Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

2022, Volume 7, Issue 5, e001494


DOI: https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1494

Pengetahuan dan Kemahiran Teknologi Guru Pendidikan Khas


Integrasi Untuk Menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam
Talian

(The Special Education Teachers’ Technological Knowledge And


Technological Skill To Conduct Online Teaching and Learning)

Nur’alia Mat Nawi1* , Norshidah Mohamad Salleh2


1Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.
Email: p102817@siswa.ukm.edu.my
2Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 43600, Bangi, Selangor, Malaysia.

Email: nshidah@ukm.edu.my

ABSTRAK
CORRESPONDING Kesediaan guru Pendidikan Khas Integrasi (PKI) dari
AUTHOR (*): pelbagai aspek merupakan kunci utama bagi memastikan
Nur’alia Mat Nawi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian
(p102817@siswa.ukm.edu.my) berjalan dengan baik. Namun menjadi tanda tanya sama ada
guru PKI cukup bersedia untuk melaksanakan PdP atas
KATA KUNCI: talian. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan
Pendidikan khas guru PKI dalam pengajaran dan pembelajaran atas talian.
Pengajaran dan pembelajaran Dua objektif kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap
dalam talian pengetahuan teknologi guru PKI serta mengenal pasti tahap
Pengetahuan kemahiran teknologi guru PKI melaksanakan PdP atas talian.
Kemahiran Sampel kajian terdiri daripada 48 orang guru PKI yang
berkhidmat di enam buah Program Pendidikan Khas
KEYWORDS: Integrasi (PPKI) sekolah menengah luar bandar di sebuah
Special Education daerah di Terengganu. Dalam menjalankan kajian, pengkaji
Online teaching and learning telah menggunakan kaedah kajian tinjauan menggunakan
Knowledge analisis kuantitatif. Analisis deskriptif dan analisis inferensi
Skill juga digunakan bagi menganalisis data kajian. Satu set soal
selidik berskala Likert 5 mata yang telah diadaptasi daripada
CITATION: kajian Maimun et al. (2017) telah digunakan. Instrumen ini
Nur’alia Mat Nawi & Norshidah Mohamad mengandungi dua komponen dengan iaitu, (i) Pengetahuan
Salleh. (2022). Pengetahuan dan Kemahiran
Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi Teknologi Guru PKI dan (ii) Kemahiran Teknologi Guru PKI.
Untuk Menjalankan Pengajaran dan Komponen (i) mempunyai 6 item dengan nilai pekali
Pembelajaran Dalam Talian. Malaysian
Journal of Social Sciences and Humanities
kebolehpercayaan 0.902 dan Komponen (ii) mempunyai 5
(MJSSH), 7(5), e001494. item dengan nilai pekali kebolehpercayaan 0.872. Guru
https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i5.1494 Teknologi Maklumat dan Komunikasi dengan pengalaman
lebih 10 tahun telah dirujuk bagi tujuan kesahan instrumen.
Dalam menganalisis data, analisis deskriptif digunakan bagi
mengumpul data berbentuk min, peratusan dan kekerapan.
Nilai min skor dan sisihan piawai juga digunakan bagi tujuan
deskriptif. Data menunjukkan tahap pengetahuan teknologi
guru PKI berada pada tahap tinggi dengan nilai min
keseluruhan=3.87, sisihan piawai=0.551 manakala tahap
kemahiran teknologi guru PKI pula berada pada tahap yang
sederhana dengan nilai min keseluruhan=3.64, sisihan

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
2
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

piawai=0.687. Justeru, kajian ini memberi implikasi


terhadap peranan guru PKI dalam usaha untuk menambah
pengetahuan teknologi serta kemahiran teknologi bagi
memastikan kelancaran PdP atas talian. Oleh itu, antara
usaha yang boleh dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah
bagi membantu meningkatkan lagi kemahiran teknologi
guru PKI adalah dengan mengadakan kursus atau bengkel
berkenaan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi.
Penganjuran kursus atau bengkel secara berkala dan
berterusan penting kerana teknologi berkembang terlalu
cepat mengikut peredaran zaman.

ABSTRACT
The Special Education teachers’ readiness is the key to
ensuring the smooth implementation of online teaching and
learning. Yet it is questionable whether teachers are
sufficiently prepared to implement online teaching and
learning. Therefore, this study is aimed to identify the level
of Special Education teachers’ technological knowledge and
technological skills to conduct online teaching and learning.
The objectives of this study are to identify the level of
technological knowledge of Special Education teachers and
to identify the level of technological skills of Special
Education teachers to conduct online teaching and learning.
The respondents were 48 Special Education teachers serving
in six rural secondary school in a district in Terengganu. The
method of this study is a survey. Descriptive and inferential
analyses were used to analyse the data. A set of 5-point
Likert scale questionnaires which were adapted from
Maimun et al. (2017) research had been used. These
questionnaires consist of two components which are
Technological Knowledge of Special Education teachers and
Technological Skills of Special Education teachers. The first
component has 6 items with a reliability coefficient value of
0.902 and the second component has 5 items with a
reliability coefficient value of 0.872. An Information and
Communication Technology teacher with over 10 years of
experience was referred for instrument validity. Descriptive
analysis is used to collect data in the form of mean,
percentage, and frequency. Mean scores and standard
deviations were also used. The study shows that the level of
technology knowledge of Special Education teachers is high
with overall mean value of 3.87 and standard deviation of
0.551 while the level of technology skills of Special Education
teachers is moderate with overall mean value of 3.64 and
standard deviation of 0.687. Thus, this study gives
implications on the role of Special Education teachers in an
effort to increase their technological knowledge and
technological skills to ensure the smoothness in conducting
online teaching and learning. A few efforts should be carried
out by the school administrators to help improve the
technological skills among the Special Education teachers,
for example by holding related courses or workshops on
information and communication technology skills.
Organizing courses or workshops on a regular basis

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
3
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

continuously is important because technology is fast


evolving with time.

Sumbangan/Keaslian: Kajian ini dapat menyediakan maklumat mengenai tahap


pengetahuan dan kemahiran teknologi guru Pendidikan Khas Integrasi dalam
menjalankan PdP dalam talian. Hasil kajian dapat membantu pihak KPM, pihak
pentadbir dan juga guru Pendidikan Khas Integrasi menambahbaikkan pengetahuan
dan kemahiran mereka bagi memastikan kelancaran PdP.

1. Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian bukanlah perkara baru yang wujud di
dalam dunia pendidikan sekarang. Perkembangan teknologi yang giat dijalankan telah
menyebabkan perubahan terhadap sistem pengajaran guru terutamanya dalam
memudahkan proses PdP dijalankan. Seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang memperjuangkan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. dan
sekolah menengah. Selain itu, turut diperjuangkan usaha memanfaatkan teknologi
komunikasi dan maklumat bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2013), di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 telah memperkenalkan satu pelantar pendidikan yang dinamakan
sebagai Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) bagi membantu para
guru. DELIMa membantu guru dengan menyediakan pautan kepada Google Classroom dan
Microsoft Teams, buku teks digital, EduwebTV, CikgooTube dan pautan aplikasi gamifikasi
yang dapat membantu PdP iaitu Microsoft Minecraft Education Edition.

Keperluan melaksanakan PdP dalam talian semakin mendesak apabila pandemik Covid-
19 yang bukan sahaja menyerang di Malaysia malahan di seluruh dunia semakin
meningkat dari hari ke hari. Keperluan ini semakin memuncak apabila pada 16 Mac 2020,
Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang mengakibatkan penutupan semua institusi pendidikan (Pejabat Perdana Menteri
Malaysia, 2020).

Dampak daripada penutupan institusi pendidikan, data daripada agensi UNESCO (2020),
UNESCO telah menunjukkan seramai 990,324,537 pelajar yang terjejas akibat penutupan
institusi pendidikan. Pengumuman ini secara tidak langsung telah menimbulkan
kerisauan dalam diri semua guru tidak kira dari aliran perdana mahu pun aliran
pendidikan khas. Penutupan sekolah mampu menjejaskan sesi PdP yang telah di bina oleh
para guru. Oleh itu, untuk memastikan sukatan pengajaran dapat disampaikan sebaik
mungkin seta sesi pembelajaran tidak tertunda, majoriti sekolah di Malaysia tidak
memiliki pilihan lain dengan mengaplikasikan kaedah PdP atas talian (Mohamad Idham,
2020). Dengan erti kata lain, sepanjang PKP berlangsung, PdP atas talian menjadi satu
keperluan yang harus dilakukan oleh para guru bagi memastikan kelangsungan
pendidikan semua pelajar.

Guru pendidikan khas integrasi (PKI) juga tidak lari daripada masalah ini. Kepelbagaian
ketidakupayaan pelajar pendidikan khas memberikan cabaran kepada guru pendidikan
khas untuk menjalankan PdP secara atas talian. Kesediaan guru PKI dari pelbagai aspek
merupakan kunci utama bagi memastikan pelaksanaan PdP atas talian berjalan dengan

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
4
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

baik. Namun menjadi tanda tanya sama ada guru pendidikan khas cukup bersedia untuk
melaksanakan PdP atas talian.

1.1. Penyataan Masalah

Artikel ini menfokuskan kepada tahap kesediaan guru PKI dari aspek pengetahuan
teknologi dan aspek kemahiran teknologi dalam menjalankan PdP atas talian di sebuah
daerah di Terengganu. Pengkaji mendapati tidak banyak kajian berkenaan kesediaan
guru PKI dari aspek pengetahuan teknologi dan aspek kemahiran teknologi dilakukan.
Kebanyakan kajian-kajian lepas lebih menjurus kepada kajian ke atas guru-guru mata
pelajaran di aliran perdana.

Dalam melaksanakan PdP, guru PKI memerlukan pendekatan pengajaran yang berbeza
dengan guru aliran perdana. Kepelbagaian ketidakupayaan murid berkeperluan khas di
dalam satu-satu kelas memerlukan guru PKI mengaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah
yang berbeza-beza bagi memenuhi keperluan setiap murid. Pendekatan pengajaran
secara bersemuka merupakan pendekatan yang terbaik bagi menyalurkan ilmu
pengetahuan kepada murid-murid berkeperluan khas (Azman et al., 2020). Namun,
situasi sekarang memerlukan guru PKI menjalankan PdP atas talian menyebabkan
mereka terpaksa mengubah corak pengajaran mereka. Justeru, bagi memastikan
pelaksanaan PdP atas talian, selain daripada kaedah dan strategi pengajaran, guru PKI
juga perlu memiliki pengetahuan teknologi dan kemahiran teknologi.

Bagi menjalankan PdP atas talian, pengetahuan teknologi guru PKI amat penting. Mishra
dan Koehler (2009) menyatakan bahawa pengetahuan teknologi adalah pengetahuan
terhadap pelbagai teknologi daripada teknologi yang mudah dan ringkas hingga ke
teknologi yang sukar seperti internet, video digital, perisian program komputer dan
banyak lagi. Dalam menjalankan PdP atas talian, pengetahuan teknologi yang paling
utama adalah pengetahuan tentang penggunaan komputer riba dan juga telefon pintar
dan tablet. Kajian Norshila dan Norshidah (2021) ke atas 88 orang guru pendidikan khas
di Johor mendapati selain daripada penggunaan telefon bimbit dan tablet sebagai alat
komunikasi, guru pendidikan khas juga dapat menggunakan alat peranti ini sebagai alat
bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, kemahiran teknologi guru PKI juga merupakan antara aspek penting bagi
memastikan kelancaran PdP atas talian. Dapatan daripada Cut Novi (2012) mendapati
bahawa kemahiran teknologi yang dimiliki oleh guru pendidikan khas adalah terhad bagi
tujuan menjelaskan konsep-konsep abstrak dengan visual yang konkrit dan mudah
difahami oleh murid berkeperluan khas. Selain itu, kajian Azman et al. (2021) menyatakan
antara cabaran utama guru pendidikan khas dalam menjalankan PdP atas talian adalah
aspek kemahiran dan kepakaran guru. Kajiannya juga mendapati bahawa tidak semua
guru juga memiliki kepakaran tertentu dalam mengendalikan kelas bersama pelajar OKU
Masalah Pembelajaran dengan menggunakan perantaraan teknologi maklumat. Para guru
juga tidak memiliki pengalaman mengajar serta mempunyai kemahiran teknologi yang
terhad bagi menjalankan kelas secara talian.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kesediaan guru PKI melaksanakan
PdP atas talian dari dua aspek iaitu aspek pengetahuan teknologi dan aspek kemahiran
teknologi. Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti tahap kesediaan guru PKI dari aspek pengetahuan teknologi dalam
menjalankan PdP atas talian

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
5
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

ii. Mengenalpasti tahap kesediaan guru PKI dari aspek kemahiran teknologi dalam
menjalankan PdP atas talian.

2. Sorotan Literatur

2.1. Teori Pembelajaran Konstruktisme Lev Vygotsky

Teori merupakan antara perkara asas yang sangat dalam semua bidang ilmu termasuklah
dalam bidang psikologi pendidikan. Dalam kajian ini, teori yang dijadikan sebagai
sandaran adalah Teori Pembelajaran Konstruktisme Konstrukstisme berasaskan
pandangan bahawa proses pembelajaran adalah bersifat aktif dan dinamik serta
mengalami perkembangan sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu. Oleh
itu, teori ini memberi penekanan yang pembelajaran merupakan satu proses yang aktif
dan individu membina konsep baru atau pengetahuan berdasarkan pengalaman lepas.

Dalam kajian ini, pengkaji memberikan fokus kepada teori pembelajaran konstruktisme
sosial yang dipelopori oleh Vygotsky (1978). Vygotsky telah mengembangkan pandangan
Piaget yang menyatakan bahawa perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat.
Teori Konstruktisme Sosial ini juga didasari oleh tiga idea utama iaitu (i) pengetahuan
berkembang pada saat adanya konflik antara pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan
baru dan sulit, (ii) intelektual atau pengetahuan seseorang berkembang hasil daripada
interaksi sosial dan (iii) peranan guru sebagai moderator dan fasilitator pembelajaran
sosial.

Oleh itu, berpandukan idea pertama Vygotsky (1978), pengkaji mengganggap


pengetahuan teknologi guru PKI berkembang apabila terdapat keperluan yang mendesak
dalam menjalankan PdP atas talian ekoran daripada pengumuman penutupan semua
institusi pendidikan disebabkan PKP. Selain itu, berdasarkan idea keduanya pula,
pengkaji menganggap perkembangan pengetahuan guru PKI berlaku disebabkan
interaksi sosial yang wujud dalam kalangan guru PKI itu sendiri apabila mereka berkongsi
pelbagai maklumat seperti bahan PdP, pemilihan aplikasi dan perisian yang bersesuaian
dan banyak lagi. Akhir sekali, bagi idea ketiga, pengkaji menganggap pengetahuan dan
kemahiran teknologi guru pendidikan khas berkembang melalui latihan dan bimbingan
daripada pihak tertentu seperti guru teknologi maklumat dan komunikasi.

2.2. Guru Pendidikan Khas Integrasi

Guru pendidikan khas integrasi merupakan guru yang bertanggungjawab untuk memberi
pendidikan kepada murid-murid istimewa. Guru PKI berkhidmat di sekolah harian biasa
yang mempunyai PPKI (Junaidah & Nik Rosila, 2013). Menurut Kementerian Pelajaran
Malaysia (2021), jumlah guru pendidikan khas yang sedang berkhidmat pada tahun 2020
diseluruh Malaysia adalah seramai 16074 orang. Sementara itu, pecahan jumlah guru
pendidikan khas mengikut program pula seramai 1300 orang guru dalam program
Sekolah Pendidikan Khas (SPK) dan seramai 14774 orang guru dalam program PPKI.

Walaupun sebanyak lebih enam belas ribu guru pendidikan khas sedang berkhidmat di
Malaysia namun, jumlah guru pendidikan khas masih belum cukup untuk menampung
keperluan semasa. Suhaila (2019) menyatakan ekoran daripada pelaksanaan Zero Reject
Policy dalam memastikan tidak ada lagi murid berkepeluan khas tercicir pelajaran,
keperluan guru pendidikan khas semakin meningkat dan meruncing. Penambahan

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
6
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

bilangan guru pendidikan khas sangat diperlukan bagi memastikan murid berkeperluan
khas mendapat pendidikan yang sewajarnya.

2.3. Pengajaran dan Pembelajaran atas Talian

Pembelajaran atas talian, diketahui mempunyai sejarah yang lama bermula pada tahun
1980 dengan menggunakan istilah lain iaitu e-pembelajaran (Harasim, 2000; Moore et al.,
2010). Selain itu, pembelajaran dalam talian juga sangat luas dan mempunyai sub
bahagian yang dikenali sebagai e-pembelajaran dan pengajian jarak jauh (Moore et al.,
2010).

Kementerian Pelajaran Malaysia (2020) telah mewujudkan satu istilah baru setelah
pengumuman penutupan sekolah kali kedua pada 9 November 2020. Istilah tersebut
adalah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). PdPR merupakan PdP yang boleh
dilakukan di mana-mana lokasi yang bersesuaian. PdPR juga dilaksanakan dengan
berstruktur dan terancang di atas talian mahu pun di luar talian ataupun secara off-site.
KPM juga turut mengaris beberapa pendekatan termasuklah pendekatan PdPR atas talian
yang mencadangkan beberapa medium yang guru boleh gunakan seperti DELIMa,
Cikgootube, Google Meet dan banyak lagi.

Tidak dinafikan pengajaran atas talian mempunyai banyak kelebihan baik kepada guru
mahupun kepada pelajar. Penerimaan kedua-dua pihak dalam menjalankan pengajaran
atas talian sangat penting bagi memastikan keberkesanan pengajaran. Umbit dan
Muhamad Suhaimi (2016) menyatakan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran atas
talian juga perlu dititikberatkan. Hal ini kerana, pelajar memiliki alasan yang tersendiri
tentang penggunaan pembelajaran atas talian. Pelajar mengangap pembelajaran atas
talian senang digunakan dalam proses PdP dan dapat meningkatkan tahap produktiviti
mereka. Oleh itu, PdP atas talian mendapat sambutan dan diterima dengan baik oleh
pelajar.

2.4. Kesediaan Guru PKI dari Aspek Pengetahuan Teknologi

Altan (2013) menyatakan terdapat dua jenis teknologi yang sering dikaitkan dengan
pendidikan khas iaitu teknologi bantuan (assistive technology) dan teknologi pengajaran
(instructional technology). Teknologi bantuan merupakan teknologi yang membantu
keperluan fizikal murid bekeperluan khas seperti alat bantu pendengaran dan kerusi roda
manakala teknologi pengajaran pula membantu murid dalam pembelajaran seperti mesin
braille. Hal ini menyebabkan guru pendidikan khas perlu memiliki pengetahuan teknologi
yang tertentu bagi membantu murid mengikut PdP dengan berkesan.

Chong dan Shaffe (2017) dalam kajian ke atas guru pendidikan khas masalah penglihatan
mendapati tahap pengetahuan teknologi guru berada pada tahap yang tinggi (M=5.32).
Kajian Maimun et al. (2017) yang dijalankan ke atas 39 orang GPI di daerah Selangor
menunjukkan tahap pengetahuan GPI terhadap penggunaan multimedia dalam
pengajaran berada pada tahap tinggi (M=4.24). Kajian Janet dan Roslinda (2020)
mendapati pengetahuan guru terhadap perisian umum sebanyak 37 orang guru bersetuju
dalam penguasaan pengetahuan manakalan bagi aspek pengetahuan sumber atas talian
pula, 43 orang guru bersetuju bahawa mereka mengetahui cara menggunakan aplikasi
laman web seperti Youtube. Dapatan aspek pengetahuan sumber atas talian
diperkukuhkan lagi oleh Osman (2020) yang menyatakan bahawa Malaysia merekodkan
carian Google Classroom yang tertinggi di dunia. Hal ini sekali membuktikan bahawa guru

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
7
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

di Malaysia bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugasan yang diberikan


bagi memastikan kelangsungan pendidikan para pelajar.

2.5. Kesediaan Guru PKI dari Aspek Kemahiran Teknologi

Dalam kajian ini, kemahiran teknologi merupakan kebolehan dan keupayaan seseorang
dalam menggunakan perisian komputer, aplikasi dalam talian serta peranti komunikasi,
audio dan video. Dalam kajian yang dijalankan oleh Aliff dan Mohd Isa (2013) dalam
kajian terhadap guru Pendidikan Islam yang melaksanakan m-pembelajaran dengan
menggunakan telefon bimbit, kemahiran guru dalam aktiviti merakam suara serta
menghasilkan video PdP memperoleh skor sederhana iaitu 40.6%. Selain itu, kemahiran
guru bagi aktiviti penyuntingan dokumen pula memperoleh skor yang paling rendah iaitu
9.4%. Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan guru dan juga teknologi masih
berada di tahap rendah (Aliff & Mohd Isa, 2013). Tambahan lagi, kajian oleh Intan
Marfarrina dan Simah (2021) terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran TMK 297
orang guru Bahasa Melayu di Kelantan mendapati walaupun tahap pengetahuan guru
terhadap teknologi berada pada tahap yang tinggi (M= 3.958, SP=0.631) namun tahap
kemahiran guru masih lagi pada tahap yang sederhana iaitu (M=3.637,M=0.627).
Tambahan lagi, tahap kemahiran guru yang sederhana ini disebabkan oleh ketiadaan
peluang untuk guru mengikuti kursus intensif secara berkala.

3. Metod Kajian

Kajian yang dijalankan adalah mengfokuskan kepada tahap kesediaan guru PKI dari aspek
pengetahuan teknologi dan kemahiran teknologi melaksanakan PdP atas talian. Dalam
menjalankan kajian, pengkaji telah menggunakan kajian tinjauan dengan menggunakan
analisis kuantitatif. Pengkaji juga menggunakan analisi deskriptif dan analisis inferensi
bagi menganalisis data kajian.

Kajian ini telah dijalankan di sebuah daerah di Terengganu. Enam buah sekolah menengah
yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi telah dipilih. Pemilihan sekolah di
daerah tersebut mengambil kira latar belakang sekolah yang memiliki band prestasi
sekolah diantara band 3 dan 4. Selain itu, keenam-enam sekolah yang dipilih terletak di
kawasan luar bandar. Responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 48 guru
PKI yang mengajar di enam buah PPKI terpilih.

Kajian ini menggunakan borang soal selidik berskala likert lima mata yang telah di
adaptasi dan disesuaikan daripada kajian yang dijalankan oleh Maimun et al. (2017).
Borang soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pengetahuan teknologi
responden dan kemahiran teknologi responden. Borang soal selidik ini juga telah dibina
menggunakan perisian Google Form dan diedarkan kepada responden menerusi aplikasi
WhatsApp dan juga Telegram.

Kesahan dan kebolehpercayaan merupakan satu proses yang sangat penting bagi
memastikan kejituan instrumen daripada sebarang perkara yang merisikokan kajian.
Bagi menentukan kesahan instrumen, pengkaji telah merujuk kepada dua orang guru
teknologi maklumat yang berpengalaman lebih dari 10 tahun. Kebolehpercayaan
instrumen pula ditentukan dengan menggunakan kaedah ujian ketekalan dalaman Alpha
Cronbach. Jadual 1 menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
8
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Jadual 1: Nilai Pekali Kebolehpercayaan

Bil. Konstruk Bilangan Item Pekali Kebolehpercayaan


1 Tahap Pengetahuan Teknologi 6 0.902
2 Tahap Kemahiran Teknologi 5 0.872

Jadual 1 menunjukkan konstruk Tahap Pengetahuan Teknologi guru PKI dalam


menjalankan PdP dalam talian mempunyai 6 item mencatatkan nilai pekali
kebolehpercayaan 0.902. Bagi konstruk Tahap Kemahiran Teknologi yang mempunyai 5
item pula mencatatkan nilai pekali kebolehpercayaan 0.872.

Data kajian pula dikumpulkan menggunakan perisian IBM SPSS versi 26.0. Analisis
deskriptif digunakan bagi mengumpul data berbentuk min, kekerapan serta peratusan.
Pengkaji telah menggunakan nilai min skor dan sisihan piawai bagi tujuan deskriptif. Nilai
min skor bagi tahap tinggi, tahap sederhana dan tahap rendah. Pemeringkatan skala skor
min adalah seperti di dalam Jadual 2 dibawah.

Jadual 2: Skala Skor Min dan Interprestasi

Skor Min Interprestasi Skor Min


1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.66 Sederhana
3.67 hingga 5.00 Tinggi

4. Hasil Kajian

4.1. Pengetahuan Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi

Bahagian ini akan menjawab objektif serta persoalan kajian pertama iaitu apakah tahap
kesediaan guru PKI dari aspek pengetahuan teknologi menjalankan PdP atas talian.
Terdapat enam soalan berkenaan aspek pengetahuan teknologi yang telah di jawab oleh
para responden. Data dapatan dipaparkan dalam bentuk min, sisihan piawai dan
inteprestasi skor min.

Berdasarkan Jadual 3, hasil analisa mendapati bahawa tahap pengetahuan teknologi guru
PKI menjalankan PdP atas talian berada pada tahap tinggi dengan nilai min keseluruhan
= 3.87 dan sisihan piawai = 0.551. Responden bersetuju bahawa mereka memiliki
pengetahuan teknologi yang tinggi terhadap penggunaan komputer dengan catatan nilai
min 4.10 dan sisihan piawai 0.805. Selain itu, responden juga menunjukkan tahap
pengetahuan teknologi yang tinggi terhadap penggunaan telefon pintar/tablet dengan
catatan nilai min 4.33 dan sisihan piawai 0.630. Seterusnya, bagi pengetahuan teknologi
tentang penggunaan perisian Microsoft turut berada pada tahap yang tinggi dengan nilai
min 3.79 dan sisihan piawai 0.683.

Bagi pengetahuan teknologi terhadap penggunaan aplikasi Whatsapp dan Telegram pula,
para responden bersetuju bahawa mereka mempunyai pengetahuan tersebut dengan
nilai min 4.00 dan sisihan piawai 0.619. Namun, bagi pegetahuan teknologi terhadap
aplikasi Google Classroom pula, tahap pengetahuan teknologi responden berada pada
tahap sederhana dengan nilai min 2.67 dan sisihan piawai 0.748. Bagi pengetahuan

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
9
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

teknologi berkenaan murid akan lebih tertarik dengan pembelajaran yang melibatkan
elemen multimedia pula responden memiliki tahap pengetahuan yang tinggi dengan nilai
min 4.31 dan sisihan piawai 0.512. Kesimpulannya, tahap kesediaan dalam aspek
pengetahuan teknologi guru PKI menjalankan PdP atas talian berada pada tahap yang
tinggi.

Jadual 3: Tahap Pengetahuan Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi

Item Min Sisihan Inteprestasi


Piawai Skor Min
Saya tahu penggunaan komputer 4.10 0.805 Tinggi
Saya tahu penggunaan telefon pintar/tablet 4.33 0.630 Tinggi
Saya tahu penggunaan perisian Microsoft 3.79 0.683 Tinggi
Saya tahu penggunaan aplikasi Whatsapp dan Telegram 4.00 0.619 Tinggi
Saya tahu penggunaan aplikasi Google Classroom 2.69 0.748 Sederhana
Saya setuju murid akan lebih tertarik dengan pembelajaran
4.31 0.512 Tinggi
yang melibatkan elemen multimedia.
Nilai Min Keseluruhan 3.87 0.551 Tinggi

4.2. Kemahiran Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi

Bahagian ini akan menjawab objektif dan persoalan kajian kedua iaitu apakah tahap
kemahiran teknologi yang dikuasai oleh guru PKI menjalankan PdP atas talian. Lima
soalan berkenaan aspek kemahiran teknologi yang telah di jawab. Data dalam bentuk min,
sisihan piawai dan inteprestasi skor min digunakan di dalam melaporkan dapatan kajian.

Dapatan dalam Jadual 4 menunjukkan bahawa kesediaan guru PKI dalam aspek
kemahiran teknologi berada pada tahap yang sederhana dengan nilai min keseluruhan
3.64 dan sisihan piawai 0.687. Responden bersetuju bahawa mereka memiliki kemahiran
yang tinggi terhadap kemahiran mencari bahan pengajaran di laman web dengan nilai
min 4.33 dan sisihan piawai 0.559. Selain itu, responden juga memiliki kemahiran yang
tinggi dalam menghasilkan rakaman audio pengajaran dengan nilai min 3.88 dan sisihan
piwai 0.733.

Jadual 4: Tahap Kemahiran Teknologi Guru Pendidikan Khas Integrasi

Item Min Sisihan Inteprestasi


Piawai Skor Min
Saya mahir mereka bentuk bahan pengajaran 3.60 0.917 Sederhana
menggunakan Microsoft Power Point
Saya mahir mencari bahan pengajaran di laman web 4.33 0.559 Tinggi
Saya mahir menggunakan aplikasi Google Mail 3.38 0.761 Sederhana
Saya mahir menghasilkan rakaman audio pengajaran 3.88 0.733 Tinggi
Saya mahir menghasilkan rakaman video pengajaran 3.02 1.14 Sederhana
Nilai Min Keseluruhan 3.64 0.687 Sederhana

Sementara itu, responden menunjukkan tahap kemahiran yang sederhana bagi


kemahiran mereka bentuk bahan pengajaran menggunakan Microsoft Power Point dengan
nilai min 3.60 dan sisihan piawai 0.917. Tahap kemahiran yang sederhana juga
ditunjukkan bagi kemahiran menggunakan aplikasi Google Classrom dengan nilai min
3.38 dan sisihan piawai 0.761. Kemahiran teknologi dalam menghasilkan video rakaman
pengajaran juga menunjukkan tahap yang sederhana dengan nilai min 3.02 dan sisihan

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
10
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

piawai 1.14. Oleh itu, dapat disimpulkan sekali lagi bahawa tahap kesediaan guru PKI
dalam aspek kemahiran teknologi berada pada tahap yang sederhana.

5. Perbincangan Kajian

Hasil kajian membuktikan bahawa tahap kesediaan aspek pengetahuan teknologi guru
PKI menjalankan PdP atas talian berada pada pada tinggi dengan nilai min keseluruhan
3.87 dengan sisihan piawai 0.551. Kajian Tay (2017) juga mendapati tahap pengetahuan
teknologi responden berada pada tahap yang tinggi (M=3.99). Berdasarkan Jadual 3, bagi
tahap pengetahuan tentang penggunaan komputer adalah tinggi dengan nilai min 4.10.
Dapatan ini berpadanan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Maimun et al. (2017),
ke atas 39 orang guru Pendidikan Islam di mana pengetahuan menggunakan komputer
berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.56.

Seterusnya, dapatan kajian untuk pengetahuan dalam menggunakan perisian Microsoft


iaitu Microsoft Word, Excel dan Power Point, menunjukkan tahap yang tinggi (M=3.79).
Dapatan ini mengukuhkan lagi dengan kajian yang telah dijalankan ke atas Guru
Pendidikan Islam MRSM oleh Ahmad Hambali (2015) di mana didapati seramai 43.9%
responden mempunyai pengetahuan dalam perisian Microsoft Word dan seramai 40.2%
responden memiliki pengetahuan terhadap perisian Microsoft Power Point. Selain itu,
dapatan ini juga berpadanan dengan kajian yang dilakukan oleh Chew dan Suziyani
(2021), didapati 52.5% guru mahir menggunakan perisian Microsoft Word. Bagi
pengetahuan dalam penggunaan aplikasi Google Classroom pula berada pada tahap yang
sederhana (M=2.69). Dapatan ini bertentangan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh
Kuppusamy dan Norman (2021) yang melaporkan kemudahan penggunaan aplikasi
Google Classroom berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min 4.24.

Sementara itu, hasil kajian membuktikan bahawa tahap kesediaan aspek kemahiran
teknologi guru PKI menjalankan PdP atas talian berada pada tahap sederhana.
Berdasarkan Jadual 4, bagi kemahiran mereka bentuk bahan pengajaran menggunakan
perisian Microsoft PowerPoint berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.60. Hasil
dapatan ini bersesuaian dengan kajian oleh Chew dan Suziyani (2021) yang mendapati
42.5% responden sangat setuju bahawa mereka mahir dalam menyediakan bahan
pengajaran dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point. Hasil temu bual yang
dijalankan oleh Shanmugam dan Balakrishnan (2020), mendapati majoriti responden
bersetuju bahawa perisian Microsoft Power Point mesra pengguna dan mudah untuk
dikendalikan.

Seterusnya, bagi kemahiran menghasilkan audio rakaman pengajaran juga berada pada
tahap yang tinggi (M=3.88). Namun, bagi kemahiran merakamkan video pengajaran pula
berada pada tahap yang sederhana (M=3.02). Dapatan ini berpadanan dengan kajian yang
dijalankan oleh Intan Marfarrina dan Simah (2021) iaitu kemahiran membangun
persembahan penggunaan grafik dan bunyi berada pada tahap yang sederhana dengan
nilai min 3.36.

Daripada analisis dan perbincangan yang dilakukan, jelaslah bahawa kesediaan guru PKI
dari aspek pengetahuan teknologi berada pada tahap tinggi manakala aspek kemahiran
teknologi pula berada pada tahap yang sederhana. Selain daripada aspek pengetahuan
teknologi dan aspek kemahiran teknologi, terdapat faktor-faktor lain yang menentukan
kelancaran PdP atas talian guru PKI seperti kemudahan teknologi seperti talian internet,
komputer riba, telefon pintar dan tablet yang dimiliki oleh murid pendidikan khas. Azman

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
11
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

et al. (2021) mendapati sebahagian murid pendidikan khas tidak memiliki kemudahan
teknologi yang lengkap di rumah bagi mengikuti kelas secara atas talian. Selain itu,
perkongsian alatan gajet ini antara adik-beradik murid juga secara tidak langsung
menambahkan lagi kesukaran. Sementara itu, Tamilmullai dan Salini (2021) juga turut
mendapati cabaran utama yang dihadapi oleh guru dan murid luar bandar adalah
kenkangan kemudahan gajet serta liputan talian internet yang lemah menyebabkan
kesukaran kepada kedua-dua pihak bagi memastikan kelancaran PdP secara atas talian.

Oleh itu, bagi memastikan kelancaran PdP atas talian guru PKI, para guru haruslah aktif
dan giat memperbaiki serta menambahbaik pengetahuan dan kemahiran teknologi
mereka. Antara usaha yang boleh dijalankan oleh pihak pentadbir sekolah dalam
membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran teknologi guru PKI adalah
dengan mengadakan kursus atau bengkel kemahiran teknologi secara berkala dan
berterusan. Pemberian kursus atau bengkel yang berterusan kepada guru PKI amat
penting kerana teknologi sentiasa berubah-ubah dan berkembang dengan cepat. Akhir
sekali, kolaborasi antara guru PKI dari sekolah-sekolah di sekitar juga boleh diperkuatkan
lagi bagi membolehkan guru PKI berkongsi idea pengajaran yang lebih menarik dan
kreatif, bahan bantu mengajar dan sokongan antara satu sama lain.

6. Kesimpulan

Kajian ini meninjau tentang tahap kesediaan menjalankan PdP atas talian dari aspek
pengetahuan teknologi dan aspek kemahiran teknologi guru PKI di enam buah PPKI
sekolah menengah luar bandar di sebuah daerah di Terengganu. Dapatan kajian dari
enam buah sekolah menengah ini masih menunjukkan terdapat sebilangan kecil guru PKI
yang masih tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutama dalam
pengetahuan mengendalikan komputer dan menggunakan aplikasi Google Classroom.
Begitu juga bagi aspek kemahiran. Sebilangan kecil guru PKI tidak memiliki kemahiran
yang tinggi dalam menghasilkan audio dan video rakaman pengajaran. Justeru, cadangan
yang boleh dilaksanakan bagi membantu guru meningkatkan pengetahuan teknologi dan
kemahiran teknologi, pihak pentadbiran sekolah boleh mengadakan latihan professional,
bengkel dan kursus berkaitan teknologi malumat dan komunikasi yang dilaksanakan
secara berkala dan berterusan. Dengan kata lain, pemberian latihan dan kursus yang
berterusan dapat membantu guru pendidikan khas mengembangkan lagi pengetahuan
dan kemahiran mereka.

Penghargaan (Acknowledgement)

Terima kasih kepada semua responden yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan
kajian ini. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Fakulti Pendidikan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), pensyarah penyelia serta rakan-rakan yang membantu
secara langsung dan tidak langsung.

Kewangan (Funding)

Kajian dan penerbitan ini tidak menerima sebarang tajaan atau bantuan daripada mana-
mana pihak.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
12
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Konflik Kepentingan (Conflict of Interests)

Pengkaji tidak mempunyai konflik kepentingan dalam menjayakan penerbitan artikel ini.

Rujukan

Ahmad Hambali. (2015). Tahap kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
guru pendidikan Islam MRSM: Satu tinjauan.
https://www.academia.edu/6037190/Tahap_Kemahiran_Teknologi_Maklumat_Da
n_Komunikasi_TMK_Guru_Pendidikan_Islam_MRSM_Satu_Tinjauan.Kesimpulan
Aliff Nawi & Mohd Isa Hamzah. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit
Sebagai M-Pembelajaran dalam Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic
Education, 5(1), 1–10.
Altan, T. (2013). The quest of TPACK in special education.
http://en.wikibooks.org/wiki/The_Many_Faces_of_TPACK/Special_Education_Teac
her_Education
Azman Ab Rahman, Nurul Nadia Nozlan, Hussein ‘Azeemi Abdullah Thaidi, Muhammad
Firdaus Ab Rahman & Mohamad Anwar Zakaria. (2020). Isu Penggunaan ICT Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Bagi Pelajar Orang Kurang Upaya (OKU)
dan Institusi Pendidikan Sewaktu COVID-19. E-Proceeding: Seminar Antarabangsa
Islam Dan Sains (SAIS 2020), 373-386.
Azman Ab Rahman, Syed Salim Syed Shamsuddin, Nurul Nadia Nozalan, Mohd Faiz Abd
Shukor & Afat Sukari. (2021). Pandemik Covid-19: Cabaran Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) Pendidikan Islam Dalam Pendidikan Khas Bagi Peljara Orang
Kurang Upaya (OKU) Masalah Pembelajaran di Malaysia. Journal of Quran Sunnah
Education and Special Needs, 5(1), 127-138.
Chew, L. Y. & Suziyani Mohamed. (2021). Kemahiran Guru dalam Mengintegrasi Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam Pembelajaran di Prasekolah. Jurnal Dunia
Pendidikan, 3(2), 44-53.
Chong, A. P. & Shaffe Mohd Daud. (2017). Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan
(PTPK) dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran.
International Journal of Educational and Training (InjET), 3(2), 1 -11.
Cut Novi Sri Mulyani. (2012). Kaedah Pengajaran terhadap pemahaman bahasa kepada
kanak-kanak pekak [Unpublished master dissertation]. Universiti Perguruan Sultan
Idris, Tanjung Malim.
Harasim, L. (2000). Shift Happens: Online education as a new paradigm in learning.
Internet and Higher Education, 3(1), 41-61.
Intan Marfarrina Omar & Simah Mamat. (2021). Tahap Pengetahuan Teknologi,
Kemahiran dan Penggunaan TMK dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan Komsas
Guru Bahasa Melayu di Kelantan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 8(1), 47-60.
Janet, L. S. C. & Roslinda Rosli. (2020). Pengetahuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Guru Matematik Sekolah Rendah. Malaysia Journal of Sciences and Humanities
(MJSSH), 5(11), 71-84.
Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. (2013). Kajian Tentang Kepuasan Bekerja
dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, 28, 103-115.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. MOE. https://www.moe.gov.my/en/dasarmenu/pelan-pembangunan-
pendidikan-2013-2025

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).
13
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) (e-ISSN : 2504-8562)

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2020). Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah.


MOE. https://www.moe.gov.my/en/pemberitahuan/announcement/manual-
pdpdr
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2021). Data Pendidikan Khas 2020. MOE.
https://www.moe.gov.my/en/muat-turun/pendidikankhas/buku-data-
pendidikan-khas/3993-buku-data-pendidikan-khas-tahun-2020/file
Kuppusamy, Y., & Norman, H. (2021). Kemahiran Teknologi dan Kesediaan Melaksanakan
Pembelajaran dan Pemudahcaraan Dalam Talian Semasa Era Pandemik Dalam
Kalangan Guru di Sekolah Rendah Tamil. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(1), 428-441.
Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan & Mohd Isa Hamzah. (2017).
Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Selangor
Terhadap Penggunaan Multimedia dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Asean
Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 1(1), 1-13.
Mishra, P., & Koehler, M. J. (2009). What Is Technological Pedagogical Content Knowledge?
Contemporary Issues in Technology and Teacher Education, 9(1), 60–70.
Mohamad Idham Md Razak. (2020, April 9). Covid-19: Pembelajaran Atas Talian Suatu
Keperluan Ke Arah Menuju Malaysia Maju. Astro Awani.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-pembelajaranatas-talian-
suatu-keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496
Moore, J., Dickson-Deane, C., Galyen, K. & Chen, W. (2010). Designing for E-learn, Online,
and Distance Learning environments: Are they the same?
http://www.researchgate.net/publication/233751524
Norshila Roslin & Norshidah Mohamad Salleh. (2021). Penggunaan M-Learning Sebagai
Bahan Bantu Mengajara dalam Kelas Pendidikan Khas. Malaysia Journal of Social
Sciences and Humanities (MJSSH) 6(5), 53 – 63.
Osman. (2020, April 19). Carian ‘Google Classroom’ tertinggi, bukti guru kita rajin. Berita
Harian Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/678951/carian-google-
classroom-tertinggi-bukti-guru-kita-rajin
Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2020). Perutusan Khas Perdana Menteri 16 Mac 2020.
Shanmugam, K., & Balakrishnan, B. (2020). Perisian Microsoft Power Point Sebagai
Peranti Persembahan Semasa Pdpc Sains Di SJK(T) Luar Bandar Di Negeri Perak.
MJSSH Online, 4(1), 49-65.
Suhaila Shahrul Anuar. (2019, Januari 16). Tambah guru pendidikan khas. Harian Metro.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412680/tambah-guru-
pendidikan-khas
Tamilmullai, T. & Salini Baloh. (2021). Cabaran Pdpr Bahasa Tamil Di Sekolah Luar
Bandar. MJSSH Online 5(2), 183 – 190
Tay, M. G. (2017). Pengetahuan Teknologi Kandungan dalam Kalangan Pelajar Institusi
Pendidikan Guru. Jurnal penyelidikan IPGKBL Tahun 2017 14, 17-28.
Umbit, A. F. & Muhamad Suhaimi, T. (2016). Faktor-faktor yang mempengaruhi
penerimaan E-Pembelajaran dalam kalangan Pelajar di Institusi Pendidikan Guru di
Sarawak. Jurnal Penyelidikan IPGK, 3, 1-14.
UNESCO. (2020, December 11). Education Response. UNESCO.
https://en.unesco.org/covid19/educationresponse
Vygotsky, L. S. (1978). Mind in Society: The development of higher psychological processes.
Cambridge Mass: Harvard University Press.

© 2022 by the authors. Published by Secholian Publication. This article is licensed under a Creative
Commons Attribution 4.0 International License (CC BY).

You might also like