Kertas Cadangan Internship

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHI HWA, SEREMBAN

KERTAS CADANGAN

PROJEK MELUKIS MURAL

TEMPAT:

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) CHI HWA

TARIKH:

2 MEI 2023 – 12 MEI 2023

ANJURAN:

GURU PELATIH PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK


1.0 Pengenalan

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk


mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar
tugas guru permulaan. Guru pelatih perlu merancang, melaksana dan menilai projek atau
aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam dan di luar bilik
darjah.

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh murid
sekolah rendah di Malaysia. Mata pelajaran Matematik bertujuan memberi pengetahuan
asas matematik kepada mereka agar dapat membentuk individu yang berpemikiran logik,
kritis, analitis, kreatif dan innovatif. Persekitaran merupakan salah satu faktor utama yang
menyumbang kepada proses pembelajaran di sekolah kerana ia mampu menarik minat
murid untuk hadir ke sekolah. Projek lukisan mural merupakan salah satu projek yang
dianjurkan oleh guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2019 dalam memenuhi terma dan syarat
Program internship.

Lukisan mural bukan sahaja dapat menceriakan persekitaran sekolah, malah dapat
menghantar mesej atau pengetahuan kepada murid. Guru pelatih merancang melukis satu
jadual nombor yang merangkumi 1 hingga 100 sebagai lukisan mural. Lukisan ini dapat
mengajar murid tentang sifir darab dan nombor perdana, pengetahuan ini merupakan
beberapa silibus Matematik yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP). Murid boleh belajar pengetahuan tersebut melalui lukisan mural ini di
luar bilik darjah.

2.0 Matlamat
2.1 Memperindahkan dan menceriakan persekitaran sekolah dengan lukisan mural yang
berkaitan dengan Matematik.
2.2 Melatih guru pelatih memberi komitmen untuk menjayakan sesuatu projek.

3.0 Objektif
3.1 Murid dapat menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik
3.2 Murid dapat menghafal nombor perdana dalam lingkungan 1 hingga 100.
3.3 Meningkatkan kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan guru-guru
pelatih dan warga sekolah.
3.4 Memberi guru pelatih ruang dan peluang bagi mengaplikasikan segala kemahiran
yang telah dipelajari di IPG.
4.0 Tempoh dan Tempat Pelaksanaam

Tempoh : 2 Mei 2023 hingga 12 Mei 2023 (2 minggu)


Masa : Waktu persekolahan
Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chi Hwa

5.0 Kumpulan Sasaran

Semua murid di sekolah SJK(C) Chi Hwa, teruntamanya murid yang belum menguasai
sifir 2 hingga 9 dan belum menghafal nombor perdana.

6.0 Ahli Jawatankuasa

Penaung : PUAN LOOI WAI YEE (Guru Besar)


: CIK CHIN SIOW FOONG (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)
: PUAN LAU OI LENG (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
: PUAN LEE PEI ZEYI (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Penasihat : CIK ZANARIAH BINTI MOHD IDRIS (Pensyarah Pembimbing)
: PUAN KOR AI SZE (Guru Pembimbing)
Pelaksana : CHIN YI NIE
: CHAN MIN MI
: CHONG HUI PING
: EUGENE TAN
: LIM JIA WEI

7.0 Anggaran Perbelanjaran

Kuantiti x Harga
0. Bahan Jumlah (RM)
seunit(RM)
1. Cat air 1 x RM 28 RM 28.00

2. Cat minyak 2 x RM 36 RM 72.00

3. Pelaka 12 x RM 6.80 RM 81.60

4. Masking tape 4 x RM 1.50 RM 6.00

5. Berus cat 5 x RM 3.20 RM 16.00


Jumlah RM 203.60
8.0 Sumber Kewangan

Semua pembelanjaran ditanggung oleh semua guru pelatih

9.0 Perancangan Program Melukis Mural

Bil Tarikh Perkara


1 17 April 2023  Mengadakan perbincangan dengan guru besar, guru
2 18 April 2023 penolong kanan dan guru pembimbing
3 2 Mei 2023  Mengukur saiz dinding.
 Mengecat dinding dengan cat putih.
4 3 Mei 2023  Mengukur saiz setiap grid yang diperlukan.
 Mengukur dan melekat pita pelekat.
 Mengecat cat hitam.
5 4 Mei 2023  Mengecat cat hitam.
 Mencetak dan mengunting nombor yang diperlukan
6 5 Mei 2023  Mengecat nombor dalam grid yang diukur.
7 8 Mei 2023  Mengecat petunjuk.
8 9 Mei 2023  Melabelkan grid yang diperlukan dengan warna berbeza.
9 10 Mei 2023  Membaiki dan menambah warna mural
10 11 Mei 2023  Melabelkan dan mengecat nombor perdana.
 Melakukan kemasan terakhir.
11 12 Mei 2023  Menyediakan laporan projek.

10.0 Penutup

Diharapkan agar kertas kerja ini akan dapat diterima dan dilaksanakan seperti yang
dirancang. Projek seperti ini akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada
guru pelatih mengenai pengurusan keceriaan di luar bilik darjah di samping memberi murid
dapat mempelajari sifir darab dan nombor perdana melalui jadual nombor ini.
Disediakan oleh:

…………………………..

(LIM JIA WEI)

Guru Pelatih

Disemak oleh:

………………………..

(PUAN KOR AI SZE)

Guru Pembimbing,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chi Hwa

Disahkan oleh:

……………………………
(Puan Looi Wai Yee)
Guru Besar,
Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chi Hwa.
LAMPIRAN

Gambar 1: Contoh jadual nombor mural

You might also like