Sesi 2016 - 2017

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

~

UNNERSITI KEBANGSMN MALAYSIA


The National University ofA1alaysia

PEPERIKSAAN AKHIR
SEMESTER ISESI AKADEMIK 2016-2017
IJAZAB SARJANA MUDA DENGAN KEPUJIAN

I DISEMBER 2016/JANUARI 2017 MASA: 2 JAM I


KOD h..'URSUS UUUK2093

TAJUK KURSUS UNDANG-UNDANG TORT I

ARAHAN 1. Kertas ini mengandungi Bahagian A dan Bahagian B.

2. Kertas ini mengandungi EMPAT (4) soalan kesemuanya.

3. Jawab SATU (1) so alan dari Bahagian A dan SATU (1) soalan
dari Bahagian B.

4. Jawapan Bahagian A hendaklah dijawab dalam buku jawapan


berwarna KUNING danjawapan Bahagian B hendaklah dijawab
dalam bukujawapan berwarna IDJAU.

5. Jawab SATU (1) soalan di dalam Bahasa MeJayu dan SATU (1)
soalan dalam Bahasa Inggeris.

6. Jumlah keseluruhan markah ialah 40 markah.

7. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan


Peperiksaan.

No. Pendaftaran: IAI l I r I t I (dengan perkataan)

Set: ----------------

Kertas soalan ini mengandungi 2 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

~
~
-
~TEM V
U~AS
-~
~

MS ISO 9001 REG NO. AR 2845


- - ----- ~-----
..
. '
UUUK2093

BAHAGIANA

Jawab SATU (1) soalan sahaja.

1. Bincangkan dengan terperinci tahap tugas untuk berhati-hati (standard ofduty ofcare)
bagi defendan yang mahir/profesional dalam 'kes-kes kecuaian.
(20 markah)

2. Dalam perjalanan pulang, kaki Ben telah tersadung lalu beliau terjatuh. Akibat dari itu,
kedua-dua lutut Ben telah tercedera. Beberapa hari selepas kejadian tersebut, semasa
dalam perjalanan ke pejabat, beliau yang memandu keretanya cuba mengelak dari
rnelanggar Jon yang sedang melintas jalan. Malangnya oleh kerana kesakitan yang amat
sangat pada lutut kanannya, Ben gagal menekan brekkereta sepenuhnya dan beliau
tidak dapat mengelak daripada melanggar Jon. PerIanggaran tersebut terjadi pada tahap
kelajuan yang agak rendah yang pada kebiasaannya hanya boleh menyebabkan
kecederaan ringan dan lebam-lebam pada mangsa yang dilanggar. Namun begitu,
memandangkan Jon mempunyai masalah tulang rapuh (brittle bones), Jon telah
mengalami kecederaan yang teruk di mana beberapa tulang rusuk serta kedua kakinya
patah. Kecederaan sebegini mungkin tidak akan terjadi sekiranya pelanggaran tersebut
terjadi kepada orang lain yang fizikalnya lebih sihat dan normal. Jon kemudiannya telah
dibawa ke hospital yang terdekat untuk rawatan kecemasan. Di hospital berlaku
kesilapan oleh pihak pentadbiran hospital yang telah mengakibatkan doktor telah
tersalah potong tangan kiri Jon yang tidak cedera.

Sebagai peguam Jon, jelaskan perIanggaran hak yang berlaku kepada Jon dari segi
liabiliti tort serta terangkan isu undang-undang tort yang timbul dalam kejadian ini.

(20 markah)

BAHAGIANB

Jawab SATU (1) soalan sahaja.

3. Tuntutan bagi kecederaan psikiatrik atau kejutan saraf pada asalnya hanya boleh dibuat
oleh pihak plaintif sebagai mangsa primer yang mendapat kecederaan fizikal danlatau
kejutan saraf akibat dari perbuatan cuai defendan. Namun begitu perkembangan
undang-undang kejutan saraf menunjukkan bahawa mahkamah telah mula mengambil
pendekatan yang berbeza apabila mangsa yang dikategorikan sebagai mangsa sekunder
turnt boleh membawa tuntutan terhadap defendan bagi kejutan saraf.
Sila huraikan secara analitis perkembangan undang-undang kecuaian berkaitan kejutan
saraf yang melibatkan mangsa sekunder.
(20 markah)

4. Mira adalah seorang pelakon popular tanah air. Terdapat gosip di media sosial dan juga
di akhbar arus perdana bahawa Mira mempunyai hubungan sulit dengan seorang VIP
yang dikenali sebagai Dato J. Dato J pula sebenarnya telah mempunyai isteri iaitu Datin
. S dan 8 orang anak. Pada suatu hari Dato J telah membawa Mira makan malam di
Herot Cafe di KLCe. Sedang mereka asyik menikmati makan malam, tiba-tiba mereka
UUUK2093

dikejutkan dengan kehadiran Datin S. Datin S yang sememangnya sudah mendapat
maklumat tentang hubungan Mira dan Dato J sangat sakit hati dan marah apabila
melihat Mira dan Dato J begitu mesra seperti pasangan kekasih. Dato J dan Mira
nampak Datin S meluru ke arah meja mereka dengan muka yang bengis sambil

menjerit-jerit. Sebelum Mira sempat melarikan diri, Datin S telah mengangkat


tangannya lalu menampar pipi Mira dengan kuat. Dia juga kemudiannya menarik
tangan Mira dengan kasar sehingga Mira terjatuh dari kernsinya. Datin Sterns
memukul-mukul badan Mira sambi I menjerit-jerit memanggil Mira sebagai perempuan
tidak tahu malu dan perosak rumahtangganya. Mira yang terperanjat dan kesakitan
akibat tindakan Datin S hanya terduduk di atas lantai -sambil menangis. Dato J pula
-cuba untuk menahan isterinya dari terns bertindak kasar ke atas Mira dengan menolak
. tubuh isterinya itu dari belakang. Disebabkan Dato J memang seorang yang berbadan
besar dan kuat, tolakan tersebut menyebabkan isterinya hilang imbangan terhadap
badannya lalu jatuh tersungkur ke lantai dengan kuat. Datin S bangun dan cuba untuk
11
terns menyerang Mira. Mira berasa takut beliau akan terns dipukullagi, namun rakan
baik Datin S iaitu Ren yang berada di situ segera memegang kedua-dua tangan Datin S
untuk menghalangnya dari bertindak. Datin S yang masih geram, menjerit kepada Mira
dengan kata-kata, "Kalau tak kerana kawan aku ini, sudah tentu aku pukul kau lebih
teruk lagi." Dato J pula menengking Datin S dengan kata-kata, "Kalau you tak pergi
sekarang, I ceraikanyou sekarangjuga." Datin S sangat terkejut dengan ugutan tersebut
kerana dia tidak mahu diceraikan. Ren cepat-cepat mengajak Datin S beredar dari situ
sebelum keadaan tidak menjadi lebih teruk. Tambahan pula terdapat pelanggan-
pelanggan lain yang telah mula merakam insiden sensasi tersebut.

Bincangkan dengan terperinci isu undang-undang tort yang berkaitan dalam senario di
atas dengan merujuk kepada liabiliti undang-undang yang mungkin boleh dikenakan
kepada pihak-pihak yang terlibat.
(20 markah)

"SELAMATMAJU JAYA"

. 2

You might also like