PTD Tahap 1 2022

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Tajuk Adab Dengan Guru

Objektif 1. Mengetahui adab-adab ketika bersama guru .


2. Memahami kepentingan menjaga adab dengan guru.

Masa 30 minit

Sasaran Tahun 2 dan 3

Bahan Buku Catatan / Lampiran

Kaedah 1. Guru menekankan kepada murid tentang pentingnya menjaga adab-


Pelaksanaan adab ketika bersama guru.
2. Guru meminta murid untuk menyenaraikan 10 adab-adab dengan
guru & 5 kepentingan menjaga adab dengan guru di dalam buku
catatan dengan menggunakan peta buih.
3. Guru membuat penilaian dan rumusan akhir.
4. Rujuk lampiran yang disediakan.

Impak

MODUL PTD (ISNIN – 21 MAC 2022)

LAMPIRAN 1
MENDENGAR
NASIHAT DAN
TIDAK MEMBERI
MENYAPA
MELAWAN SALAM
MEREKA JIKA
APABILA
TERSEREMPAK
BERJUMPA
DENGAN
DENGAN
MEREKA
GURU

MENOLONG ADAB
DENGAN MENGHORMATI
SEGERA JIKA C
DENGAN MEREKA
DIMINTA
GURU

TIDAK
MENYAMPUK
TIDAK
KETIKA GURU
MENGUMPAT
SEDANG
@MENGATA
BERCAKAP
KEPADA GURU

MENDOAKAN
MEREKA JIKA
MEREKA
MENINGGAL
DUNIA

LAMPIRAN 2
Melahirkan Disayangi oleh
ramai cerdik guru-guru.
Melahirkan
pandai untuk
masyarakat
membangunkan
berilmu dan
negara.
penyayang.

Kepentingan
menjaga
C
adab
dengan guru

mendapat Negara maju &


pahala dan berdaya saing.
keberkatan
ilmu.

MODUL PTD (ISNIN – 21 MAC 2022)

Tajuk Buli dan Kesannya


Objektif 1. Mengetahui maksud buli dan jenis-jenis buli.
2. Memahami kesan buli kepada diri mangsa dan masyarakat serta
langkah pencegahannya.

Masa 1jam

Sasaran Tahun 2 dan 3

Bahan Buku Catatan / Lampiran

Kaedah 1. Guru menekankan maksud buli kepada murid dan jenis-jenis buli .
Pelaksanaan 2. Guru meminta murid untuk menyenaraikan 5 jenis-jenis buli , 4
punca-punca buli, 5 kesan membuli kepada masyarakat dan 5
langkah pencegahan buli di dalam buku catatan.
3. Guru membuat penilaian dan rumusan akhir.
4. Rujuk lampiran yang disediakan.

Impak

LAMPIRAN 1

DEFINISI BULI :

buli ialah perbuatan tingkah laku agresif yang berulang bertujuan menyakiti orang lain
dari segi fizikal, mental dan emosi.

JENIS-JENIS BULI :
Buli Fizikal – iaitu buli secara fizikal seperti menendang, menyepak, menarik rambut,
menampar, dan mencubit pipi.

Buli Bahasa – iaitu melibatkan percakapan yang tidak elok seperti mengejek nama ibu
bapa, mencarut atau menggunakan bahasa-bahasa kesat.

Buli Isyarat – iaitu melibatkan bahasa badan seperti menjeling, mengeyit mata,
membuat isyarat menumbuk, dan menjelir lidah.

Buli Perhubungan – iaitu berkaitan pemulauan untuk sebarang aktiviti supaya tidak
menyertai sebarang aktiviti.

Peras Ugut – iaitu memeras ugut bagi kepentingan peribadi seperti meminta wang saku
daripada rakan dan meminta menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan oleh
guru.

KESAN- KESAN PERBUATAN BULI :

Mendatangkan kecederaan dan kecenderungan berlaku pembunuhan.

Mangsa buli mengalami gangguan mental.

Kecenderungan berlaku masalah gejala sosial yang lain seperti gengsterisme dan
vandalisme.

Pembuli boleh dikenakan tindakan disiplin dan dibuang sekolah.

Pembuli boleh ditangkap dan dipenjarakan jika disabitkan dengan kesalahan.

PUNCA-PUNCA BULI :

Ingin berseronok dan mencapai kepuasan.

Mengalami gangguan mental.

Ingin menunjukkan kekuasaan dan menguasai orang lain.

Pengaruh rakan sebaya dan kecaman daripada mereka supaya melakukan perbuatan
buli kepada rakan yang lemah.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN BULI :

Tidak bergaul dengan rakan yang negatif.

Menyertai kegiatan kokurikulum dan sosial yang sihat.

Tidak membawa senjata tajam @ merbahaya ke sekolah.

Menyelami perasaan orang yang dibuli.

Segera melaporkan kepada guru jika ada perbuatan buli.

MODUL PTD (ISNIN – 21 MAC 2022)

Tajuk Sentuhan Selamat & Tidak Selamat

Objektif 1. Mengetahui maksud sentuhan, sentuhan selamat & Tidak Selamat.


2. Memahami kesan sentuhan tidak selamat kepada diri dan masyarakat.

Masa 30 minit
Sasaran Tahun 2 dan 3

Bahan Buku Catatan / Lampiran

Kaedah 1. Guru meminta murid menyalin maksud sentuhan, sentuhan selamat &
Pelaksanaan tidak Selamat.
2. Guru meminta murid untuk menyenaraikan 6 perkara yang tidak
selamat yang perlu dilakukan jika mengalami situasi yang tidak
diingini dan 5 langkah pencegahan sentuhan tak selamat di dalam
buku catatan.
3. Guru membuat penilaian dan rumusan akhir.
4. Rujuk lampiran yang disediakan.

Impak

DEFINISI SENTUHAN :

Satu tindakan menyentuh seseorang atau sesuatu yang memberi keselesaan atau tidak
kepada seseorang individu.

SENTUHAN SELAMAT :

Sentuhan yang membuatkan kita gembira , selesa dan selamat seperti pelukan seorang
ibu dengan anaknya, bersalaman, dan bermain bersama keluarga.

SENTUHAN TAK SELAMAT :

Sentuhan yang membuatkan seseorang merasa tidak selesa dan mewujudkan perasaan
buruk dalam diri seperti takut , malu dan sedih.

6 PERKARA KATAKAN ‘TIDAK’ JIKA BERLAKU SENTUHAN TAK SELAMAT :


Jika seseorang menyentuh bahagian sulit anda.

Jika seseorang menyentuh bahagian sulitnya di hadapan anda.

Jika anda disuruh menyentuh bahagian sulit orang lain.

Jika seseorang meminta anda menyentuh bahagian sulitnya.

Jika seseorang meminta anda membuka pakaian atau ambil gambar atau video tanpa
pakaian.

Jika seseorang menunjukkan gambar atau video orang tanpa pakaian.

LANGKAH PENCEGAHAN SENTUHAN TAK SELAMAT :

Memaklumkan kepada ibu bapa jika mendapati ada orang yang mencurigai.

Tidak berjalan-jalan bersendirian dan sentiasa berteman dengan orang dewasa.

Jangan mudah terpedaya dengan janji manis seseorang yang memberikan hadiah atau
makanan kepada anda.

Segera melaporkan kepada guru jika didapati ada orang yang cuba melakukan sentuhan
tak selamat.

Tidak menunggu di luar pagar sekolah jika ibu bapa @ van lambat mengambil anda.

MODUL PTD (ISNIN – 21 MAC 2022)

Tajuk Azam Baruku

Objektif Pada akhir sesi, murid-murid dapat :


1. Mengenalpasti azam masing-masing
2. Mengetahui kepentingan pelaksanaan azam.

Masa 1 Jam

Sasaran Tahun 2 dan 3

Bahan Buku Catatan / Lampiran


Kaedah 1. Murid diminta untuk menerangkan maksud AZAM dengan bimbingan
Pelaksanaan
guru.
2. Murid diminta menyenaraikan 5 azam tahun baru seperti di dalam
lampiran Azam Baruku.
3. Murid diminta melengkapkan lampiran tersebut di dalam buku PMD.
4. Hasil tugasan dibentangkan di hadapan kelas.
5. Rumusan kepentingan pelaksanaan azam dibincangkan bersama guru.

Impak

LAMPIRAN : AZAM BARUKU

Arahan : Senaraikan 5 azam tahun baru anda. Lengkapkan cara pelaksanaan


azam tersebut.

BI AZAM CARA PELAKSANAAN


L

3
4

#Definisi Azam : Kemahuan (keinginan, cita-cita ) yang sangat kuat demi mencapai apa yang
diinginkan.

MODUL PTD (ISNIN – 21 MAC 2022)

Tajuk Potensi Diri

Objektif Pada akhir sesi,:


1. Murid dapat menyatakan kelebihan dan kekurangan diri
2. Murid dapat menghargai potensi diri dan memperbaiki kelemahan
diri.

Masa 30 minit

Sasaran Tahun 2 dan 3

Bahan Buku Catatan / Lampiran

Kaedah Guru menyenaraikan sifat-sifat yang baik dan buruk.


Pelaksanaan
1) Guru meminta murid-murid melukiskan tapak tangan kanan
pada buku PTD masing-masing.
2) Murid diminta menyenaraikan 5 sifat baik yang ada pada diri
masing-masing.
3) Murid kemudiannya diminta melukiskan tapak tangan kiri pada
buku PTD masing-masing.
4) Murid diminta menyenaraikan 5 sifat buruk yang ada pada diri
masing-masing.
5) Murid diminta membuat pembentangan di hadapan kelas.
6) Guru membuat rumusan aktiviti.

Impak

MODUL PTD (ISNIN – 21 MAC 2022)

Tajuk Cita-Citaku

Objektif Pada akhir sesi, murid-murid dapat memilih pekerjaan berdasarkan minat
masing-masing.

Masa 30 minit

Sasaran Tahun 2& 3

Bahan Buku Catatan

Kaedah 1. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai bidang pekerjaan di


Pelaksanaan Malaysia.
2. Guru meminta murid untuk memilih satu jenis cita-cita dan diminta
melukis gambar cita-cita tersebut.
3. Guru membuat rumusan secara keseluruhan tentang bidang pekerjaan
di Malaysia.

Impak

You might also like