Minit Mesyuarat 2023 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL.

1/ 2023
SMK. PENGALAT, PAPAR

Tarikh: 19 April 2023


Masa: 6.30-9.00 Pagi
Tempat: Tempat masing-masing (secara dalam talian)
Kehadiran:
1. Ustazah Nasyitah binti Harun (Ketua Panitia)
2. Ustazah Noridah binti Abd Malik
3. Ustaz Mohd Azmal bin Jalaludin
4. Ustazah Siti Nadzirah binti Majeed
5. Ustazah Norhayati binti Saidi
6. Ustazah Rubayah binti Daud

Agenda Mesyuarat:

1) Ucapan Pengerusi.
- Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah serta mengalu-alukan kedatangan
semua guru dan mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan.

2) Pengesahan Minit.
- Dicadang : Ustaz Azmal Jalaludin
- Disokong : Ustazah Rubayah Daud

3) Perkara berbangkit
3.1 Penyediaan Modul
Penyediaan modul bagi tingkatan 1 2 dan 3 telah selesai. Modul setiap tingkatan telah siap
dicetak dan diedarkan kepada murid-murid melalui guru subjek masing-masing.

3.2 Program Sembelihan


Program sembelihan telah selesai dilaksanakan pada 30 November 2022.

3.3 Mukhayyam Ilmi


Program Mukhayyam ilmi telah selesai dilaksanakan pada 14-15 Januari 2023.

3.4 PBD 2022


- Ustazah Norhayati menyatakan bahawa masih terdapat murid yang dinilai pada tahap yang
rendah iaitu tidak mencapai tahap penguasaan minimum TP 3 dalam subjek Pendidikan Islam
semasa penilaian PBD akhir tahun 2022.

- Ustazah Noridah menjelaskan bahawa penilaian PBD tidak hanya berorientasikan peperiksaan
semata-mata. Guru haruslah menilai keseluruhan penglibatan murid sama ada di dalam dan di
luar bilik darjah.

- Ustaz Azmal mencadangkan agar Ustazah Rubayah mengenalpasti murid yang berada pada
tahap pengusaan 2 serta menyediakan intervensi mengenai perkara tersebut.
4) PCG
4.1 Pengerusi memaklumkan baki PCG terkini adalah sebanyak RM 1111.45. Pertambahan
PCG bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM 1970.64.

4.2 Pengerusi memaklumkan baki duit program adalah sebanyak RM 1450 sebelum ditolak
penggunaan bajet dalam program ihya ramadan.

4.3 Ustazah Noridah mencadangkan agar panitia menggunakan PCG bagi tujuan pembelian
buku rujukan untuk kegunaan murid semasa kelas Pendidikan Islam kerana buku rujukan
tersebut banyak membantu murid semasa pembelajaran.

5) Projek Naiktaraf Surau Sekolah

5.1 Ustazah Noridah mencadangkan agar kertas kerja dibuat untuk mendapatkan peruntukkan
daripada pihak Baitulmal bagi tujuan pembaikkan surau sekolah serta dijalankan semula
kutipan tabung jumaat untuk menampung keperluan surau.

5.2 Ustaz Azmal mencadangkan agar kutipan dibuat semasa bacaan Yassin pada hari jumaat.

5.3 Ustazah Nadzirah mencadangkan agar seorang wakil dilantik sebagai penyelaras tabung
jumaat dan diwujudkan satu buku catatan kemasukkan duit. Jumlah kutipan tabung jumaat
hendaklah diumum setiap minggu.

6) RPH
6.1 Pengerusi memberi peringatan agar Rancangan Pengajaran Harian RPH hendaklah dibuat
mengikut format yang telah ditetapkan. Beliau turut menyatakan bahawa sesi Pengajaran dan
Pembelajaran mestilah mengikuti Rancangan Pengajaran Tahunan yang telah dirancang agar
tidak berlaku kekeliruan semasa proses pengajaran di dalam kelas. (Tindakan : Semua
Guru)

7) Hal-hal lain.

7.1 Pengerusi memaklumkan kepada semua guru bahawa Program Pengukuhan Pendidikan
Islam (PEMANIS) akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat. Persiapan hendaklah
dilakukan lebih awal memandangkan sekolah akan menjadi tuan rumah bagi acara PEMANIS
peringkat daerah pada kali ini. (Tindakan : Semua Guru)

7.2 Cadangan pelaksanaan tarikh bagi program PEMANIS adalah pada 22-23 Mei 2023.

7.3 Ustazah Nadzirah mencadangkan agar peserta PEMANIS diberikan makluman awal
mengenai tarikh pelaksanaan PEMANIS agar peserta dapat melakukan persediaan.
7.4 Pengerusi bersetuju untuk menghantar 3 orang wakil yang akan menyertai pertandingan
tilawah dan mimbar daie.

7.5 Ustaz Azmal mencadangkan bahawa baki duit bagi pembaikkan surau sekolah adalah
sebanyak RM 670.

7.6 Ustazah Noridah memaklumkan bahawa baki duit sumbangan program ihya Ramadan
masih berbaki RM 200.

8) Penutup

- Pengerusi mengucapkan terima kasih sekali lagi dan berharap semua GPA akan bersungguh-
sungguh dalam menjalankan tugasan demi menghasilkan mutu kerja yang tinggi. Majlis
ditutup dengan tasbih kaffarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh,

NORHAYATI BINTI SAIDI


Setiausaha. Panitia Pendidikan Islam

Disahkan oleh,

NASYITAH BINTI HARUN


Ketua Panitia.

You might also like