Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

NAMA KURSUS:

SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU

KOD KURSUS:
BSS3013

KUMPULAN:
A

PENSYARAH:
DR. HASRINA BAHARUN

TUGASAN INDIVIDU
(KRITIKAN SASTERA)

TAJUK TUGASAN:
PEMIKIRAN AZIZI HAJI ABDULLAH DALAM NOVEL HARGA SEBUAH MARUAH

NAMA PELAJAR:

NAMA NO. MATRIK NAMA PROGRAM

NUR JULIANA BINTI D20192091260 AT32: IJAZAH SARJANA MUDA


SAHRIM PENDIDIKAN SEJARAH DENGAN
(KEPUJIAN)
Pengenalan

Azizi Haji Abdullah merupakan sebuah nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia

kesusateraan moden Arab dan Melayu. Azizi Haji Abdullah lahir di Kampung Bukit Meryam,

Kota Kuala Muda, Kedah Pada 4 April 1942. Beliau juga telah mendapat pendidikan di Sekolah

Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sebelum beliau melanjutkan

pelajaran ke Sekolah Agama Diratul Maarif Al-Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perai hingga

ke peringkat 4 Thanawi. Hasil kajian mendapati bahawa Azizi Haji Abdullah mula menulis ketika

di sekolah agama dengan artikel pertamanya tersiar dalam Warta Negara, Pulau Pinang pada tahun

1963. Kemudian beliau terus menulis terutama genre cerpen yang tersiar dalam akhbar terbitan

Utusan Melayu. Kebanyakkan karya-karya Azizi Haji Abdullah banyak memenangi anugerah dah

Hadiah Karya Sastera. Beliau juga dianggap sebagai penulis sayembara selepas mendapat banyak

anugerah dan hadiah. Azizi sentiasa prolific dalam bidang penulisan sehingga beliau telah banyak

menghasilkan kira-kira 200 buah cerpen. 30 buah novel dan beberapa antologi cerpen di samping

puisi, artikel, drama radio dan drama TV. Bukan itu sahaja, sasterawan Azizi Haji Abdullah juga

merupakan penerima S.E.A Write Award pada tahun 1986. Novel berjudul Harga Sebuah Maruah

hasil tulisan Azizi Haji Abdullah ini membawakan sebuah kisah perjuangan rakyat kerdil di sebuah

perkampungan terpencil, mengukur harga diri dan hidup mati bukan dengan harta benda dan wang.

Mereka mempunyai semangat, punya roh kehidupan yang perlu dipertahankan, air mata dan darah

menjadi taruhan demi sebidang tanah warisan nenek moyang. Novel ini juga menceritakan

kesungguhan masyarakat kampung yang menentang akta dan undang-undang yang mewakili arus

pembangunan sedangkan hidup di muka bumi ini bukan semusim sahaja. Harga Sebuah Maruah

ini juga berkisahkan tentang mengusap rindu rasa kecintaan petani kepada tanah mereka kerana

bagi mereka tanah pusaka mereka adalah segala-galanya. Teori yang sesuai boleh dikatkan dengan
novel ini adalah Teori Moral. Perkataan Moral berasal daripada perkataan Latin ‘moralitas’ yang

membawa pengertian ajaran dan pegangan berkenaan dengan buruk baik. Moral penting dalam

kehidupan manusia kerana ia dapat membantu manusia untuk mengenali mana yang benar atau

salah. Berdasarkan novel yang dikaji, teori kritikan moral ini sangat sesuai digunakan kerana

kandungan watak dalam novel tersebut boleh dijadikan sebagai contoh kerana memiliki sifat yang

baik.

Isu Paksaan Golongan Atasan

Karya penulisan Azizi Haji Abdullah menekankan isu pertelingkahan antara orang

kampung dan golongan atasan yang inginkan tanah perkampungan mereka untuk dijadikan kolam

udang harimau. Isu pembelian tanah ini mencuri perhatian seluruh orang kampung kerana tanah

yang ingin dibeli oleh mereka merupakan tanah sawah padi yang mereka usahakan untuk

meneruskan kehidupan mereka. Walaupun bayaran kepada tanah tersebut lumayan tetapi terdapat

juga segelintir orang kampung yang tidak menghiraukan akan bayarannya kerana bagi mereka itu

adalah tanah pusaka yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka. Keadaan ini menyebabkan

ramai memberontak dan membantah tindakan Derani iaitu Pengerusi Jawatan Kuasa Kampung

(JKK) yang sentiasa terus memujuk dan mendesak orang kampung menjual tanah mereka kepada

golongan atasan. Derani membawa En. Taha iaitu seorang wakil pegawai daripada pihak berkuasa

bagi menerangkan soal tanah bendang pesawah yang ingin dibeli di Kampung Kertau. Contoh

petikan adalah seperti berikut:

“Perhimpunan kita petang ni saya rasa penting untuk kita ketahui semua,” kata Derani

sambil membuka fail di atas meja. “Bersama-sama saya Encik Taha, pegawai darpada

pihak berkuasa. Saya ingin maklumkan, kita akan mendapat tuah yang tidak pernah kita

daya selama ini. Percayalah apa-apa yang saya nak beritahu ini pasti mendapat
persetujuan semua. Saya harap tidak ada yang menolak kerana jika kira menolak bererti

kita menolak tuah. Pampasannya bukan seribu dua tapi puluh ribu. Sawah kita akan

dibangunkan kita patut bangga!” Kata Derani lagi, matanya mencalik ke sana sini untuk

mendapat persetujuan orang kampung.

(Azizi Haji Abdullah, 2007:23-24)

Maklumat yang disampaikan oleh Derani itu tidak langsung menarik perhatian orang

kampung lagi-lagi Cah yang sememangnya sayang akan tanah itu seperti nyawanya sendiri. Cah

sanggup berkorban ada sahaja demi tanah sawah tersebut. Pemakluman Derani itu hanya

menimbulkan konflik yang besar kepada golongan petani di kampung tersebut. Tentangan demi

tentangan yang dikeluarkan menyebabkan Derani dan pegawai pihak berkuasa tersebut mengambil

langkah untuk keluar dari balai raya tersebut.

Isu Penindasan Orang Kampung

Ketegangan yang berlaku dan tiada kata putus itu menyebabkan pegawai pihak berkuasa

mula mengambil tindakan yang agak melampaui batas. Penentangan penduduk kampung ini telah

dibantu oleh sekumpulan peguam oleh pihak atasan. Pemaju projek kolam udang harimau tersebut

mula mengeluarkan akta pengambilan tanah untuk pembangunan dengan menawarkan pampasan

yang tidak seberapa kepada penduduk kampung yang sebahagiannya bersetuju dengan jual beli

tanah sawah mereka. Sebagai contoh Pak Kasaim yang secara tidak sengaja bersetuju untuk

menjual tanah sawah tersebut. Keadaan ini menyebabkan pemaju projek tersebut mula diduduki

oleh pemaju projek tersebut dan merupakan lokasi pertama penurunan tanah merah bagi

menjalankan projek udang harimau. Pak Kasim mula rasa menyesal dengan tindakannya dan

pelambakan tanah itu menjadi kesengsaraan bagi Pak Kasim. Pak Kasim tidak berdaya untuk
menentang maka Hijrah mula campur tangan dalam masalah tersebut bagi menghilangkan

penderitaan Pak Kasim. Hijrah merupakan anak perempuan kepada Cah, Hijrah mula

menunjukkan protes dan tindakannya itu telah menyebabkan dia ditahan oleh pihak berkuasa dan

dimasukkan dalam lokap untuk ditahan reman. Tindakan kejam yang diambil ini jelas

menunjukkan penindasan keatas golongan orang kampung yang susah. Contoh petikan adalah

seperti berikut:

“Rakyat itu diam


tapi ia pencatat tidak pernah lupa
Rakyat itu seperti naga
Melingkar dengan berat badan
dan diam dalam keheningan sendiri
Pancainderanya tajam
Luat intuisinya dengan akal budi
Lalu jangan sekali-kali melukakannya,
Jangan melukakannya berkali-kali
Kerana sekali ia bangkit
Rosaklah segala apa-apa

Rakyat itu mampu sabar


Seperti ular besar yang perutnya berisi
Tapi kalau ia kelaparan
Bumi lingkarannya akan bergegar
Rakyat itu seperti binatang purba
Tidak berasa sakit meski diinjak
Jangan biarkan rakyat lapar
Jangan bodohkan rakyat jelata
Jangan tindas rakyat
Kerana sifat diamnya akan hilang
Kesabaran akan lupus
Bijaksananya menjadi gila
Disebarnya air dendam yang tidak memilih siapa

Rakyat yang lapar mahunya satu!


Keadilan!
Rakyat yang ditindas mahunya satu,
Keadilan!
Rakyat yang diam mahunya satu,
Saksama!
Rakyat yang bergerak mahunya satu,
Kebebasan!
Rakyat yang bantah mahunya satu,
Ketelusan!
(Azizi Haji Abdullah, 2007:324-325)

Jelaslah bahawa petikan ini menyampaikan rasa ketidakpuasan hati rakyat yang sentiasa

ditindas oleh golongan atasan dengan menggunakan kuasa mereka untuk mendapatkan sesuatu

bagi memenuhi kehendak mereka tanpa memikirkan nasib masyarakat yang sedang berhadapan

dengan kesusahan.

Isu Mempertahankan Hak Peribadi

Citra wanita membawa maksud imej atau gambaran kaum wanita yang digambarkan oleh

penulis novel dalam karya mereka. Citra atau imej wanita ini juga adalah untuk melihat seseorang

wanita sama ada dari sudut fizikal, peranan dan penglibatannya sebagai tokoh yang menggerakkan

jalan cerita dalam novel. Perwatakan wanita yang paling jelas boleh dilihat dalam novel Harga

Sebuah Maruah adalah watak Cah yang digambarkan seorang yang mempunyai semangat
perjuangan yang tinggi, wanita yang berpendirian tegas dan merupakan seorang penggerak

ekonomi keluarganya. Cah juga dikatakan kekuatannya standing dengan kaum lelaki dalam aspek

membela harta pusakanya. Selepas kematian suaminya, Cah berubah menjadi seorang yang lebih

kuat dan cekal dalam meneruskan hidup. Sawah itu sahaja harta pusaka yang ditinggalkan oleh

keluarganya buat Cah. Cah merasakan dia perlu mempertahankan tanah tersebut. Bagi Cah,

sekiranya gagal mempertahankan tanah tersebut tiada apa lagi yang perlu diusahakan dalam

hidupnya. Tanah sawah itu adalah segalanya bagi Cah, yang membersarkan Cah sejak kecil dan

tanah sawah itu juga membersarkan anak-anaknya Hijrah dan Sulaiman. Sikap Cah ini wajar

dicontohi oleh masyarakat kini kerana semangat dan tekadnya yang sangat kuat dalam diri seorang

wanita kampung iaitu Cah. Oleh itu, Azizi Hj Abdullah banyak menekankan tentang sifat-sifat

Cah yang positif yang boleh dicontohi oleh semua masyarakat.

Semangat Perjuangan yang Tinggi

Pemikiran yang ingin disampaikan oleh Azizi Haji Abdullah adalah, keperluan bagi

seorang wanita dalam mempertahankan maruahnya. Cah merupakan seorang wanita tua yang

mempunyai semangat juang yang sangat tinggi dalam mempertahankan harta pusakanya dalam

kelompok masyarakat kampung itu. Keberanian Cah dalam bersuara telah menyebabkan orang

kampung menganggap Cah sebagai ketua wanita kepada wanita-wanita lain di kampung

halamannya. Bukan itu sahaja, Cah juga turut dikatakan menjadi sayap kanan golongan lelaki

dalam usaha memperjuangkan tanah sawah mereka daripada diambil oleh pihak berkuasa untuk

dijadikan sebagai tapak pembangunan. Tanah yang telah lama diusahakan oleh orang kampung itu

akan di tukarkan menjadi sebuah tempat pembangunan.

“Cah tidak menyangka sama sekali petang itu dia menjadi seekor singa betina yang lapar.

Pada matanya yang pudar itu menyala-nyala kilatan kebencian yang amat sangat.
Memperkatakan tentang sawah seperti memperkatakan maruahnya dan maruah seluru

pesawah kampung. Cah tidak tahu menyukat sebanyak mana harga maruah mereka, tetapi

dia dapat merasa bagaimana masa depan mereka begitu tercabar. Habibah disisinya pasti

merasainya”

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 25)

“Cah sebenarnya tidak sedar pun apabila dikatakan ia seorang perempuan yang bingal

dan suka menentang arus pembangunan. Yang dirasainya, sawah adalah nadi-nadinya

yang tidak boleh diusik, sawah adalah peninggalan datuk neneknya yang dipertahankan

oleh suaminya dulu dan ingin menyambung wasiat suami betapa sawah mesti diusahakan

“Dengan kita hidup dan menyara anak-anak kita” Demikian kata suaminya 25 tahun yang

lalu”.

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 25)

Berdasarkan petikan di atas, pemikiran yang ingin disampaikan oleh penulis adalah

pendirian seorang wanita. Sifat ini dapat digambarkan dalam perwatakan Cah di mana Cah ini

memiliki sifat seorang wanita yang berpendirian tegas serta mempunyai semangat yang sangat

tinggi dalam menegakkan haknya ke atas tanah sawah pusaka keluarganya. Cah juga boleh

dianggarkan sebagai seorang wanita yang garang dan degil kerana sukar untuk menerima pendapat

yang dirasakan menindas atau mencabuli hak terhadap tanah sawah miliknya. Pemikiran yang

ingin disampaikan oleh Azizi Haji Abdullah adalah kepentingan bagi wanita untuk menjadi

seorang yang kuat dan berani bersuara dalam mempertahankan maruah diri. Sepertimana yang kita

dapat lihat kini, dalam dunia yang semakin mencabar ramai wanita yang tidak dihormati oleh kaum
lelaki kerana mereka menganggap wanita ini lemah dan tidak berani bersuara. Banyak kes yang

timbul di Malaysia kini masalah suami yang memukul isteri, mempergunakan isteri dan

sebagainya semakin berleluasa. Keadaan ini berlaku adalah kerana sikap wanita yang takut atau

bimbang untuk bersuarakan keadaan yang sebenar kepada umum. Oleh itu para penindas ini

semakin berani dalam memjatuhkan wanita. Watak Cah sangat perlu dicontohi kerana walaupun

sudah tua dimakan usia tetapi Cah tetap mempunyai semangat juang yang tinggi dalam

mempertahankan hak dan maruahnya.

Penggerak Ekonomi Keluarga

Cah dalam novel Harga Sebuah Maruah ini juga mempamerkan sikap wanita yang

bersemangat dan kuat dalam mengusahakan tanah peninggalan keluarga bagi menyara kehidupan

harian mereka. Penulis menjelaskan bahawa watak Cah ini hidup dalam kesederhanaan dan hanya

memiliki sawah bendang sahaja sebagai harta pusakanya. Kehidupan Cah selepas kematian

suaminya menjadikan Cah sebagai seorang wanita yang mempunyai daya saing yang tinggi dengan

kaum lelaki dalam mengurus dan menjalankan aktiviti bersawah sebagai sumber ekonomi mereka.

Sebagai contoh petikan yang boleh diambil adalah seperti berikut:

“Hidup Cah tidak pernah berasa sunyi. Walaupun tidak bersuami, walaupun tidak ada

dunia lain daripada dunia yang dihadapinya. Erti hidup bagi Cah hanyalah tiga relung

sawah peninggalan arwah bapa yang kemudiannya diusahakan oleh suami, kemudian dia

sendiri bersama-sama Hijrah”

(Azizi Haji Abdullah, 2007: 1)


“Cah hanya diam. Satu hari nanti akan dibelinya juga kalau ada duit lebih. Dia pun suka

Hijrah ambil upah selain putar sawah sendiri”

(Azizi Haji Abdullah, 2007:33)

Hijrah adalah satu-satunya anak Cah yang berminat dalam mengusahakan sawah bersama

emaknya. Manakala abang kepada Hijrah iaitu Sulaiman telah bekerja di Kuala Lumpur dan turut

disebarkan dengan hasil sawah. Akan tetapi abangnya tidak berminat untuk terus mengusahakan

sawah padi bersama Cah dan Hijrah. Dalam hal ini boleh dilihat bahawa wanita memainkan

peranan dalam menggerakkan ekonomi dalam keluarga dalam aktiviti mengusahakan sawah padi.

Malah bukan hanya Cah dan Hijrah sahaja yang terlibat dalam aktiviti bersawah, penduduk

kampung juga majoritinya sangat berantung kepada sumber aktiviti bersawah selain dari bercucuk

tanam sebagai pencarian punca pendapatan mereka. Sebagai contoh Habibah, Leha, Pauziah dan

Siti Zainab juga turut membanting tulang mengusahakan sawah padi mereka sebagai sumber

pendapatan. Kehidupan di kampung yang penuh dengan kesederhanaan mendorong penduduk

kampung untuk terus bekerja keras bagi mendapatkan hasil untuk meneruskan kehidupan harian.

Pemikiran yang ingin diketengahkan oleh penulis adalah, menyampaikan satu mesej

subjektif yang diwujudkan kerana walaupun Cah yang digambarkan oleh penulis sebagai seorang

wanita tua dalam lingkungan awal 60-an tetapi masih mampu mengusahakan aktiviti bersawah

pada peringkat umur yang sudah senja sebagai sumber pendapatan keluarga. Keadaan ini juga turut

menjelaskan bahawa sebagai manusia kita perlulah rajin berusaha dalam kehidupan bagi

memenuhi keperluan kehidupan seharian. Watak Cah sangat patut dicontohi kerana dia sentiasa

rajin dan bersemangat mengusahakan tanah sawah tersebut walaupun menerima pelbagai ancaman

daripada orang luar untuk menolak tanah sawah tersebut bagi tujuan pembangunan.
Keberanian Wanita dalam Bersuara

Azizi Haji Abdullah menekankan watak Cah yang sangat istimewa dalam karyanya. Hal

ini kerana Cah memiliki sifat yang terpuji sebagai seorang wanita. Cah sangat berani dalam

menyuarakan pendapat atau rasa ketidak puas hati dalam apa keadaan sekalipun. Keberanian Cah

dalam bersuara ini telah menjadikan Cah sebagai orang kuat di kampung. Kebanyakkan orang

kampung mengharapkan Cah dalam menentang pendapat daripada orang luar yang ingin

menukarkan suasana kampung itu dengan pembandaran yang baru bagi memajukan lagi kawasan

tersebut. Akan tetapi, penduduk kampung terutamanya Cah sangat menentang perkara ini

sekerasnya kerana baginya tanah sawah itu adalah satu-satunya harta pusaka peninggalan orang

tuanya. Mana-mana pihak yang ingin memujuk atau memberikan pendapat mereka ditepis laju

oleh Cah kerana bagi Cah tanah itu adalah seperti maruahnya yang dijunjung tinggi. Petikan yang

menunjukkan Cah adalah seorang yang berani bersuara adalah seperti berikut:

“Derani, kami nak makan apa lepas ni?” Tiba-tiba Cah bangun. Tak disangkanya dia tiba-

tiba jadi berani dan dia sendiri hairan pada dirinya apabila dilihat kiri kanan, dia sahaja

yang berdiri. Tapi terasa pula hembusan semangat daripada Habibah di sisinya.”

(Azizi Haji Abdullah, 2007:23)

“Bukan soal faedah,, tapi sawah kami ni terganti kah?” Cah semakin berani. Sekali lagi

dia hairan, dia berdiri itu seperti ada orang menujah punggungnya. Habibah di sisinya

hanya mengerunas kuku”.


(Azizi Haji Abdullah, 2007:23)

Petikan di atas jelas untuk menganggap Cah adalah seorang wanita yang sangat berani

dalam bersuara. Hal ini kerana, Cah tetap bercakap perkara yang dirasakan tidak adil atau tidak

memuaskan hatinya tentang tanah sawah tersebut. Betapa pentingnya tanah sawah tersebut

sehingga Cah sanggup berkorban apa sahaja demi mempertahankannya. Walaupun pampasan yang

lumayan ditawarkan namun tidak mampu untuk memujuk hati Cah untuk termakan dengan

pujukan itu dengan mudah. Bagi Cah selagi mampu dia akan mempertahankan tanahnya yang

ditinggalkan oleh keluarga. Pemikiran yang ingin disampaikan oleh pengarang adalah,

kepentingan bagi wanita dalam bersuara. Sekiranya Cah tidak bterus menyuarakan pendapat atau

rasa tidak puas hatinya ketika itu, sudah pasti Cah akan berada dalam perasaan tidak puas hati akan

hasratnya yang tidak diluahkan itu.


Penutup

Kesimpulannya, Novel Harga Sebuah Maruah karya Azizi Haji Abdullah ini banyak

menyampaikan mesej-mesej penting dan penuh dengan pengajaran yang boleh diambil dan

dijadikan contoh. Sifat citra wanita yang digambarkan oleh pengarang jelas menunjukkan

ketabahan seorang wanita yang perlu dicontohi oleh semua wanita. Hal ini kerana, sikap

mempertahankan diri dan maruah sangat penting bagi wanita agar orang lain tidak sewenang-

wenangnya mengambil kesempatan dan memandang rendah terhadap semangat seorang wanita.

Cah sememangnya seorang yang sangat cekal dalam menghadapi dugaan hidup dan sentiasa

berusaha mempertahankan hak peribadinya. Sikap Cah yang berani bersuara itu juga wajar

dicontohi kerana sepertimana yang kita tahu, rata-rata golongan wanita kini takut untuk bersuara

kerana tiada keyakinan dan sokongan moral dari ramai pihak. Novel Harga Sebuah Maruah hasil

karya Azizi Haji Abdullah ini juga telah mendedahkan kepada dunia yang nyata bahawa rakyat

akan selamanya tewas apabila berhadapan dengan akta atas nama pembangunan. Walau sehebat

manapun kesatuan marhaen ini untuk menentang mempertahankan hak mereka dengan keinginan

ahli politik ini, mereka tetap akan kalah.


Rujukan

A Halim Ali. (2018). Inti Sari Teori Barat Dan Malaysia. Tanjong Malim:

Shah Alam: NHA Excel Resources.

A Halim Ali. (2018). Kritikan Sastera, Teori Dan Praktis, Tanjong Malim:

Shah Alam: NHA Excel Resources.

Azizi Haji Abdullah. (2007). Harga Sebuah Maruah, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur Malaysia

Elizatul Natasyah Binti Kamaruddin. (2016). Representasi Watak Wanita Dalam

Karya Sastera Melayu Moden Berdasarkan Kerangka Taklif, Universitt

Putra Malaysia: Selangor

Ungku Maimunah Mohd. Tahir. (2012). Apabila Teori Feminis Ternyata Tidak

Diperlukan: Satu Kajian Kes Gema Online™, Universiti Kebangsaan Malaysia:

Selangor, Journal Of Language Studies Volume 12(4)

You might also like