Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

BULAN SABIT MERAH

MALAYSIA
MALAYSIAN RED CRESENT

BUKU LOG UNIT BERUNIFORM


BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

NAMA: AISHA BINTI AZMAN


UNIT: TESL 1
PROGRAM: PISMP AMBILAN JUN 2020
Biodata
Diri

Nama: Aisha binti Azman


IPG: Kampus Perempuan
Melayu Melaka
Program: PISMP TESL 1 June
2020
Tempat lahir: Hospital
Universiti Sains Malaysia,
Kubang Kerian, Kelantan
Hobi: Menonton filem
Alamat: Kampung Paloh
Morak, Tumpat, Kelantan
Bil. adik beradik: Tiga
Pengenalan
(BSMM)

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) atau juga


dikenali sebagai The Malaysian Red Crescent
Society (MRCS) ialah satu pertubuhan sukarelawan
yang telah ditubuhkan pada tahun 1948 dan
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Persatuan ini
diiktiraf oleh kerajaan Malaysia pada tahun 1957
iaitu pada tahun di mana negara Malaysia
dimerdekakan manakala Persatuan Palang Merah
Antarabangsa pula diiktiraf pada tahun 1963 (Zin,
t.t.).
Pengenalan
(BSMM)
VISI, MISI DAN MOTTO

Visi
Untuk dikenali sebagai organisasi kemanusiaan
yang unggul, di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.
Misi
Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan
berkesan.
Motto
"Inter arma carita" (di dalam perang ada kebajikan)
dan "Per Humanitatem ad pacem" (melalui
kemanusiaan menuju keamanan).
Pengasas
Lambang
Palang Merah

Palang Merah telah diasaskan oleh Jean Henri Dunant


(atau Jean Henry Dunant) yang lahir pada 8 Mei 1828
di Geneva, Switzerland. Bapanya ialah seorang ahli
perniagaan dan berpengaruh di Geneva. Ibunya
seorang yang lemah lembut dan kuat beragama. Jean
banyak mengikut tingkah laku ibunya (Sufian, t.t.).
Sejarah
Penubuhan
LAMBANG PALANG MERAH

Nama sebenar Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) yang


digunakan pada masa kini pada awalnya adalah dikenali
sebagai lambang Palang Merah. Lambang Palang Merah ini
digunakan berdekad yang lalu selepas dicadangkan semasa
Persidangan Geneva Antarabangsa 1863 yang diadakan oleh
Jawatankuasa Berlima. Lambang ini juga dikenali sebagai
bendera negara Switzerland yang diterbalikkan warnanya
sebagai tanda penghormatan kepada negara tersebut.
Lambang Palang Merah ini banyak digunakan dalam
perkhidmatan perubatan dalam perang. Ia juga telah
dimasukkan dalam peraturan peperangan selepas diiktiraf
oleh negara-negara yang hadir dalam Persidangan Diplomatik
yang membentuk Konvensyen Geneva Pertama 1864. Lambang
ini dipakai pada bendera yang digunakan di hospital, ambulans,
dan pasukan penyelamat. Lambang ini juga dipakai di lengan
orang yang menandakan pemakainya berada di pihak neutral.
Pada November 1876, Turki mengumumkan kepada Majlis
Persekutuan Swiss supaya menggunakan lambang bulan sabit
menggantikan palang merah yang menghina agama Islam.
Sejak itu negara Islam menggunakan lambang bulan sabit.
Kedua-dua lambang dilindungi oleh Konvensyen Geneva sejak
tahun 1929 dan boleh digunakan dengan dua tujuan iaitu
sebagai perlindungan dan pengenalan Persatuan Palang Merah
atau Bulan Sabit Merah (Zin,t.t.).
Sejarah
Penubuhan
LAMBANG PALANG MERAH
Sejarah
Penubuhan
PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) ditubuhkan


pada tahun 1948 sebagai cawangan Persatuan Palang Merah
Britain di Sabah dan Sarawak. Pada tahun 1950-an, lebih
banyak cawangan persatuan ditubuhkan di Malaysia. Ketika
kemerdekaan pada tahun 1957, cawangan di Semenanjung
Malaysia dikenali sebagai Persatuan Palang Merah
Persekutuan Tanah Melayu. Persatuan ini mula mendapat
pengiktirafan oleh Persatuan Palang Merah Antarabangsa
pada 4 Julai 1963 dan menjadi ahli badan antarabangsa itu
pada 24 Ogos 1963.
Berikutan penggabungan Semenanjung Tanah Melayu, Sabah
dan Sarawak serta penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16
September 1963, suatu penggubalan akta yang dikenali
sebagai Akta Persatuan Palang MerahMalaysia (Penswastaan)
Akta 1965 telah bertindak menggabungkan Persatuan Palang
Merah Malaya dan cawangannya Persatuan Palang Merah di
Sabah dan Sarawak di bawah nama baharu iaitu Persatuan
Palang Merah Malaysia. Ia dibentangkan di Parlimen dan
digazetkan pada 1 Julai 1965.
Pada 5 September 1975, Persatuan Palang Merah Malaysia
telahditukar nama kepada Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia selaras dengan kebenaran penukaran nama Akta
Persatuan Palang Merah Malaysia kepada Akta Persatuan
Bulan Sabit Merah Malaysia Akta 1975 oleh Parlimen Malaysia
Tujuan Penubuhan
PBSM
Lambang Palang Merah atau Persatuan Bulan
Sabit Merah Malaysia ditubuhkan dengan satu
tujuan yang tertentu:
1. Untuk menentukan perlindungan bagi mereka
yang tercedera dalam peperangan
2. Untuk menentukan perlindungan kepada
anggota-anggota yang menjaga dan merawat
mereka yang cedera
Perlembagaan
PBSM
Perlembagaan PBSM Persatuan Bulan Sabit Merah
Malaysia adalah sebuah badan korporat yang ditubuhkan
di bawah Seksyen 3 dalam Akta (Guest, t.t.).
Berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan)
Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:
Peraturan 1: Nama dan alamat
Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan 3
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain
Perlembagaan
PBSM
Perkara – perkara lain yang ditambah ke dalam
perlembagaan ialah (Guest, t.t.):
1.Lencana / logo persatuan
2. Cogan kata / moto
3.Tugas persatuan di peringkat intitusi
pendidikan, cawangan, daerah, negeri dan
cawangan

Lencana
dan Logo
Logo BSMM

Lambang Bulan Lambang


Sabit Merah Palang Merah

Lambang
Kristal Merah
Cogan kata
atau moto

"Cergas pada masa


aman dan perang"
Objektif
Prinsip-prinsip
asas pergerakan
PBSM berpegang kepada Prinsip Asas Gerakan dan
mengikuti moto "Inter Arma Caritas" (Peperangan Amal) dan
Per humanitatem dan pacem" (Keamanan melalui
kemanuasiaan) yang bersama-sama menerangkan cita-cita
gerakan secara keseluruhan).
Prinsip asas gerakan PBSM adalah seperti berikut
(Sufian,t.t.):
1. KEMANUSIAAN
Gerakan, lahir keinginan untuk memberi pertolongan tanpa
diskriminasi kepada yang tercedera di medan perang, usaha,
dalam kapasiti antarabangsa dan negara, untuk mencegah
dan meringankan penderitaan manusia di mana-mana.
Tujuannya adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan dan
untuk memastikan rasa hormat terhadap manusia. Ia
menggalakkan persefahaman, persahabatan, kerjasama dan
kedamaian yang berkekalan dikalangan semua pihak.
2. KESAKSAMAAN
Gerakan tidak mempunyai diskriminasi terhadap bangsa,
kewarganegaraan, kepercayaan agama, darjat atau fahaman
politik. Ia berusaha untuk melegakan penderitaan individu,
yang berpandukan semata-mata oleh keperluan mereka, dan
memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling
serius.
Prinsip-prinsip
asas pergerakan
3. NEUTRAL
Untuk memiliki keyakinan daripada semua, Gerakan mungkin
tidak boleh memilih pihak dalam suatu konflik atau
melibatkan diri dalam kontroversi yang bersifat politik,
perkauman, agama atau ideologi pada bila-bila masa.
4. KEMERDEKAAN
Gerakan adalah bebas. Persatuan Negara, manakala unit-unit
servis kemanusiaan dalam kerajaan mereka dan tertakluk
kepada undang-undang negara masing-masing, mesti
sentiasa mengekalkan autonomi mereka supaya mereka
boleh dapat pada setiap masa untuk bertindak selaras
dengan prinsip Gerakan.
5. PERKHIDMATAN SUKARELA
Ia adalah Gerakan bersifat sukarela yang tidak didorong
dalam apa-apa keinginan untuk mendapatkan keuntungan.
6. PERPADUAN
Hanya boleh terdapat satu Persatuan Palang Merah atau
Persatuan Bulan Sabit Merah di setiap negara. Ia mesti
terbuka kepada semua. Ia mesti menjalankan kerja-kerja
kemanusiaan di seluruh wilayahnya.
7. KESEJAGATAN
Gerakan di mana semua Persatuan mempunyai taraf yang
sama serta berkongsi tanggungjawab dan tugas yang sama
dalam membantu antara satu sama lain, di seluruh dunia.
Lagu
BSMM
Bulan Sabit Merah Di Malaysia
Giat Berjasa Untuk Negara
Tidak Kira Kaum Dan Agama
Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara


Di Sana Ada Kita
Di Darat Dan Laut Kita Bersedia
Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia


Membantu Semua Yang Menderita
Badan Sukarela Berkhidmat
Dengan Tabah Dan Bersemangat
Ikrar
BSMM
B a h a w a k a mi ,
A h l i B u l a n S a b i t Me r a h Ma l a y s i a ,
B e l i a P e r s a t u a n B u l a n S a b i t Me r a h
Ma l a y s i a
Dengan ini berjanji
Akan taat Tuhan, Seri Paduka Baginda
Yang Dipertuan Agong dan Yang Dipertuan
N e g e r i k a mi b e r d a s a r k a n p r i n s i p R u k u n
Negara
S e r t a a k a n b e r s a m a - s a ma me r e k a d i
s e l u r u h d u n i a , me mb a n t u me r e k a y a n g
s a k i t d a n me n d e r i t a b e r d a s a r k a n k e p a d a
P r i n s i p P a l a n g Me r a h B u l a n S a b i t M e r a h
seperti berikut
K e ma n u s i a a n
K e s a k s a ma a n
Keberkecualian
Kebebasan
P e r k h i d ma t a n s u k a r e l a
Ketunggalan
Kesejagatan
Carta
Organisasi
Pengurusan
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa,


agama, jantina dan politik. Ahli dan sukarelawan juga datang
daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan
bagi mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.
Komposisi keahlian adalah terdiri daripada ahli kanak – kanak
berusia 9 sehingga 12 tahun, ahli Belia berusia 13 sehingga 18
tahun, Ahli Belia Terbuka berusia 13 sehingga 17 tahun, Ahli
Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam/ Tidak Berpakaian Seragam
bagi 18 tahun keatas, Ahli seumur hidup dan akhir sekali Ahli
Kehormat Seumur Hidup iaitu anugerah kepada individu yang
memberi sumbangan (Atif, 2013).
Jenis ahli:
1. Ahli biasa
Yuran tahunan RM2.00 setahun.
Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.
Resit pembayaran akan dikeluarkan oleh Setiausaha Cawangan
atau Cabang
2. Ahli Belia
Permohonan untuk menjadi ahli yang diluluskan oleh Jawatankuasa
Cawangan terbahagi seperti berikut :
Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahagian unit sebagai
Bulan Sabit Kanak – kanak.
Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda.
Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di unit Pasukan Sukarela
( Voluntary Aid Detachment – VAD)
Pengurusan
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

3. Ahli Seumur Hidup


Permohonan adalah di atas budibicara dan kelulusan Cawangan.
Yuran : Rm500.
4. Ahli Kehormat Seumur Hidup
Ahli kenamaan yang dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah
Kebangsaan.
Anugerah Ahli Kehormat Seumur Hidup tidak lebih 4 orang
setiap tahun.
5. Pasukan Bantuan Sukarela
Yuran – RM 2.00 setahun tetapi digalakkan bayar yuran
sekaligus untuk 5 tahun.
Pengurusan
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam sistem database di


Ibu Pejabat Kebangsaan. Setiap Cabang, Cawangan dan Unit
akan menyimpan rekod keahlian masing-masing. Bagi
Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh
disimpan oleh Jawatankuasa Eksekutif Cawangan.
Bagi penyelarasan pendaftaran keahlian pula kad keahlian
telah diberi nombor bersiri dan diperoleh dari Ibu Pejabat
Kebangsaan melalui Cawangan, Pengeluaran kad kepada ahli
perlu didaftarkan. Kad yang lama perlu digantikan dengan
yang baru melalui Sekretariat Cawangan atau Cabang.
Borang keahlian haruslah lengkap dengan gambar.
Apabila permohonan telah diluluskan oleh pihak Cawangan
maka borang berkenaan hendaklah diserahkan kepada (Atif,
2013):
1. Salinan asal kepada Ibu Pejabat Kebangsaan,
2. Salinan kedua disimpan oleh Cawangan.
3. Salinan ketiga diserahkan kembali kepada Cabang atau
Unit.
4. Kad keahlian kepada Ahli biasa atau ahli seumur hidup.
Pengurusan
TANGGUNGJAWAB KUASA PENGANJUR

1. Meluluskan pendaftaran tahunan unit PBSM


dengan ibu pejabat PBSM
2. Kuasa penganjur adalah merupakan salah seorang
dari dua penurun tandatangan rasmi (official
signatories) [seorang lagi ialah pemimpin
kumpulan] bagi akaun simpanan atau semasa
untuk PBSM itu.
3. Mengesahkan penyata akaun unit yang disediakan
oleh pemimpin PBSM
4. Mengesahkan sebarang persuratan rasmi yang
berkaitan dengan unit PBSM di mana perlu
5. Meluluskan permohonan untuk aktiviti-aktivi
luaran (seperti rombongan, kembara,
perkhemahan dan sebagainya) untuk ahli-ahli
6. Menyelia dan mengawal kemajuan unit PBSM di
sekolahnya
Pengurusan STRUKTUR UNIT

Struktur Organisasi &


Perkembangan PBSM

Carta Struktur Perkembangan


Organisasi Organisasi PBSM
Persatuan
Carta Organisasi
Tugas Jawatankuasa

Struktur Organisasi
Persatuan
Satu Organisasi Pusat mengandungi Senat PBSM, Majlis
Kebangsaan, Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan,
jawatankuasa-jawatankuasa Kebangsaan, cawangan-
cawangan dan jawatankuasa serta beberapa jawatankuasa
kecil masing-masing di setiap negeri dan wilayah
persekutuan Malaysia. Ia juga mengandungi unit-unit kecil &
jawatankuasa masing-masing (Atif, 2013).
Struktur Unit
Persatuan

Struktur unit terdiri daripada (Atif, 2013):


Kanak-kanak (Link)
Belia (Youth) – Pasukan Bantuan Sukarela
Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link)
membentuk sekurang-kurangnya 80% ahli Bulan
Sabit Merah Malaysia.
Setiap unit ini mempunyai pegawai masing- masing.
Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru
penasihat BSMM yang dilantik oleh pengetua.
Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak- kanak
ialah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh guru
besar.
Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit
yang khas, yang menunjukkan unit itu dari Cabang
mana dan dari bahagian apa.
Contohnya : Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari
Cabang Perak (ditunjukkan oleh huruf ‘PK’),
merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118
menunjukkan ia unit ke 118 didaftarkan.
Pengurusan PENGURUSAN LAPORAN AKTIVITI

1. Buku Log:
Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan
panduan atau laporan dan mengesahkan penglibatan
seseorang.
Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan
harian sesuatu aktiviti.
Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300
helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x 32cm).
Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak
mudah rosak.
2. Laporan Mingguan
Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian
dari sesuatu pihak ke pihak yang lain.
Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan
panduan atau laporan dan mengesahkan sesuatu perkara
atau sesuatu aktiviti.
Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan
mingguan sesuatu aktiviti.
Pengurusan TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN

• Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan


melantik AJK baru.
• Memastikan ada perlembagaan atau peraturan
• Memastikan aktiviti dijalankan adalah selaras dengan
objektif sekolah
• Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar
• Memastikan bahawa pasukan yang guru anggotai
sebagai penasihat adalah berdaftar dan diluluskan oleh
pihak pentadbir.
• Mengurus penyertaan ahli sama ada di peringkat
sekolah, daerah, bahagian atau yang lebih tinggi.
• Memohon kebenaran daripada ibu bapa/penjaga pelajar
melalui pengurusan sekolah jika
khidmat/kepakaran/kebolehan mana-mana pelajar
diperlukan di luar sekolah.
• Bersedia menjadi guru pengiring bagi sebarang
penyertaan pelajar tanpa mengira peringkat
pertandingan/pengelolaan/anjuran/projek/lawatan dan
sebagainya.
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
(ATIF, 2013)
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Pengurusan
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
Aktiviti unit
di sekolah PBSM
MENDIRIKAN KHEMAH

Para pelajar mendirikan


khemah dengan tunjuk
ajar daripada para guru.
Aktiviti unit
di sekolah PBSM
KAWAD KAKI

Pelajar sedang menjalankan aktiviti


kawad kaki di bawah pengawasan
guru yang bertugas.
Aktiviti unit
di sekolah PBSM
SIMPULAN BUKU SILA

Pelajar sedang menjalankan


aktiviti simpulan asas bagi
Simpul Buku Sila dengan
menggunakan dua tali.
Aktiviti unit
di sekolah PBSM
IKATAN SERAYA

Pelajar sedang
menjalankan aktiviti
Ikatan Seraya.
Aktiviti unit
di sekolah PBSM

Pelajar didedahkan dengan kemahiran-


kemahiran membantu seperti
Cardiopulmonary Resuscitation (CPR)a.
Bahan-bahan
lampiran
Bahan-bahan
lampiran
Rujukan
Atif, F. (2013). Pengurusan PBSM. Retrieved July 16, 2021, from

https://www.scribd.com/doc/139540084/pengurusan-pbsm

Guest. (t.t.). Lambang Cogan Kata. Retrieved July 16, 2021, from

https://pdfcoffee.com/lambang-cogan-kata-pdf-free.html

Sufian, N. (t.t.). PERSATUAN BULAN SABIT MERAH SK. Retrieved July 16, 2021
https://www.academia.edu/22529519/PERSATUAN_BULAN_SABIT_MERAH_SK

Zin, N. (t.t.). Perlembagaan persatuan bulan sabit merah. Retrieved July 16, 2021
https://www.academia.edu/26270791/Perlembagaan_persatuan_bulan_sabit_me
rah

You might also like