Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

PENERIMAAN DAN PENGLIBATAN PENDUDUK TEMPATAN DALAM

PEMBANGUNAN PELANCONGAN INAP DESA (HOMESTAY) : KAJIAN

KES: HOMESTAY AIR MANIS, SABAK BERNAM, SELANGOR.

JABATAN GEOGRAFI

FAKULTI SAINS

UNIVERSITI MALAYA

2009/2010

BAB I : PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

i. PELANCONGAN DI MALAYSIA
Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang

maju di Malaysia. Pelancongan mendatangkan keuntungan besar kepada negara dalam

bentuk tukaran wang asing dan pada masa yang sama memasyhurkan Malaysia di mata

dunia. Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah di Asia yang

bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga

tempatan. Antara pasaran pelancongan yang terpenting bagi Malaysia ialah negara-

negara anggota ASEAN, Jepun, Australia, Taiwan dan United Kingdom.

“Perancangan dan strategi pembangunan yang terperinci adalah penting

dalam membangunkan sektor pelancongan. Oleh yang demikian, kerajaan telah

mempertanggungjawabkan pembangunan dan pengurusan industri pelancongan

negara di bawah kuasa pentadbiran Kementerian Pelancongan Malaysia (KPM).

Dalam usaha untuk memanfaatkan sumber alam yang unik, Kerajaan telah

menggubal Dasar Pelancongan Negara sebagai alat perancangan yang

menyediakan garis panduan untuk mengawal pembangunan alam semulajadi

melalui aktiviti pelancongan (Badaruddin, Nikmatul, 2007).

Dasar Pelancongan Negara (DPN) adalah untuk menjadikan industri

pelancongan di Malaysia sebagai satu sektor utama, lestari, berdaya maju dan berkualiti

dalam memberikan sumbangan kepada pembangunan negara. Ini adalah disebabkan,

industri pelancongan merupakan suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu

pertumbuhan industri-industri berkaitan yang kesemuanya berperanan sebagai wahana

dalam pembangunan Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.


Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (2006-2010), Malaysia dijangka akan

menerima manfaaat daripada pertumbuhan pelancongan antarabangsa yang dianggarkan

ketibaan pelancong akan mencecah 1.0 billion menjelang tahun 2010 (WTO, 2000) .Walaupun

persaingan semakin meningkat di kalangan negara untuk menarik pelancong, namun ketibaan

pelancong di Malaysia dijangka meningkat pada kadar tahunan purata 13.9 peratus kepada

RM59.4 billion pada tahun 2010.

ii. PRODUK PELANCONGAN MALAYSIA

Malaysia mempunyai kepelbagaian sumber alam dan sumber budaya yang unik dan

menarik yang dapat dibangunkan sebagai produk-produk pelancongan. Produk-produk

pelancongan dapat dikategorikan kepada enam kategori utama iaitu pertama, melalui tarikan

alam semulajadi seperti gunung-ganang, sungai, flora fauna dan sebagainya. Kedua, melalui

tarikan budaya seperti adat resam, pesta, sambutan perayaan dan sebagainya. Ketiga melalui

sejarah samaada dari aspek senibina, arkeologi dan tinggalan sejarah. Keempat, melalui

kemudahan rekreasi dan membeli belah seperti kompleks membeli belah, kemudahan

pendidikan dan sukan. Kelima, melalui tarikan infrastruktur pelancongan yang baik dan yang

terakhir adalah kewujudan kemudahan tempat tinggal sepeti hotel, chalet, rumah penginapan

dan sebagainya.

Berdasarkan RMKe-9, produk dan perkhidmatan pelancongan di Malaysia telah diberi

penekanan secara lebih inovatif dengan mempelbagaikan konsep pelancongan itu sendiri.

Terdapat beberapa jenis produk pelancongan yang diketengahkan bagi memenuhi minat dan

citarasa yang berlainan di kalangan pelancong. Antara produk pelancongan yang ditawarkan di

Malaysia adalah pelancongan seperti berikut.

Eko-
pelancongan, Agro-
Program pelancongan
Malaysia dan Program
rumah Inap Desa,
keduaku
warisan
Pelancongan
pendidikan

PRODUK
PELANCONGAN Pelancongan
Pelancongan MALAYSIA berasaskan
berasaskan kebudayaan
sukan dan
rekreasi,

Hiburan
Pelancongan dan seni,
untuk acara
bertema,
Lokasi pilihan
Pasaran penggambaran
MICE

Rajah 1.1 (a) Jenis Produk Pelancongan yang di tawarkan di Malaysia

Sumber: Rancangan Malaysia ke-9

Dalam latihan ilmiah ini, produk pelancongan berbentuk Agro-pelancongan yang akan

menjadi tema dan subjek kepada kajian pembangunan pelancongan ini dan penghususannya

adalah dalam program inap desa.

iii. DEFINISI PELANCONG DAN PELANCONGAN

Masalah asas pelancongan ialah untuk mengkonsepsikan makna pelancongan.

Ini disebabkan pelancongan adalah bidang kajian yang meliputi pelbagai disiplin ilmu

meliputi ekonomi, sosiologi, geografi, antropologi budaya dan lain-lain


Keanekaragaman aktiviti yang melibatkan pelancong, tuan rumah dan organisasi yang

terlibat turut menambahkan kekeliruan terhadap definisi pelancongan.

Dalam mendifinisikan pelancongan lazimnya pelancong dan pelancongan

digunakan secara bersilih ganti. Pelancong didefinisikan sebagai orang yang melawat

mana-mana negara selain tempat tinggalnya. Pelancong antarabangsa pula menurut

International Union of Tourism Organization (IUOTO,1963) merupakan pelawat

sementara yang tinggal sekurang-kurangnya semalaman tetapi tidak melebihi satu tahun

di negara yang dilawatinya, dengan tujuan rekreasi, perniagaan atau menghadiri

persidangan atau mesyuarat.

Pelancongan atau tourism berasal dari gabungan perkataan Latin iaitu tornare dan

perkataan Greek iaitu tornos yang membawa maksud pergerakan dalam satu bulatan atau

pusingan. –ism membawa erti tindakan atau proses. Gabungan perkataan ini boleh ditakrifkan

sebagai suatu fenomena beraneka jenis yang melibatkan pergerakan pergi balik dan tinggal di

tempat yang dituju diluar tempat tinggal kekal atau sementara.

Definisi standard amat berguna untuk kajian pelancongan iaitu untuk mengukur

dan membandingkan pelancongan dari segi ekonomi impak kepada negara dan dunia.

Takrifan WTO (World Touris Organisation) mendifinisikan pelancongan sebagai

aktiviti pengembaraan seseorang individu ke suatu tempat keluar daripada persekitaran

asalnya dan menetap disitu tidak kurang dari 24 jam dan tidak lebih daripada setahun

bagi tujuan rehat, perniagaan dan sebagainya.


Terdapat beberapa definisi pelancongan yang diberikan oleh pelbagai individu

berdasarkan skop pemerhatian mereka seperti menurut Jafari (1977), pelancongan ialah

satu kajian manusia yang bertentangan dengan habitat semulajadi mereka serta

peglibatan industry yang bertindakbalas pada keperluan mereka, dan juga kesan ke atas

diri mereka dan industri itu daripada susut sosiobudaya, ekonomi dan persekitaran.

Menurut Burns dan Holden (1995) pula, pelancongan boleh didefinisikan dari

berbagai aspek iaitu sebagai produk, proses, sistem dan industri. Pelancongan

melibatkan industri iaitu meliputi hotel, motel dan pelbagai jenis penginapan, retaurant

dan pelbagai jenis perkhidmatan makanan, perkhidmatan pengangkutan, pusat hiburan,

pusat tarikan dan aktiviti santai, kedai cenderamata dan pelbagai jenis perniagaan kecil.

Kebanyakan perniagaan ini dijalankan oleh penduduk tempatan dan kesan perbelanjaan

pelancong tidak dilihat atau tidak ditaksir.

iv. KONSEP AGRO PELANCONGAN

Konsep Agro-pelancongan meletakkan bidang pertanian dan perikanan sebagai

ruang lingkup produk pelancongannya atau secara ringkasnya merupakan

pelancongan berasaskan ladang tanaman, ladang ternakan atau perikanan yang

diperkenalkan kepada pelancong. Konsep ini telah mula diperkenalkan oleh

kementerian sejak tahun 1989 melalui pembangunan Taman Pertanian Malaysia Bukit

Cahaya Seri Alam, Shah Alam, Selangor. Didapati hala tuju pembangunan Agro-

pelancongan lebih tertumpu kepada program farmstay atau homestay di mana

pelancong akan bermalam di pusat-pusat pertanian atau rumah-rumah kampung untuk

melakukan aktiviti-aktiviti harian di luar bandar seperti atau.


Antara kepentingan Agro-pelancongan adalah untuk mengambil peluang

daripada keindahan pemandangan, kedamaian desa serta flora dan fauna agar terus

dibangunkan secara komersil tanpa menjejaskan alam sekitar bagi tatapan semua

lapisan masyarakat, dimana secara tidak langsung membawa

Konsep pelancongan inilah yang menjadi asas kepada kajian pembangunan

pelancongan inap desa di daerah Sabak Bernam ini. Program inap desa adalah

berbentuk agro-pelancongan kerana ciri-ciri program tersebut menyamai konsep agro-

pelancongan itu sediri.

v. PROGRAM INAP DESA (HOMESTAY)

Konsep homestay merujuk kepada satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana

pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang untuk

berinteraksi serta mengalami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan Malaysia

secara langsung (Kalson, Ashikin, Amin, 2006). Produk homestay tidak digolongkan sebagai

kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada pendedahan gaya hidup dan

pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi.

Aktiviti-aktiviti di homestay meliputi aspek budaya dan gaya hidup, aktiviti ekonomi,

rekreasi, pemuliharaan alam sekitar dan kebiasaannya akan terlibat dalam aktiviti harian

masyarakat setempat. Program homestay dilihat sebagai satu produk pelancongan alternatif

yang berpotensi untuk mendapat sambutan memandangkan terdapat peningkatan dalam

permintaan di kalangan pelancong antarabangsa terhadap pelancongan yang mempunyai ciri-


ciri peningkatan pengetahuan, termasuk memerhati, mengalami dan mempelajari cara hidup

penduduk tempatan di destinasi yang dilawati.

Sebenarnya program homestay merupakan satu strategi yang diambil kerajaan untuk

meningkat dan membangunkan taraf hidup penduduk luar bandar melalui penglibatan mereka

dalam perancangan dan pembangunan pelancongan. Justeru itu, Program Homestay juga boleh

dilihat sebagai projek komuniti yang dapat memupuk perpaduan dan dalam masa yang sama

dapat mendorong kearah kemajuan komuniti.

1.2 PENYATAAN MASALAH


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh KPM sehingga tahun 2008, terdapat

sebanyak 142 buah homestay yang telah berdaftar di seluruh negeri termasuk Sabah

dan Sarawak. Ini menunjukkan sambutan yang amat memberangsangkan di kalangan

masyarakat, khususnya masyarakat luar bandar.

Tujuan utama homestay di adakan adalah untuk menggalakkan pembangunan di

luar bandar melalui pelaburan wang secara terus kepada masyarakat di kawasan

tersebut. Namun, isu yang timbul ialah sejauh mana pelaksanan program homestay

berkesan dalam membantu pembangunan masyarakat di luar bandar. Bilangan

homestay yang banyak tidak boleh dijadikan sebgai kayu pengukur terhadap kejayaan

program homestay kerana berdasarkan pemantauan yang dilakukan oleh Majlis

Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) , pelaksanaan program homestay masih lemah

kerana 30% sahaja daripada homestay Malaysia dikatakan masih aktif dan selebihnya

sudah tidak aktif.

Punca utamanya adalah disebabkan kurang perhatian dari pihak yang

berkepentingan seperti pihak pengurusan, dan yang paling utama adalah kerjasama

yang diberikan oleh masyarakat setempat selain daripada dan aspek pengisian aktiviti.

Oleh itu, kajian ini akan melihat sejauh mana penglibatan dan penerimaan masyarakat

tempatan termasuklah pihak pengurusan dan kepimpinan dalam membangunkan

pelancongan homestay yang wujud di kawasan mereka dan bagaimana mereka

memanfaatkan pembangunan pelancongan homestay yang di jalankan di kawasan

mereka untuk kebaikan dan kepentingan diri mereka.

1.3 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN


Matlamat utama kajian ialah untuk mengkaji pembangunan pelancongan inap

desa dari perspektif penglibatan penduduk tempatan iaitu dengan melihat bagaimana

mereka mengambil peluang daripada pembangunan yang berlaku untuk menjana

pendapatan dan seterusnya memberikan kesan yang positif kepada diri mereka (i.e

dalam aspek ekonomi, sosial dan persekitaran). Terdapat tiga objektif utama yang

hendak dicapai dalam kajian ini:

i. Mengkaji sejauh mana penerimaan dan penglibatan penduduk tempatan

dalam menyumbang kepada pembangunan pelancongan inap desa

ii. Mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kesediaan dan penolakan

penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam program homestay.

iii. Mengkaji kesan pembangunan pelancongan inap desa dalam aspek ekonomi,

sosial dan persekitaran masyarakat setempat.

1.4 SKOP KAJIAN

Setiap kajian yang dilakukan perlu mempunyai skop kajian yang ditetapkan

supaya kajian yang dilakuakan lebih terarah dan tidak menyalahi tajuk. Dalam latihan

ilmiah ini, kajian difokuskan kepada sebuah homestay sahaja di daerah Sabak Bernam

iaitu Homestay Air Manis. Kawasan kajian pula adalah di sekitar kawasan pelancongan

homestay di bangunkan iaitu di sekitar kawasan Homestay Air Manis dan di kampung

yang menyertai program homestay di Homestay Air Manis. Begitu juga dengan

respondennya, iaitu hanya melibatkan kawasan yang dinyatakan tersebut sahaja . Dalam
kajian pembangunan pelancongan inap desa ini, kajian difokuskan dalam perspektif

penduduk tempatan dan bukannya dari pelancong yang menyertai program.

Komuniti tempatan yang dimaksudkan di sisni adalah terdiri daripada komuniti

yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Komuniti yang terlibat secara

langsung dengan pengurusan homestay adalah jawatankuasa pengurusan homestay

pemilik kediaman homestay. Komuniti yang tidak terlibat secara langsung adalah

seperti masyarakat kampung yang turut sama menbantu dalam aktiviti-aktiviti yang

disediakan sepanjang program homestay.

Selain itu, skop kajian turut meliputi faktor-faktor yang menyebabkan kesediaan

penduduk tempatan untuk melibatkan diri dalam program homestay dan impak yang

diperoleh hasil daripada penglibatan mereka dalam konteks, ekonomi, sosial dan

persekitaran. Dalam pada masa yang sama, segala masalah dan cabaran akan

dikenalpasti bagi memudahkan langkah penyelesaian diambil.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan ke atas penduduk di daerah Sabak Bernam. Kajian ini

penting untuk mengkaji sejauh mana penerimaan dan penglibatan penduduk tempatan

dalam membangunkan pelancongan inap desa di kawasan mereka sebagai cara untuk

memaksimumkan fungsi inap desa sebagai pemangkin pembangunan kawasan luar

bandar terutama sebagai penjana sumber pendapatan.

Pada masa yang sama kajian ini peting bagi mengetahui faktor-faktor yang

menyebabkan kesediaan penduduk tempatan untuk terlibat dalam pembangunan


pelancongan inap desa di kawasan mereka. Seterusnya, kesan atau impak daripada

penglibatan mereka itu turut akan diketahui saamada lebih bayak ke arah positif atau

negatif.

Selain itu, kajian ini sangat penting dalam mengetahui segala isu dan cabaran

penduduk setempat dalam proses merealisasikan homestay mereka sebagai satu

perusahaan yang berjaya. Segala masalah perlu dikenalpasti untuk tujuan pembaik

pulihan dan cara yang terbaik untuk menangani masalah tersebut perlu segera dilakukan

segera. Kesan tersurat dan tersirat penganjuran homestay boleh dilihat dengan lebih

jelas melalui kajian ini. Segala kesulitan penduduk yang diperoleh daripada kajian ini

boleh di salurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pihak-pihak berwajib

supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Seandainya kajian ini berjaya mencapai matlamat dan objektifnya, hasil kajian

ini boleh dijadikan satu bahan rujukan kepada pihak berkuasa tempatan untuk

membantu membangunkan pelancongan inap desa yang lebih baik pada masa akan

datang. Segala kesulitan penduduk yang diperoleh daripada kajian ini boleh di salurkan

kepada PBT dan pihak-pihak berwajib supaya tindakan sewajarnya boleh diambil
1.5 METODOLOGI KAJIAN

Kaedah kajian penting dalam proses mengumpul data dalam kajian. Kaedah

yang digunakan adalah bertujuan mendapatkan maklumat sama ada daripada data

primer atau data sekunder. Kaedah pengunpulan data, kaedah persampelan data dan

kaedah analisis data perlu ditentukan terlebih dahulu supaya proses dapatan data lebih

efisyen dan sahih.

1.5 (i) Kaedah pengumpulan data

i. Kaedah bacaan dan rujukan

Maklumat yang di perolehi adalah daripada bahan-bahan yang bercetak dan

elektronik contohnya seperti majalah, jurnal, internet, surat khabar, laporan dan

bahan-bahan yang berkait menegenai perspektif pelancongan. Maklumat ini

rata-ratanya diperoleh di perpustakaan dan laporan yang di terbitkan. Selain itu,

maklumat latian ilmiah ini juga diperoleh daripada pejabat Majlis Daerah Sabak

Bernam dan MTPN Selangor.

ii. Kaedah temuramah

Kaedah ini digunakan untuk mendapat maklumat secara langsung dan secara

tidak langsung. Kaedah ini akan mendapatkan maklumat lebih jelas dan tepat.

Kaedah temubual ini akan dijalankan ke atas Pengurus Homestay Air Manis dan

pengusaha homestay Air Manis.


iii. Kaeadah soal selidik

Kaedah ini merupakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif dan

kuantitatif. Oleh itu borang soal selidik yang merupakan teknik pengumpulan

data yang paling ppular dalam penyelidikan sains sosial akan digunakan. 70 set

borang soal selidik akan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada

penduduk tempatan yang menyertai program homestay secara langsung atau

tidak langsung. Borang soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian utama.

Bahagian pertama adalah data peribadi responden. Bahagian kedua berkaitan

dengan bentuk penglibatan masyarakat tempatan dan penerimaan mereka.

Bahagian ketiga pula akan berkisar tentang faktor-faktor yang mempengaruhi

masyarakat tempatan untuk melibatkan diri dalam pelancongan inap desa di

kampung mereka. Seterusnya , bab keempat adalah untuk mengkaji kesan

daripada pelancongan inap desa dari aspek, sosial, ekonomi dan persekitaran.

iv Kaedah pemerhatian

Kaedah ini turut diaplikasikan dalam kajian ini, Secara ringkasnya, kaedah ini

penting untuk melihat kawasan persekitaran kawasan kajian dalam mengenal

pasti masalah yang di kaji. Kaedah pemerhatian ini juga dapat dijalankan dengan

melihat bagaimana tindak balas dan tingkah laku individu atau golongan tertentu

apabila bertemu pelancong. Selain itu, kaedah ini juga akan digunakan untuk
melihat bagaimana mesyarakat tempatan melibatkan diri dalam pembangunan

pelancongan inap desa ini.

1.5 (ii) Kaedah persampelan data

Dalam kajian yang dijalankan persampelan secara rawak berkelompok telah

dijalankan. Pemilihan persampelan berkelompok adalah bersesuai dengan matlamat

kajian kerana hanya menginginkan responden yang terdiri daripada penduduk

tempatan di kawasan kajian samaaada yang terlibat dengan pengurusan homestay

sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sampel dibahagikan telebih dahulu

kepada 2 kelompok iaitu kelompok pertama, terdiri daripada penduduk yang

mengusahakan homestay secara langsung dan tidak langsung manakala kelompok

kedua terdiri daripada penduduk yang tidak terlibat terus dalam program homestay

ini. Responden untuk kajian ini hanya terdiri daripada sampel daripada kelompok

pertama.

1.5 (iii) Kaedah analisis data

Analisi data di buat berdasarkan kepentingan data yang diperoleh. Perisian

SPSS akan digunakan untuk menganalisis data kuantitatif dan kualitatif dan

seterusnya mengintepretasikan data dalam bentuk graf bar, carta paid dan

sebagainya. Melalui SPSS juga pelbagai analisis perhubungan dan kekuatan antara
dua atau lebih pemboleh ubah boleh dikaji dengan kaedah yang cepat dan tepat

beserta hasil analisis yang jitu dan mudah difahami.

1.6 KAWASAN KAJIAN

Rajah 1.6 (a) Peta daerah Sabak Bernam, Selangor

Kawasan kajian yang dipilih adalah di daerah Sabak Bernam, Selangor. Sabak Bernam

merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah

Sabak Bernam terletak di koordinat 3° 30' 0 Utara dan  101° 7' 0 Timur. Daerah ini

bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis

sempadan tersebut. Bandar utama di sini adalah pekan Sabak, Sungai Besar dan
Sekinchan. Sabak bernam terkenal dengan kegiatan pertanian dan perikanan sebagai

aktiviti ekonomi utama masyarakat tempatan.

Faktor pemilihan negeri Selangor sebagai kawasan kajian program homestay adalah

kerana jumlah pendapatan tertinggi pada tahun 2007 dicatatkan oleh pengusaha

homestay adalah di Selangor iaitu RM1.36 juta diikuti Pahang (RM1.34 juta), Negeri

Sembilan (RM0.8 juta), Sabah (RM0.7 juta) dan Melaka (RM0.6 juta) ( Jabatan

perangkaan Malaysia, 2007). Tambahan pula, negeri Selangor merupakan negeri ketiga

selepas Sabah dan Sarawak yang mempunyai bilangan homestay paling tinggi iaitu sebanyak

17 buah homestay.

Keadaan tersebut memberikan gambaran bahawa kajian amat sesuai jika di lakukan di

negeri yang paling berjaya dalam konteks mengaut keuntungan daripada program homestay.

Tambahan pula, Jika dibandingkan antara tiga negeri tersebut, negeri Selangor adalah

berkedudukan paling dekat dengan ibu negara Malaysia yang sememangnya merupakan tempat

tumpuan pelancong dan sekaligus dekat dengan salah satu pintu masuk antarabangsa ke

Malaysia iaitu KLIA di sepang. Oleh yang demikian, akses untuk menuju ke homestay di

Selangor adalah lebih mudah dan tempoh masa perjalanan lebih pendek.

. Daerah Sabak Bernam pula dipilih untuk kajian program homestay adalah

kerana program homestay Selangor paling banyak bertumpu di sekitar daerah Sabak

Bernam. 6 daripada 17 homestay di Selangor sudah tersedia di daerah ini berbanding

hanya 2 atau 3 cawangan homestay di daerah lain di Selangor. Selari dengan itu,

Homestay Air Manis merupakan homestay di daerah Sabak Bernam yang paling

banyak banyak kediaman bernaung di bawahnya. Oleh yang demikian, kajian sangat

sesuai dilakukan di homestay ini berbanding dengan homestay-homestay lain di

Malaysia.
1.7 ORGANISASI BAB

Secara keseluruhannya terdapat enam bab utama yang menjadi tulang belakang

kajian ini. Kesemua baba ini mempunyai pertalian antara satu sama lain. Pembahagian

bab adalah berdasarkan keperluan kajian dan persoalan yang telah dikenalpasti dan juga

mengambil kira kajian-kajian yang dilakukan sebelumnya. Umumnya, penyusunan bab

bermula dengan pengenalan umum mengenai kajian sehinggalah kepada analisis yang

akhirnya akan membawa kepada kesimpulan yang menyeluruh mengenai kajian yang

dijalankan.

Bab 1 iaitu pengenalan menceritakan tentang pengenalan umum tentang definisi

pelancong dan pelancongan, menyentuh objektif kajian, literature review, kawasan

kajian, metodologi penyelidikan, limitasi kajian, masalah kajian dan kesimpulan secara

umum mengenai kajian yang hendak dilakukan. Bab pengenalan adalah sangat penting

kerana ia merupakan halatuju kajian secara keseluruhan.

Bab 2 pula membincangkan tentang pembangunan pelancongan inap desa di

Malaysia secara keseluruhannya iaitu meliputi sejarah pembangunan pelancongan inap

desa ( homestay ) di Malaysia, strategi dan garis panduan pelaksaan program homestay.

Promosi pelancongan inap desa oleh badak kerajaan juga di bincangkan dalam bab ini

beserta penerangan mengenai jenis aktiviti yang ditawarkan dalam program homestay.

Kajian terdahulu berkenaan program homestay di Malaysia juga akan dilihat dalam bab

ini.
Bab 3 adalah berkisar mengenai pembangunan pelancongan homestay di

Homestay Air manis Sabak Bernam, Selangor dengan memberi penekanan kepada

keunikan homestay Air manis berbanding homestay-homestay yang lain. Namun,

terlebih dahulu akan disentuh mengenai pembangunan pelancongan di negeri Selangor

dan di daerah Sabak Bernam secara umum. Bab ini juga akan membincangkan dengan

lebih lanjut mengenai bentuk penglibatan dan penerimaam masyarakat setempat dalam

bersama-sama menyokong pembangunan pelancongan inap desa di kampong mereka.

Selain itu, sambutan Homestay Air manis di kalangan pelancong juga akan

dibincangakan dalam konteks bilangan pelancong yang jenis pelancong yang hadir.

Bab 4 pula adalah berkenaan analisis kajian terutamanya melalui hasil kajian

daripada borang soal selidik yang akan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti

rajah, jadual, graf bar, carta pai dan sebagainya.

Dalam Bab 5, analisis kepada hasil kajian yang diperoleh akan dibincangkan

dengan secara menyeluruh serta menyentuh kepada masalah dan cabaran di dalam

pembangunan pelancongan homestay

Bab ke- 6 terdiri daripada rumusan, cadangan dan penutup. Hasil daripada

kajian yang bakal dijalankan akan dirumuskan dengan mengambil kira hasil yang

diperoleh daripada analisis kajian yang dibuat. Seterusnya, cadangan-cadangan yang

difikirkan sesuai akan dikemukakan dalam bahagian ini.


1.8 KESIMPULAN BAB

Secara keseluruhan, perbincangan berkenaan pelaksanaan sesuatu penyelidikan

perlu dirancang dan dirangka dengan teliti untuk membantu kelancaran dalam proses

kajian. Bab ini akan memberi gambaran awal tentang kajian yang ingin dilakukan dan ia

boleh digunakan sebgai kayu ukur samaada kajian tersebut realistik dan mampu dicapai

atau sebaliknya dan dalam masa yang sama dapat memperlihatkan halatuju kajian yang

seterusnya.

You might also like