Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Keciciran pelajar merupakan masalah yang amat serius dan

perlu ditangani dengan segera. Kerajaan juga telah mewujudkan


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan bagi mengatasi keciciran
pelajar. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan
masalah ini?
Antara punca keciciran pelajar termasuklah kelembapan
seseorang menerima pelajaran. Ada banyak pelajar yang
mencicirkan pelajarannya kerana mereka tidak berminat untuk
belajar. Mereka sentiasa merasakan apa tujuan untuk belajar.
Punca ini juga akan disebabkan oleh guru. Guru-guru tidak patut
memarahi pelajar-pelajar apabila mereka ada perkara yang tidak
tahu dalam kelas. Jika guru-guru memarahi mereka, mereka
akan rasa belajar ialah sesuatu perkara untuk membawa
pemikiran yang negatif kepada sendiri dan menyebabkan
mereka mencicirkan pelajarannya.
Seterusnya, terdapat sebilangan pelajar tercicir kerana
terpengaruh oleh rakan yang tidak berminat untuk belajar. Jika
kita berkawan baik dengan kawan yang jahat, kami akan
dipengaruhi oleh mereka dan akan mengambil tabiat yang
negatif dengan mereka. Contohnya, melepak, ponteng sekolah,
merokok dan sebagainya. Oleh itu, kita mesti berkawan dengan
kawan yang suka belajar dan tidak merupakan tabiat yang
negatif. Bak kata pepatah, bersahabat dengan juara, selilit
benang bulang tahu juga.
Kekurangan galakan daripada juga punca kepada masalah ini.
Banyak ibu bapa pelajar tidak memberikan galakan kepada anak
mereka apabila mereka menghadapi masalah dalam pelajaran.
Oleh itu, mereka akan tidak berminat dalam pelajaran mereka.
Hal ini demikian kerana ibu bapa ialah orang yang paling rapat
dengan kita. Jika mereka tidak memberikan galakan kepada kita,
kita akan kekurangan motivasi dalam pelajaran. Oleh itu, ibu
bapa mestilah memberikan galakan kepada pelajar. Contohnya,
menemani mereka mengulang kaji pelajran mereka.
Kesimpulannya, masalah keciciran dalam kalangan pelajar
akan membawa impak yang serius sekiranya masalah ini tidak
ditangani. Jadi, semua pihak harus bekerjasama untuk
menyelesai masalah ini kerana murid-murid merupakan tonggak
negara pada masa yang depan.

You might also like