SP 5.2.2 Mengenal Pasti Dan Menggunakan Golongan Kata Kerja Dengan Betul Mengikut Konteks

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SP 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.

KATA KERJA TRANSITIF

1. Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata
kerja terbahagi kepada:

(a) Kata kerja transitif (KKT)

(b) Kata kerja tak transitif (KKTT)

2. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan frasa nama sebagai
objek atau penyambut untuk melengkapkan maksud ayat. Maksudnya, selepas kata
kerja transitif mesti terdapat objek (kata nama) yang menerima akibat kata kerja
tersebut.

3. KKT dapat dikenal pasti dengan imbuhannya, seperti:

Imbuhan Kata kerja transitif


meN- mencipta, memukul
meN-...-i menghadiahi, menjalani
meN-...-kan mendambakan, menakjubkan
memper-... memperbesar, memperindah
memper-...-kan mempertingkatkan, memperlihatkan
memper-...-i memperakui, memperingati

4. KKT boleh dipasifkan Contohnya:

Perkataan: menebang

(a) Ayat aktif: Pak Mat menebang pokok ketapang di tepi rumahnya kerana
dikhuatiri menimpa rumah jika ribut melanda.

(b) Ayat pasif: Pokok ketapang di tepi rumahnya ditebang oleh Pak Mat kerana
dikhuatiri menimpa rumah jika ribut melanda.

You might also like