Sinopsis Burung Terbang Dipipiskan Lada

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PROSA TRADISIONAL 

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA

SINOPSIS

Negara Siam mendengar berita bahawa kerajaan Melaka merupakan sebuah negara yang kuat dan tidak pernah
dikalahkan oleh mana-mana kuasa ketika itu. Oleh itu, Raja Siam iaitu Bubunnya menghantar wakil untuk
berjumpa dengan Sultan Muzaffar Syah meminta supaya Melaka menyembah / mengaku ketuanan  Raja Siam
(membayar ufti). Sultan Muzaffar menolaknya. Raja Siam marah lantas menghantar hulubalangnya iaitu Awi
Cakri menyerang Melaka. Sultan Muzaffar mengetahui berita itu. Baginda mengumpulkan semua orang lelaki di
Melaka. Tun Perak dari kelang mengumpulkan orang lelaki dari Kelang dengan keluarga mereka bertujuan supaya
mereka berperang dengan bersungguh-sungguh demi menyelamatkan keluarga mereka. Tentera Siam dapat dikalahkan.
Kebijaksanaan Tun Perak mendapat perhatian sultan dan diminta tinggal di Melaka serta dilantik sebagai bentara.

Namun begitu, terdapat seorang dari Kelang yang  iri hati kepada Tun Perak lalu memfitnahnya. Dia  memberitahu
Sultan Muzaffar bahawa Tun Perak telah mengainiayainya, Sultan memanggil Tun Perak mengadap untuk mengetahui
kedudukan perkara sebenar. Tun Perak memberitahu Sultan Muzaffar bahawa beliau  bertugas untuk Negara, dan
meminta Sultan Muzaffar memecatnya jika mempercayai fitnah tersebut. Sultan Muzaffar sangat gembira dengan
ketegasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai perdana menteri dengan gelaran Paduka Raja. Kedudukan Tun Perak
setaraf dengan seorang lagi pegawai iaitu Seri Nara Diraja di balai perjumpaan. Ekoran pelantikan tersebut. penduduk
Melaka berpecah kepada dua kumpulan iaitu mereka yang berpihak kepada Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Mereka
berduajuga  saling berselisih faham dan tidak bermaufakat. Sultan Muzaffar sagat sedih dan bercadang mendamaikan
mereka berdua kerana perbalahan antara mereka boleh memunsahkan kerajaan Melaka.

Akhirnya, Sultan Muzaffar nekad untuk menceraikan isterinya iaitu Tun Kudu (anak bendahara Seri Wak Raja iaitu
saudara Paduka Raja) supaya dapat dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja. Tun Kudu pernah dipelihara oleh Paduka Raja
dengan tanggungan Sultan Muzaffar. Sejak dikahwinkan, hubungan antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja menjadi
erat. Seri Nara Diraja turut menyokong Paduka Raja menjadi Bendahara.

Pada waktu itu Bendahara Paduka Raja dikatakan sebagai orang yang bijaksana.  Pada zaman kegemilangan itu, terdapat
tiga orang pembesar yang bijaksana di tiga buah negeri besar, iaitu Patih Aria Gajah Mada di Majapahit, Orang Kaya
Kanayan di Pasai, dan Bendahara Paduka Raja serta Seri Nara Diraja pula menjadi penghulu bendahari di Melaka.

Setelah beberapa lama kemudian, orang Siam, iaitu di bawah panglima Awi Dicu mahu menyerang Melaka lagi.  Sultan
Muzaffar memerintahkan Bendahara Paduka Raja agar bersiap sedia untuk menentang orang Siam.  Seri Bija Diraja juga
diperintahkan untuk membantu Bendahara Paduka Raja untuk mengusir orang Siam yang telah menghampiri Batu
Pahat.  Bendahara Paduka Raja telah memerintahkan Tun Umar supaya menaiki perahu untuk memeriksa perahu
Siam.  Tun Umar yang berani itu telah melanggar beberapa buah perahu Siam sehingga mereka kalah.  Tindakan Tun
Umar itu telah membuatkan orang Siam berasa sungguh hairan. Setelah hari malam, Bendahara Paduka Raja
mengarahkan agar pohon-pohon kayu bakau, nyirih, dan tumpu api-api dibakar.  Tindakan tersebut telah dilihat oleh
orang Siam.  Hulubalangnya berpendapat bahawa kelengkapan Melaka sungguh banyak.  Dengan itu, orang Siam
menjadi takut dan tidak jadi berperang lalu kembali ke Siam semula.

Pada waktu malam, Paduka Raja memerintahkan tenteranya supaya pokok kayu bakau, nyirih dan tumpu api-api
dibakar. Cahaya api itu kelihatan seolah-olah terlalu ramai tentera Melaka sedang berkawal di tepi pantai. Askar Siam
ketakutan melihat banyaknya tentera Melaka lalu mereka berpatah  balik ke Siam dan tidak jadi untuk menyerang
Melaka. Sultan Muzaffar merayakan kemenangan askar Melaka dengan hadiah persalinan baru. Di Siam, Paduka
Babunnya sangat marah. Baginda  mengarahkan anaknya iaitu Cau Pandan untuk menyerang Melaka dengan pelbagai
kelengkapan dan perahu yang sangat banyak bilangannya. Apabila mendengar berita itu, Sultan Muzaffar
memerintahkan seorang yang warak (kuat ugama)  iaitu Tuan Sidi Arab menggunakan kesaktiannya. Dia
menggunakan panahnya, dan mengarahkan panahnya itu ke Siam sambil mengatakan Cau Pandan akan mati. Di Siam,
Cau Pandan berasa sakit dada kemudian muntah darah lalu mati. Sultan menghadiahi Tuan Sidi Arab dengan pelbagai
anugerah atas kesaktiannya itu.

Setelah 42 tahun memegang takhta, akhirnya Sultan Muzaffar Syah pun mangkat.  Takhta Melaka telah digantikan oleh
anakanda baginda, iaitu Raja Abdullah dengan gelaran Sultan Mansur Syah.  Usia baginda sewaktu menaiki takhta itu
ialah 27 tahun.  Sultan Mansur Syah seorang yang kacak, adil, dan pemurah.  Baginda telah berkahwin dengan Tun Patih
Nur Pualam, iaitu anak Seri Nara Diraja.

You might also like