Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL 1 2021 (SKLN.

100-6/1/1/2-1)
TARIKH : 18 JANUARI 2021
MASA : 8.00 – 10.30 PM
TEMPAT : DALAM TALIAN (GOOGLE MEET)
KEHADIRAN:
BIL NAMA JAWATAN
1. RAYNER MULAKIM GURU BESAR
2. HAZIEL KIMON PK PENTADBIRAN
3. ISMAIL KAILOH PK HEM
4. DEMI CATHERIN GUKOR SETIAUSAHA
5. MARINUS JOSEPH GAB
6. HASNOL B. LAHAP GAB
7. SAINUDDIN B. SADDIN GAB
8. ZAIRATUL SOFAH GAB
9. MULINA SULIMIN GAB
TIDAK HADIR
1. SALINAWATI BINTI SALLEH AKP

BIL. PERKARA CATATAN


1.0 PERUTUSAN PENGERUSI – GURU BESAR

1.1 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada semua guru di atas kesudian
menyertai mesyuarat walaupun dalam talian yang diadakan pada hari ini.
1.2 Guru Besar juga turut memaklumkan bahawa terdapat 2 orang lagi guru yang
telah lulus perpindahan pada tahun ini iaitu Encik Muhammad Fakhzan dan
Ustaz Izzat.
1.3 Selain itu, SK Layon juga telah menerima seorang guru baru yang berpindah dari
Sandakan iaitu Puan Mulina Sulimin.

2.0 PERKARA BERBANGKIT

2.1 Biarpun dalam keadaan masih PKP, namun mesyuarat tetap akan dijalankan
melalui kaedah Google Meet.
2.2 Berdasarkan keputusan yang sudah dibuat pada mesyuarat yang lalu, Encik
Marinus akan menggantikan Encik Fakhzan sebagai Penolong Kanan
Kokurikulum yang baharu mulai tahun ini.
3.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

3.1 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu telah dicadangkan oleh En. Sainuddin
b. Saddin dan telah disokong oleh En. Muhammad Shamsul Naim bin Mohd Sukri
tanpa pindaan.
4.0 JADUAL WAKTU 2021

4.1 Jadual waktu untuk pengisian PDPR’21 telah pun dibuat oleh GB dan jadual
sudah dimuatnaik ke dalam ‘group whatsapp’ sekolah.
4.2 ID Delima & Password akan dikumpul oleh Guru ICT untuk memudahkan 4.2 Tindakan : En. Hasnol.
urusan.
4.3 Kaedah pelaksanaan yang akan dijalankan oleh pihak ada 2 iaitu secara
online (Whatsapp / Telegram) dan offline (modul / lembaran kerja).
4.4 Kaedah Online – kerja murid mesti disiapkan pada hari itu atau selewat-
lewatnya hari esok.
4.5 Kaedah Offline – Modul / lembaran kerja yang diberikan adalah untuk 1
minggu, namun pengisian PDPR tetap berjalan setiap hari.
4.6 Guru digalakkan untuk mengenal pasti ibu bapa atau penjaga yang mempunyai
telefon pintar untuk menghubungi mereka agar kaedah online sekurang-
kurangnya ada dijalankan di sekolah ini.
4.7 Modul, latihan yang diberikan haruslah mengikut sukatan pelajaran agar murid
mampu buat. Guru juga boleh mengambil inisiatif sendiri dan beli modul atau
buku kerja di kedai buku dan resit perlulah disimpan agar senang untuk ‘claim’
duit dengan Bendahari sekolah.
4.8 PPD telah menegaskan pengisian PDPR harus bermula 20 Januari 2021. 4.8 Tindakan :Semua guru.
4.9 Jadual pengisian PDPR akan bergantung kepada keadaan semasa PKP. Jika
dilanjutkan maka ianya akan disambung, jika PKP dibatalkan maka jadual
pengisian PDPR ini tidak akan digunakan lagi.
4.10 GB menerangkan jadual pengisian PDPR dengan lebih lanjut:
i. Jadual yang dibuat tidak melibatkan semua subjek, Cuma subjek teras
dan ada beberapa subjek elektif diselitkan dalam jadual.
ii. Jadual yang dibuat adalah mengikut kriteria dari PPD. 4.9 iii: Rujuk Lampiran 1.
iii. Bagi guru yang ada 2 subjek dalam 1 hari, boleh buat pilihan sama ada
isi PDPR untuk kedua-dua subjek atau isi untuk 1 subjek sahaja.
(rujuk tanda / )
iv. Subjek yang berlainan perlu diisi dalam Google Form yang berbeza.
v. Bagi yang dalam 1 hari tetapi ada 2 nama guru terlibat, kedua-dua
guru tersebut perlu mengisi PDPR dan bukan hanya salah 1 orang
guru mengisi.
vi. Semua guru adalah dinasihatkan untuk terus membuat pengisian
PDPR pada hari tersebut dan jangan tunggu hari esoknya untuk
mengisi.
vii. Pengisian PDPR sebaiknya dibuat sebelum jam 9 malam.
viii. Maklumat berkaitan dengan pengisian PDPR perlu disimpan dalam
telefon agar guru – guru senang untuk ubah suai bila perlu bantuan
dengan guru yang BDR untuk bantu dengan pengisian PDPR.

5.0 JADUAL GILIRAN BERTUGAS DI PEJABAT SEKOLAH


5.1 : Rujuk Lampiran 2.
5.1 Jadual giliran bertugas di pejabat sekolah sudah dibuat oleh GB dan sudah
dipersetujui oleh semua guru.
6.0 SENARAI TUGAS 2021

6.1 Jadual waktu sebenar akan dikeluarkan sesudah KPM mengumumkan tarikh
pembukaan semula sekolah untuk sesi pembelajaran secara bersemuka.
6.2 Disebabkan kini sekolah telah kekurangan guru untuk subjek Matematik &
Sains maka akan ada guru yang akan mengajar subjek ini biarpun bukan
opsyen.
6.3 Tindakan : En. Marinus.
6.3 Tugas – tugas lama Encik Fakhzan akan diambil alih oleh Encik Marinus. 6.4 Tindakan : En. Haziel.
6.4 Pembahagian tugas akan diatur oleh PK1 mengikut kesesuaian dan skala
kesukaran tugas guru-guru.
6.5 Sekiranya tidak banyak halangan, sesudah siap pembinaan, asrama sekolah
akan mula beroperasi pada bulan 6 tahun ini. Pihak sekolah perlu melantik
warden asrama kelak.
7.0 KEWANGAN

7.1 Buat masa ini, GB telah melantik Puan Salinawati selaku Bendahari sekolah
sementara bagi menggantikan Ustaz Izzat.

8.0 HAL - HAL LAIN

8.1 Tanda -tanda penjarakkan fizikal perlu dibuat semula dalam bangunan kabin.
8.2 Tape merah dan bateri harus dibeli awal.
8.3 Buku teks dan buku kerja akan diagihkan kepada murid pada 20 Januari nanti. 8.3 Tindakan :En. Marinus.
8.4 Buku teks untuk guru tidak akan dibekalkan untuk kali ini. Guru perlu membeli
buku teks untuk kegunaan sendiri.
8.5 Murid yang dapat dihubung akan diberikan modul. Bagi guru yang
menyediakan modul, digalakkan untuk menyediakan modul yang cukup untuk
beberapa minggu supaya pengisian PDPR tetap dapat dijalankan.
8.6 Pemilihan untuk tender baru RMT belum lagi dapat dibuat buat masa ini. Ini
adalah kerana jika asrama sekolah sudah beroperasi, maka RMT tidak lagi
beroperasi. Namun semua ini akan bergantung dengan keadaan semasa PKP
juga.
8.7 Bila RMT tidak lagi beroperasi, bangunan RMT akan diubahsuai menjadi rumah
guru.
8.8 Bangunan Prasekolah (bangunan lama pemulihan) akan diubah suai.
Penambahan tandas, dapur dan bilik guru prasekolah akan dilaksanakan.
8.9 Makan dan minum murid prasekolah ada peruntukkan sendiri dari PCG
prasekolah. Sementara murid akan menumpang untuk makan di RMT / dalam
kelas, ikut situasi semasa nanti.
8.10 PPM bagi prasekolah suda dilantik dan akan ada beberapa ibu bapa yang
akan bertugas di prasekolah pada awal musim pembukaan sekolah nanti.
8.11 Pengisian PDPR prasekolah juga akan bermula 20 Januari. 8.11 & 8.12 Tindakan : Puan
8.12 Pendaftaran murid ke prasekolah akan dikendalikan oleh guru prasekolah. Zairatul.
8.13 Tindakan :Semua guru.
8.13 Dokumen Penjajaran Kurikulum perlu dicetak dan disimpan dalam fail
RPH setiap guru.
8.14 GB mengharapkan agar semua guru dapat sentiasa mematuhi SOP dan
mengikut jadual giliran bertugas di pejabat sekolah melainkan jika PKP
dibatalkan oleh pihak kerajaan. Ini semua adalah untuk mengelakkan adanya
aduan dari kalangan ibu bapa yang mungkin mengatakan:
i. Guru tidak kembali ke sekolah
ii. Sekolah kosong
iii. Kerja rumah yang diberikan terlalu banyak

9.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.23 malam.

SEKOLAH KEBANGSAAN LAYON, PENSIANGAN SUMINGKOT !

Minit disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………… ………………………………………
(DEMI CATHERIN GUKOR) (RAYNER MULAKIM)
Setiausaha Sekolah. Guru Besar SK Layon.

Disahkan oleh,

……………………………………
( )
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2 (ralat : 20/1/21 hingga 26/2/21)

You might also like