Rubrik Holistik Dan Analitik (Group 11)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH EKSEKUTIF

GGGA5022 :PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN

SEMESTER 1 SESI 2022/2023

TUGASAN :
TAJUK: RUBRIK ANALITIK DAN HOLISTIK BAGI SUBJEK PENDIDIKAN AL-QURAN DAN SUNNAH TINGKATAN
4 PADA BAB HUKUM MAD WAJIB MUTTASIL, MAD JAIZ MUNFASIL DAN MAD BADAL

PENSYARAH :

DR EN. ZOLKEPELI HARON

AHLI KUMPULAN 11 :

NAMA NO PELAJAR
NAJIHAH BINTI ROSLAN P122763
NUR FAZIRA BINTI MAHASAN P122243
NURUL ATHIRAH BINTI NOOR AZAURA P122869
HARIS HAZWAN BIN ABD RAZAK P124387
WAN AIMAN BIN WAN MOHD BADRUDDIN P123441
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1-4

2. PERBEZAAN RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK 5

3. CONTOH RUBRIK HOLISTIK 6

4. CONTOH RUBRIK ANALITIK 7-8

5. PENUTUP 9

6. RUJUKAN 9
RUBRIK PEMARKAHAN

PENGENALAN

Rubrik merupakan salah satu sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru. Selain itu, rubrik merupakan kaedah alternatif yang
digunakan untuk mentafsir kebolehan dan pencapaian pelajaran dalam pembelajaran. Terdapat dua jenis rubrik yang dibincangkan
iaitu rubrik holistik dan analitik. Pemarkahan pelajar diberikan berdasarkan rubrik pemarkahan yang telah disediakan. Rubrik biasanya
ditentukan mengikut objektif pembelajaran.

Rubrik holistik ini dapat digunakan untuk menilai prestasi pelajar semasa mempelajari bidang pengajian al-Quran. Tahap penguasaan
merupakan bentuk pernyataan untuk menunjukkan perkembangan murid. Terdapat enam tahap penguasaan yang menunjukkan aras
penguasaan. Pentaksiran pendidikan al-Quran dan as-sunnah merangkumi persoalan pengetahuan, kemahiran dan nilai mengikuti
bidang tertentu. Tahap penguasaan bagi mata pelajaran perlu ditentukan pada setiap akhir tahun. Pentaksiran dilakukan secara kolektif
dan holistik dengan melihat semua aspek semasa proses pembelajaran. Penskoran holistik menetapkan mutu respon melalui satu
piawai, di mana piawai tersebut perlu dikenal pasti dan ditentukan mengikut tahap kepelbagaian gred pencapaian. Tahap pemberian
gred tersebut terdiri daripada amat cemerlang, cemerlang, kepujian, baik, memuaskan dan lemah/gagal. Manakala, Rubrik analitik ini
juga dapat digunakan untuk menilai prestasi pelajar semasa mempelajari bidang pengajian al-Quran. Pemeriksaan secara analitik
dilakukan dengan cara melihat kriteria dalam respons tugasan secara spesifik tanpa mengambil kira respon secara keseluruhan.
Justeru, pentaksiran akan menentukan prestasi pelajar. (KPM, 2022). Jelaslah, Rubrik holistik merupakan pemarkahan secara
menyeluruh manakala rubrik analitik adalah pemarkahan secara terperinci. Justeru jadual dibawah menerangkan perbezaan diantara
rubric holistic dan analitik dengan lebih terperinci.

1
Pernyataan Tahap Penguasaan Umum

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN


1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
(Tahu) respons terhadap perkara asas.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau
(Tahu dan faham) menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran
(Tahu,faham dan boleh buat) pada suatu situasi.
4 Murid melaksanakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada
(Tahu, faham, dan boleh buat dengan suatu situasi.
beradab)
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut
(Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab prosedur atau secara sistematik, tekal dan bersikap positif.
terpuji)
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk
(Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan
mithali) inovatif serta boleh dicontohi.

2
PEMARKAHAN RUBRIK HOLISTIK DSKP PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

Rubrik Holistik

Tahap/Gred Perkara Penerangan


6 Pentabiatan Berkebolehan merumuskan pengetahuan, dan
Amat Cemerlang mengaplikasi kemahiran serta nilai daripada
(90-100) kandungan yang dipelajari dalam bentuk perubahan
tingkah laku dan mempamerkan ciri-ciri kepimpinan
yang boleh dicontohi atau membimbing orang lain.
5 Penghayatan Berkebolehan memberikan justifikasi, menilai
Cemerlang kepentingan dan istiqamah terhadap amalan yang
(80-89) dilakukan berdasarkan pengetahuan, kemahiran serta
nilai daripada kandungan yang dipelajari dalam
kehidupan.
4 Iltizam Berkebolehan menghurai dan mengaplkasi
Kepujian pengetahuan, kemahiran dan nilai daripada
(70-79) kandungan yang dipelajari secara bersungguh-
sungguh dan bertanggungjawab melaksanakannya
dalam kehidupan atau pelbagai situasi.
3 Amalan Boleh menjelaskan dan mengaplikasi pengetahuan,
Baik kemahiran dan nilai daripada kandungan yang

2
(60-69) dipelajari mengikut keupayaan masing-masing
dalam kehidupan atau situasi tertentu.
2 Amali Boleh menerangkna konsep atau menggunakan
Memuaskan pengetahuan, kemahiran dan nilai secara praktik
(50-59) dalam kandungan yang dipelajari mengikut
keupayaan masing-masing.
1 Ilmu Boleh menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai
Lemah/Gagal dalam setiap kandungan yang dipelajari mengikut
(<50) keupayaan masing-masing.

2
PERBEZAAN RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK

Rubrik Holistik Rubrik Analitik

Sesuai soalan esei/ item secara terbuka yang mengundang Sesuai untuk item respon terhad
pelbagai jawapan/pandangan/cadangan. Jawapan pendek,soalan aras rendah, item terbuka yang
memerlukan perincian.

Mengelaskan atau mengumpul pencapaian untuk pemberian Berdasarkan fakta yang ditentukan tanpa mengambilkira respon
markah secara keseluruhan

Sesuai kepada pemeriksa yang berpengalaman dan menguasai Sesuai kepada pemeriksa yang kurang berpengalaman dalam
bidang tertentu bidang tertentu

Tidak mengambil masa yang panjang Mengambil masa yang lama

Pemeriksaan secara subjektif (sumatif) Pemeriksaan secara fakta (formatif)

Tidak dapat memberikan maklumat yang jelas dan terperinci Mengambarkan penjelasan yang jelas
setiap penskoran.

2
CONTOH PEMBINAAN RUBRIK HOLISTIK:

TAHAP/GRED STANDARD PRESTASI


LEMAH Menyatakan asas hukum mad wajib muttasil, mad jaiz
1 munfasil dan mad badal.
LULUS Menerangkan hukum mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil
2 dan mad badal.
BAIK Menjelaskan dan mengaplikasi hukum mad wajib muttasil,
3 mad jaiz munfasil dan mad badal.
KEPUJIAN Menganalisis dan mengaplikasi hukum mad wajib
4 muttasil,mad jaiz munfasil dan mad badal dalam pembacaan
al-quran dengan tahkik secara bersungguh-sungguh.
CEMERLANG Memberikan justifikasi hukum mad wajib muttasil, mad jaiz
5 munfasil dan mad badal dalam pembacaan al-quran dengan
tahkik dan mengamalkannya secara istiqamah.
AMAT CEMERLANG Mengamalkan hukum mad wajib muttasil, mad jaiz munfasil
6 dan mad badal dalam pembacaan al-quran dengan tahkik
serta boleh dicontohi atau membimbing orang lain.

2
CONTOH PEMBINAAN RUBRIK ANALITIK:

TAHAP/GRED STANDARD PRESTASI PENGUASAAN MAKSUD PENGUASAAN MENGAPLIKASI


BACAAN
TULISAN JAWI

LEMAH Menyatakan asas hukum mad Memahami satu sahaja maksud Peguasaan bacaan Mendatangkan satu contoh
1 wajib muttasil, mad jaiz mad dengan betul. yang sangat lemah hukum mad di dalam al-quran.
(0%-49%) munfasil dan mad badal. dan banyak
kesilapan bacaan
yang besar sehingga
menganggu
pemahaman sebenar.

LULUS Menerangkan hukum mad Memahami dua sahaja maksud Penguasaan bacaan Mendatangkan kedua-dua
2 wajib muttasil, mad jaiz mad dengan betul. yang lemah dan contoh hukum mad di dalam
(50%-69%) munfasil dan mad badal. banyak kesilapan al-quran
bacaan.

BAIK Menjelaskan dan Memahami ketiga-tiga maksud Penguasaan bacaan Mendatangkan ketiga-tiga
3 mengaplikasi hukum mad mad dengan betul. yang memuaskan contoh hukum mad di dalam
(60%-69%) wajib muttasil, mad jaiz dan sedikit kesilapan al-quran.
munfasil dan mad badal. minor

2
KEPUJIAN Menganalisis dan Menghafal serta memahami satu Penguasaan bacaan Mendatangkan dan membaca
4 mengaplikasi hukum mad sahaja maksu mad dengan betul. yang baik dan dengan betul satu contoh
(70%-79%) wajib muttasil,mad jaiz kesilapan bahasan hukum mad di dalam al-quran.
munfasil dan mad badal dalam yang sedikit.
pembacaan al-quran dengan
tahkik secara bersungguh-
sungguh.
CEMERLANG Memberikan justifikasi Menghafal serta memahami dua Penguasaan bacaan Mendatangkan dan membaca
5 hukum mad wajib muttasil, maksud mad dengan betul. yang cemerlang dan dengan betul kedua-dua
(80%-89%) mad jaiz munfasil dan mad hampir tiada contoh hukum mad di dalam
badal dalam pembacaan al- kesilapan. al-quran
quran dengan tahkik dan
mengamalkannya secara
istiqamah.

AMAT Mengamalkan hukum mad Menghafal serta memahami Penguasaan bacaan Mendatangkan dan membaca
CEMERLANG wajib muttasil, mad jaiz ketiga-tiga maksud mad dengan yang amat dengan betul ketiga-tiga
6 munfasil dan mad badal dalam betul. cemerlang dan contoh hukum mad di dalam
(90%-100%) pembacaan al-quran dengan hampir tiada al-quran.
tahkik serta boleh dicontohi kesilapan.
atau membimbing orang
lain.

2
KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan penulisan dari kumpulan kami, kami mendapati bahawa rubrik adalah sebuah sistem penilaian yang
sangat efektif dalam menilai prestasi pelajar di dalam bacaan , hafazan dan pemahaman terhadap hukum bacaan tesebut. Ia juga
membantu para guru untuk membuat pemarkahan dengan lebih mudah, lebih telus serta ia juga menggambarkan kriteria penilaian
yang konsisten. Rubrik juga membantu pelajar menjadi pengukur kepada diri sendiri serta dapat menjimatkan masa guru daripada
menghabiskan masa untuk menilai kerja pelajar. Merujuk kepada contoh rubrik yang kami ambil, ia menunjukkan bahawa
untuk menggunakan rubrik, ia perlu disesuaikan dengan kriteria pelajar tersebut ataupun sesiapa sahaja yang ingin kita nilai. Sebagai
contoh, jika kita sebagai guru ingin menilai kriteria para pelajar kita, kita menggunakan rubrik yang sesuai supaya dapatan yang
diperoleh itu sahih dan konsisten.

RUJUKAN

Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2022).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2022). Buku Panduan Pentaksiran Institut Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). (2018). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tingkatan 4 dan 5. Pendidikan al-
Quran dan al-Sunnah.

You might also like