Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke-2

Minggu Praktikum : Kedua

Tarikh / peristiwa : 1-5 februari 2016

Pada minggu kedua praktikum di SK Taman Bukit Teratai, saya mula menyesuaikan diri
ketika berada di sekolah ini. Menyesuaikan diri di sekolah merupakan perkara yang sangat
penting kerana ia akan menentukan suasana dan prestasi kerja seseorang. Oleh itu, semakin
selesa seseorang itu berkerja di tempat kerjanya, semakin baik prestasi kerjanya.

Minggu kedua ini saya ingin menyentuh mengenai murid-murid yang saya jumpa di
kelas. Masalah yang saya hadapi pada minggu ini adalah melibatkan pengurusan murid dan
kawalan kelas. Ini merupakan kali pertama saya mengajar murid tahap dua. Perkara ini menjadi
satu cabaran besar buat diri saya sebagai pendidik dalam mengajar serta melayan kerenah
setiap murid.

Saya telah memulakan tugas mengajar dua kelas darjah 4, satu kelas darjah 5 dan satu
kelas darjah 6 untuk subjek Pendidikan Moral. Saya menghadapi masalah kawalan kelas pada
subjek Dunia Seni Visual tahun 4 Lili. Kerenah murid yang sukar dikawal dan terdapat segelitir
murid yang tidak membawa alatan yang telah saya pesan pada minggu yang lalu. Perkara
seperti ini sangat mengecewakan dan menjatuhkan sedikit semangat saya untuk mengajar.
Selain itu, kerenah murid yang sukar dikawal dan sering meminta perhatian saya menyebabkan
suasana kelas menjadi tidak teratur. Disebabkan hal tersebut, sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan tidak berjalan dengan baik dan tidak lancar.

Kawalan kelas yang kurang memuaskan mengakibatkan objektif pengajaran tidak


tercapai. Oleh itu, saya perlu memperbaiki lagi masalah kawalan kelas yang saya hadapi pada
minggu ini. Selepas ini mungkin saya akan cuba untuk menggunakan kaedah pengajaran yang
lebih baik bagi mengelakkan perkara seperti ini berlaku.

Disemak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke - 3

Minggu Praktikum : Ketiga

Tarikh / peristiwa : 8 – 12 Februari 2016

Tiada sesi persekolahan pada minggu ini kerana Cuti Perayaan Tahun Baru Cina selama
seminggu.

Di semak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke - 4

Minggu Praktikum : Keempat

Tarikh / peristiwa : 15 – 19 Februari 2016

Sudah hampir sebulan saya dan rakan praktikum saya berada di SK Taman Bukit Teratai ini.
Pengalaman berpraktikum disini membantu saya dalam melatih kemahiran dan gaya mengajar
di dalam kelas.

Pada minggu keempat ini sering kali saya mengendalikan kelas untuk sesi pengajaran dan
pembelajaran. Banyak perkara yang perlu saya perbaiki sepanjang saya berpraktikum di
sekolah ini. Minggu ini saya juga ada mengesan beberapa masalah yang baru dalam kalangan
murid-murid saya mengenai pembelajaran Dunia Seni Visual.

Perkara tersebut ialah mengenai pengetahuan yang sedikit dalam kalangan murid mengenai
teori seni seperti Asas Seni Reka, perbezaan teknik dan sesi apresiasi seni. Hal ini berlaku
semasa saya mengajar di dalam kelas dan mengadakan sesi soal jawab dan apresiasi. Apabila
diajukan dengan soalan-soalan yang melibatkan Asas Seni Reka (ASR) kepada murid-murid
saya dan jawapan yang diberikan oleh mereka agak kurang memuaskan hati saya.

Begitu juga dengan sesi apresiasi di dalam kelas. Murid-murid hanya tahu memberikan komen
yang biasa tanpa menggunakan Bahasa Seni. Respon yang diberikan oleh murid setakat
“cantik, kurang cantik dan sangat cantik”.

Oleh itu, bagi mengatasinya saya akan cuba memberikan banyak soalan rangsangan kepada
mereka supaya mereka dapat merangsang minda dan secara tidak langsung dapat memberi
pendedahan kepada mereka mengenai Asas Seni Reka dan Bahasa Seni Visual. Selain itu,
saya juga akan cuba menerapkan ASR dengan menggunakan peta I-think dari semasa ke
semasa.

Di semak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS, KUALA LUMPUR

Bilangan Jurnal : ke - 5

Minggu Praktikum : Kelima

Tarikh / peristiwa : 22 – 26 Februari 2016

Pada minggu ini seperti biasa saya menjalankan tugas sebagai seorang guru untuk
mengajar setiap anak didik di SK Taman Bukit Teratai ini. Pada minggu ini tekanan mula
dirasakan apabila saya dan rakan praktikum yang lain menerima tugasan-tugasan dari pihak
sekolah. Masa yang diperuntukkan untuk saya bagi menyiapkan rancangan pengajaran perlu
dirancang awal supaya tidak terkejar-kejar dengan tugasan saya yang lain seperti tugasan EDU
dan Penyelidikan Tindakan.

Sebagai seorang manusia kita tidak terlepas dalam melakukan kesilapan dalam
kehidupan seharian kita. Apabila tekanan kerja yang mula dibebani di bahu maka perasan
sudah mula tidak stabil. Ini kerana ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Kekwa,
saya telah memarahi segelitir murid yang sudah mula menunjukkan tingkah laku yang kurang
senang bagi saya. Kebiasaannya sebelum saya memulakan sesuatu sesi pengajaran dan
pembalajaran Dunia Seni Visual, saya akan berpesan kepada murid untuk membawa alat dan
bahan yang diperlukan bagi langkah persediaan. Tetapi malangnya saya melihat ramai yang
tidak membawa alat dan bahan. Perkara ini membuatkan saya marah dan menyebabkan
suasana pembelajaran menjadi tidak seronok dan jelas terpancar di wajah anak didik saya
wajah kecewa dan sedih apabila ditegur oleh saya. Bagi mengembalikan semangat mereka
saya cuba berjenaka dan meminta maaf kepada mereka.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini dengan saya menyediakan juga alat dan bahan
sebagai langkah sekiranya terdapat murid yang tidak membawa alat dan bahan. Perkara ini
sedikit sebanyak membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus objektif
yang ditetapkan dapat dicapai dengan baik.

Di semak oleh Guru Pembimbing : Di Semak oleh Pensyarah Pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

You might also like