Teks Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

1.8.2022

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum Salam Sejahtera


Pembuka kata lidah bicara
Izinkan saya mulakan acara
Semoga majlis disambut ceria

Yang Berusaha, Tuan Haji Muhammad Anwr bin Muhammad Irfan, Guru Besar SK Methodist ACS
Sitiawan

Yang Dihormati, Encik Abdul Hamid bin Shufaat, Penolong Kanan Pentadbiran SK Methodist ACS
Sitiawan

Puan Nurliyana Chan bt Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Methodist ACS Sitiawan

Puan Racidah bt Mohd Dahlan, Penolong Kanan Kokurikulum SK Methodist ACS Sitiawan

Barisan jawatan kuasa pelaksana majlis, guru-guru dan anak-anak murid yang dikasihi sekalian.

Pada majlis yang permai ini marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
serta limpah rahmatNya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dan bersama-sama menjayakan
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah bagi tahun 2022. Untuk pengetahuan semua,
tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun ini ialah Keluarga Malaysia: Teguh Bersama.

Hadirin sekalian, Program Bulan Kemerdekaan ini dijadualkan berlangsung sepanjang bulan
kemerdekaan iaitu 1 Ogos hingga 15 September 2022, dan memuatkan aktiviti-aktiviti yang berbentuk
kenegaraan, keagamaan, kesenian dan kognitif. Antara pengisian program Bulan Kemerdekaan bagi
tahun ini ialah:

Tahun 3 Kolaj Bendera Malaysia 


Melafazkan Pantun 
Koir

Tahun 4 Suai Padan Gambar 


Deklamasi Sajak 

Koir 

Tahun 5 Kuiz Sejarah 


Deklamasi Sajak 

Koir 

Tahun 6 Membina Jalur Gemilang daripada Bahan Terbuang 


Bersyair

Koir 

Hadirin yang dihormati, majlis pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan mempersilakan Tuan Haji
Muhammad Anwr bin Muhammad Irfan, Guru Besar SK Methodist ACS Sitiawan untuk menyampaikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah bagi tahun
2022. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikian tadi, ucapan perasmian oleh Tuan Haji Muhammad Anwr bin Muhammad Irfan, Guru Besar SK
Methodist ACS Sitiawan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Seterusnya, kita akan teruskan majlis dengan gimik perasmian.

Demikian tadi gimik perasmian yang telah disempurnakan


oleh………………………………………………………………………………………………………………. Dengan ini maka rasmi lah
sudah majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2022. Majlis mengucapkan terima kasih.

Bagi memeriahkan majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada hari ini, marilah kita bersama-sama
menyaksikan dua buah persembahan. Persembahan pertama merupakan sebuah deklamasi sajak yang
akan dipersembahkan oleh Deeveshcarl a/l Selvaraji dan seterusnya persembahan kedua iaitu
persembahan melafazkan pantun daripada Nor Alya Adrianna binti Yahya dan Nur Zara Adelia binti
Zuraini. Dipersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih diatas dua buah persembahan itu tadi. Untuk pengetahuan
semua, persembahan sajak tadi telah dibimbing oleh Pn Zarihan binti Ghazali, manakala persembahan
pantun telah pun dibimbing oleh Pn Azma bt Osman.
Hadirin sekalian, bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan pada pagi ini marilah kita
bersama-sama menyanyi kan tiga buah lagu patriotik iaitu
- Lagu Jalur Gemilang
- Lagu Tanggal 31
- Lagu Tema Kemerdekaan 2022: Malaysia Prihatin

Semua guru dan murid diminta berdiri.

Dengan berakhirnya nyanyian tiga buah lagu tadi maka berakhirlah majlis Pelancaran Bulan
Kemerdekaan bagi tahun 2022. Dengan ini saya menyerahkan kembali majlis pada guru bertugas.

Sekian terima kasih.

You might also like