Sejak Belakangan Ini

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejak belakangan ini, pengabaian warga emas dalam kalanganmasyarakat saban hari

semakin menjadi-jadi. Sebagaimana yang kita sediamaklum, warga emas merupakan golongan
yang berumur 60 tahun ke atas. Halini dikatakan demikian kerana Pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat ( JKM )telah mengemukakan cadangan tersebut dan menetapkan seseorang
individulayak dianggap sebagai warga emas jika umur telah mencapai 60 tahun keatas.
Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunyapengabaian warga emas
dan langkah untuk mengatasi masalah ini daripadaterus berlaku?

ISI1

anak mereka sibuk mengejar kesenangan dalam kehidupan.Hal inidikatakan demikian kerana
anak-anak sibuk bekerja sehingga tidak mempunyaimasa yang terluang untuk bersama dengan
ahli keluarga. Oleh sebab itu, pelbagaimasalah dan konflik yang akan terjadi kerana kurangnya
komunikasi sesamaahli keluarga. Misalnya, apabila balik daripada kerja, anak-anak terus
berehatkerana kepenatan seharian melakukan kerja di tempat kerja ataupun pejabat.Jelaslah
bahawa kesibukan dalam mengejar kesenangan hidup telah menjadisalah satu punca
pengabaian warga emas daripada terus berlaku

ISI2

tangapan yang menyatakan bahawa golongan inimerupakan beban kepada anak-anak


juga merupakan punca masalah iniberlaku.Hal ini dikatakan demikian kerana anak-anak
perlu menjaga merekatanpa mendapat apa-apa faedah. . Tambahan pula, karenah warga
emas yangbermacam-macam ragam akan menyebabkan anak-anak rimas danmengakibatkan
anak-anak tidak mahu lagi menjaga mereka. Misalnya, apabilawaktu makan , warga tua tidak
mahu makan makanan yang telah disediakanoleh anak-anaknya. Hal ini mengakibatkan
anak-anak berkecil hati denganperbuatan ibu bapa yang sedemikian. Dengan itu, terbuktilah
bahawa beban yangdipikul oleh anak-anak terhadap orang tua mereka merupakan punca
masalahini berlaku

ISI3

Selain sikap anak muda yang mengabaikan warga emas, sikap ibu bapa yang mengabaikan ibu bapa
mereka menjadi ikutan anak-anak ibarat bapa borek anak rintik. Hal ini dikatakan demikian kerana
apabila ibu bapa jarang membawa anak-anak pulang menziarahi datuk nenek di kampung menyebabkan
anak-anak tidak berasa selesa patah lagi keadaan kampung yang serba kekurangan dan kepanasan
menyebabkan mereka tidak mahu tinggal lama di sana. Keadaan ini menjadi faktor pengabaian warga
emas sehingga tiada anak -anak yang menziarahi mereka lalu mereka tinggal atas belas ihsan jiran-jiran
dan penduduk kampung yang prihatin terhadap nasib mereka. Jelas di sini ibu bapa seharusnya menjadi
uswah hasanah kepada anak-anak mereka.

Pengabaian warga emas ialah sikap warga emas itu sendiri. Hal ini dikatakan demikian kerana warga
emas dibenci oleh anak dan cucu mereka. Malah tidak kurang juga masyarakat turut membenci warga
emas akibat sikap mereka. Sebagai contoh, warga emas selalu tidak berpuas hati dengan layanan
daripada anak dan cucu. Akibatnya, mereka diabaikan oleh anak-anak lantaran daripada sikap mereka
itu. Oleh itu, anak-anak haruslah bijak menyelesaikan masalah seperti menarik rambut di dalam tepung,
rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.

langkah yang perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini ialah ibubapa perlu mendidik anak-anak
sejak kecil lagi tentang kewajiban menjaga wargaemas . Hal ini dikatakan demikian kerana
ibu bapa merupakan orang yangpaling dekat dengan anak-anak dirumah untuk membentuk
keperibadian secarainformal. Oleh itu, ibu bapa perlu mengajar anak-anak tentang adab
ketikabersama dengan orang lebih tua khususnya warga emas. Sebagai contoh,mendidik
anak-anak untuk bercakap dengan sopan dan sentiasa menghulurkanbantuan kepada warga
emas yang berada dalam kesusahan. Dengan didikanseperti ini ia dapat menyemai kasih
sayang antara anak-anak dengan wargatua .Tegasnya, didikan yang efektif dapat melahirkan
generasi yang menghargaiwarga tua

.Sementara itu, pihak kerajaan haruslah menitikberatkan tentang kebajikanwarga emas .Kebajikan
yang dimaksudkan ialah menyediakan tempat kediamankhas seperti Rumah Orang Tua untuk
mereka , memberi keperluan khas yangberbentuk wang ataupun seperti lampin pakai
buang , ubat ubatan dansebagainya . Pihak kerajaan yang terlibat dalam pengurusan warga
emas bolehmembina tempat kediaman khas untuk mereka berhampiran dengan taman danlaut .
Hal ini dengan adanya tempat kediaman khas ini , mereka dapatmenenangkan diri
daripada memikirkan masalah yang mereka hadapi . Oleh itu ,dengan memberikan warga emas
keperluan khas yang lengkap dapatmengurangkan warga emas berasa diabaikan

memperkasa institusi penjagaan warga tua.

Pihak Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat seharusnya merencana sebuah garis panduan
dalam perusahaan pusat penjagaan warga tua sebagai piawai yang wajib dipatuhi. Sebagai contoh, setiap
pusat penjagaan hendaklah mempunyai bangunan atau infrastruktur yang selamat dari pelbagai aspek
khususnya keselamatan. Selain itu, memastikan pekerja atau jururawat yang diupah mempunyai
pengiktirafan atau latar belakang akademik yang menepati kehendak sebuah institusi penjagaan warga
emas.

menyediakan peluang pekerjaan untuk warga emas.

Antara pekerjaan yang ditawarkan adalah pekerjaan di institusi keagamaan, kedai runcit serta program-
program pameran yang diadakan di dewan konvensyen dan sebagainya. Mereka akan dibimbing untuk
melakukan skop pekerjaan yang mudah dan diberi upah yang cukup untuk menyara hidup mereka.

You might also like