal ini,
demikian menurut Majoriti mazhab. Syarat untuk sabit hubungan mahram
melalui susuan itu adalah susu  ibu itu mesti sampai ke perut bayi samada
melalui mulut dan hidung, manakala jika melalui telinga, suntikan dan
dubur maka ia tidak di kira. (Rujuk  Al-Muhazzab, 2/156; Tabyin al-Haqaiq,
2/185 ; Al-Ikhtiyar, 3/120 ; Syarh Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah, Dr As-
Sartowi, ms 104). 
Apabila sabit mahram susuan, maka haram kumpulan berikut haram
berkahwin secara kekal dengan bayi perempuan itu (Rujuk Bidayatul
Mujtahid, 2/33):-

 i- Suami wanita susuan kerana ia di anggap ayah kepada bayi itu.


 ii- Ayah serta datuk kepada ibu susunya.
 iii- Anak-anak lelaki kepada ibu susunya.
 iv- Cucu-cucu lelaki ibu susunya.

b) Batasan aurat adalah seperti adik beradik kandung.

Dalil bagi kedudukan di atas adalah dari firman Allah :

Ertinya  :"(Antara yang haram kahwin adalah) Ibu-ibu kamu yang telah
menyusukan kamu dan adik-beradik susuan kamu" (An-Nisa : 23)

Dalil ini mengharamkan kahwin kepada seluruh usul dan adik beradik. Juga
Nabi SAW bersabda ertinya :"Apa yang jadi haram disebabkan susuan adalah
seperti apa yang diharamkan kerana keturunan"

Islam tidak menggalakkan konsep anak angkat tanpa sebarang ikatan yang
diiktiraf Islam, ia jauh berbeza dengan anak susuan, anak angkat adalah
dikira sebagai orang asing di dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu
di jaga sebagaimana wanita di luar rumah. Ia adalah satu fenomena yang
tidak sihat menurut Islam.

Dan jika seseorang hanya tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika
ia telah dewasa, maka bermula dari ia sedar..semua batasan aurat mesti
dijaga sebagaimana yang di tuntut oleh islam kepada lelaki dan perempuan
yang bukan Mahram.

c) Bapa susuan tidak boleh menjadi wali kepada anak susuannya.

d) Adapun andaian tertukar bayi ketika di hospital atau klinik adalah amat
jarang berlaku. Dan jika ia benar-benar tertukar dan di luar pengetahuan
ibu bapa. Maka anak pada hemat saya akan menjadi anak susuan , ia adalah
kerana sudah pasti anak itu akan menyusu dengan si ibu tadi, dan dengan
hanya 3 kali kenyang hasil dari penyusuannya, sabitlah status anak susuan.
Manakala hubungan lain yang tidak diketahui, maka adalah dimaafkan.
Sebagaimana hadith : " Diangkat tanggungan dari seseorang manusia kerana
tiga perkara : Tidur sehingga bangun, Bayi sehingga baligh dan gila sehingga
sedar". Maka bab tiada pengetahuan yang shohih dalam hal ini juga
termasuk dalam hal di atas. Dan ia akan kekal demikian sehinggalah
maklumat  yang sebenar dapat diketahui

Sekian

Ust Zaharuddin Abd Rahman


Setiap bayi lahir ke dunia ibarat kain putih. Ibu dan bapalah selepas itu mencorakkan
anak itu dengan lukisan indah mendamaikan atau rupa abstrak yang sukar difahami.

Bersyukur bagi anak yang dilahirkan menerusi ikatan perkahwinan. Tetapi bagi anak
dilahirkan tanpa ikatan sah suami isteri atau digelar anak luar nikah, tidak seharusnya
anak itu terpalit keburukan, dek kejahilan ibu dan bapanya.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan seramai 17,303 anak luar nikah atau
tidak sah taraf didaftarkan di kalangan Melayu seluruh negara pada 2009, iaitu
peningkatan 762 kes berbanding 2008 (seramai 16,541 orang), manakala pada 2007
seramai 16,100 orang.
Menyelamatkan anak luar nikah ini daripada terus menerima palitan dosa daripada ibu
bapanya, diambil sebagai anak angkat mungkin jalan terbaik, tetapi tidak dinafikan
ada stigma buruk terhadap anak angkat.

Walaupun anak angkat diambil di kalangan anak luar nikah, anak yang lahir ke dunia
adalah suci, cuma didikan yang mempengaruhi cara kelakuan anak itu kelak.

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Felo Pusat Kajian Zakat Malaysia,
Dr Mohd Afendi Mat Rani berkata, melihatkan jumlah anak luar nikah meningkat,
tidak salah pasangan suami isteri budiman mengambil anak itu sebagai anak angkat
lantaran perbuatan murni itu amat dituntut syarak.

Mengambil anak angkat seperti anak luar nikah yang tidak dipedulikan orang
bertanggungjawab adalah digalakkan di sisi syarak. Jika diambil anak angkat kerana
sifat kasihan kepadanya seperti anak luar nikah yang tidak dipedulikan oleh orang
yang bertanggungjawab adalah disuruh di sisi syarak.
Cuma perlulah dijaga peraturan syarat syarak sebagaimana berurusan dengan bukan
mahram, seperti tidak boleh melihat auratnya dan tidak boleh bersunyian dengannya.

Keluarga angkat yang membela anak angkat dengan penuh kasih sayang akan
mendapat ganjaran yang besar di akhirat nanti. Sebaiknya jika anak angkat itu belum
berusia dua tahun, hendaklah dijadikannya mahram dengan jalan susuan.

Jika bapa angkat masih bujang, berikan saudaranya yang perempuan menyusukan
anak itu sebanyak lima kali kenyang. Dengan itu anak angkat berkenaan akan menjadi
anak saudara susunya dan apabila menjadi mahram susuan maka haruslah ia tinggal
bebas di dalam rumah dan auratnya sama seperti aurat saudara kita sendiri, katanya
mengulas mengenai pengambilan anak angkat.

Hari ini bukan saja anak luar nikah semakin banyak bilangannya didaftarkan, pada
masa sama wanita hamil luar nikah yang tidak mahukan anak berkenaan akibat
terlanjur dibuang ke tempat tertentu. Menangani masalah ini, ramai pasangan serta
orang dewasa yang ingin mengambil bayi berkenaan sebagai anak angkat.

Mohd Afendi berkata, pada asalnya, dalam Islam mengambil anak angkat adalah
perkara yang diharuskan, namun ada kalanya dilarang dan ada kalanya disuruh
syarak.
Mengulas lanjut, katanya, mengambil anak angkat untuk dijadikan sama seperti anak
sendiri adalah dilarang oleh syarak seperti mana dilarang menukar bin anak angkat
berkenaan.

Anak angkat tetap bukan anak kita sekali pun kita tersangat sayang kepadanya.
Hukumnya tetap tidak sama dengan anak sendiri. Anak angkat adalah ajnabi (bukan
anak sendiri) manakala anak sendiri adalah mahram. Dalam keadaan tertentu, hukum
mengambil anak angkat ini boleh menjadi wajib apabila timbulnya ketakutan anak itu
akan jatuh ke tangan orang kafir. Justeru bagi mengelakkan akidah anak itu terpesong,
Islam mewajibkan anak berkenaan diambil serta dijadikan anak angkat, katanya.

Isu digalak atau tidak mengambil anak angkat, sebenarnya, terpulang kepada keluarga
angkat yang mungkin memerlukan anak kerana kesunyian dan sebagainya.

Mohd Afendi berkata, ibu bapa wajar menjelaskan kedudukan anak berkenaan kerana
adalah tidak baik jika seseorang tahu statusnya sebagai anak angkat hanya ketika ia
sudah dewasa, iaitu pada kira-kira usia baligh.

Tetapi ia tidaklah perlu dihebohkan satu kampung. Islam tidak menggalakkan konsep
anak angkat tanpa sebarang ikatan diiktiraf. Berbeza dengan anak susuan, anak angkat
adalah dikira sebagai orang asing dalam rumah, maka semua batasan aurat perlu
dijaga seperti wanita di luar rumah.

Namun begitu, menjadi keharusan bagi seseorang yang mengambil anak angkat untuk
meletakkan namanya pada kanak-kanak itu tanpa ada perkataan bin atau binti.
Sebagai contoh, nama anak itu diletakkan sebagai Siti Aminah Abdul Rahman dan
bukan Siti Aminah Binti Abdul Rahman, katanya.

Tidakkah anak itu berasa ragu kelak melihat namanya tiada bin atau binti? Perkara itu,
kata Mohd Afendi tidak akan menjadi isu jika bapa angkat menjelaskan secara jujur
berhubung keadaan sebenar. Ini kerana sewajibnya anak itu hendaklah di bin atau
binti nama bapanya yang sebenar jika anak sah taraf.

Di dalam Islam mengambil anak angkat adalah perkara yang diharuskan, namun dari
segi meletakkan nama bapa angkat sebagai bapa adalah haram. Ini kerana wajib
meletakkan nama bapa yang sebenar. Hal ini adalah berkaitan dengan anak yang sah
taraf, namun jika anak itu adalah anak yang tidak sah taraf seperti anak yang
dikandung dan dilahirkan sedangkan ibunya tidak berkahwin lagi, maka anak itu
hendaklah diBINkan atau diBINTIkan dengan Abdullah atau ibunya, katanya.

Mengenai isu pemberian nafkah kepada anak angkat dan anak sendiri serta keperluan
lain, ia tetap tertakluk pada ibu bapanya. Tiada perbezaan antara anak sendiri dan
anak angkat namun jika tidak mahu menanggung anak angkat, hendaklah melepaskan
tanggungjawab berkenaan dengan menyerahkan semula anak angkat itu kepada ibu
bapanya atau warisnya yang sah atau mana-mana individu atau pertubuhan yang
bertanggungjawab ke atas anak angkat itu. Apa yang penting kebajikan, keselamatan
dan pendidikan anak angkat itu terjamin sehinggalah dia dewasa.

Dari segi pembahagian harta bagi anak angkat, Islam menetapkan anak angkat tiada
hak dalam harta pusaka. Jika hendak bagi juga harta kepada anak angkat, harta itu
hendaklah dibahagi secara hibah ketika hayat bapa atau ibu angkat. Selain itu adalah
dengan cara mewasiatkan harta kepada anak angkat, tetapi dengan syarat tidak boleh
mewasiatkan lebih daripada satu pertiga harta yang ada, katanya.

Proses mengambil anak angkat

* Pengesahan anak angkat ialah melalui dua kaedah, iaitu pertama, permohonan
dibuat dalam tempoh tiga bulan selepas menerima seseorang kanak-kanak untuk
dipelihara. Permohonan perlu dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah
Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftar Notis Pengangkatan.
* Akta yang diguna pakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini merujuk
kepada Akta Pengangkatan 1952 (akta 257).
* Kedua ialah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di
bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (akta 253).
* Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak
pelihara berada dalam penjagaan keluarga pelihara.
* Bagi keluarga yang beragama Islam, permohonan untuk pengesahan anak pelihara
hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan saja.
* Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun
anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat
Pendaftaran Negara.
* Pengambilan anak angkat secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM menurut
Seksyen 35 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada seminggu selepas
pengambilan. Jika gagal memaklumkan dan jika disabitkan kesalahan, denda
maksimum adalah sebanyak RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
* Merujuk kepada permohonan bagi mendapatkan anak pelihara, dari 2006 hingga
2008, sejumlah 176 orang pemohon mengemukakan permohonan kepada JKM; iaitu
112 pemohon berbangsa Melayu, 48 pemohon berbangsa India dan 16 pemohon
berbangsa Cina.

Adab anak angkat:

* Menerima hakikat kedudukannya sebagai anak angkat dengan sebaik mungkin dan
tidak sama sekali menganggap kedudukan itu sebagai kekurangan. Bahkan ia
hendaklah dianggap sebagai kelebihan kerana ia berpeluang menikmati peluang hidup
dan membesar dalam sebuah keluarga yang sempurna.
* Apabila mengetahui kedudukan itu, seseorang anak angkat hendaklah memastikan
ia memelihara aurat dan batas pergaulan dengan anggota keluarga angkat, iaitu
berasaskan kedudukan mereka sebagai bukan mahram. Bagi menyelesaikan isu
pergaulan dan aurat ini, dicadangkan supaya ibu angkat menjadikan anak angkat
sebagai anak susuan.
* Ia hendaklah berusaha berbakti dan berbuat baik dengan sepenuh daya serta usaha
kepada keluarga angkatnya sebagai tanda berterima kasih atas segala jasa serta bakti
mereka memelihara dan memenuhi segala keperluannya selama ini.

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof


Islam membenarkan amalan mengambil anak angkat atas dasar untuk membantu
keluarga yang tidak mampu menyara anak yang ramai dan sebagai penyambung kasih
pasangan suami isteri yang tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka bukan diambil
semata-mata untuk dizalimi atau diseksa.

Bagaimanapun, beberapa perkara harus diberi perhatian serius agar tidak timbul
sebarang masalah pada masa hadapan.

Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti


Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Faudzi Naim Badarudin berkata, Islam
mengharamkan amalan meletakkan ‘bin’ atau ‘binti’ dengan nama bapa angkat. Ini
dijelaskan dalam firman Allah, Panggillah mereka (anak-anak) itu dengan (ber‘bin’kan
kepada nama) bapa mereka sendiri: itulah (cara) yang lebih adil di sisi Allah. Tetapi
jika kamu tidak mengetahui (nama) bapa mereka, maka kamu panggillah mereka itu
sebagai saudara-saudara kamu yang seagama dan sebagai maula-maula kamu. (Al-
Ahzab: 5)

Ayat ini menjelaskan perbezaan amalan yang berlaku pada zaman jahiliah.
Masyarakat Arab ketika itu mengamalkan pengambilan anak angkat dan di‘bin’kan
menurut nama ketua keluarga agar mereka boleh mewarisi harta bapa angkat.
Berdasarkan ayat tersebut juga, Nabi Muhammad s.a.w. yang mengambil Zaid
sebagai anak angkat telah menggunakan nama bapa kandung Zaid iaitu Harithah, bagi
menggantikan amalan panggilan orang Arab ketika itu yang mengenali Zaid sebagai
Zaid bin Muhammad.

“Dengan penjelasan tersebut, kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat mesti
di‘bin’kan kepada nama bapa kandungnya (jika diketahui) atau di‘bin’kan dengan
Abdullah sekiranya nama bapa kandung tidak diketahui,” jelas beliau mengenai
masalah utama dalam pengambilan anak angkat.

Menurut Faudzi, individu yang melanggar perintah Allah s.w.t. sebenarnya


melakukan perbuatan yang haram dan berdosa. Mereka wajib memohon keampunan
daripada Allah s.w.t. Sekiranya masih hidup, mereka perlu berusaha untuk menukar
kembali ‘bin’ itu kerana undang-undang membenarkan.

Bagi yang telah meninggal dunia, orang yang hidup (misalnya isteri kepada si mati)
boleh membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara bagi menukarkan
‘bin’ anak tersebut. Bagi si mati pula, warisnya hendaklah selalu memohon
keampunan bagi pihaknya, menghadiahkan doa, tahlil dan bacaan al-Quran dengan
diniatkan pahala untuknya.

Mengenai masalah aurat dalam hubungan keluarga pula, jelas beliau, aurat anak
angkat dengan keluarga angkatnya adalah seperti yang ditetapkan oleh Islam iaitu
aurat sesama bukan mahram. Hubungan antara anak angkat dengan ahli keluarga
angkatnya adalah bukan mahram sehingga dibenarkan berkahwin. Ini kerana antara
dua pihak tersebut tidak mempunyai pertalian kekeluargaan darah dan keturunan.

Hal ini bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian rumah tangga kerana bapa
angkat boleh berkahwin dengan anak angkatnya. Sekiranya kanak-kanak yang diambil
sebagai anak angkat itu belum berumur dua tahun dan sempat menyusu dengan ibu
angkatnya, maka anak angkat tersebut telah menjadi anak susuan.

Dalam keadaan ini anak angkat tersebut tidak boleh berkahwin dengan ahli keluarga
angkatnya. Contohnya, bapa angkat dan adik-beradik angkat lelaki tidak boleh
bergaul secara bebas seperti adik-beradik kandung kerana peraturan aurat yang telah
ditetapkan. Walaupun keadaan ini tentunya menimbulkan kesulitan dalam keluarga,
hal ini boleh diatasi apabila setiap ahli keluarga memahami situasi itu berdasarkan
ketentuan agama.

Perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam soal pengambilan anak angkat ialah
membabitkan pengurusan harta pusaka. Pada zaman jahiliah, anak angkat tidak
mempunyai hak untuk mendapat harta pusaka. Tetapi dalam Islam, ibu bapa angkat
boleh memberi harta mereka melalui jalan wasiat atau hibah.

Harta wasiat akan diperoleh selepas meninggal dunia manakala pemberian harta
melalui hibah dilakukan semasa masih hidup. Kadar maksimum yang dibenarkan
hanyalah 1/3 daripada seluruh harta ibu bapa angkat dan selebihnya adalah harta
pusaka. Ibu bapa angkat tidak boleh mewasiatkan seluruh harta mereka kepada anak
angkat.

Setelah pembahagian ini diwasiatkan atau dihibahkan, ia menjadi hak anak angkat
tersebut dan tidak boleh dituntut oleh orang lain. Islam amat menekankan agar wasiat
yang hendak diberikan mestilah mempunyai bukti yang jelas seperti wasiat secara
bertulis. Jika tidak, ia akan bergantung kepada kejujuran saksi yang mendengar wasiat
tersebut. Dengan itu, anak angkat mempunyai hak untuk menuntut harta yang telah
diwasiatkan oleh bapa angkatnya.

Berdasarkan kepada contoh kes yang dikemukakan, terdapat kekeliruan mengenai


wasiat kerana wujudnya dua senario yang berbeza. Senario pertama ialah hasrat isteri
si mati yang mahu menyerahkan harta pusakanya kepada anak angkat dan cucu
angkatnya. Sedangkan wasiat si mati pula mahu menyerahkan seluruh hartanya
kepada anak kandungnya. Kekeliruan timbul kerana ia bergantung kepada kesaksian
isterinya tanpa kehadiran saksi lain.

Berbeza

Faudzi berkata, keadaan tersebut sebenarnya adalah dua kes yang berbeza. Dalam kes
isteri si mati yang mahu menyerahkan semua harta itu agar dipusakai oleh anak
angkat dan cucu angkat, maka Islam tidak membenarkan kedua-dua pihak itu
mempusakai harta itu setelah mati kerana mereka tidak mempunyai hak pusaka.

“Tetapi jika isteri si mati mahu memberikan hartanya, maka bolehlah dia
melakukannya melalui jalan hibah semasa masih hidup atau melalui jalan wasiat
setelah kematiannya. Itupun kadarnya terhad kepada 1/3 daripada seluruh hartanya,”
ujar beliau merujuk kepada contoh kes di atas.

Bagi senario kedua pula, anak-anak angkat tidak mempunyai hak untuk menuntut
harta sekiranya hasrat si mati yang mahu menyerahkan harta kepada anak-anak
kandungnya. Walaupun saksi adalah isterinya, hak anak-anak kandung terjamin dari
sudut pusaka Islam.

“Kita tidak boleh menafikan, serba sedikit wujud kebimbangan mengenai tuntutan
daripada anak-anak angkat. Hak mereka hanya akan wujud sekiranya ada wasiat yang
ditinggalkan oleh bapa angkat,” tambah Faudzi.

Walaupun anak angkat yang di`bin’kan dengan nama bapa angkat layak menuntut
harta tetapi perbuatan itu tidak dibenarkan dalam Islam kerana mereka tidak layak. Ini
adalah sebab utama mengapa Islam mengharamkan perbuatan meletakkan ‘bin’
kepada nama bapa angkat.

“Dalam kes yang dikemukakan, anak-anak angkat tersebut seharusnya menyedari


kedudukan mereka dan bertimbang rasa terhadap adik-beradik angkat yang masih
kecil sebagai tanda mengenang jasa keluarga angkat. Keadaan ini tidak seharusnya
dilihat sebagai satu penghinaan menjadi anak angkat,” katanya.

Tegas Faudzi, sewajarnya harus wujud sifat tolak ansur di kalangan waris dan anak
angkat arwah kerana pengambilan harta pusaka yang bukan hak dan tidak atas jalan
yang dibenarkan Islam bermakna memakan harta anak yatim. Hukumnya adalah
haram dan berdosa. Kes di atas perlu diselesaikan secepat mungkin bagi mengelakkan
masalah lain pada masa akan datang.

Dalam membicarakan soal pengambilan anak angkat, ibu bapa angkat perlu bersedia
memberitahu perkara sebenar. Islam telah mengambil pendekatan pencegahan awal ke
arah persediaan mental dan psikologi ibu bapa angkat dan kanak-kanak yang terbabit
apabila ia mengharamkan kanak-kanak tersebut di‘bin’kan dengan nama bapa
angkatnya

Anak-anak angkat perlu tahu kedudukan perkara sebenar kerana ia melibatkan masa
depan mereka dari segi pewarisan harta dan urusan perkahwinan yang memerlukan
wali. Contohnya, anak angkat perempuan yang akan berkahwin perlu berwalikan bapa
kandung. Sekiranya bapa dan adik-beradik kandung tidak berjaya dijejaki, akad nikah
akan dilangsungkan dengan wali hakim. Bapa angkat tidak boleh menjadi wali
melainkan mendapat keizinan daripada daripada bapa kandung anak angkatnya itu.
Oleh itu, jika hal tersebut disembunyikan demi untuk menjaga perasaan anak angkat,
ia sudah tentu akan menimbulkan masalah yang lebih rumit.

Pendaftaran Pengangkatan De Facto

- Kanak-kanak hendaklah berumur di bawah 18 tahun, belum pernah


berkahwin dan telah dijaga, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh ibu
bapa angkat bagi tempoh tidak kurang dua tahun yang berterusan pada tarikh
permohonan.

- Ibu bapa angkat dan kanak-kanak dikehendaki hadir semasa prosiding


dijalankan.

- Bayaran RM30 jika permohonan diluluskan.


Prosedur Memohon

Kemukakan ke kaunter JPN Borang JPN.AA02 berserta dokumen-dokumen


sokongan yang berikut:·

- Sijil Kelahiran asal kanak-kanak;

- Surat keizinan pengangkatan (akuan berkanun) oleh ibu bapa kandung (atau
ibu kandung jika kanak-kanak adalah anak luar nikah);

- Sijil Perkahwinan/Sijil Nikah ibu bapa angkat;

- Salinan Kad Pengenalan ibu bapa angkat;

- Salinan Sijil Kelahiran kanak-kanak (jika ada);

- Salinan Sijil Pengangkatan yang lain (jika ada).

Nota: Jika tiada surat keizinan pengangkatan oleh ibu bapa kandung (atau ibu
kandung bagi anak luar nikah), kes akan dirujukkan kepada Jabatan Kebajikan
Masyarakat untuk ulasan.

Sumber laman web Jabatan Pendaftaran Negara

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2006&dt=0509&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz
2mnwTU1zB
© Utusan Melayu (M) Bhd

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9083.40

Assalamualaikum,

Saya dan isteri telah mengambil seorang anak angkat perempuan, sekarang berumur 3
bulan. Oleh kerana isteri tidak pernah hamil, beliau tidak ada susu badan. Saya
difahamkan isteri boleh mengambil pil hormon, atau suntikan untuk menghasilkan
susu badan, dan sekarang isteri saya sedang mengambil pil hormon dan mungkin akan
mengambil suntikan jika keadaan memaksa.

Mengikut hukum syarak,dibenarkan wanita yang belum berkahwin untuk


mengambil anak angkat dengan tujuan menyusukannya(anak susuan).Ini kerana
di dalam kitab-kitab feqah ada ditulis satu bab khas tentang adakah disyaratkan
wanita yang hendak menyusukan anak itu berkahwin dan disetubuhi
suaminya.Maka kesimpulan dari pendapat Imam-imam mazhab ialah tidak
disyaratkan kepada seorang wanita itu berkahwin dan bersetubuh dengan
tujuan untuk menyusukan anak angkat.

Jadi sekiranya wanita dara(tidak berkahwin) tadi menyusukan anak angkat yang
dipeliharanya,maka susu tersebut akan menjadikan bayi tadi sebagai mahramnya.(Sila
lihat dalam Al-Mufassal fi ahkam Al-Mar'ah Wa Bait Al-Muslim , As-Syaikh Dr.Abd
Karim Zaidan).

Begitu juga jawapan merujuk kitab ini :

Soalan saya: Apa hukum apabila seorang anak dara mendapatkan suntikan untuk
mengeluarkan susu ibu?
Quote from: mooks on 06 May, 2010, 06:18:59 PM
Tetap dapat menyebabkan jadi ibu susuan dan menjadi mahram....ini sebab syarat
harus hamil duluan bukan sebagai syarat menyebabkan mahram...ini menurut
Jumhur kecuali ada sebuah qaul dari mazhab Hanbali...

lihat ibarat ini:

‫ ذهب الجمهور وهو رواية عند الحنابلة إلى أنه ال يشترط لثبوت التحريم بلبن‬- 11 : ‫تقدم الحمل على الرضاع‬
‫ الالتي‬ ‫ { وأمهاتكم‬: ‫ فيحرم لبن البكر التي لم توطأ ولم تحبل قط ; لعموم قوله تعالى‬. ‫المرأة أن يتقدم حمل‬
‫ والمنصوص عن أحمد وعليه المذهب أن لبن البكر ال ينشر‬. ‫ وألنه لبن امرأة فتعلق به التحريم‬, } ‫أرضعنكم‬
‫ التحريم ; ألنه نادر لم تجر العادة به للتغذية‬.

Dengan keterangan di atas ini,


Hukumnya harus dan dibenarkan  suntikan hormon bagi membantu pengeluaran air
susu dan dapat menyusukan anaknya sendiri atau jika ingin menyusukan anak angkat.
Syarat hamil atau disetubuhi bukan syarat untuk tidak boleh menyusukan anak.

Assallamualaikum.

Kami ingin bertanya tentang status hubungan antara adik-beradik kandung anak
susuan dengan adik-beradik susuan (anak-anak kepada ibu susuan). Adakah mereka
ini tetap bukan mahram dan bolehkah mereka berkahwin antara adik-beradik kandung
dengan anak-anak kandung ibu susuan?

Status hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu yang menyusukan
adalah mahram selamanya. Apabila mahram, haram bernikah. Hanya mereka yang
menyusu seibu sahaja yang jadi mahram dengan anak -anak kandung ibu susuan.
Adik beradik anak susuan tidaklah menjadi mahram dengan anak-anak kandung ibu
susuan kerana mereka tidak menyusu dengan ibu itu. Bila tidak menjadi mahram,
maka bolehlah mereka berkahwin.

Assallamualaikum.

Kami ingin bertanya tentang status hubungan antara adik-beradik kandung anak
susuan dengan adik-beradik susuan (anak-anak kepada ibu susuan). Adakah mereka
ini tetap bukan mahram dan bolehkah mereka berkahwin antara adik-beradik kandung
dengan anak-anak kandung ibu susuan?

Status hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu yang menyusukan
adalah mahram selamanya. Apabila mahram, haram bernikah. Hanya mereka yang
menyusu seibu sahaja yang jadi mahram dengan anak -anak kandung ibu susuan.
Adik beradik anak susuan tidaklah menjadi mahram dengan anak-anak kandung ibu
susuan kerana mereka tidak menyusu dengan ibu itu. Bila tidak menjadi mahram,
maka bolehlah mereka berkahwin.

You might also like