Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PROGRAM PENGAJIAN

LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN KUMPULAN: LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM


TAJUK: CERAMAH KESEDARAN PENDIDIKAN ANTIRASUAH DALAM
KALANGAN PELAJAR IPT KHUSUSNYA DI SABAH

VKMB2031
PEMBANGUNAN MASYARAKAT III

1. HILDA BINTI SAGULU 275991


NAMA AHLI
: 2. ROSLEY BIN MAIL 276426
KUMPULAN

3. MUHAMMAD NAIM BIN HUSSIN 275103

KUMPULAN : K (KAMPUS KOTA KINABALU)

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN SARINAH BINTI ASLI

TARIKH HANTAR:

17 JULAI 2022
LAPORAN PROGRAM

Tajuk Program : Ceramah Kesedaran Pendidikan Antirasuah Dikalangan Pelajar


Institut Pengajian Tinggi (IPT) Khususnya di Sabah
Tarikh : 2 Julai 2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi sehingga 10.30 pagi
Kaedah : Secara dalam talian melalui Google Meet

1.0 PENGENALAN
Ceramah bagi Program Pendidikan ini dijalankan adalah bertujuan untuk memupuk
kesedaran terhadap isu rasuah yang telah berlaku dan perlu didedahkan kepada para
mahasiswa dan mahasiswi melalui proses pembelajaran dan pengajaran di Institut
Pengajian Tinggi (IPT) khususnya di Sabah.

2.0 LATAR BELAKANG PENYELIDIKAN


Laporan perlaksanaan program ini adalah berkenaan dengan satu program webinar
secara atas talian dengan tajuk ‘Ceramah Kesedaran Pendidikan Anti Rasuah Dalam
Kalangan Pelajar Khususnya IPT di Sabah’ yang telah dilaksanakan pada 02 Julai
2022 dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi. Program ceramah yang telah dilaksanakan ini
bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar tentang punca, cara
pencegahan dan kesan bahaya aktiviti rasuah kepada masyarakat yang mana ia boleh
menimbulkan pelbagai permasalahan di kalangan masyarakat dan juga negara.
Seperti yang kita sedia maklum, agensi yang bertanggungjawab dalam usaha
membanteras jenayah rasuah adalah dibawah bidangkuasa Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM), namun kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan
negaranya wajib mempunyai kesedaran untuk bersama-sama memerangi jenayah ini
di mana-mana medium penyampaian untuk menyebar luas mesej anti jenayah rasuah
yang boleh disifatkan sebagai barah yang semakin parah. Melihat kepada kedudukan
terkini Malaysia didalam Indeks Jenayah Rasuah pada tahun 2021 yang dikeluarkan
oleh SPRM, Malaysia berada pada tahap tertinggi di antara negara yang mengamalkan
amalan rasuah di dalam pelbagai sektor termasuk sektor awam dan swasta. Program
yang telah dijalankan ini telah menampilkan seorang tetamu jemputan dari
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri Sabah iaitu Puan Sukarni Binti
Karim yang merupakan pegawai bahagian perhubungan pelajar di Sabah. Fokus
utama forum ini adalah bagi mengangkat amalan integriti di kalangan masyarakat,
mendedahkan punca-punca berlakunya jenayah rasuah, kesan-kesan yang dihadapi
oleh masyarakat akibat daripada terjerat dengan sindiket jenayah rasuah serta
perkongsian pengalaman oleh Pegawai SPRM. Selaras dengan norma baharu yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan, melalui medium atas talian iaitu webinar ini telah
dapat mempromosi nilai-nilai integriti secara berterusan walaupun kita sedang
menghadapi cabaran endemik ketika ini.
Antara objektif program ini adalah seperti berikut:
a) Memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan dengan Pendidikan
antirasuah.
b) Melahirkan generasi yang berkualiti selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia
sebagai negara bebas rasuah.
c) Membina jaringan kerjasama diantara penganjur, peserta program serta jemputan
penceramah.
d) Meningkatkan kemahiran komunikasi di kalangan Pelajar PJJ UUM.

3.0 TINDAKAN STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM


3.1 Perancangan
Untuk menjayakan projek ini, kumpulan kami telah mengenalpasti terlebih
dahulu tajuk projek yang akan dilaksanakan serta mendapatkan kelulusan
daripada pensyarah. Setelah itu, kumpulan kami telah menyediakan kertas
kerja yang lengkap mengandungi perkara iaitu tajuk projek, tujuan, objektif,
pemilihan tarikh, masa dan tempat program diadakan, sasaran peserta, tentatif
program serta melantik jawatankuasa yang terlibat bagi memudahkan
pengagihan tugasan. Kami juga perlu mengenalpasti penceramah jemputan
yang bersesuaian dengan program yang dilaksanakan. Program ini tidak
memerlukan anggaran perbelanjaan yang banyak disebabkan hanya
dilaksanakan melalui kaedah dalam talian namun demikan bayaran
penceramah diperlukan.

3.2 Persiapan Bagi Kempen Dijalankan


Perbincangan dengan ahli kumpulan berkenaan dengan agihan tugasan gerak
kerja seperti mengeluarkan surat jemputan penceramah, menyediakan poster
untuk hebahan para peserta, serta menyediakan pautan link melalui google
meet.

3.3 Tentatif Program

Atur Cara
Program Ceramah Kesedaran Pendidikan Antirasuah Dikalangan Pelajar Institut
Pengajian Tinggi (IPT) Khususnya di Sabah

Tarikh : 2 Julai 2022(Sabtu)


Masa : 9.00 Pagi
Kaedah : Google Meet

Masa Aktiviti

8.45 Pagi Ketibaan Dan Pendaftaran Peserta Secara Dalam Talian

8.55 Pagi Ketibaan Penceramah Jemputan Secara Dalam Talian

9.00 Pagi
Program Bermula :
Tajuk : Program Ceramah Kesedaran Pendidikan Antirasuah
Dikalangan Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) Khususnya di Sabah
Oleh : Puan Sukarni binti Karim
PPs, SPRM Cawangan Sabah
Sesi Soal Jawab
10.30 Pagi Program Dijangka Selesai

3.4 Perbelanjaan
Peruntukan untuk melaksanakan webinar ini adalah untuk memberi wang
saguhati kepada panel jemputan atas perkongsian ilmu yang diberikan.
Walaupun panel jemputan tidak menetapkan jumlah yang perlu dibayar,
namun kumpulan kami mengambil inisiatif memperuntukan sejumlah RM 150
dan bayaran sewa talian Google Meet tidak dikenakan sebarang bayaran, dan
perbelanjaan tersebut telah dipersetujui oleh semua ahli kumpulan. Bajet ini
kemudiannya telah diberikan kepada panel penceramah iaitu Puan Sukarni
Binti Karim ke akaun bank melalui pemindahan atas talian selepas
pelaksanaan webinar pada tarikh yang sama iaitu 02 Julai 2022.
3.5 Jawatankuasa
Penaung : Puan Sarinah binti Asli
Pengerusi : Encik Rosly Mail
Penasihat Aktiviti : Encik Muhammad Naim bin Hussin
Penyelaras : Puan Hilda binti Sagulu
Pengarah Program : Encik Rosly Mail
Setiausaha : Puan Hilda binti Sagulu
Urus Setia : Cik Eleanor Emelda Melvin

4.0 KOMUNIKASI
Terdapat pelbagai kaedah komunikasi yang telah digunakan oleh kumpulan kami bagi
menjayakan program ini. Diantaranya adalah:
 Komunikasi Bersemuka
 Email
 WhatsApp
 Google Meet
Pada peringkat awal sebelum mengadakan program webinar ini, kumpulan kami telah
membuat perancangan dengan mengadakan perbincangan tajuk yang sesuai untuk
diketengahkan. Perbincangan sesama ahli kumpulan ini dilakukan secara atas talian
dengan menggunakan platform Google Meet. Setelah kami mencapai persetujuan
untuk menumpukan isu-isu berkaitan jenayah rasuah, perbincangan lebih terarah
kepada pemilihan tajuk yang dapat menarik minat orang ramai iaitu ‘Ceramah
Kesedaran Pendidikan Antirasuah Dalam Kalangan Pelajar Khususnya IPT Di
Sabah’ . Kemudian, atas persetujuan bersama, lantikan Ahli Jawatankuasa (AJK)
telah dibuat bagi memudahkan proses pembahagian tugas dan tanggungjawab.
Perbincangan seterusnya untuk mengenalpasti penceramah yang sesuai untuk
membicarakan tajuk yang dipilih dan hasil perbincangan, kumpulan kami bercadang
untuk menjemput seorang pegawai kanan SPRM untuk memberikan ceramah.
Kemudian seorang pegawai SPRM telah dipilih iaitu Puan Sukarni Binti Karim dan
persetujuan telah diterima oleh beliau. Selepas itu, setelah mendapat persetujuan
daripada penceramah untuk memberi penerangan tentang tajuk yang dikemukakan.
Kumpulan kami telah berbincang untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai
untuk penceramah menerangkan tajuk yang ditetapkan. Oleh itu, kumpulan kami telah
memilih waktu pada jam 8.45 pagi atau 9.00 pagi pada tarikh 02 Julai 2022 secara
atas talian melalui platform Google Meet. Sesi ceramah secara bersemuka tidak dapat
dijalankan kerana terdapat pelbagai kekangan daripada setiap peserta. Pada hari yang
telah ditetapkan pada 02 Julai 2022, kumpulan kami telah membuat persediaan pada
jam 8.30 pagi untuk tujuan pengujian talian internet dan platform Google Meet
supaya tiada masalah-masalah teknikal yang berlaku sewaktu program berjalan. Tepat
jam 9.00 pagi, semua peserta dan penceramah telah hadir bagi memulakan program.
Dalam program tersebut, penceramah telah mengulaskan isu-isu berkaitan jenayah
rasuah dengan lebih mendalam dan jelas. Beliau telah menerangkan dengan lebih
terperinci bagaimana dan sebab berlakunya kegiatan jenayah rasuah tersebut dalam
negara kita. Beliau juga menjelaskan bahawa mereka yang terlibat dalam jenayah
rasuah ini adalah terdiri daripada orang-orang kenamaan, ahli-ahli politik, dan
masyarakat biasa yang terdapat di dalam mahupun dari luar negara. Penceramah yang
kami jemput ini adalah seorang pegawai kanan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
(SPRM) Sabah yang telah banyak menjalankan penyiasatan kes-kes yang melibatkan
jenayah rasuah dan mempunyai pengalaman hampir 13 tahun dalam bidang siasatan
kes-kes jenayah rasuah terutamanya di negeri Sabah. Dalam program tersebut
penceramah telah memberi ceramah selama lebih kurang 1 jam 30 minit secara atas
talian dalam platform Google Meet tersebut, dalam masa lebih kurang 1 jam tersebut
juga, ada beberapa persoalan yang disampaikan oleh peserta dimana, mereka
bertanyakan soalan isu berkaitan jenayah rasuah dan penceramah telah menjawab
dengan baik serta memberi penerangan yang sangat jelas dan mudah difahami oleh
para peserta. Penggunaan platform Google Meet ini juga sangat membantu dalam
melaksanakan program yang kami jalankan. Walaupun program ini dijalankan tidak
begitu lama, penerangan isi yang jelas dapat disampaikan kepada peserta dengan
mudah selain perkongsian pengalaman penceramah sepanjang kerjaya beliau pegawai
kanan SPRM. Akhir sekali, kumpulan kami telah menyediakan borang soal selidik
dalam google form bagi mendapatkan penilaian daripada peserta tentang program
yang kami jalankan kepada peserta. Hal ini kerana kumpulan kami ingin dapatkan
tindak balas mengenai program yang dijalankan adakah berjaya ataupun tidak. Selain
itu, kebaikan menggunakan penggunaan platform Google Meet ini adalah dapat
mengurangkan kos perbelanjaan kumpulan kami. Hal ini disebabkan tiada
penggunaan kos untuk menyewa tempat program, yuran peserta, makanan dan
pelbagai lagi kecuali yuran untuk panel jemputan dan sewaan talian. Oleh itu,
penggunaan talian platform Google Meet adalah sangat memberi kemudahan dan
kebaikan kepada kumpulan kami. Kami amat berterima kasih kepada pihak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Negeri Sabah kerana telah memberi kami kuota khas
bagi memudahkan kumpulan kami membuat sesi ceramah tersebut.

5.0 PENILAIAN
Kemahiran kerjasama secara berkumpulan adalah merupakan bentuk kemahiran yang
perlu ada dalam setiap individu untuk menjayakan sesuatu projek atau program yang
hendak dilaksanakan. Ia merangkumi kemampuan untuk berkolaborasi dengan orang
lain bagi mencapai tujuan bersama. Kumpulan kami telah menggunakan garis
panduan yang telah disarankan oleh pensyarah kami iaitu yang mengajar kami subjek
(VKMB 2031 : Pembangunan Masyarakat III) yang telah banyak memberi
panduan dan tunjuk ajar. Program webinar yang kami laksanakan melalui secara atas
talian ini banyak memerlukan kreativiti bagi menarik minat orang ramai untuk
mengikutinya. Perbincangan dan agihan tugas antara ahli kumpulan juga sangat
membantu dalam menjayakan program ini berkaitan perbincangan mengenai aspek-
aspek tajuk yang sesuai, pengurusan masa dan tarikh yang tepat untuk program
diadakan, serta pengiklanan yang dibuat bagi makluman umum. Sekiranya timbul
sesuatu masalah atau persoalan, ketua kumpulan akan menetapkan satu tarikh untuk
membuat satu perjumpaan atas talian dengan ahli kumpulan bagi mencari
penyelesaian tersebut. Dengan cara yang telah diterapkan serta komitmen tinggi oleh
setiap ahli kumpulan, program webinar dari kumpulan kami bertajuk ‘Ceramah
Kesedaran Pendidikan Antirasuah Dalam Kalangan Pelajar Khususnya Ipt Di Sabah’
dapat dilaksanakan dengan jayanya.

6.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, faktor utama yang perlu dibanggakan ketika ini adalah menghargai
semangat berpasukan merangkumi tujuan, rasa tanggungjawab, proses dan hubungan
antara ahli pasukan. Panel jemputan adalah dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Negeri Sabah iaitu Puan Sukarni Binti Karim yang berkhidmat sebagai pegawai
perhubungan pelajar. Beliau banyak memberi input positif sebagai informasi yang
perlu kita tahu tentang taktik-taktik yang dilakukan sindiket untuk melakukan jenayah
siber ini dan menyatakan situasi sebenar kes atau statistik jenayah tersebut yang
melibatkan sindiket dari dalam dan luar negara. Beliau juga ada menceritakan
pengalaman kes yang pernah ditangani melibatkan kesan emosi yang bakal di alami
oleh pesalah. Kita boleh mengambil teladan daripada kisah yang dinyatakan kerana
kesan jika tertangkap melakukan jenayah rasuah, ia bukan membabitkan individu itu
sahaja malah seluruh keluarga terdekat akan terkesan. Kebiasaan akan terjadi
pandangan negatif masyarakat sekeliling terhadap keluarga pelaku yang suatu ketika
dahulu dihormati dan disegani. Selain itu, peserta yang majoriti mengikuti webinar ini
adalah golongan belia yang menginginkan maklumat serta informasi tentang statistik
kes jenayah rasuah yang belaku di Malaysia. Mereka ingin kenalpasti kaedah dan cara
yang dilaksanakan oleh agensi yang berkenaan menangani kes jenayah siber ini
daripada terus menghantui masyarakat sehingga kini.

7.0 RUJUKAN
LAMPIRAN
KEHADIRAN PESERTA MENGIKUTI CERAMAH YANG DIANJURKAN

POSTER PROGRAM
ATUR CARA PROGRAM

PENILAIAN PROGRAM MELALUI GOOGLE FORM


RINGKASAN BORANG MAKLUM BALAS

KANDUNGAN AKTIVITI
KAEDAH AKTIVITI

PERSEKITARAN AKTIVITI

PENGANJUR
SEBELUM MENGIKUTI KURSUS
HASIL AKTIVITI SELEPAS MENGIKUTI KURSUS

You might also like