Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Assalammualaikum wbt dan selamat sejahtera

Yang berusaha cikgu mohd anuar bin ab samad, guru besar skb
Cikgu rogayah bt atan, gpk pentadbiran
tn hj zubir bin mohammad, GPK Hem
cikgu zamil bin ramli , GPK Kokurikulum
barisan guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah.. pada pagi ini kita dapat berkumpul bersama-sama di


dalam perhimpunan mingguan sekolah. Disini saya akan memberikan
sedikit taklimat berkenaan dengan situasi yang sedang melanda
negara kita, penyakit berkaitan dengan cuaca panas iaitu strok haba.

Apakah Itu Strok Haba?

1. Strok haba berlaku apabila kita terdedah kepada cuaca panas yang
melampau.
2. yang boleh menyebabkan kita mendapat ‘kelesuan haba’ (heat
exhaustion) atau lebih teruk, iaitu ‘strok haba’ (heat stroke).
3. Strok haba merupakan suatu kondisi yang serius akibat pendedahan
kepada keadaan sekeliling yang panas melampau sehingga
menyebabkan badan tidak mampu menstabilkan suhu badan dan ianya
berlaku apabila suhu badan meningkat dengan cepat melebihi 40°C
(darjah celsius) atau lebih.
4. Kejadian strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba atau berperingkat.
5. “Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) juga telah melaporkan
bahawa gelombang panas dan kering sedang melanda negara akibat
peralihan monsun dan keadaan ini dijangka berterusan sehingga bulan
Julai 2023
6. Bukan di Malaysia sahaja. turut melanda negara-negara Asia lain
termasuk Thailand, Vietnam, China, India dan Bangladesh.
DATA KKM

Berdasarkan data dilaporkan Lima kes penyakit berkaitan cuaca panas dilaporkan, dengan
satu kes strok haba yang menyebabkan kematian.

berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM) yang dilakukan oleh KKM


sehingga hari ini, tiga kes dilaporkan di Sarawak, membabitkan dua kes kekejangan
haba dan satu kes kelesuan haba.

dua kes lagi dilaporkan di Kelantan dengan satu kes kelesuan haba dan satu kes
strok haba yang menyebabkan kematian.

Strok haba- 2 MEI - Airiel Syahren BERUMUR 12 TAHUN disahkan meninggal dunia oleh
doktor akibat strok haba di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.mengalami simptom
demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau.

Tanda / Gejala Strok Haba

Antara tanda-tanda seseorang itu mengalami strok haba ialah :

 denyutan jantung menjadi cepat dan pesakit akan merasa


berdebar-debar (denyutan jantung normal: 60-100/minit),
 pernafasan laju dan pendek (kadar pernafasan normal:
12-20/minit),
 badan terasa panas dan kering, tidak berpeluh,
 sakit kepala, pening dan kepala rasa berpusing,
 berasa mual,
 peningkatan suhu badan secara mendadak sehingga 40°C atau
lebih (suhu badan normal: 36.5°C hingga 37.5°C),
 tekanan darah menurun (tekanan darah normal: 120-140/60-80
mmHg)
 tidak sedarkan diri, pengsan atau sawan.
Langkah Pencegahan

Murid-murid perlu mengetahui beberapa langkah pencegahan penting untuk


mengelak berlakunya strok haba iaitu:

 tidak melakukan aktiviti di bawah sinaran matahari terik atau


dalam keadaan panas untuk tempoh yang panjang
 elak melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan letih, lapar atau
dahaga yang keterlaluan,
 pastikan diri terhidrat dengan minum air kosong tiga (3) hingga
empat (4) liter sehari,
 mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang, memakai pakaian
yang longgar dan ringan serta pelindung haba seperti topi atau
payung,
 tidak meninggalkan sesiapa di dalam kenderaan yang parkir di
bawah matahari terik
 memastikan pengudaraan yang cukup atau pendingin hawa jika
berada dalam rumah atau premis
 bawa botol air ke sekolah
 memakai baju yang telah ditetapkan oleh pentadbir sekolah.

1. MINUM sekurang-kurangnya enam gelas air tanpa


mengira tahap aktiviti menggantikan air hilang akibat
terhidrat sama ada berpeluh atau membuang air kecil.
2. Minum minuman isotonik atau air kelapa juga
digalakkan kerana boleh menggantikan garam dan
mineral yang hilang ketika berpeluh. Elak minuman
berkafein dan manis kerana ia mempercepatkan
dehidrasi.
3. Selanjutnya, aktiviti luar perlu dihadkan, terutama untuk
kumpulan berisiko seperti warga emas, kanak-kanak dan
individu mempunyai masalah kesihatan.
4. jika perlu berada di luar bangunan atau rumah,
mereka dinasihatkan memakai pakaian longgar, nipis,
berwarna terang dan diperbuat daripada kain kapas atau linen
kerana membantu meresap haba dan peluh, selain
menggunakan cermin mata hitam, topi dan payung besar
untuk perlindungan matahari serta kerap mandi untuk
menyejukkan badan.
4. sebaiknya mandi dengan air suam dan tidak terlalu sejuk
kerana air sejuk membuatkan badan menjana haba untuk
menggantikan haba yang baru hilang.
Makan lebih ke

Rawatan
Rawatan di tempat kejadian :
ADVERTISEMENT

1. Alihkan mangsa dari sinaran matahari yang melampau ke tempat


berbumbung atau mempunyai hawa dingin.
2. Sejukkan mangsa dengan kain yang lembap atau siram dengan
air sejuk.
3. Berikan udara segar, halakan  kipas secara terus atau kipas
mangsa menggunakan kertas surat khabar.
4. Sekiranya mangsa sedar, berikan minuman sejuk dan segar.
5. Dapatkan bantuan perubatan melalui talian 999.
Bahaya / Komplikasi Strok Haba
Strok haba tidak wajar dipandang ringan kerana ia boleh mendatangkan
komplikasi serius.
Berdasarkan satu artikel yang ditulis oleh Bouchama et al. (2022), kesan jangka
pendek akibat dari pendedahan mengejut kepada cuaca yang panas boleh
mengakibatkan sel-sel badan cedera, berlaku keradangan, darah senang
membeku dan berlaku pendarahan di beberapa organ penting.

Mangsa strok haba boleh mengalami kesan jangka panjang seperti masalah
saraf, sistem kardiovaskular dan risiko kematian.

ADVERTISEMENT

You might also like